Monday 28 October 2013

Bila jadi isteri perlu ke pandai masak?

Salam

Tadi masa search google resepi terjumpa pulak 1 entri pasal perempuan dan masak. Kalau nak kira zaman dedulu.. anak perempuan kerja wajib ye adalah ke dapur.. paling koman pun kena tahu masak nasi hahaha.. kalau tak pandai masak aihhh membebel lah mak kat dapur..

Budak zaman sekarang.. dengan banyaknya kedai makan.. fast food.. gerai.. pasar malam.. si isteri dan perempuan sentiasa ada peluang untuk beli je di kedai.. tapi adakalanya.. bila dah selalu beli makan kat kedai jek.. masuk masa bertahun.. si suami pasti bosan.. tapi kalau suami steady dan banyak duit.. ambik jek orang gaji yang masak.. (karang bila orang gaji masak sedap.. suami asyik puji.. bini pulak cemburu- kes ini pernah kena pada pangkat mak sedara pakwe)

Arwah ayah aku very tipikal malay man.. meaning.. pada pandangan mata dia... mana-mana anak perempuan dalam keluarga.. hukum kena pergi dapur tuh dah jadi wajib.. jangan berangan nak duk lepak-lepak goyang kaki tengok tv.. Disebabkan aku anak sulung dan perempuan pulak tuh (of course ler kan) maka seawal umur sekolah rendah sudah dipaksa belajar masak nasi dengan mak.. dan bila masuk sekolah menengah.. tak silap masa aku form 3.. aku telah diarahkan oleh mak untuk masak kari.. dan since then.. aku lah yang memasak kat dapur.. sampai ler sekarang nie.. hatta kalau aku balik kg.. maka mak aku pasti takkan lepaskan peluang dera aku masak (hahaha..)

Soal pandai masak atau tidak nie subjektif... ada kelebihan sebenarnya kalau kita pandai masak.. hatta untuk makan sendiri sekali pun.. Pada aku paling utama alasannya sebab Halal.. murah.. menjimatkan..bersih.. terjamin sumbernya.. dan boleh disediakan dalam portion yang banyak.. Kalau beli.. Harga adakalanya mahal.. status halal ada sesetengah tidak terjamin.. kebersihan pun kdg kita tak tahu (tgk kedai mcm ok.. cer masuk dapur??).. dan selalunya portion sikit.. kalau korang jenis suka makan berulang.. membeli ini sedikit rugi.. biasa kedai akan buat portion untuk seorang.. kalau beli banyak2 pulak tak tahan lama sebab lauk-pauk tuh tah bila masa dia masak..

Pada aku.. aku lebih suka masak sendiri terutama jika ianya makanan kegemaran.. melainkan ia adalah hari bosan dan malas masak.. atau hari mau happy2 makan luar.. maka aku akan pergi atau pilih kedai yang memang rasa berbaloi spend duit utk itu.. yelah kita makan bayarkan.. kalau order air tembikai segelas rm6 pastu.. lebih banyak air dari tembikainya (cair dan tawar) rasa berbaloi tak?? baik beli sebijik tembikai pastu blend sendiri lagik puas hati..

Ok persoalannya sekarang nie.. perlu ke seorang isteri tahu masak?? Pada aku perlu sebab memasak itu memberi peluang kepada isteri untuk membuatkan suami lebih menghargai masakan isteri daripada masakan orang lain.. atau masakan yang dibeli di kedai.. Meaning.. walaupun si suami jenis suka makan kat luar.. tapi adakalanya si suami pasti rindukan masakan air tangan si isteri.. paling tidak pun.. kalau isteri masak.. atleast setengah daripada lauk tuh bila suami makan tinggal setengah.. ahaks.. (setuju tak??)

So inilah satu cara daripadanya untuk mengoda suami hahahha... sebab itu ramai lelaki selepas kawin perutnya naik.. selera makan masakan isteri.. Selain daripada itu.. kalau kita jenis suka jemput kawan datang rumah makan-makan.. kepandaian skill si isteri memasak juga sedikit sebanyak untuk menyumbang kepada menjaga airmuka suami.. yelah.. bila org puji masakan isterinya.. suami yang dapat pujian melambung-lambung biasanya kan... (ini bukanlah maknanya.. sengaja nak tunjuk bini pandai masak pulak.. menunjuk dengan orang.. salah tuh)

Dulu masa aku di UK.. agenda lepak melepak kat rumah ke kawan adalah benda wajib untuk kawan-kawan rapat aku.. sebenarnya secara tak langsung.. masyarakat kat sana akan menilai perempuan daripada skill memasak yang ada.. Ada juga kadang-kadang keluarga yang baru sampai.. segan nak ajak orang dtg rumah sebab tak pandai masak.. tapi sebab selalu dah buat makan-makan.. dari tak tahu terus jadi terer..

Skill memasak aku pun banyak improve sebab aku tinggal di luar negara 6 tahun.. memang takde pilihan lainlah kalau nak makan masakan malaysia.. melainkan masak sendiri.. ditambah pulak pakwe aku jenis yang cerewet makan.. tahun pertama kawin dulu.. selalu gak tak sependapat dengan citarasa masakan aku yang dia selalu compare dengan mak mertua aku huhuhu.. tensen.. tapi lepas tuh ok dah..

Did I tell you I been test for the whole week to cook something that my hubby has decided?? Yeah ini kes masa baru awal2 nak rapat.. antara banyak2 benda yang dia nak test aku.. dia p test bab masak.. Seminggu aku kena masak benda-benda yang dia nak.. dari nasi goreng.. mee goreng.. roti sardin.. sampailah nasi minyak.. bab masak nasi minyak nie aku kantoi sebab tak tahu resepi.. jalan penyelesaiannya?? Aku call mak aku kat kampung.. lepas tuh kena bebel biasalah mak kan.. yang best.. mak aku siap tahu sapa yang suruh aku masak hahahaha.. sampai dia sebut.. 'ahhh si Z suruh ko masak lah nie.. kan mak dah kata bla.. bla' uihhh aku kalau nak ingat balik bebelan mak aku pasal kena tahu masak nie.. aku rasa setahun pun belum abis cerita hahaha... Endingnya aku lulus cemerlang dan tak gagal hahaha.. lepas tuh aku dan dia makan kat gerai jek hahaha.. aku dah malas nak masak.. Apa kes.. p dating bawak bekal (aku buat tau seminggu benda tuh.. siap bawak bekal naik komuter dari Kajang p Klang hahaha,, pastu makan kat tepi bukit dekat istana lama klang tuh ahakss..)

Bagi yang rasa tak tahu masak.. jangan risau.. ada banyak peluang untuk belajar masak.. kalau tak reti masak senang jek.. masuk youtube dan tengok cara chef masak.. ikut langkah demi langkah.. yang penting basic masak tuh kenalah tahu.. periuk kuali mana nak guna untuk apa... macamana nak rasa garam gula.. macamana nak potong bahan2 (inipun boleh tengok youtube.. melambak mat salleh tunjukkan cara potong bawang..)

Zaman sekarang nie nak memasak dah mudah.. program kat tv banyak tentang cara memasak.. mana yang boleh kita buat.. kita buat.. kalau tak sesuai.. kita improvise.. kita tukar ikut selera kita.. takde sapa nak marah.. orang marah kalau tak boleh makan atau hangus litak jek..

Oh ya baru-baru ni aku ada order sebuah buku masakan daripada MPH online (kes dari entri buku si t.a.t.a) maka terorder ler pulak 4 buah buku harga kurang dari RM60 (semua buku BM.. pecah rekod.. sebab selalu beli buku BI jek). Sebenarnya tertarik dengan buku ini sebab beberapa hari lepas terdengar dari 1 rancangan radio channel english.. author buku nie buat promosi buku resepi nie kat radio.. harga amatlah murah hanya RM10 sahaja.. kalau beli online ada diskaun dan hanya RM8.. Beli kat MPHOnline


Why this book is a must have?

The idea to publish OMG Can Cook recipe book was result of an inter-company cooking event in late 2012 that engaged the employees of OMD and PHD (the two award winning agencies under the OMG umbrella). With the generous involvement of several industry partners to organise, design, write, publish and launch it, this cookbook is slated to make a difference to the not so fortunate. 

All profits from this recipe book will be distributed to several food-related causes in Malaysia this year, with the first round of donations, estimated to be around RM20,000, coming later this summer.
Source from here

Resepi buku ini mudah sangat.. ada 24 resepi semuanya.. dari starter.. main course hinggalah dessert.. dan tak mahal sangat pun.. cuma RM10 kalau beli di kedai buku.. Paling utama setiap keuntungan daripada hasil jualan buku ini akan didermakan pada mangsa-mangsa bencana yang memerlukan barangan makanan dan sebagainya.. Ini maknanya.. dengan membeli buku.. anda juga berpeluang menderma.. and you always know that your money goes to those who really need it.. Disebabkan itu maka aku beli buku ini tanpa teragak-agak.. dan anda pun boleh juga kan.. ;)

Pada mereka yang nak belajar masak yang simple dan mudah.. this book is one you must buy.. I promoting it because of the good caused... lagi satu kalau suami nampak isteri beli buku resepi adalah macam nampak gaya isteri tuh ada usaha sikit nak upgrade skill diri hahaha (isteri pun kena pandai promote diri gak.. bukan takat promote diri kat boss je)... kalau kita dapat masak sesuatu yang belum pernah buat sebelum nie.. mesti suami nampak.. wah ada perubahan dan usaha tangga kejayaan.. Apa pun.. kalau percubaan pertama kurang berjaya.. jangan putus asa.. cuba lagi dan lain.. percayalah.. practice make perfect.. dan satu lagi masaklah dengan penuh kasih sayang dan baca bismillah.. ada keberkatannya.. (bolehlah selawat.. doakan yang baik-baik.. dan senyum...) Memasak dengan takde mood atau terpaksa atau muka masam.. memang hasil masakan itu akan out sikit.. trust me.. been there and done that.. Sebab itu style aku.. kalau memang takde mood nak masak memang aku takkan masak dan prefer beli kat luar.. ;) sesekali you deserve a break kan

p/s Hari ini mau masak ketam butter creamy versi chef Anis Nabilah.. pernah buat sekali dulu.. memang sedap.. hari ini nak buat lagi tapi nak improvised bagi ada color merah-merah sikit ;)
 
Nak cuba resepi crab creamy butter Chef Anis?
Boleh layan video nie ;)
Kan senang belajar masak.. tgk video jek

8 comments:

julietchun said...

kirim salam kat pakwe, cakap dengan dia, aku bukan tak pandai masak tapi kurang pandai je, jadi tak payah nak test aku :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Ngan ko pasti dia tak test punya.. apatah lagi kalau ko belanja lagik kt kg baru.. dia akan tanya jek.. ko nak belanje lagik ke? hahaha ;)

Ehh mana tahu jejaka hensem tuh nak test ko pulak hahaha

t.a.t.a said...

jejaka di taman tu eh? hahaha.

hahahah. good for you pasal buku tu.


secara jujurnya aku tak pandai masak. aku setuju juga yang lepas kawin pun boleh belajar. tapi perlu ada sokongan dari pasangan.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Dalam hati ada taman hehehe

aku rasa secara umum kebykkan org boleh masak.. cuma sama ada dia nak asah skill atau tidak itu terpulang masing2.. sama juga dengan membaca.. secara umum semua org boleh membaca.. kalau tak tahu.. kita kenalah belajar.. tak kira apa juga kan.. hatta nak keluarkan duit kat atm pun kena bljr juga kan masa kita mula2 guna dulu ;)

Kebiasaannya skill memasak nie akan lebih mantap bila kita dah berkeluarga sebab kita ada rasa tanggungjawab untuk bantu suami.. tugas memasak hakikinya adalah tugas suami.. tapi isteri boleh bantu dan peluang utk dapat pahala.. kdg2 mmg tak nafikan memasak nie penat trutama klu lps balik keje.. tapi bila fikir nak ambil peluang buat pahala byk2 sbb masakkan utk suami... masak jugalah dengan seikhlas hati :)

t.a.t.a said...

ye, setiap hati ada taman. cuma yang membezakan nya adalah betapa mekar dan subur bunga-bunga di taman itu.


pasal memasak tu aku setuju. sama la bila when the going gets tough, the tough get going, kan?

ada certain orang aku jumpa dia kata dia pun tak pandai masak. tapi bila dah kawen, automatically dia kena belajar. dan laa ni apa benda dia main campak-campak aje, jadi la something edible.

Anonymous said...

lelaki - jangan diikat kakinya
ikatlah hatinya

dan mengikat hati sang suami
salah satunya
tentulah dari resepi
dari air tangan si isteri

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Yup i agree. Bila kita buat sesuatu utk success mesti ada pemangkin. Samalah juga memasak ni. Klu ada tukg makan dan mkn dgn selera mesti kita akan cuba buat lg lebih baik. Klu tak tahu tu jgn salahkan org lain diri kita kena usaha dulu kan

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Same goes the other way around gak kueh. Bkn setakat isteri kena masak utk suami. Sesekali suami masak utk isteri boleh jatuh cinta sekali lagi tau..

Uihhh akak miss lah time duk uk dulu. Pakwe akak tu dulu klu akak minta masak salmon grill ke lamb chop ke tandoori chicken ke.. laju jek masuk dapur. Sejak balik mesia jie hatta mwe gorg pun tak penah masak dah huhuhu kena cr peluang duk oversea lg nie ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...