Sunday 8 January 2012

Masa untuk pulang…

Salam Malam Minggu

Kini dah nak masuk minggu kedua di bulan Januari.. Sudah seminggu kita di tahun 2012.. Tahun baru dengan semangat baru.. Aku juga dah ke CIS semula 2 hari.. Enjoying the day.. melayan kerenah kawan yang gila shopping sebelum dia pulang ke Thailand.. dan dia juga akan pulang di awal bulan februari ini.. Sekali lagi aku bakal kehilangan seorang lagi kawan baik.. We been a good friend for almost 4 years now.. Aku tidak pernah ada kawan dari Thailand sebelum ini.. Melainkan seorang pelajar sarjana dari Thailand yang mengambil kuliah dari aku satu ketika dulu dan juga merupakan pelajar yang membuat thesis Masternya di bawah aku 7 tahun lepas.. Itupun aku takdelah rapat sangat dengan dia.. But dengan Nuch.. Kami seolah dah terlalu rapat.. Aku rasa segala cerita tentang keluarga dia.. adik beradik mak ayah malah kawan-kawan rapat dia juga aku tahu… Syukur juga kerana negara kami tidaklah jauh mana.. InsyAllah.. harapnya hubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.. Bukan mudah sebenarnya membina satu hubungan persahabatan yang mana kita dah lalui susah dan senang semua bersama..

Tidak lupa juga kawan baik aku dari Jepun juga akan datang ke Thailand dan Malaysia pada bulan Mac ini.. Jejak kasih lah kami nie nanti.. Harapnya aku berdoa sangat hubungan yang dah bertahun kami bina ini.. akan berterusan untuk jangka masa panjang.. Dan sebenarnya aku lebih sedih kehilangan rakan-rakan yang bukan senegara sebab aku tidak tahu bila lagi akan aku temui mereka semua kan.. kalau rakan senegara tuh aku amat pasti.. sedikit sebanyak kita boleh trace mereka.. tapi bila kita punya rakan-rakan dari Negara lain.. andai masing2 sudah pulang ke Negara masing2.. that its.. Ini membuatkan aku teringat beberapa rakan yang aku kenal semasa aku buat Master dulu.. Rakan dari China & India yang pernah menjadi group assignment aku.. Rakan dari Iceland, Finland & Mexico yang sering menjadi sahabat lepak ‘evening tea’.. Tak lupa juga rakan dari Iran, Oman yang merupakan rakan study group aku dulu.. Aku teringat sahabat baik aku Aziza dari Oman yang mana kami dulu kerap lepak bersama.. aku pernah ke rumah dia..malah masa aku susah takde duit masa nak tunggu duit elaun dulu.. Pada dialah aku pernah pinjam duit.. terdesak sebenarnya sebab ketika itu aku nak exam lagi 3 hari.. tak banyak pun aku pinjam £50 jek.. itu pun sebab nak beli alat tulis jek.. Tak tahu kemana dia sekarang ini.. Tapi dari jauh aku pasti akan teringat dia.. malah jubah warna kuning dan hitam yang pernah dia bagi aku pun masih ada tersimpan kat rumah di Malaysia…

Sebenarnya kenangan paling manis bila tinggal dan belajar di luar negara adalah mempunyai rakan-rakan yang bukan senegara.. di situlah kita berpeluang belajar adat dan budaya mereka.. Selalunya style aku bila berkawan aku suka tanya tentang Negara mereka.. terutama ekonomi.. pendidikan.. makanan.. pelancongan dan lain-lain lagi.. Seronok sebenarnya bila kita dapat tahu perpektif semua itu dari rakyat asal.. Memang kita boleh baca maklumat semua tuh.. tapi mendapat buah fikiran dari mereka yang berasal dari sana berbeza.. Siapa sangkakan.. aku perlu travel beribu batu hanya untuk mendapat seorang rakan baik dari Negara jiran.. Malah selama aku tinggal di Malaysia dulu aku tidak pernah ada rakan baik dari sana.. Mungkin untuk orang lain senang kot terutama kalau ada yang punya kaitan keluarga.. tapi pada aku.. membina satu hubungan dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal langsung dan berkawan dengan mereka selama 4 tahun.. melihat mukanya pagi petang setiap hari.. mendengar kisah gembira.. sedih.. suka duka.. pastinya tidak mudah untuk diperolehi..

Minggu ini juga seorang kawan dah menghantar barang naik kontena pada hari ini.. Khamis depan dia berangkat pulang ke tanahair.. Aku??? Soon.. masuk sahaja ke department hari khamis.. aku dah terima 2 email yang bertanya bila nak balik.. itu belum lagi 1 sms yang bertanya perkara yang sama.. Akhirnya.. Semalam aku terima 1 surat panggilan lapor diri.. Sayangnya aku dapat surat itu lewat.. yelah Uni cuti 2minggu kan.. Sepatutnya awal 3hb Jan itu aku kena lapor diri.. tapi aku tak terima surat berkenaan..

Setelah mempertimbangkan segala buruk baik.. akhirnya.. Aku decide.. It’s time to go home.. It’s final now…. Aku sudah ada tarikh untuk pulang.. Aku dah maklumkan tarikh itu dan ianya final so far.. hanya minggu depan aku akan maklumkan dengan G berkenaan hal ini.. Aku perlu uruskan penghantaran barang selewat2nya tgh bulan Feb.. dan hujung bulan ini aku perlu hantar surat berhenti kerja.. Pulang penghujung Feb.. 

Selepas setahun aku menjadi ‘rebellion’ kini aku mengambil keputusan untuk pulang.. I already done what I need to do.. and now it’s time to go home and follow the rules.. Kalau aku ceritakan apa yang telah aku buat untuk tidak pulang setahun lepas pasti akan kata aku nie berani sungguh.. Ye aku amat berani sebenarnya.. Tapi seperti mana email aku pada M.. segala keputusan yang aku buat itu adalah 100% keputusan aku tanpa pendapat atau pengaruh daripada sesiapa.. aku memilih untuk ikut kata hati aku.. dan aku dah buat.. dah cuba sedaya upaya.. so apa juga tindakan dan sebab akibatnya nanti akan aku tanggung.. Aku yakin.. walaupun ada kesalahan besar untuk aku buat begitu sebab takde seorang pun kat department aku pernah buat macam aku buat nie.. Yup aku yang pertama.. secara tak langsung nama aku amat glemer di sana..

Tak kisahlah yang penting niat aku.. Niat aku adalah untuk menyiapkan study aku.. itu sahaja.. bukan sebab aku nak berpoya-poya atau bersuka ria kat sini dengan takde elaun dan juga takde gaji tetap kat mesia.. Kehidupan aku di sini susah sebenarnya.. entah berapa banyak airmata dan tidak cukup tidur yang telah aku lalui hanya untuk terus hidup.. Tapi walaupun begitu aku tetap bersyukur sebab rezeki aku masih ada.. Hidup aku takdelah susah sangat.. masih boleh survive walaupun ada kala perlu berkira untuk membeli sesuatu.. but hati aku masih rasa tenang dan fikiran aku masih boleh berfikir dengan baik.. lain kata bermakna aku masih waras.. Cabaran dan dugaan itu membuatkan kita lebih kuat sebenarnya.. Hanya bagaimana kita lihat dan hadapi benda itu..

Yeah masa untuk pulang tak lama pun… sebulan lebih sahaja pun.. Semoga Allah permudahkan semua urusan aku nanti.. InsyAllah

4 comments:

marinahunny said...

pernah baca blog seseorang yg pernah duk kat UK, katanya Uk tu fantasim, Malaysia ni realiti..

sudah smpai masa pulang lah ke pangkuan semula..semoga selamat :)

Kaktiny said...

Aku tunggu kepulanganmu!!...

.. dan aku tak putus berdoa semoga Allah permudahkan segalanya utk ko.. walau tidak seperti yg direncana, tetapi Allah Maha Mengetahui..kerana DIA sebaik-baik perencana!..

Aku tunggu ko balik!!!....

Anonymous said...

kadang..travel beribu batu. last jumpa kawan yang dekat dengan rupa..

kadang,

'kecilnya dunia..'

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Marinahunny

Yup sudah sampai masa untuk pulang ;)
Tak rasa pulak UK tuh fantasi.. tapi lebih rasa UK nie rumah kedua.. sebab bukan sikit masa yang dihabiskan kat sini.. dan bukan sekali.. tapi dah 2 kali jadi rumah kedua..

Malaysia tetap tanah tumpah darah.. UK dah kira kampung halaman dan tempat menuntut ilmu ;)

Tiny

InsyAllah.. tak lama pun lagi.. ;)
Tunggu kat Alam Damai ke nak tunggu kat KLIA ahaks ;)

Kueh

Memang.. pergi jauh2 last kenal sebelah jiran jek.. tapi itu lebih indah sebab rasa hubungan itu akan lebih lama terjalin.. rasa2 rindu jek.. boleh jalan p seberang pagar jek ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...