Thursday 3 October 2013

Adakalanya menonton satu drama buat kita rasa feeling-feeling cinta..

Salam Khamis

Sejak 3 minggu ini.. aku mula ada 1 kegilaan yang pasti meruntun hati dan sanubari setiap pkl 9malam rabu dan khamis.. Dulu aku tak faham kenapa orang sanggup tunggu depan tv untuk menonton cerita korea.. now.. it's my turn.. aku pulak tersangkut dengan 1 drama ini..

Bagi yang ada astro.. boleh nonton drama ini setiap hari rabu & khamis di channel 393 One.. Drama korea bertemakan romantik seram komedi.. bertajuk 'The Master's sun'


Apa yang best sangat drama nie.. Ceritanya Romantik + komedi + seram..

Kisah seorang gadis (Tae yang atau Tae gong shil) yang boleh melihat hantu selepas terbabit dalam kemalangan dan sering diganggu dengan hantu-hantu yang selalu mengekorinya.. Dia bertemu pulak dengan seorang jejaka hensem tinggi lampai.. seorang CEO syarikat Kingdom (Joo Joong-woon).. dan pertemuan itu menjadikan jejaka itu seorang pelindung kepada gadis ini.. tiap kali gadis ini pegang atau sentuh lelaki ini.. hantu tadi akan tertiba hilang.. ini menyebabkan gadis ini mula rasa seronok dan menganggap lelaki ini seorang insan yang istimewa..

Namun begitu.. Jejaka ini pulak seorang yang pentingkan diri.. dan hanya memandang keuntungan semata-mata.. di awal pertemuan lelaki dan gadis ini.. lelaki ini menganggap gadis ini tidak ada kepentingan kepadanya.. namun apabila gadis itu diresapi oleh roh bekas teman wanitanya (Cha Hee Joo).. pandangan lelaki ini mula berubah terhadap wanita itu.. dia menjadikan gadis ini sebagai aset untuk terus berhubung dengan roh bekas teman wanitanya kerana sebelum dia mati.. dia telah bersubahat dengan penculik untuk menyembunyikan kalung bernilai 10 billion.. Misi gadis itu adalah untuk cuba mendapatkan maklumat daripada roh teman wanitanya bagi mendapatkan semula kalung tersebut..

Gadis ini mula diambil bekerja di syarikat kingdom sebagai tukang cuci dan kemudianya dinaikkan pangkat sebagai pegawai perhubungan khas sebagai cover-up bagi membolehkan gadis ini bekerja dekat dengan Joong Woon. 

Walau pun begitu.. setiap pertemuan demi pertemuan dan insiden demi insiden yang dilalui oleh gadis itu yang berhadapan dengan hantu atau roh.. dia pasti akan dapat menyelesaikannya.. setiap episod ada kes hantu yang perlu diselesaikan dan yang bestnya jejaka tadi walau degil dan pentingkan diri dia pasti tak sampai hati nak biarkan gadis itu seorang diri.. dia pasti akan datang menolong gadis itu.. adakalanya juga sebagai pelindung dan penyelamat..

Pada masa yang sama juga jejaka lain iaitu ketua bahagian keselamatan  (Kang Woo) syarikat kingdom itu turut meminati gadis itu dan mula mengesyaki hubungan istimewa antara gadis itu dan Joong woon.. Dia merupakan pengintip dan pegawai peribadi tak rasmi Joong Woon yang diupah oleh ayah joong woon sendiri. Beberapa insiden pertembungan dan episod cemburu hingga membawa kepada salah faham, kang woo yang asalnya berpura-pura mengaku meminati Gong Shil semata-mata untuk mendapatkan maklumat akhirnya berterus terang mengatakan dia tidak pernah pun meminatinya.. walhal ketara dia sebenarnya sudah jatuh hati.. lagi satu.. dia nie nampak macam tough.. tapi sebenarnya dia takut hantu.. ahaks...

Drama ini mengingatkan aku kepada kesamaan dengan cerita 'ghost whisperer' lakonan Jennifer Love Hewitt.. Bezanya jennifer dalam ghost whisperer sudah ada teman/suami yang sentiasa menyokongnya.. manakala dalam drama 'the master's sun' ini, Gong Shil menemui seorang jejaka yang nampak amat pentingkan diri namun.. sebenarnya sisi lain jejaka ini juga romantik dan ada belas kasihan.. Aku suka mereka bersama..

Ada juga sisi gatal si gadis yang sentiasa cuba mencari peluang untuk memegang tangan Joong woon.. kerana dengan sentuhan begitu.. setiap hantu yang mengekorinya pasti akan hilang apabila tersentuh anggota badan joong woon.. macam ada magnet penghalau hantu.. Ada juga beberapa episod Joong Woon dengan sukarela akan memegang tangan atau memeluk gadis ini terutama bila dia ketakutan.. Sweet sangat hahaha... dalam nampak eksen tuh.. ada juga lembut hatinya.. part nie yang best hahaha..

Sudah lama tidak menonton drama yang mampu membuatkan hati rasa feeling cinta dan tersenyum seorang diri.. ada lawak dan romantisnya.. Antara episod yang aku suka adalah episod 6, dimana Gong Shil dipertemukan dengan hantu anjing tentera yang datang meminta Gong Shil untuk membantu tuannya.. Siap ada lagu Nobody lagi dalam episod ini dan antara episod yang mampu membuatkan airmata rasa nak menitis dan bermulalah episod yang menonjolkan Joong Woon mula jatuh hati pada Gong Shil..

Berminat nak menonton? Boleh saksikan setiap hari rabu dan khamis di channel 393 Astro One HD atau di
http://www.gooddrama.net/korean-drama/the-masters-sun-episode-1

 

Hyolin(효린) (Sistar)-Crazy of you(미치게 만들어)
Antara OST 'The Master's Sun' 

Hong Dae Kwang - 너와 나 (You And I)

 Yoonmirae(t 윤미래) _ Touch love (터치 러브)

Why should I be afraid of a dead person, the living are scarier..

A dead person has no power except for their feelings.

If your heart is lying, the pain gives you the answer

12 comments:

||alis|| said...

alaaaaa kenapa sume orang meracun nih, suka heroin nih sejak greatest love, dia mmg gatai2 sket pon, haha! well mmg akan tengok jugak la, online, sebab rumah saya klasik, tiada astro. heh.

thanks!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

|alis|

Hahaha.. racunan yang berbaloi ditengok.. silalah tonton sebab memang best sangat.. lawak dan romantik giler.. hehehe.. Boleh layan online no worries.. episod 10 kemuncak.. sila tengok ye ;)

t.a.t.a said...

movie korea yang aku layan sangat sampai sekarang is Daisy. cerita pasal sniper dengan penulis.

yang berepisode malas sket nak tengok. kena tunggu.

setiap kali on 393 cuma nampak tajuk nya aje. tapi tak terlintas pula nak tengok. ni kau dah cerita ni, haa confirm lepas ni aku tengok. haha

t.a.t.a said...

eh bukan penulis. pelukis. sudunya punya disorder.

julietchun said...

tv kat rumah di kontrol oleh ayah, asek tengok ustad Don, ustad kazim elias, 3ustazah, waaaaaaaaaaaaaaa

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

rasa tajuk daisy tuh mcm pnh dgr .. tapi tak pernah tgk..

layanjgn xlayan.. aku rekomen cite nie ;)

Juliet

tengok jek online.. aku dah letak link nya ;)

tasekM said...

takut ketagih la... :)


salam singgah.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

tasekM

Rasanya 1 dunia ketagih cite nie.. ;)

Anonymous said...

kadang best tengok citer korea ni sebab ia lebih maju dari malaysia tapi lebih sopan dari malaysia - itu buat ia sangat berbeza dgn hollywood dan spesel.

kalau start tgk, itu yang bahaya - takut melekat.

yggilefilem
kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Akak bukan peminat cite korea trus trg ckp.. dulu lebih minat cite jepun.. tapi sebab tertgk cite nie.. rasa mcm tak boleh nak let go.. tapi akak perasan cite korea nie.. dia pun klimak kejap jek.. kalau cite kita.. smpi habis baru dpt jawapan.. cite korea.. dia byk klimak.. tapi solution atau jawapannya dan2 tuh juga.. quite interesting juga ;)

kueh bakar said...

rasenye... citer the master's sun memang klimak awal sebab jawapan pada han nan tu memang citer dah habis...lepas tu x menarik dah. (telekat 17jam kat skrin..huu..rugi masa..hakhak)

ada juge citer korea yg klimak mcm citer melayu..episod finale.. tapi rasenya klimak citer melayu, adalah episod sebelum finale...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Wah dah tamat tgk episod 17? hahaha dahsyat ko dik.. akak pun makan masa 2 hari nak habiskan tgk semua episod sampai sanggup dtg weekend layan drama kat ofis hahaha...

I agree with you.. once dapat solution pasal hanna tuh.. drama tuh mcm dah antiklimak.. sebenarnya drama tuh 16 episod jek.. tapi episod ke 17 tuh diorg tambah last minute.. itu yang macam antiklimak jek finale episod ye..

However akak tetap layan ulang tayang drama tuh hahaha.. tgk kat notebook kurang feel.. tgk kat tv masyuk dik hahaha ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...