Wednesday 7 March 2012

Memperkenalkan Tukang Padam Papan Putih Cute : T3PCute

Salam Pagi Rabu

Alhamdullilah... Sudah masuk Rabu kedua untuk aku berada di bumi tanahair.. Walaupun cuaca taklah panas sangat sebab petang hujan lebat.. Aku masih rindukan bumi UK.. apatah lagi bumi Scotland yang sudah tentunya sejuk nyaman waktu ini.. Aku juga rindukan kehidupan yang serba santai dan relaks.. Sudah 3 hari aku memandu ke tempat kerja.. selepas bertahun2 berehat tidak memandu dan sering dihantar pakwe ke universiti.. Aku mula terasa tekanan memandu di sini.. seperti mana style aku memandu dulu.. aku tak suka 'rush' tetapi disini.. seperti biasa.. org semua nak cepat.. walhal jarak masa beza dengan aku berapa saat jek.. akhirnya yang sibuk memotong aku tuh.. jumpa balik kat traffic light hahahha.... nak cepat sangat.. bukannya dapat terbang pun..

Sejak semalam.. sudah banyak komen-komen yang minta aku tukar nama blog..So untuk memenuhi hasrat rakan-rakan itu.. Aku pun tukar lah nama blog ini.. Masih ada elemen lama blog asal.. aku masih maintain menjadi si 'tukang' tapi prospek kerja sudah bertukar.. sekarang kerja aku padam papan putih.. hahaha.. kalau tidak menulis di papan putih.. pastinya aku akan menulis di kertas putih.. ;)

Perkataan 'cute' seperti biasa.. kena maintain.. Ahaks.. biar sebut banyak2 kali.. nanti penyudahnya maintain cute jek... InsyAllah dalam hari ini aku akan mula bersiaran langsung internet dari rumah sendiri.. Aku akan kekal gunakan mobile broadband buat sementara waktu ini.. Belum ada plan nak ambil wireless di rumah sebab aku akan banyak habiskan masa aku di pejabat.. sudah seminggu lebih ini aku balik ke rumah pun menghampiri pukul 7ptg.. Seperti mana rutin aku dulu di UK.. begitu jugalah rutin aku di sini.. dan seperti mana juga balik dari Uni.. di sini pulang dari kerja.. Aku juga akan memasak seperti biasa... Malah juga sempat masak untuk sarapan pagi.. Ramai kawan-kawan yang kata.. 'alah mula-mula je..' well mungkin juga.. tapi bukan mudah sebenarnya untuk aku menghentikan rutin yang telah aku buat selama 5 tahun.. boleh beli makanan di luar.. tapi harganya agak mahal sebab ada sesetengah makanan tuh aku biasa masak sendiri jek..

Untuk masa terdekat ini.. Aku akan kekalkan aktiviti memasak.. sebab dulu walau penat camna pun bila pulang dari Uni.. aku pasti akan ke dapur untuk memasak.. sebab aku tahu.. sebagai seorang isteri.. walaupun kita punya bebanan kerja dan tanggungjawab di pejabat.. tanggungjawab di rumah itu tetap kena buat.. Walau sekalipun belajar atau bekerja itu adalah tanggungjawab utama.. tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri itu juga tidak boleh diabaikan.. kerana kita kena ingat.. Kita bekerja atau belajar itu pun atas keizinan si suami juga.. sebab itu kadang-kadang aku tak sampai hati sangat kalau tak selesaikan kerja-kerja rumah.. walaupun sebenarnya tanggungjawab menyediakan makanan itu sebenarnya tanggungjawab suami.. tapi sebagai isteri.. inilah masanya untuk kita ambil peluang nak buat pahala banyak2.. Rugilah kalau kita banyak mencipta pahala dengan membuat baik dengan orang lain.. tapi pada masa yang sama.. kita tidak ambil peluang buat pahala dengan keluarga sendiri.. ;)

Bermula hari ini juga.. Blog ini akan di kenali sebagai Blog 'Diari Tukang Padam Papan Putih' hahaha.. so sesuai dengan nama yang baru.. kisah-kisah yang akan aku luahkan di sini.. akan banyak berkisar tentang kehidupan itu.. mungkin sekali sekala.. akan aku selitkan kisah-kisah si tukang cuci part-time yang masih aku buat di rumah..

12 tahun dulu..
Di sinilah bilik aku masa mula-mula bekerja..
Kini semuanya dah banyak berubah

5 comments:

Anonymous said...

Cute tu x blh tinggal heheheh

julietchun said...

Nama tu nak dekat sama gak tuh :D

cute? memang pun :D

ku-cit said...

entry kali ni mcm dengar ceramah agama plak..ehehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

Hahaha maintain apa ;)

Juliet

Ahaks.. terima kasih sebab puji aku hehehe ;)

kucit

Hahaha.. entri bg syarahan ;)

kueh bakar said...

si anon tu bukan aku kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...