Friday, 16 August 2013

Bila orang yang kita call tak angkat phone.. apa maknanya on the other side?

Salam

Sebenarnya isu nie dah lama aku nak ulas dan tulis.. tapi sebab aku rasa aku malas nak komen dan panjangkan.. I keep it silent.. but until today.. I think I have to be frank and straight forward. Hopefully this could clear thing up and I really need people to understand my privacy..

I have lots of friends.. ramai kawan yang bukan hanya sama jantina.. malah berlainan.. pelbagai peringkat umur.. yelah dari rakan sekolah.. rakan sekerja.. rakan se universiti.. anak2 murid.. cikgu cikgi and etcs.. Suatu ketika dulu masa zaman suka chat.. aku juga ada rakan chatting.. dan juga tak ketinggalan rakan blog.. some of them we still keep in touch.. some gone with the wind.. some I ignore.. some I totally utterly want to forget.. and some I wish I had never met..

There are some people that I had explain earlier thru our friendship that I need my privacy and whenever I'm busy.. that I wouldn't pickup my phone.. and sometimes as well when I'm at home with my own family around.. I prefer not to reply any sms.. or even pickup my phone.. unless.. you're really my dearly best friend.. or my family.. or emergency..other than that.. I won't pickup..

Where am I going by saying all this.. Well.. what I wanna say it.. is about privacy.. There are some people who don't understand the privacy of other people.. Tak kira masa nak call.. pagi petang malam.. walaupun kita dah tak nak angkat call berulang kali.. still they will sort of harass you with none stop call..  

Recently.. aku ada dapat beberapa sms daripada student aku.. sibuk tanya pasal assignment.. yang bestnya waktu dia sms adalah pkl 10++mlm dan ada kalanya dia sms pkl 12++ malam.. well.. knowing myself.. of course aku tak reply dan tak layan.. bukannya tak boleh nak tanya waktu kelas.. kan jumpa tiap minggu.. ini bantai sms waktu begitu.. my gosh.. apa nak jadi bebudak zaman sekarang nie kan?? last2 masa kelas semalam dia tanya aku semua soalan yang pernah dia tanya dalam sms tuh.. then I know who he is.. ye lelaki orangnya...

Selain itu.. there is someone who I had explain earlier about my privacy time.. and what happen if I didn't want to pickup the phone.. meaning.. I sibuk.. I with my family.. dan paling utama... I tak nak diganggu.. dulu.. masa dia selalu call dan aku pun asyik tak angkat... last2 1 day dia call.. aku pickup and explain my condition... ingatkan dia faham.. tapi rupanya dia tak faham.. emm.. entahlah.. Malas nak explain berulang kali..

So by writing this.. I hope whoever you are.. I know U always read my blog.. please.. I'm currently in a state where I don't want to be disturb.. buat masa nie tak nak diganggu.. I can guess why u call me.. maybe you're so bosan dengan life.. so you need someone to cheer u up.. but sorrylah.. currently I'm not up for that.. sampai bila?? Tak tahulah.. If I feel like answering your call or feel like talking to you.. I'll find you.. but for now.. I want to have my own privacy.. Bukan sebab I dah sombong.. atau apa-apa.. just buat masa nie.. I have change in the past year.. I have change.. I prefer to be in silence wrap in cocoon with my own privacy and keeping on going my life with my busy schedule..

p/s Dekat nak raya hari tuh.. dah 2 x-bf sibuk hantar mesej kat FB tanya khabar dan sibuk tanya kenapa I taknak add dalam FB dan kenapa I tak pernah reply mesej diorang.. well.. They should know.. What we had before is over... and that it!! I'm not interested to be in any relationship hatta sebagai kawan biasa sekali pun.. we broke up for a reason and because we can't be friend anymore lah kan.. and I'm afraid that would trigger something bad.. Biar beringat sebelum kena kan?

Thursday, 15 August 2013

Bila orang tak kenal tetiba beramah mesra..

Salam..

Sudah hari khamis.. sekejap jek dekat nak hujung minggu dah nie.. Weekend nie takde plan.. ada kemungkinan ada rakan nak singgah ke rumah.. tahun nie tak buat open house.. close house jek.. sapa nak datang dipersilakan.. condition rumah masih penuh dengan kotak.. sejak balik hari tuh belum sempat lagi berkemas..penatlah.. balik kerja aku dah rasa tak larat..

Pernah tak kadang-kadang kita ke satu tempat awam, macam bank, pasaraya, pejabat pos atau mana-mana aje.. kita kadangkala ditegur oleh orang.. kadang orang tumpang tanya.. kadang orang saja sembang-sembang sebab nak hilangkan bosan menunggu.. dan untuk kes aku pulak.. ada orang menegur masa aku membelek bawang.. apa?? belek bawang hahaha.. ye ini kes cerita benar..

Insiden nie terjadi 2 kali... sebelum raya dan selepas raya.. di tempat yang sama.. pasaraya yang sama.. yang menegur juga bangsa yang sama.. isu perbincangan.. bawang dan raya.. hahaha..

Al-kisah ye... Kerana stok bawang besar dah tinggal sebijik.. maka misi ke pasaraya nie di set dengan membeli bawang antara dalam senarai (al-maklum aku p pasaraya nie hampir tiap-tiap hari balik dari kerja.. sebab dekat sangat dengan rumah dan ontway balik dari ofis.. akukan rajin masak sebab tuh p pasaraya tuh.. bukan sebab ada pakwe hensem tau).. Semasa membelek bawang nie.. ada seorang wanita berusia berbangsa india sedang memilih bawang.. so aku datang jugalah sebelah dia sambil memilih bawang besar kesukaan hatiku hahaha.. biasanya pilih yang masih elok kulit luar.. yang bersaiz sedang-sedang.. malangnya saiz bawang yang ada ketika itu besar2 penumbuk.. makcik yang sedang pilih bawang tuh menegur aku.. dia seolah membebel.. bawang semua besar-besar.. aku senyum angguk jelah.. dan sekadar mengiakan kata-kata dia.. tak lama.. suami makcik nie sampai pulak.. entah apa diorang sembang dalam bahasa tamil.. tetiba pakcik tuh pulak cakap dengan aku... 'Ini bawang kalau masuk 1 biji pun sudah cukup.. banyak besar..' Aku yang sedang khusyuk memilih bawang terkejut sikit hahaha.. bersungguh pakcik tuh bersembang dengan aku.. siap dia angkat sebiji bawang tuh bagi aku tengok.. masa nie nak komen balik pun macam takde idea hahaha.. sekali lagi aku iakan sahaja lah... tapi takdelah over excited bebenor...

Itu insiden sebelum raya... Baru-baru nie pulak.. 2hari lepas.. di tempat bawang yang sama... aku ditegur dengan orang makcik india juga yang sedang memilih bawang... aku pasti bukan orang yang sama.. sebab makcik kali nie lebih berusia sikit.. cuma sembang takde sangat pasal bawang tapi pasal raya.. dia tegur aku cakap.. sekejap dah habis raya seminggu kan... 'aikk (ckp dalam hati) aku yang beraya.. orang lain yang mengira hari ye' hehehe...

Selepas 2 insiden nie aku ada beberapa kemuskilan.. orang suka menegur aku sebab apa ek??

1- Sebab aku cun dan comel serta putih wakakakah.. maka membuatkan orang tak teragak-agak untuk melepaskan peluang beramah mesra dengan ku.. (hehehehe sila percaya ayat masuk lif tekan butang naik tingkat 12)
2- Senyumanku yang mungkin cukup menawan.. dari taknak cakap tetiba merasakan rugi kalau tak tegur hahaha..
3- fizikal aku yang sedap-sedap badan kadangkala mungkin menjadi penyebab kepada keramahan orang untuk menegur.. yelah orang badan sedap nie dari jauh sikit orang dah boleh nampak kan hahaha..
4- Adakah kerana aku memakai baju berwarna terang menyebabkan mereka merasakan aku lebih outstanding daripada bawang-bawang besar berwarna merah...
5- Untuk mengelakkan daripada pedih mata semasa proses memilih bawang.. baiklah bawak bertegur sapa.. kot kurang sikit pedih mata tuh (relevan ke nie hahaha)
6- Sudah bosan duk memilih bawang yang tak sudah-sudah dari tadi.. baiklah sembang mambang ada gak faedahnya
7- Muka aku muka peramah kot hahaha.. orang rasa macam aku nie mesra alam.. walaupun selalu juga aku cuma memasamkan muka yang memang dah cukup manis ini hahaha...
8- Mungkin berkat baca doa tengok cermin kot.. apa doa dia?? cuba google
9- Terima sajalah hakikat.. orang suka tengok ko kan.. lepas nie cecuba pakai niqab.. walaupun ku rasakan aku belum bersedia untuk itu..

Kalau ada sebab lain yang tidak dinyatakan.. bolehlah korang memberikan cadangan untuk aku pertimbangkan sebab musabab kenapa orang suka tegur aku..

Insiden orang suka tegur ini membuatkan aku teringat pada seorang pakcik jaga di bank islam tempat aku bekerja... Dulu bila ada urusan bank aku sering ke bank islam.. pakcik jaga nie.. memang ramah.. walhal aku tak kenal dia langsung pun.. tapi setiap kali aku ke bank.. dia mesti tegur aku.. kadang dari jauh dah siap ambilkan no untuk aku.. dia layan aku macam anak-anak dia.. kadang urusan dengan bank tak lama mana.. tapi sebab sembang dengan pakcik nie.. jadi lama pulak kat bank tuh.. pakcik nie pencen askar.. pernah juga dia ajak datang beraya ke rumah dia.. tapi aku tak pernah pergi pun.. pernah kjuga dia bising-bising.. bukan tak nak pergi.. tapi aku tak tahu rumah dia kat mana.. malas nak tanya beria alamat rumah dia.. karang kalau tak datang mesti dia hampa.. last aku jumpa pakcik nie sebelum aku ke UK tahun 2006 dulu.. sejak balik.. bila ke bank islam.. pakcik jaga dah tukar orang lain yang muda sikit.. takde dah sesi tegur menegur.. tapi kebanyakan staf lama kat bank islam tuh ada yang masih aku kenal.. dan ada juga yang aku selalu tegur juga.. Dulu pernah M tanya pada aku.. macamana aku kenal pakcik tuh.. sebab tiap kali p bank.. mesti pakcik tuh tegur.. Tapi sebab M dah lama kawan dengan aku.. dia tahu sangat yang orang suka sangat menegur aku hahaha...  agaknya muka aku nie friendly kot..

Selain daripada itu.. satu insiden yang aku takleh lupa.. adalah.. bila ke stesen minyak.. aku ada 2 kereta yang sering aku bawak ke tempat kerja.. satu kereta yang berjenama sikit.. siapa yang baca blog masa awal-awal aku balik dulu tahulah aku pakai kereta apa.. dan 1 lagi kereta adalah kereta jenama malaysia.. proton wira yang aku masih guna walaupun dah 13tahun kereta tuh.. kereta pertama aku.. dapat kereta tuh pun 2 minggu lepas dapat lesen kereta ahakss..

Terjadilah al-kisah.. aku ke stesen minyak tuh bawak kereta wira.. stesen minyak BHP kat tempat aku nie best.. sebab kadang-kadang pekerja dia tolong isikan minyak.. kadang dia tengok kita dah habis bayar.. belum sempat kita sampai kereta dia dah tolong angkat pam dan pamkan minyak... entah bagaimana.. adik nie tegur aku.. (adik nie melayu bukan bangla.. apa motif aku bagitau nie ekk hahaha)
'Eh.. akak nie.. bukan ada kereta 1 lagi kan' Aku masa nie dah senyum-senyum hahaha... wahh adik nie perasan aku rupanya..
'Kereta apa tuh dik' aku buat-buat tanya hahaha.. sebenarnya malas nak declare aku pakai kereta apa... 'Kereta toyota ke kak'.. aku cepat-cepat menidakkan.. 'kereta apa ye.. tapi memang saya tahu akak pakai kereta lain juga'
'Betul ler tuh dik.. akak memang pakai kereta lain.. kereta nie sekali sekala je pakai' aku cakap sambil senyum-senyum.. hahaha.. sambil kembang mata.. ada juga yang perasan aku kan hahaha... aku suspek sebab berapa kerat sangat kat tempat aku yang pakai kereta satu lagi tuh.. dan pemandu dia pulak perempuan manis macam aku hahaha... perasan... sila percaya :)

Aku rasa benda nie biasakan.. kadangkala bila kita ke mana-mana pasti kalau time mood kita ok.. ada sahaja orang yang rajin menegur kita.. Aku ikut mood juga melayan.. kalau tak terkejar masa... dan dalam mood yang baik biasa aku melayan jek.. tapi kalau mood kurang baik dan penat.. biasa aku senyum dan iakan sahaja tanpa banyak cakap..

Pernah kena insiden macam nie?? Kalau kena tegur dengan orang yang memang niat baik oklah.. takut kena tegur dengan niat tak baik.. itu yang takutnya.. kan..

Beli concentrate perfume nie dengan harga RM6 sahaja..
M sebut Anna Sui dah bunyi 'Anna Suwii' sampai adik cashier tuh pun tergelak.. 
yelah suwii dalam bahasa cina bukan maksud mati ke??
Apa pun bau dia memang best..
Walhal masa kat UK Perfume Anna Sui nie ada dijual tapi tak pernah tergerak hati pulak nak beli..
Aku memang suka perfume.. stok dari UK pun masih byk dalam kotak..

Wednesday, 14 August 2013

Blog.. Kisah aku..

Salam

Aku mula berblog pada tahun 2007.. itupun sebab melihat blog seorang rakan yang sering berkongsi cerita tempat-tempat yang dia sering pergi dengan keluarganya.. teruja dengan cara dia bercerita aku mula rasa teruja nak try blogging juga.. dengan hajat untuk berkongsi kisah travel yang sama..

Bermulalah aku blogging sehari sebelum hari lahir aku.. Blog itu agak popular di kalangan rakan-rakan aku sebab nama yang aku gunakan turut memasukkan nama tempat dimana aku tinggal di UK.. mula aku banyak kongsi kisah aku berjalan.. tidak lama lepas itu.. ia mula jadi seperti diari.. aku mula teruja berkongsi rasa hati.. apa juga yang aku rasa tak puas hati.. peristiwa yang aku lalui.. semua aku cerita di situ..

Sekitar tahun 2008 tak silap aku.. aku pernah blogging pasal seorang sahabat aku nie.. aku ceritakan rasa kecewa aku tentang sikap dia.. itulah kesilapan pertama aku dalam blogging aku kira.. lanjutan dari situ aku mula mendapat serangan secara blog pula.. dia mula buat blog dan mengata aku.. siap dia attack semua blog kawan-kawan dan keluarga aku.. malah pernah mencaci cerna keluarga aku.. suami aku sekali.. masa nie memang kecoh satu malaysia kat tempat aku.. nama aku diperkatakan orang.. orang lain membaca penghinaan itu turut menangis bila menelefon aku.. menangis sebab penghinaan yang dia tulis melampau... hati aku masih keras masa tuh.. sedih memang sedih.. tapi aku masih bertahan..

Sejak itu aku mula slow down dalam menulis rasa hati aku di situ.. aku lebih selesa tulis kisah kembara.. kisah study aku.. kisah mana aku pergi.. dan kadangkala bercerita soal kenangan zaman silam.. Namun lama kelamaan.. aku berhenti menulis.. rasa teruja untuk membuat ayat-ayat jiwang terhenti.. Aku mula membuka blog baru dengan menggunakan nama samaran..

Blog ini sebenarnya adalah blog ke 4 yang aku menggunakan nama samaran berkenaan.. aku sering berpindah randah.. antara sebabnya aku tidak selesa di situ kerana ada yang sudah mula follow aku dan mengenali siapa aku.. Akhirnya aku sampailah ke sini.. Di sini aku rasa bebas.. walaupun ada sesetengah pembaca dan follower tahu siapa aku.. dan bagaimana rupa aku.. tapi setidak-tidaknya mereka itu kecil golongannya.. dan aku mula perlahankan aktiviti blogging aku di blog pertama itu.. Namun di sini juga aku tidak tahu berapa lama aku akan kekalkan alamat ini.. andai aku rasa identiti aku bakal dipopularkan.. biasanya aku akan cabut.. tutup blog dan pindahkan kandungan blog ke alamat yang lain.. Aku harap tidaklah sampai ke situ nanti.. tapi if it's happen... I won't hesitate to move...

Berbalik isu blog itu.. Sejak balik ke sini.. aku tukar nama blog tersebut.. dan kini.. blog itu lebih banyak menyepi..sayang sebenarnya sebab follower di situ ramai.. dan aku pasti ada yang mungkin sekali sekala menunggu buah tangan tulisan aku.. aku tidak lagi menulis seperti itu di situ.. dulu banyak aku kongsikan di situ.. kisah silam zaman sekolah.. rasa rindu aku bertahan di negara orang.. Bila membaca blook kueh bakar.. aku teringat suntingan blook aku sendiri yang aku dah buat separuh jalan.. entah dimana fail itu.. masa buat suntingan tuh banyak juga entri yang aku masukkan sebab masa itu.. zaman kegemilangan aku menulis.. kini entahlah.. mungkin sahaja aku akan sambung buat blook.. tunggulah aku siapkan Phd aku nie.. sebabnya aku memang sudah merancang untuk menulis kisah aku menyelesaikan phd aku yang kini sudah hampir 7thn..

Seronok sebenarnya menjadi anonymous.. kita tidak perlu menonjolkan diri.. cuma bila meletakkan gambar aku sedikit hati-hati.. bukan kerna aku tak lawa.. hahaha.. tidak.. tidak.. aku cuma comel dan cute.. tidaklah secomel nora danish atau lisa surihani..  hahaha.. tapi aku happy dengan apa yang aku ada.. orang suka melihat atau tidak aku tak kisah sangat.. Kalau kita cantik untuk orang buat apa.. cantiklah untuk diri sendiri dan orang yang kita cintai..

Aku tahu follower aku di sini tak ramai.. 24 orang.. Masa aku mula blog ini dulu follwer cuma 5 orang jek.. Alhamdullilah ada yang sudi dan setia menjadi pembaca.. itupun dah kira bersyukur sebab ada yang sudi follow.. tak pernah terfikir ada orang nak follow cerita aku yang kadangkala merapu meraban.. dan kadangkala panjang berjela.... Setidak-tidaknya aku dapat meluahkan apa yang aku rasa di sini.. itu sebab kenapa aku cipta nama diari T3PCute ini.. dulu aku bernama Tukang Cuci Cute.. kisah aku sebagai tukang cuci selama 4 tahun banyak aku kongsikan.. bangun seawal pkl 4.30pg.. keluar rumah pkl 5.15.. masuk kerja pkl 5.30 dan habis kerja pkl 9.30 sambung ke universiti hingga pkl 5ptg..

Kini.. aku kembali bercerita sedikit sebanyak tentang kesibukan aku... kadangkala aku terlupa blog ini seminggu dua.. pernah menghampiri sebulan dek sibuk sangat-sangat.. tetapi sesekali bila teringat atau ada sesuatu yang aku mahu kongsikan.. selalunya aku cuba ambil masa untuk menulis..

Setiap orang ada kisah mengapa mereka berblog... Di awal aku blogging aku jumpa ramai rakan blogger yang masih setia membaca kisah aku walaupun aku kini berblog di tempat lain dengan nama samaran.. aku rasa lebih invisible.. kini kisah di blog ini mula aku upgrade hahaha.. pada kisah tipikal tentang tempat makan yang sering atau pernah aku pergi.. dan kini kisah travelling mula aku jadikan salah satu entri untuk aku kongsikan..

Rating entri di blog ini aku perhatikan banyak yang singgah berkisar tentang kisah kecantikan.. kisah aku makan-makan di Pantai Jeram.. Kisah minyak zaitun.. yang juga popular kisah aku menguruskan kereta import yang aku bawa dari UK.. ini paling banyak mendapat pertanyaan no telefon agen yang menguruskan (harapnya no itu masih aktif lagi.. dan dia pun makin majulah business ye).... itulah yang menyebabkan aku letakkan no telefonnya di situ.. dan malas nak reply atau email kat diorg no telefon itu sebab aku mahu kekal anonymous..

Jika ada yang perasan.. aku juga sering uploadkan gambar-gambar yang aku ambil dalam setiap entri yang aku tulis kan.. aku suka ambil gambar... tapi aku tidak suka bergambar... dan aku juga suka berkongsi gambar.. setidak-tidaknya.. dari gambar yang aku ambil itu.. ada sesuatu yang mungkin boleh ditafsirkan oleh mereka yang melihatnya.. dapatlah melihatnya seperti mana aku inginkan anda melihatnya..

p/s Entri ini tercetus selepas membaca kisah 'aku dan blog' kueh bakar, post yang lama giler simpan dalam draf

Kesesakan jalan di KL
Hampir tiap bulan mesti wajib ke KL
Aku merinduimu KL..
:)

Tuesday, 13 August 2013

Menghampiri seminggu raya..

Salam

Hari ini dah mula bekerja.. ofis lenggang giler sebab ramai yang masih bercuti.. 2 kawan baik aku dah mula bekerja hari ini juga.. 2 dari kami berpuasa 6.. termasuk aku.. azam ganti puasa lebih awal dan ambil peluang puasa 6 sekali.. serik juga sebab bila ganti puasa tahun lepas.. aku buat last minute.. tahun nie kalau sempat aku cuba ganti seawal mungkin.. lagipun rasa ralat juga bila tinggal puasa dekat2 nak raya ahaks :)

Kawasan perumahan aku semalam pun masih ramai yang bercuti di kampung.. jiran ada 3 4 org jek yang dah balik.. tapi masih ramai juga yang masih kat kampung terutama sekitar rumah aku tuh ramai juga cikgu cikgi.. so sekolah masih cuti seminggu lagi kan.. kami yang lecturer mostly aku tengok almost semua dah balik.. ada yang dah mula kerja semalam..

Raya tahun nie aku rasa mood aku pasif.. meaning aku takde rasa beria nak beraya.. kalau pergi pun setakat rumah yang wajib.. kalau sebelah pakwe ikutkan hati aku malas nak beraya.. bukan apa kadang rasa bosan dengan soalan-soalan yang diorang sibuk tanya..

'korang bila lagi nak ada anak?? tak nak cuba ke kat ####' (aku angguk kepala jelah malas nak cakap apa)
'naik badan ko ye.. '
'jangan cakap perkataan besar.. ada orang besar kat sebelah nie' (ayat nie aku paling terasa hati.. nasib yang cakap tuh pangkat pakcik)

Kesimpulan.. raya pada aku takde makna apa... beraya kat kampung rumah mak aku takde hal sangat.. happy jek.. walaupun kami tak ramai adik beradik.. tapi aku rasa aman jek.. tapi bila raya kat rumah mertua.. aku macam takde hati.. anak buah dah 9 orang.. adik ipar pun baru dapat anak seminggu sebelum raya.. dia balik kampung dalam pantang.. aku macam takde rasa nak tegur ke apa.. entahlah.. mungkin hati aku terusik kot.. Kebetulan raya kali ini aku perasan mak mertua aku macam berat nak lepaskan anak-anak dia balik.. sebelum aku balik.. 2 adik beradik pakwe dah balik dulu.. 2 tuh balik sebelum raya.. aku pulak balik raya kedua.. raya 4 dah balik kg mak sebab lusa aku dah kerja.. Tapi pada aku.. mak mertua ada lagi 2 anaknya yang belum balik lagi.. so aku tak ambil berat sangat.. setidak-tidaknya dia masih ada pak mertua aku.. berbanding mak aku yang tinggal seorang.. lepas adik aku ke sabah hujung bulan nie.. mak aku tinggal berdua dengan adik lelaki aku.. kalau aku jarang balik lagilah dia terasa..

Dalam keadaan begitu sejenak aku teringat kenangan beraya di UK.. aku rasa raya di sana aku lebih seronok dan aman damai.. takde orang sibuk nak jaga hal ko.. takde orang sibuk nak tanya bila nak ada anak atau tambah anak.. takde orang sibuk tegur naik berat badan.. ada juga tanya tapi biasa diorang lebih sensitif dan aku jrg kena tanya pasal berat badan pun.. Sejenak terlintas nak bermastautin di negara orang hahaha.. kalau diberikan peluang dan ruang.. mungkin sahaja aku tidak teragak-agak kot berpindah ke negara lain.. bukan sebab tak sayang negara sendiri.. bukan sebab rasa negara sendiri tak aman.. bukan sebab rasa bosan dengan sikap orang di negara sendiri..  cuma aku rasa kehidupan di sana kita takde rasa nak materialistik.. orang tak pandang apa yang kita ada.. rumah besar mana ke.. perabut banyak mana ke.. harta banyak mana ke.. malah orang sana lebih sensitif tentang soal peribadi.. amat-amat sensitif.. kalau nak kata dari segi keselamatan.. aku rasa lebih selamat berjalan di sana (hometown aku.. city lain aku tak tahu) berbanding jalan di KL.. memandu di sana juga aku rasa lebih selamat.. memandu di sini.. masuk jek kereta terus kena lock pintu.. sana.. takde langsung perasaan macamtu..

Kadangkala kita persoalkan juga apa tujuan kita hidup.. apa yang kita mahukan.. to me.. happiness.. aku mahu rasa gembira dan bahgia.. gembira dengan cara aku sendiri tanpa perlu ditentukan oleh orang lain.. ada rasa kebebasan untuk melakukan ibadah.. kerja.. hidup.. pernah juga terlintas untuk berhijrah terus ke negara lain.. entahlah.. mungkin bila kita tinggal di negara lain.. bila dapat balik ke negara sendiri sekali sekala.. nikmatnya amat manis sekali.. (dulu aku cukup suka bila dapat balik ke malaysia.. menjejak kaki ke klia waktu itu rasa gembira sangat.. dan bila kembali semula ke UK.. menjejak kaki balik ke sana juga indah sebab rasa balik 'home sweet home')..

Raya tahun nie memang raya aku takde mood.. walaupun begitu.. sejak balik semalam.. aku dah mula kemas rumah.. lap mana yang berabuk.. tahap habuk memang banyak sebab kerja-kerja renovate dapur.. aku tengah bersemangat nak menghias ruang tamu.. banyak frame gambar yang menjadi koleksi peribadi masa di UK.. dah setahun simpan dalam kotak.. Azam minggu nie.. nak kemas dapur dan ruang tamu.. nak sort out pinggan mangkuk yang tak pakai utk hantar rumah mak.. dan nak keluarkan set pinggan yang dibeli kat UK.. kalau tidak nanti jatuh pulak hukum kufur nikmat.. beli yang mahal-mahal.. tapi pakainya yang murah-murah.. lagipun rasa sayang sangat.. sebab koleksi yang beli tuh ada yang tak pernah pakai langsung.. bukan tak nak pakai.. tapi sebab dah bertindih antara kotak yang penuh dalam stor.. menyebabkan aku giveup nak mencari kat kotak mana.. bukan sikit kotak tuh.. total ada 100+

Harapnya aku rajin ler minggu nie.. sementara pakwe masih bercuti kat rumah boleh suruh-suruh kemas rumah sikit.. lagipun minggu depan aku mula sibuk kelas balik full day..

Kitchen extension yang baharu siap..
Picture taken a day before raya..
Masih banyak nak settle.. 
masa nie plaster dinding belum fully kering..
dan lantai pun kena mop berulang kali sebab habuk simen masih kekal melekat..

Monday, 5 August 2013

Memaksa diri shopping raya..

Salam

Tajuk tak boleh blah kan.. selalu orang suka shopping hehehe.. tapi aku pulak terpaksa shopping.. yelah baju pakwe aritu belum beli lagi.. tudung baru nak matching pun belum ada.. baju raya dah siap cuma tudungnya tak matching lagi.. stok tudung yang ada pun tak check ada color matching ke idak..

So semalam.. agenda bermula lah.. pergi shopping raya dalam terpaksa.. Buat pertama kalinya shopping raya waktu malam di jalan TAR... punyalah ramai orang.. rasanya kalah waktu siang.. tapi bestnya jalan malam shopping nie.. takdelah kisah penat sebab anytime boleh beli air yang melambak-lambak di jual kat tepi jalan.. tengok jagung bakar pun terliur jek.. beli jugalah... sogo.. ouhhh ramai sungguh orang.. sempat jugalah beli kasut carlo rino 2 pasang rm99.. 1 selipar.. satu flat shoe.. selipar dah pakai hari nie.. ohhh memang best selipar tuh selesa sangat.. tak menyesal beli ahaks.. Siapa belum shopping raya boleh ler ke Jln Tar.. Mula plan nak singgah nagoya cari kain chiffon untuk buat shawl halfmoon.. tapi sebab tengok ramai sungguh orang.. malas nak singgah.. lagipun macam takde masa dah nak potong kain buat halfmoon tuh..

Hari ini misi mencari tudung dan kuih raya.. tudung dah borong 5 warna.. aku jenis tak pakai tudung express tuh.. masih suka tudung bawal.. so kali nie cari warna untuk matching baju-baju kerja yang dah ada.. bukan sangat nak matching baju raya.. Mulanya teragak-agak juga nak pergi kedai jahit tepi tudung sebab kedai tuh lebih kurang 30km dari ofis aku.. nak survey kedai dekat pekan yg jarak 5km macam malas pulak nak pergi cari dari satu kedai ke kedai lain.. kalau kedai akak tuh confirm dia tau dah sebab 2 shawl sebelum nie dia yang jahit tepi.. akhirnya pergi jugalah.. kuih raya tadi survey sikit2.. tempat yang selalu aku beli kuih raya tak sempat nak pergi tadi.. jam dah nak dekat pkl 3.. so time masuk ofis.. ramai juga tadi orang keluar bershopping.. nak bayar kat kedai kain tudung tadi pun beratur panjang..


Rumah almost 80% siap.. tile hari nie maybe siap kot.. tapi masih banyak gak lagi yang belum siap ye.. nak cat dinding.. nak buat wiring lagi.. nak pasang grill tingkap n pintu.. memang nampaknya dapur baru full used naik raya haji kot huhuhu..

Esok insyAllah gerak balik kampung.. tapi masih tak pasti lagi sebab nak tgk condition pasang tile petang nie.. kalau semua siap oklah.. kalau tak sempat juga kena sambung esok.. maybe aku gerak balik kg lewat petang sikit.. so pagi esok dan-dan lagilah nak p beli kuih raya.. ingat nak p malam nie..boleh ler rasa kuih tuh sedap ke idak.. ;) itupun kalau larat nak keluar..

Rasanya ini post terakhir sebelum aku cuti raya esok..Mood raya aku masih takde.. Bila fikir raya hati rasa macam blank jek.. takde rasa excited nak raya ke apa.. Duit raya pun standby setakat mana yang ada..

Apa juga Selamat Hari Raya... Semoga kita semua selamat menempohi perjalanan pulang ke kampung.. Selamat pergi dan selamat balik ke rumah.. Aidilfitri di sambut dengan kesyukuran dan kemeriahan..Andai ada salah dan silap kita berkawan atau komen mengomen di blog masing-masing.. terkasar bahasa.. tersilap kata.. Harap maafkan daku ye.. InsyAllah kita jumpa lagi selepas raya nanti.. Kalau nak bagi duit raya.. janganlah malu dan segan ye ;)

Maaf Zahir & Batin..
Selamat Hari Raya Aidilfitri

p/s Lama tak main mercun.. ahaks :)

Semalam di Jalan TAR
Kat sogo ramai sungguh yang melepak kat tepi tangga..
Macam ada pesta jek..
Apa juga memang happening lah semalam.. 

Saturday, 3 August 2013

Kisah seekor anjing di rumah mak..

Salam

Macam tajuk buku cerita kanak-kanak jek hahaha.. tapi.. ini kisah benar.. dan terlintas nak berkongsi..

Anjing.. sesiapa yang pernah jumpa anjing mesti larik hahaha.. ramai yang tak suka terutama muslim.. kalau yang non-muslim.. dog is man best friend.. Aku? Anjing nie pada aku so-so.. takut pun idak.. suka pun idak.. pengalaman duduk 5 tahun negara org yang 'man best friend' nie.. buat aku lali dengan anjing.. kalau terserempak pun.. idaklah sampai aku jalan 100 batu dari situ.. kalau selisih pun jeling-jeling jek.. cuma risau kalau dia basah.. jenuh nak samak.. itu jek yang aku prihatin sikit.. tapi personal feeling.. aku ok jek dengan anjing.. idaklah sampai jadi tak suka..

Al-kisahnya.. tersesatlah seekor anjing kat rumah mak di kampung.. sejak dari anak anjing.. hinggalah anjing tuh besar panjang.. rumah mak akulah tempat dia menumpang tidur.. tempat tidur dia pot depan rumah.. dia buat macam rumah sendiri hahaha.. segala ayam.. telur ayam.. semua dia belasah.. sampai 1 ketika.. ayam mak yang biasa tidur di pot pokok rambutan tepi rumah dah pindah ke pot depan rumah hujung sudut.. sebabnya si anjing suka sangat mengerjakan ayam-ayam nie..

Selain dari itu.. perangainya.. dia suka curi kasut dan selipar.. selipar aku ada sepasang jadi mangsa.. tau2 jek tinggal sebelah.. sampai satu tahap.. mak kena tampal notis depan pintu.. sebab takut ada tetamu yang datang pakai kasut.. balik tinggal sebelah jek.. Itu belum masuk baju di ampaian.. itupun jadi modal dia buat main.. cadar ke.. kain ke selamat dia bawak lari.. mak dah puas juga membebel.. sampai pernah tahap dia ambil kayu.. pukul2 anjing tuh..

Pernah ada orang datang nak tangkap anjing tuh.. tapi yang bestnya dia pergi menyorok hahaha.. last-last tak jumpa.. diorang pergi jek.. baru nampak batang hidung hahaha.. yang best juga.. Mak dan adik aku dah jadi macam tuan dia.. Pantang mak aku keluar jek.. dia pun sibuk lari-lari sampai ke jalan.. Bila mak aku balik.. dia pun berlari-lari tunggu depan rumah.. dah macam kita orang pulak bela anjing tuh hahaha..

Namun dalam macam tuh.. anjing nie jaga rumah.. dulu selalu ada monyet datang berlari-lari kat bumbung rumah.. sejak ada anjing seekor monyet pun tak berani singgah.. apatah lagi kalau ada orang yang datang tak dikenali.. pernah juga waktu tengah malam anjing nie lari keliling rumah kejar sesuatu sambil menyalak.. sampai adik lelaki aku terpaksa keluar check.. nasib tak jumpa apa.. dan pernah juga dia melolong tepi bilik aku.. seram sejuk juga hahaha...

Last aku balik sebelum puasa hari tuh.. aku tengok anjing nie dah lemah semacam.. selalu kalau aku lalu jek dia mesti blah.. macam tau-tau jek.. kali nie.. dia macam tak larat.. asyik terbaring jek.. mata pandang aku pun macam minta simpati.. aku sidai kain pun dia jeling-jeling manja jek.. bangun pun tidak.. apa pun tidak.. masa nie rasa kesian pun ada.. yelah dia pun makhluk tuhan juga kan.. kalau dia takde fungsinya di dunia ini.. Mengapa Allah jadikan anjing.. betul tak?

Minggu lepas bila aku balik kampung.. wah ada perubahan aku nampak.. dulu kasut selipar mesti kena letak dalam rumah.. kali nie.. selipar dan kasut bersepah kat depan rumah... rumah nampak macam berseri sikit..

Rumah mana saja yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak dua qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud).”

Mak tak bela anjing ye.. tapi anjing tuh datang dan pergi.. cuma dah banyak usaha dibuat seperti panggil orang.. bagi racun.. dan akhirnya sebelum puasa.. anjing tuh mati sebab diracun jiran belakang rumah.. dan yang tukang tanam bangkainya adalah mak aku..

Tamatlah kisah anjing pendatang di rumah mak aku.. Takdelah sebab rindu ke apa ke.. kisah dia mengerjakan ayam bukan berlaku di rumah aku je.. termasuklah rumah jiran-jiran juga.. kasut.. selipar adalah fav dia.. rumah mak aku dah jadi macam tempat dia kumpul barang pulak.. nasib juga kucing mak dia tak usik langsung.. kucing lalu lalang pun dia dah buat macam kawan.. kadang sampai ajak main sama pun ada...

Teringat pasal anjing sebab sekarang nie kan tengah heboh kes 1 hari di hari raya tuh..  Aku malas nak ulas pasal isu tuh sebenarnya dan entri nie pun takde kena mengena dengan hal tersebut ye..

p/s Entri nie dah lama simpan dalam draft.. Baru nak publish ;)





Friday, 2 August 2013

2 filem yang mengingatkan aku pada rumahku di UK (2007-2012)

Salam

Sebenarnya dah lama terlintas nak tulis entri nie.. sebab recently aku ada menonton 2 buah filem nie.. yang antara lokasi pengambarannya amat dekat dengan nilai sentimental pada aku..

1-Skyfall

Semalam aku menonton filem Skyfall yang tengah hot ditayangkan di channel HBO movie di Astro. cerita itu not bad.. tapi apa yang aku paling teruja sebab pemandangan yang ada dalam filem ini..

Ada 1 scene yang James Bond berhenti dan memandu di kawasan gunung ganang.. aku tahu route itu route A82.. merupakan route tercantik di UK terletak di Scotland Highland.. setiap tahun masa musim luruh aku dan pakwe mesti akan ke sana.. dan yang paling utama ada 1 jalan kecik yang James Bond berhenti.. aku pernah ambil gambar di situ.. huhuhu aku rindu giler tempat itu...

Ini trailer ye yang ada scene di pergunungan Scotland..
Minit 1.13 tuh lah view paling lawa..
Ini memang trademark kalau ke Scottish Highland
 

Kawasan ini terletak di Glencoe, iaitu salah satu kawasan bermain ski di Scotland (kat situ ada 5 tempat untuk main ski)

Dan ada 1 scene yang James Bond memandu merentasi pergunungan.. kawasan itu memang view ye cantik.. Ini adalah koleksi gambar yang pernah aku ambil sekitar kawasan itu.




I miss this place huhuhu :(
Rasa macam nak pergi balik..
Ambil gambar macam james bond tuh hahaha..

Selain tuh.. Film Skyfall juga dibuat di Istanbul... bila tengok tuh teringat pulak pasal Istanbul.. tapi scene dalam filem tuh tak banyak.. kalau tonton filem 'Istanbul aku datang' lagi banyak nostalgia... Bilalah nak pergi Istanbul lagi ..

2- World War of Z

This film ada nilai sentimental pada aku.. sebab pengambaran filem ini dibuat dekat sangat dengan universiti aku. Dekat sebulan juga diorang buat pengambaran dan puas jugalah aku ambil gambar sekitar tempat nie.. Tapi sepanjang diorang buat pengambaran bayang Brad pitt pun tak pernah jumpa :(


Scene ini dekat dengan dataran yang aku lalu setiap hari pergi universiti


Ini Trailer dimana pengambaran yang dibuat kat tempat aku dulu..
Dataran merah tuhlah tempat aku lalu hari-hari ke universiti selama 5 tahun..
Dalam scene Brad Pitt bawak caravan ke hujung jalan (ada bustop)  itulah kawasan universiti aku..



Dan ini koleksi gambar yang aku ambil..




Masa diorang buat pengambaran nie.. pernah jugalah 2 3 kali aku terpaksa berhenti kat tepi-tepi jalan tuh sebab nak melintas untuk tunggu bas.. masa tuh diorang tengah shotting scene zombie tengah lari-lari.. pastu ada kereta kebal keluar.. dengarlah bunyi tembak menembak.. kereta terbalik dan paling utama suara orang-orang menjerit hahaha... Akhirnya selama hampir sebulan diorang shooting dalam sekitar bulan 8 tahun 2011 tuh.. akhirnya filem nie keluar juga sebelum puasa hari tuh June 2013.. 

Masa tengok kat wayang aku excited giler.. sebab tengok laluan aku jalan kaki ke universiti setiap hari hahaha... best giler macam aku sorang yang duk situ..  masa tuh rasa excited sebab aku yakin.. dalam ramai-ramai orang yang menonton wayang tuh.. hanya aku seorang jek yang pernah ke set pengambaran filem tuh.. nostalgia giler..

However this is 2 among the closest filem yang ada kaitan dengan kehidupan aku selama 5 tahun di UK.. 

Semalam aku teringat dan rindu nak ke sana.. InsyAllah jika aku ke sana untuk viva nanti.. akan aku ambil gbr puas-puas tempat yang biasa aku lepak makan-makan dan yang biasa aku pergi :)

p/s Doakan aku pulang ke UK secepat mungkin ye..

Thursday, 1 August 2013

Hari terakhir memadam papan putih sebelum cuti

Salam Petang Khamis

Hari ini last lecture before budak2 cuti break dan cuti raya.. lepas raya diorang sambung seminggu lagi cuti.. tapi sem 1 ada kelas hari khamis.. tapi aku pun ambik 3 hari jek cuti.. 2 day before raya.. dan 1 hari lepas raya.. Selasa start keje macam biasa..

So far dah 3 kelas aku ucap selamat hari raya.. nasib juga takde yang minta duit raya hahaha..takat minta kurma ada ler ahaks... sebenarnya ada plan nak bg kismis... tapi tak sempat nak pack.. maybe kalau aku rajin aku buat untuk raya.. nak bagi duit raya takde budget.. total student aku ada dekat 100 orang kalau sorg singgit oklah.. tapi kalau sorang 5 inggit hahaha.. bonus pun abis..

Kejap lagi ada kelas last.. lepas tuh merdeka hahaha... rasa dah penat sangat sepanjang 2 3 minggu nie.. tinggal kurang seminggu jek nak raya.. minggu depan hari khamis waktu ini.. sure kita sedang bergembira menyambut lebaran kan.. InsyAllah.. moga usia kita masih panjang lagi..

Semalam selesailah agenda berbuka puasa 1 jabatan.. aku antara organizer sebab bendahari kelab.. makanan banyak juga berlebih.. tapi semua pakat tapau... lepas nie akan buat pulak utk raya.. tahun lepas jamuan meriah gak.. diorg siap bakar satay kat makmal komputer hahaha.. memang happening giler masa tuh.. kitaorg ye jabatan mmg best.. apa tah lagi join venture dengan bebudak ofis dan lab..

Tadi aku sengaja survey tiket flight.. syukur dah book awal tiket ke kota kinabalu.. sebab harga tiket dah naik.. kalau 3 org ari tuh aku book RM870 sorang RM290.. hari nie tak dapat dah harga tuh.. tambang balik ari tuh dapatlah sorang rm22 tak masuk tax.. skrg nie semua dah 100++.. sambil tuh sempat jugalah survey tiket pergi tokyo.. Kalau naik MAS dekat 2500 tambang aduh tak mampu ler den.. air asia boleh lerdapat dekat 1000+ kira separuh tambang dari naik MAS..  sedang berusaha nak realisasikan impian ke Jepun nie.. paling utama dapat jumpa Kanako dan lepak-lepak macam dulu masa kat UK.. aku rindulah dengan diorang nie.. dulu selalu kami mesti keluar bersama.. Dengan Nuch dan Kanako.. dedua masih single.. aku tak sabar nak tunggu diorang kawin hahaha... mesti aku usahakan untuk travel masa hari wedding diorang.. yeye.. (aku yang over berangan.. diorg ye tah bila nak kawin hahaha)

Maybe dlm bln 9 Nuch akan datang lawat aku pulak.. yehhh looking forward.. seperti biasa tahun nie dia pos hadiah birthday aku dari Thailand... aku dah mula plan apa nak bagi kat dia walaupun birthday dia lambat lagi bulan 12 nanti.. tahun nie dia bagi aku kain 4 meter.. minggu nie nak ambik baju raya.. dan akan terus hantar untuk jahit baju kerja pulak..

Minggu depan aku masih kerja lagi.. tapi sehari jek.. Isnin.. Selasa dan rabu mula cuti dah.. so weekend nie nak cuba settlekan yang last minute shopping.. baju raya pakwe pun belum beli.. dia memang sah-sah takkan p beli punya.. so terpaksalah awek ye pergi beli kan on behalf.. yang best dia takkan bising punyalah color apa aku pilih.. asalkan bukan color pink hahaha... (walaupun macam ada plan sebab salah satu baju raya aku color tuh hahaha)

Oklah.. jaga diri.. Mood raya masih belum mari lagik... dengar lagu raya pun macam takde perasaan jek huhuhu :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...