Friday 2 August 2013

2 filem yang mengingatkan aku pada rumahku di UK (2007-2012)

Salam

Sebenarnya dah lama terlintas nak tulis entri nie.. sebab recently aku ada menonton 2 buah filem nie.. yang antara lokasi pengambarannya amat dekat dengan nilai sentimental pada aku..

1-Skyfall

Semalam aku menonton filem Skyfall yang tengah hot ditayangkan di channel HBO movie di Astro. cerita itu not bad.. tapi apa yang aku paling teruja sebab pemandangan yang ada dalam filem ini..

Ada 1 scene yang James Bond berhenti dan memandu di kawasan gunung ganang.. aku tahu route itu route A82.. merupakan route tercantik di UK terletak di Scotland Highland.. setiap tahun masa musim luruh aku dan pakwe mesti akan ke sana.. dan yang paling utama ada 1 jalan kecik yang James Bond berhenti.. aku pernah ambil gambar di situ.. huhuhu aku rindu giler tempat itu...

Ini trailer ye yang ada scene di pergunungan Scotland..
Minit 1.13 tuh lah view paling lawa..
Ini memang trademark kalau ke Scottish Highland
 

Kawasan ini terletak di Glencoe, iaitu salah satu kawasan bermain ski di Scotland (kat situ ada 5 tempat untuk main ski)

Dan ada 1 scene yang James Bond memandu merentasi pergunungan.. kawasan itu memang view ye cantik.. Ini adalah koleksi gambar yang pernah aku ambil sekitar kawasan itu.




I miss this place huhuhu :(
Rasa macam nak pergi balik..
Ambil gambar macam james bond tuh hahaha..

Selain tuh.. Film Skyfall juga dibuat di Istanbul... bila tengok tuh teringat pulak pasal Istanbul.. tapi scene dalam filem tuh tak banyak.. kalau tonton filem 'Istanbul aku datang' lagi banyak nostalgia... Bilalah nak pergi Istanbul lagi ..

2- World War of Z

This film ada nilai sentimental pada aku.. sebab pengambaran filem ini dibuat dekat sangat dengan universiti aku. Dekat sebulan juga diorang buat pengambaran dan puas jugalah aku ambil gambar sekitar tempat nie.. Tapi sepanjang diorang buat pengambaran bayang Brad pitt pun tak pernah jumpa :(


Scene ini dekat dengan dataran yang aku lalu setiap hari pergi universiti


Ini Trailer dimana pengambaran yang dibuat kat tempat aku dulu..
Dataran merah tuhlah tempat aku lalu hari-hari ke universiti selama 5 tahun..
Dalam scene Brad Pitt bawak caravan ke hujung jalan (ada bustop)  itulah kawasan universiti aku..



Dan ini koleksi gambar yang aku ambil..




Masa diorang buat pengambaran nie.. pernah jugalah 2 3 kali aku terpaksa berhenti kat tepi-tepi jalan tuh sebab nak melintas untuk tunggu bas.. masa tuh diorang tengah shotting scene zombie tengah lari-lari.. pastu ada kereta kebal keluar.. dengarlah bunyi tembak menembak.. kereta terbalik dan paling utama suara orang-orang menjerit hahaha... Akhirnya selama hampir sebulan diorang shooting dalam sekitar bulan 8 tahun 2011 tuh.. akhirnya filem nie keluar juga sebelum puasa hari tuh June 2013.. 

Masa tengok kat wayang aku excited giler.. sebab tengok laluan aku jalan kaki ke universiti setiap hari hahaha... best giler macam aku sorang yang duk situ..  masa tuh rasa excited sebab aku yakin.. dalam ramai-ramai orang yang menonton wayang tuh.. hanya aku seorang jek yang pernah ke set pengambaran filem tuh.. nostalgia giler..

However this is 2 among the closest filem yang ada kaitan dengan kehidupan aku selama 5 tahun di UK.. 

Semalam aku teringat dan rindu nak ke sana.. InsyAllah jika aku ke sana untuk viva nanti.. akan aku ambil gbr puas-puas tempat yang biasa aku lepak makan-makan dan yang biasa aku pergi :)

p/s Doakan aku pulang ke UK secepat mungkin ye..

5 comments:

t.a.t.a said...

Saya tengok Skyfall separuh aje. Subtitles lambat dan tak keseluruhan keluar. Nak pasang kuat tak boleh, budak kecik tengah tido, last-last nya tengok lain.

Saya dapat imagine your excitement bila tengok tempat yang kita familiar berada di depan tv. Hahaha. Jakun kejap.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

I sebab suka Adele.. so lagu skyfall among lagu yang saya suka.. masa film klur kat wyg xsempat tgk.. dpt tgk kat astro jek.. masa dia tyg scene lalu tengah gunung tuh.. trus terhenti depan tv.. ehhh nie glencoe.. wow lawanya (sbb tv I ada HD) hahaha...

masa tgk wyg cite WWZ mmg teruja giler.. kalau p tgk dgn kekwn sama study dulu rasanya lagik happening kitaorg dlm panggung wyg ;)

t.a.t.a said...

could imagine that. dengan big screen, sound effect nya lagi, memang berhantu tempat tu.

ai suka craig. tapi dalam skyfall ada part 18sx tu terus jadi x suka. rasa dia tu dah tak suci lagi dah. hahahah


obvious la kan dia memang dah tak suci.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Nama ye actor barat semua dh xsuci. Lgpun filem james bond semua ada scene sensor 18sx. Tp i suka pierce brosnan lg ;)

Anonymous said...

x dan nak p scotland lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...