Tuesday 13 August 2013

Menghampiri seminggu raya..

Salam

Hari ini dah mula bekerja.. ofis lenggang giler sebab ramai yang masih bercuti.. 2 kawan baik aku dah mula bekerja hari ini juga.. 2 dari kami berpuasa 6.. termasuk aku.. azam ganti puasa lebih awal dan ambil peluang puasa 6 sekali.. serik juga sebab bila ganti puasa tahun lepas.. aku buat last minute.. tahun nie kalau sempat aku cuba ganti seawal mungkin.. lagipun rasa ralat juga bila tinggal puasa dekat2 nak raya ahaks :)

Kawasan perumahan aku semalam pun masih ramai yang bercuti di kampung.. jiran ada 3 4 org jek yang dah balik.. tapi masih ramai juga yang masih kat kampung terutama sekitar rumah aku tuh ramai juga cikgu cikgi.. so sekolah masih cuti seminggu lagi kan.. kami yang lecturer mostly aku tengok almost semua dah balik.. ada yang dah mula kerja semalam..

Raya tahun nie aku rasa mood aku pasif.. meaning aku takde rasa beria nak beraya.. kalau pergi pun setakat rumah yang wajib.. kalau sebelah pakwe ikutkan hati aku malas nak beraya.. bukan apa kadang rasa bosan dengan soalan-soalan yang diorang sibuk tanya..

'korang bila lagi nak ada anak?? tak nak cuba ke kat ####' (aku angguk kepala jelah malas nak cakap apa)
'naik badan ko ye.. '
'jangan cakap perkataan besar.. ada orang besar kat sebelah nie' (ayat nie aku paling terasa hati.. nasib yang cakap tuh pangkat pakcik)

Kesimpulan.. raya pada aku takde makna apa... beraya kat kampung rumah mak aku takde hal sangat.. happy jek.. walaupun kami tak ramai adik beradik.. tapi aku rasa aman jek.. tapi bila raya kat rumah mertua.. aku macam takde hati.. anak buah dah 9 orang.. adik ipar pun baru dapat anak seminggu sebelum raya.. dia balik kampung dalam pantang.. aku macam takde rasa nak tegur ke apa.. entahlah.. mungkin hati aku terusik kot.. Kebetulan raya kali ini aku perasan mak mertua aku macam berat nak lepaskan anak-anak dia balik.. sebelum aku balik.. 2 adik beradik pakwe dah balik dulu.. 2 tuh balik sebelum raya.. aku pulak balik raya kedua.. raya 4 dah balik kg mak sebab lusa aku dah kerja.. Tapi pada aku.. mak mertua ada lagi 2 anaknya yang belum balik lagi.. so aku tak ambil berat sangat.. setidak-tidaknya dia masih ada pak mertua aku.. berbanding mak aku yang tinggal seorang.. lepas adik aku ke sabah hujung bulan nie.. mak aku tinggal berdua dengan adik lelaki aku.. kalau aku jarang balik lagilah dia terasa..

Dalam keadaan begitu sejenak aku teringat kenangan beraya di UK.. aku rasa raya di sana aku lebih seronok dan aman damai.. takde orang sibuk nak jaga hal ko.. takde orang sibuk nak tanya bila nak ada anak atau tambah anak.. takde orang sibuk tegur naik berat badan.. ada juga tanya tapi biasa diorang lebih sensitif dan aku jrg kena tanya pasal berat badan pun.. Sejenak terlintas nak bermastautin di negara orang hahaha.. kalau diberikan peluang dan ruang.. mungkin sahaja aku tidak teragak-agak kot berpindah ke negara lain.. bukan sebab tak sayang negara sendiri.. bukan sebab rasa negara sendiri tak aman.. bukan sebab rasa bosan dengan sikap orang di negara sendiri..  cuma aku rasa kehidupan di sana kita takde rasa nak materialistik.. orang tak pandang apa yang kita ada.. rumah besar mana ke.. perabut banyak mana ke.. harta banyak mana ke.. malah orang sana lebih sensitif tentang soal peribadi.. amat-amat sensitif.. kalau nak kata dari segi keselamatan.. aku rasa lebih selamat berjalan di sana (hometown aku.. city lain aku tak tahu) berbanding jalan di KL.. memandu di sana juga aku rasa lebih selamat.. memandu di sini.. masuk jek kereta terus kena lock pintu.. sana.. takde langsung perasaan macamtu..

Kadangkala kita persoalkan juga apa tujuan kita hidup.. apa yang kita mahukan.. to me.. happiness.. aku mahu rasa gembira dan bahgia.. gembira dengan cara aku sendiri tanpa perlu ditentukan oleh orang lain.. ada rasa kebebasan untuk melakukan ibadah.. kerja.. hidup.. pernah juga terlintas untuk berhijrah terus ke negara lain.. entahlah.. mungkin bila kita tinggal di negara lain.. bila dapat balik ke negara sendiri sekali sekala.. nikmatnya amat manis sekali.. (dulu aku cukup suka bila dapat balik ke malaysia.. menjejak kaki ke klia waktu itu rasa gembira sangat.. dan bila kembali semula ke UK.. menjejak kaki balik ke sana juga indah sebab rasa balik 'home sweet home')..

Raya tahun nie memang raya aku takde mood.. walaupun begitu.. sejak balik semalam.. aku dah mula kemas rumah.. lap mana yang berabuk.. tahap habuk memang banyak sebab kerja-kerja renovate dapur.. aku tengah bersemangat nak menghias ruang tamu.. banyak frame gambar yang menjadi koleksi peribadi masa di UK.. dah setahun simpan dalam kotak.. Azam minggu nie.. nak kemas dapur dan ruang tamu.. nak sort out pinggan mangkuk yang tak pakai utk hantar rumah mak.. dan nak keluarkan set pinggan yang dibeli kat UK.. kalau tidak nanti jatuh pulak hukum kufur nikmat.. beli yang mahal-mahal.. tapi pakainya yang murah-murah.. lagipun rasa sayang sangat.. sebab koleksi yang beli tuh ada yang tak pernah pakai langsung.. bukan tak nak pakai.. tapi sebab dah bertindih antara kotak yang penuh dalam stor.. menyebabkan aku giveup nak mencari kat kotak mana.. bukan sikit kotak tuh.. total ada 100+

Harapnya aku rajin ler minggu nie.. sementara pakwe masih bercuti kat rumah boleh suruh-suruh kemas rumah sikit.. lagipun minggu depan aku mula sibuk kelas balik full day..

Kitchen extension yang baharu siap..
Picture taken a day before raya..
Masih banyak nak settle.. 
masa nie plaster dinding belum fully kering..
dan lantai pun kena mop berulang kali sebab habuk simen masih kekal melekat..

6 comments:

ku-cit said...

aikkk....akak da ada anak pon org sibuk tanya bile nk ada anak kn...biasala mulut org kan...kalo mulut tempayan tu senang skit skit tutup...

Acik Erna said...

assalam iina.akak faham..akak dah rasa semua tu..mulut orang..dah ada anak pun sibuk jugak..lelaki semua ke..tak de ke pompuan..memang tak kan habis iina..

julietchun said...

penat tak boleh cakap kalau rumah renovate, tapi sekali harung je kan.

selamat hari raya
maaf zahir batin. :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

ku-cit

mulut org mana nak tutup.. kdg2 org yg bertanya konon2 macam nak bebasah basi.. tapi kadang tak sensitif langsung.. biasalah org tua.. diamjelah.. melawan krg.. kata kurg ajar pulak

kak erna

Tuhlah kan kak.. kdg yg bertanya pun ada yg muda2 baya saya gak.. menyibuk jek hahaha..

Juliet

aku dah berbelas kali mop.. habuk masih ada.. kena basuh rumah kot baru hilang ;) Selamat hari raya.. dimanakah duit raya ku??

t.a.t.a said...

antara sebab aku masih stay kerja di tempat sekarang sebab staff perempuan cuma 3 orang aje, yang lain lelaki, dan aku antara yang senior. bekerja dengan lelaki mereka tak kisah pasal penampilan kita. kita tak tukar baju selalu ke, kita pakai tudung, kasut yang sama aje ke, depa tak ambil pusing. yang penting kita datang kerja dan kerja kita bagus. lelaki pun tak suka orang yang banyak cakap.

aku bersyukur dengan segalanya yang berlaku pada diri ini. dari segi saiz nya, penampilan nya, dengan umur dah byk tapi tak kahwin lagi nya, aku bersyukur dan aku tak kisah semua tu. sebab aku tau Allah sediakan yang kita termampu sahaja. cuma kadang kala sakit hati juga bila orang cakap itu ini. aku cuba pekak kan telinga, tapi ada masanya ia terlepas dengar, dan bisa buat aku merundum.

jadi bila kau cerita pasal tu, aku faham. sebab kita duduk di kerusi yang sama.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

kerja kat tempat ramai lelaki kadang2 seronok.. sebabaku pernah duk sebaris dengan bilik yang majoriti lelaki.. jiran sebelah nyebelah bilik aku semua lelaki.. privacy giler dari bilik sekarang..

Yang penting kita selesa dengan keadaan yang ada.. aku rasa benda2 nie biasa lah kan.. kalau ada kenduri kendara.. raya.. perjumpaan keluarga ahhh akan keluar pertanyaan yang bombastik ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...