Wednesday 28 March 2012

Sebulan di tanahair..

Salam Petang Rabu..

Alhamdullilah kini dah sebulan aku pulang ke tanahair.. dan aku pun rasa kekerapan aku meng'update' blog semakin berkurangan ahaks.. dulu kdg kala sehari dua dah update cerita.. kini kadangkala aku seolah kehilangan cerita nak dikongsikan.. bukan takde cerita.. banyak cuma kadangkala idea yang nak dijanakan beku.. aku lebih selesa simpan hahaha... mungkin sahaja bila hati teragak nak bercerita maka mulalah jemari ini menulis..

Sebulan di tanahair.. Buat masa nie aku sedang membiasakan diri dengan cuaca dan suasana kerja.. hari ini meeting di jabatan yang baru.. dan beberapa rakan mula bertanya mengapa muka aku dalam jabatan tuh ahaks..bila dapat tahu yang aku berjaya tukar masuk.. semua bg respon positif ahaks.. Lagipun kami dalam proses untuk menubuhkan fakulti yang baru..so dengan pertukaran ini.. andai kami bergerak ke fakulti yang baru.. macam kes aku.. without doubt akan ikut sekali berpindah.. masuk sahaja ke fakulti baru.. maka aku akan mula ditempatkan di jabatan baru semula.. mungkin sahaja.. menjadi pengasas untuk kursus-kursus baru pulak..

Seminggu ini aku sibuk mengendalikan pelajar untuk kursus photo editing dan 2 sesi kelas kami adakan shot kerja luar sekitar kampus.. pelajar diminta bawa kamera digital dan ambil beberapa shot sekitar kampus untuk dijadikan poskad... Aku pun ambil peluang juga ambik beberapa keping gbr.. sampai semua kereta yang lalu lalang.. semua duk melihat aktiviti pelajar yang sibuk dengan kamera masing2.. ahaks... sempatlah berpeluh tengah padang tuh.. tak tahan beb hahaha... org scotland balik mesia.. mmg masih belum dapat nak adaptasi dengan cuaca lagi.. ini pun sedang sedaya upaya maintain kecerahan kulit ahaks.... ;)


Memandang dari jauh
;)

4 comments:

julietchun said...

sila simpan dalam lemari jaket2 tebal anda,kekekkekeek

Kaktiny said...

selamat mengadaptasikan diri kembali dgn cuaca hujan panas tak menentu di Malaysia ni yer.. hihihi..


ko pandai eh.. nk dtg tgk aku time aku beranak esok, harusla aku kena simpan list menu panjang berjela tu 2 bulan!!.. huwaaaaa...


hahahaha...

kueh bakar said...

macam gambar kat upm jer.fakulti pembangunan manusia. tapi...kat situ padang rugby.

masa akan mengubah.mungkin bukanlah mengubah tentang rasa.tapi mengubah tentang penerimaan..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Belum boleh simpan sebab barg tak sampai lagi.. lgpun almari tak muatlah. mau ada yang kekal simpan dlm kotak ;)

Tiny

Bukan disengajakan.. stok coklat ko mmg ada.. tapi xpe.. aku leh tolg simpan smpi lepas pantang hahaha... ;)

kueh

Rasanya mana2 universiti trademark padang besar camnie biasa.. dulu kat UKM zaman belajar.. padanglag tempat lepak paling best sambil jeling2 abg senior yg hensem. atau senyum2 tgk abg rotu hahaha..

Rasa akan kekal walau berapa lama pun masa.. tapi penerimaan.. nak taknak kena terima.. tetap syukur berada di negara sendiri sebab rasa dah terlalu tinggalkan family.. kalau diorg dah takde lagi.. rasanya dah lama kot stay kat UK tuh.. mau trus ambik PR ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...