Monday, 23 July 2012

Ramadhan pertama di Tanahair

Salam pagi Isnin

Aku sudah hampir sejam tiba di pejabat dari kampung.. seperti kebiasaanya pagi isnin aku akan sedikit letih memandu hampir 2 jam dari kampung.. hari ini tiba awal sedikit sebab lepas sahur aku boleh bersiap dengan cepat..

Sabtu lepas buat pertama kalinya kita berpuasa di tahun 2012.. dan juga buat pertama kali juga untuk aku berpuasa di tanahair selepas 5 tahun berpuasa di rantau orang.. Syukur.. sebab kali ini merasa berpuasa di kampung.. bersahur dan berbuka bersama keluarga.. Kini hari ini.. aku kembali berpuasa di rumah.. dan pastinya seperti sebelumnya aku juga akan berbuka sendirian di rumah.. cumanya minggu ini.. jadual aku sedikit padat sebab lewat petang dan malam aku perlu kendalikan makmal untuk sesi survey online untuk projek research yang kami jalankan.. bermakna.. aku mungkin pulang sedikit awal ke rumah.. masak nasi siap2.. dan mungkin juga masak lauk pauk.. kemudian keluar untuk handle lab pkl 5-7.. balik buka di rumah dan pukul 8-10mlm pula kena handle lab lg.. letih kan.. :)

Pasar Ramadhan? aku tak pasti lagi sama ada akan pergi atau tidak.. sebab seperti biasa.. kalau pergi pun takat nak beli kuih muih.. sebab aku akan masak juga nanti di rumah.. sebelum puasa pun rutin dah biasa dengan masak lauk pauk.. Cuma pasar ramadhan dah berubah tempat sejak 3 thn yang lalu.. so tempat yg baru nie aku memang tak pernah pergi.. jika sempat ptg nie mungkin aku singgah.. mungkin lepas kelas nanti aku balik rumah dulu.. letak beg2.. dan kemas rumah lebih kurg.. masak nasi n lauk pauk.. sblum pkl 5 akan gerak pulak ke lab.. setidak2nya abis lab pkl 6lbih nnti aku tinggal balik rumah je.. mlm nak keluar balik pulak kan.. (kalau tetiba kwn aku ckp tak jadi lab mlm nie.. perhhh best apa lepak umah.. tapi rasanya macam takde tak jadi...)

Alhamdullilah.. sudah 3 hari kita berpuasa... 2 hari sebelum nie tak rasa letih sangat sebab melepak kat rumah je.. hari pertama jek.. banyak tido hahahah... nie dah mula bekerja nie sure melepek sat lagi... kena pulak handle lab ptg n malam lagi.. plan nak ke masjid terawih pun.. mungkin x.. aku terawih ka umah je.. nak pergi sorg2 naik kereta malas pulak.. kalau ada kawan2 lagi best..

Teringat dulu kami terawih di rumah kawan2 sahaja.. selesai buka.. solat maghrib n isyak.. kemudian terus sambung terawih.. rindu kenangan zaman itu.. berbuka di rantau org.. dimeriahkan  dengan kawan-kawan.. buka.. solat.. terawih bersama-sama.. kat sini pun geng2 semua utara timur barat.. kalau dekat2 rumah macam dulu memang bestlah.. 5 tahun berpuasa di tempat orang kan.. mana kan dapat dilupa semua itu..

Semoga tahun ini Ramadhan lebih bermakna.. cuma pastinya aku akan rasa kekurangan sebab Ayah takde tahun nie.. rutin buka dan sahur juga berbeza...

Selamat berpuasa ye semua.. semoga amalan kita lebih diberkati dan bertambah..

Tuesday, 17 July 2012

Kasih sayang itu adakah akan sama nanti..

Salam Pagi Selasa..

Kini sudah hampir 2 bulan aku masih punya rasa sedih ini.. dan kita pun tinggal kurang dari 3 4 hari untuk berpuasa.. InsyAllah.. buat pertama kalinya aku berpuasa hari pertama Ramadhan di tanahair.. tahun ini aku takde rasa ghairah sangat untuk menyambut Ramadhan.. apatah lagi memikirkan kini hari raya tanpa Ayah..

Benarlah semasa hayatnya aku selalu kadangkala take advantage dengan waktu yang aku punya bersama dia.. apatah lagi jarak dan masa membataskan perhubungan dan sentuhan.. Ketika aku 5 tahun di sana.. di tahun-tahun akhir aku jarang call ke kampung kerana sibuk dengan urusan study.. Kini setelah pulang hampir 5 bulan.. aku kini seolah membalas balik semua masa yang pernah aku abaikan pada mereka.. setiap jumaat aku akan pulang ke kampung.. rutin hujung minggu aku adalah di kampung.. Isnin pula.. rutin memandu selama hampir 2 jam ke tempat kerja seawal pkl 7 pagi.. sampai pukul 9.. rehat sekejap dan pukul 11 aku ada kelas pula selama 2 jam..

Letih??? sudah tentu badan aku terlalu letih.. tapi memikirkan.. letih itu untuk keluarga.. maka aku ikutkan sahaja.. kalau nak tanya badan aku.. aku tak dapat nafikan.. keletihan aku sememangnya terlalu... Tapi.. hati masih kuat mahu berbakti dan bertanggungjawab kan.. Kini bila ayah sudah tidak ada.. Mak ada aku tempat untuk bergantung.. banyak keputusan yang perlu aku laksanakan untuk keluarga.. aku tak rasa terbeban.. Aku doakan Allah berikan aku kekuatan dan peluang untuk terus berbakti pula untuk mak..

Kasih sayang seorang anak... Dulu aku pernah ada rasa tidak puas hati dan berkira dengan arwah Ayah.. mungkin kerna dulu dia seorang yang tegas dan garang.. maka seawal usia dewasa aku... aku agak rapat juga dengan ayah kerana selama 3 tahun setiap hari aku berulang alik ke sekolah dihantar ayah.. malah aku pernah bekerja sebagai seorang guru sandaran dimana ayah ketika itu adalah guru besarnya.. Kiranya aku satu-satunya anak ayah yang pernah rapat sebegitu berbanding dengan adik-adik yang lain..

Selewat usia sebelum pemergian ayah juga.. Ayah dulu selalunya akan duduk di sebelah aku dan bersembang dengan aku.. Adakala bila aku membaca surat khabar sendirian di meja sofa.. Arwah ayah akan datang duduk disebelah aku dan mengingatkan aku tentang banyak perkara.. adakalanya menasihati.. adakala dia meluahkan.. sejak kebelakangan sebelum ayah pergi.. dia banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang adik-adik... dan aku sepertimana dulu.. lebih selesa mendengar sahaja..

Dulu aku berkira untuk menbelikan sesuatu untuk ayah kerana fikirku dengan pencen ayah yang melebihi 2K itu ayah tidak memerlukan apa-apa.. dan selalunya aku sering belikan untuk mak sahaja... hingga 8 thun yang lepas mak pernah menegur aku meminta aku membelikan baju atau kain pelikat untuk ayah... sejak itulah aku tidak begitu berkira sangat..

Apalah sangatkan harga yang perlu kita bayar untuk belikan sesuatu untuk mak dan ayah kita... tapi aku pernah punya sikap sedikit berkira dengan arwah ayah aku.. itu cerita lewat 7 8 tahun lepas.. Tahun ini buat pertama kali juga aku sambut hari ibu dengan membelikan mak kek... terharu mak.. hingga mak cium aku.. dan aku pernah juga niat untuk membelikan kek yang sama bila sampai hari bapa bulan lepas.. tapi... Allah lebih tahu... niat itu tidak dapat aku laksanakan.. tapi hari ayah itu aku sambut dengan pergi ke pusara ayah hari itu..

Sejak ayah meninggal.. kiranya kami kerap menziarah ayah.. kadangkala setiap minggu.. kadangkala 2 minggu sekali..apatah lagi kuburan itu hanya di tepi jalan besar sahaja.. tiap kali nak balik ke kampung dari pekan besar.. pasti akan lalu di situ dan tidak pernah mata aku tidak menoleh ke situ.. adakala aku hanya sekadar mengucapkan salam pada ayah andai aku tidak sempat singgah..

Kini bila ayah sudah tidak ada,, barulah aku tahu banyak mana kasih sayang aku pada ayah.. bukanlah bermakna.. semasa hayatnya aku tidak sayang atau kasih sayang aku sedikit.. cuma biasanya kita tidak peka tentang soal hati.. Kini bila telah kehilangan.. barulah aku tahu.. bahawa aku terlalu sayangkan ayah.. terlalu tinggi nilai kasih sayang aku pada ayah.. hingga pernah beberapa kali terlintas di fikiran aku.. adakah nanti bila aku punya anak.. anak itu akan menyayangi aku seperti mana kasih sayang aku pada mak dan ayah..

Aku tidak tahu jika fikiran ini ada sebabnya.. mengapa pula kita seolah mahu menagih atau mengukur kasih sayang itu..entahlah.. aku sendiri tidak tahu mengapa fikiran sebegitu datang pada aku.. Kerap kali aku terfikir..adakah nanti bila aku tua.. anak-anak akan mampu menjaga aku seperti mana aku menjaga mak dan ayah.. akan taatkah mereka pada kami berdua nanti seperti mana taatnya kami pada ibubapa kami..

Pernah dengar tak cerita tentang seorang anak yang punya seorang ayah yang tua dan juga anak yang kecil.. Mereka ini terlalu lapar.. hinggalah satu hari mereka terjumpa makanan.. masalahnya makanan itu hanya cukup untuk seorang sahaja.. Si anak serba salah untuk mengutamakan siapa... ayah yang tua atau anak yang kecil..

Menurut ustaz yang pernah menyampaikan cerita ini.. sebenarnya si anak wajib memberikan makanan itu dahulu pada ayahnya.. dan bukan si anak kecil tadi.. sebabnya?? itu adalah merupakan satu ajaran sebenarnya.. andai si anak memberikan makanan itu pada anaknya yang kecil.. bila dewasa nanti si anak kecil itu akan lebih mengutamakan anaknya sendiri berbanding kedua ibu-bapanya.. sebab itulah si anak tadi harus memberikan makanan itu pada ayahnya sendiri terlebih dahulu..

Berbalik dengan cerita itu.. aku rasa punya kebenaran yang besar.. ini kerana sewaktu aku anak-anak lagi.. seawal umur aku 9 tahun.. aku telah tinggal di kampung bersebelahan dengan rumah arwah nenek dan atok aku.. maka selama bertahun mereka ada di situ.. aku telah melihat bagaimana ayah aku berbakti dan menghormati kedua ibu-bapanya.. dan dari situ sebenarnya.. aku terikut sikap ayah.. hingga menyebabkan cara aku melayan mak dan ayah.. terikut dek cara bagaimana ayah selalu melayan kedua ibu-bapanya sendiri.. Benarlah kan.. didikan itu penting.. sikap yang kita perlihatkan itulah akan jdi ikutan..

Aku dulu tidak pernah lihat arwah ayah meninggikan suara pada ayah dan maknya.. Aku tidak pernah
melihat dia mengabaikan mereka.. apa sahaja permintaan mereka ayah akan cuba tunaikan... Maka sikap itulah yang terbentuk pada aku..

Ye nilai kasih sayang.. seorang anak pada kedua ibubapanya.. walaupun sebagaimana banyak pun yang kita lakukan untuk mereka... kita tetap takkan dapat membalas jasa mereka...

Buat mereka yang masih punya kedua ibu dan ayah.. hargailah mereka selagi mereka ada... percayalah bila kita kehilangan mereka.. benarlah kata sahabat-sahabatku.. sebahagian daripada diri kita hilang bersama mereka.. kehilangan ayah sudah cukup memberikan impak terlalu besar dalam hidup aku... Aku belum bersedia untuk menerima kehilangan mak pula andai masa itu tiba.. Ya Allah panjangkan usia ibuku dan berikan kesihatan yang baik untuk Ibuku...

Kasih sayang aku buat mereka tidak dapat aku gambarkan.. Aku terlalu sayang mereka berdua..

KLCC waktu malam..
Sejak kebelakangan ini aku kerap ke KL

Monday, 16 July 2012

Andaiku bercinta lagi (music mode)

Salam pagi Isnin

Hari ini mahu melayan mood jiwang ahakss
Semenjak jadi pengikut setia drama 'Ameera' setiap hari selasa-khamis kat TV3.. 
Aku terus terpikat dengan lagu ini.. 
Lagu kumpulan Mojo.. dibawah KRU.. 
So now officially..
This is one of my fav song ;)

 Andaiku Bercinta lagi
Kumpulan Mojo
Penyanyi : Aweera


 Katanya lagu ini ditulis oleh Edry KRU berdasarkan kisah benar cinta kawannya..
Seorang lelaki yang masih menyintai isterinya yang meninggal sebab kanser..

Mendalam maksud lagu ini.. 
dan liriknya memang best ;)

Friday, 13 July 2012

Bertambah lagi usia..

Salam hari Jumaat

Alhamdullilah sejak tengah malam tadi lagi aku telah menerima ucapan dan sms selamat hari lahir.. Pagi ini juga beberapa sms aku terima masuk.. Wall di facebook juga penuh dengan ucapan rakan-rakan.. rasanya antara masa-masa inilah nak merasa meriahnya wall facebook sendiri :)


Syukur kini diberikan pertambahan usia untuk tahun ini.. namun tahun ini hari lahir disambut sederhana.. Pakwe seperti biasa buat tak tahu je heheheh.. tapi seperti mana tiap2 tahun.. pesanan untuk belikan kek pasti akan aku minta seperti selalunya..

Tahun ini aku tak rasa beria nak celebrate birthday.. maybe sebab masih terasa sedih dengan kehilangan ayahanda.. Namun.. masih bersyukur kerana masihramai kawan-kawan yang ingat akan hari lahir aku ini.. baik di UK..di New Zealand.. di Thailand.. di Malaysia Alhamdullilah mereka masih ingat..

Buat rakan-rakan lain.. InsyAllah ada masa nanti pasti kita akan bertemu untuk janji untuk sambung bergosip ahaks..

In Central KL @Bukit Bintang
Early nite of 12 July..
When it reach 00.00 times on 13 July..
I was driving on my way home..
Sedih gak masa nie sebab celebrate sorg2 dalam kereta..

Tuesday, 3 July 2012

Antara 2 kereta...

Salam Petang Selasa

Minggu ini kurang sibuk sedikit.. tapi aku ada kelas pada hari isnin.. walaupun student degree cuti.. cuti semester nie aku kena ajar student diploma pulak.. walaupun dah masuk jabatan lain.. tapi bidang yang aku ajar ternyata jelas masih bidang jabatan yang lama.. Pelikjuga.. kata ramai dr jabatan tuh tak cukup jam kredit mengajar..so atas dasar ilmu.. aku terima jelah mengajar kelas budak diploma nie.. tapi kira ok jugalah sebab ketua jabatan aku pun kena mengajar student diploma.. kira hanya kami berdua semester nie yang mengajar diploma jabatan lain

Beberapa minggu lepas.. aku lebih kerap membawa kereta yang satu lagi... kereta lama tersadai agak lama di rumah.. kesannya.. bila aku nak bawa kereta tuh selasa lepas.. terus tak leh start.. bateri kong sebab dah dekat 2 minggu tak start langsung.. kata orang.. kalau tak bawak tuh.. hari2 kena start juga.. tapi aku dek sebab kadang terlupa.. pagi sibuk nak cepat p ofis.. balik pulak.. sibuk nak masuk umah.. sampai lupa nak start keta..

Antara 2 kereta.. sebenarnya ada perbezaan bila bawak 2 kereta itu.. satu kereta lama yang punya banyak nostalgia.. sudah 12 tahun kereta itu kami gunakan.. kereta itu jugalah kereta pertama aku.. dapat sahaja lesen kereta..2minggu selepas itu kereta pun keluar.. kiranya.. episod aku memandu kereta di Malaysia nie semuanya dengan kereta itu sahaja.. sampai dah sebati lah.. sekarang dek kerna usia yang dah tua sikit.. banyaklah ragam dia.. goyang sana..goyang sini.. gegar sana gegar sini.. bunyi sana bunyi sini.. kiranya utara selatan.. kereta tuh dah jelajah dah..

Walaupun kereta tuh dah lama.. tapi aku rasa lebih selesa naik kereta itu bila kemana-mana.. kerana kurang menjadi perhatian orang...kereta yang satu lagi tuh kalau aku bawak.. haiii... mata-mata yang memandang semuanya menoleh tak berhenti.. rasa tak invisible.. selalu juga aku terima tenung dari orang2 sekitar sini tiap kali aku bawak kereta tuh.. baik ke pekan.. ke medan makan.. mahupun masuk ke kampus.. biasalah.. tgk no plat baru.. no 3 angka jek.. semua itu mengundang perhatian orang..

Kereta lama itu walaupun dah tak cantik mana.. calar sana sini.. tapi aku rasa lebih invisible.. orang tak menoleh sangat bila aku memandu.. nak parking mana-mana tepi jalan pun takde hal.. kereta satu tuh.. bila nak parking jek aku dah pening kepala sebab tak boleh nak parking sebarang..

Namun dari segi pemanduan tuh.. sudah tentu kereta yang satu lagi lebih sedap dipandu.. perjalanan jauh tak rasa sangat... nak parking.. pun mudah sebab auto.. takde sibuk nak tukar gear bagai... tapi elok juga punya 2 kereta dengan cara pemanduan yang berbeza sebab ia membantu kita reset balik tindakan kita.. kalau keta auto.. kita terbiasa dengan tindakan tekan break.. tekan minyak.. bila bawak manual... mulalah terkiyai2.. fikir apa nak buat.. lama fikir baru teringat kena tekan clutch hahahaha dan mula masuk gear.. kdg lupa gear camna nak masuk.. itu terjadi bila terlalu lama sangat bawak kereta auto... ;)

Mula-mula dulu bila bawak kereta satu tuh.. sedikit kekok dengan pandangan orang pada aku.. lama-lama aku dah biasa.. selalu buat tak tahu je.. sebab selalu dah perasan ekor mata orang yang memandang.. sebab itu aku kdg lebih selesa bawak kereta lama.. invisible bila kemana-mana.. sebab takat bwk kereta wira org mana hairan kan.. ada bagusnya juga.. bila kita tak pernah bawak kereta yang jatuh kategori mewah nie.. kita tak pernah tahu macamana rasa dan pengalamannya.. Mula tuh memang ada rasa segan sikit.. dgn kata lain berlagak sikit ahaks... tapi itu sebenarnya buat aku muhabah diri juga.. terutama bila bwk kereta tuh mmg takat nak pecut.. dalam masa hanya beberapa saat dah boleh naik 60/70 km/j.. so bila bawak kereta lama.. bawak lebih relak.. kalau tgk kereta lain yang mewah potong kereta lama aku tuh.. takde hal ahaks.. sebab dah puas kot merasa bawak kereta yang punya kapasiti kelajuan lebih tinggi..

Tapi yang best juga bila bawa kereta tuh.. aku jadi malas nak berjalan2 jauh.. bukan apa sebab rasa tak selamat sangat bawa kereta tuh sorg2 dan menjadi perhatian orang.. kalau perlu pergi pun.. antara benda yang aku akan fikir adalah di mana nak parking dan jalan apa nak ikut..

Anggapan org yang bila kita memandu kereta jenis mewah begitu mestilah ingat kita byk duit.. Duit memang banyak.. amat banyak.. tapi bukan duit aku semualah.. kalau nak banyak duit.. pergi bank sure byk duit yg kita leh jumpa.. tapi nyatanya duit oranglah kan..

Antara 2 kereta ini.. kisahnya seperti antara 2 darjat jugalah hehehehe...  cuma satu punya kenangan di sini.. dan satu punya kenangan di sana..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...