Tuesday 10 January 2012

Harta yang paling mahal dalam kehidupan...

Salam Tengahari Selasa,

Alhamdullilah kita masih mampu bergerak dan berada dalam kesihatan yang baik.. Syukur juga kita masih waras dan rasional dalam menghadapi keperluan dan rutin harian..

Aku baru sahaja membalas email sahabat baik aku M.. tentang beberapa kisah sahabat-sahabat yang aku kenal lama di tanahair.. mereka semua rakan sekerja aku.. tinggal di sini selama 5 tahun buat aku ingat-ingat lupa nama-nama yang dia sebutkan.. tapi lupa sekejap jek.. memori jangka panjang aku masih berfungsi dengan baik lagi..

Sedih sebenarnya bila mendengar perkhabaran yang tidak enak tentang orang yang kita kenal bila melihatkan kesihatan... kematian itu pun antaranya.. tapi mati itu pasti kan.. Setiap yang hidup pasti mati.. terutama mana yang kita rapat.. yang kita kenal sekian lama.. perginya mereka pasti kita tangisi.. tidak ketinggalan juga bila tahu ada rakan-rakan kita yang kena penyakit kronik... kita hanya mampu berdoa semoga mereka diberikan peluang untuk kembali sihat...

Dan pagi tadi juga aku sempat bersembang dengan Janice  perihal Vyonne yang mengidap kanser.. Dia datang masa X'mas party thn lepas.. tapi aku kan cuti.. intipati perbualan kami pun tentang isu kesihatan.. betapa pentingnya sihat itu.. bila sakit.. tak siapa tahu bila dia akan datang..

Sebenarnya setiap kematian dan kisah sakit ini.. menjadi ikhtibar dan ingatan pada kita.. ingatan pada diri kita bila kita sihat.. Dulu semasa aku pernah sakit demam teruk.. dalam pada terlantar sakit itu.. sejenak fikiran aku berkata.. Bagaimanakah rasanya sihat???? Sihat itu bagaimana?? sebab masa itu dek kerna terlalu sakit... kita langsung lupa bagaimana kehidupan kita ketika sihat.. masa itulah baru kita perasan betapa kita 'take for granted' nilai sihat itu.. Masa kita sihat tuh kita tak pergunakan masa sepenuhnya untuk membuat amalan.. masa kita sihat itulah kita tidak ambil peluang untuk berehat dan meluangkan masa dengan keluarga.. masa kita sihat itu jugalah kita paksa diri kita bekerja hingga sakit badan.. kadang masa kita sihat itulah kita ambil peluang untuk tidak tidur semalaman semata2 untuk menyiapkan tugasan..

Memang harta yang paling mahal dalam kehidupan adalah kesihatan... Bila kita sakit.. emas wang ringgit segunung pun takde makna.. makanan yang lazat dan pelbagai pun tidak mampu kita telan.. manis kita rasa pahit.. sedap kita rasa masam... yang indah kita tidak dapat nikmati... Bila sakit seluruh anggota badan kita tak mampu membuat 1 apa pun kerja.. kan..

Pada aku selain daripada kesihatan yang baik.. harta yang paling mahal dalam kehidupan adalah kegembiraan.. gembira.... tidak semestinya bila kita ketawa itu bermakna kita benar2 gembira.. walaupun kita bergelak ketawa penuh hati.. tapi jauh di sudut hati kita.. masih tersimpan rasa beban yang belum selesai... rasa nak happy pun tak best... Ini aku dah lalui selama 5 tahun..

Ada orang diuji dengan tubuh badan.. ada org diuji dengan mental... ada org diuji dengan harta kekayaan.. ada pulak diuji dengan ilmu yang dia ada.. ada yang diuji dengan kesihatan... setiap org akan ada ujian masing-masing.. dan kita kena sentiasa ingat.. Allah takkan menguji andai Dia tahu mereka takkan mampu melaluinya... Ujian itu adil untuk setiap orang.. walaupun kadangkala hati kecil kita pernah cuba untuk mengatakan ia tidak adil.. Berdosa besar dengan bersangka buruk dengan Allah kan... itu selalu yang aku sebut bila sahaja ingatan atau fikiran yang bukan-bukan datang dalam kepala aku.. Cuma dalam tiap doa aku.. aku selalu mohon moga Allah permudahkan.. atau aku minta.. cukuplah aku diuji dengan ujian itu.. senangkanlah ujian itu buat aku.. dan selalu juga aku doa.. Biarlah aku mampu hadapi semuanya dengan kekuatan yang ada... InsyAllah... tidak mudah sebenarnya mendidik minda.. fikiran.. hati.. perasaan.. rasa.. jiwa untuk berfikir sesuatu yang positif.. hatta bila kita kehilangan sesuatu pun.. contoh kalau kita hilang duit.. atau hilang kad bank.. pasti ramai diantara kita akan menyalahkan diri secara tidak langsung.. aku pun tidak terkecuali.. malah kalau pakwe aku terhilangkan dokumen yang penting2 pun.. aku duk membebel2 salahkan dia.. dengan ayat 'Tuhlah.. kenapa tak simpan betul2.. kenapa itu.. kenapa ini' walhal hakikatnya.. dah hilang.. kalau nangis camna sekali pun.. kalau dah tak dapat jumpa.. memang takkan jumpa.. dan selalunya nak tak nak.. terpaksalah fikir penyelesaian pada semua itu... terus marah2.. terus membebel pun tak guna.. sebab kemudiannya kita yang stress hehehe...

Aku diajar oleh seorang lelaki beberapa tahun lepas... ketika itu aku masih bekerja tukang cuci di sebuah pejabat training 'legal house'. ketika aku sedang membersihkan ruang makan di tempat latihan itu.. di atas meja terdapat 2 tray sandwich yang tidak habis dimakan... Mulanya aku teragak2 sama ada untuk membuangnya ke dalam tong sampah.. sebab aku perlu mengelap bersih meja itu.. Entah camna.. hati aku waktu tuh rasa.. buang jelah.. sebab kalau diorg nak makan mesti dah simpan kat dapur pantry masa tuh.. So aku pun dengan penuh yakin.. ambil 2 tray sandiwich yang tidak dimakan itu.. dan buang dalam tong sampah... Tak lama datang manager bernama John dan bertanya pada aku dimana 2 tray sandwich tadi.. Aku dah rasa bersalah.. aku beritahu yang aku dah buang dalam tong sampah sebab ingatkan dah takde sapa nak.. John berkata dengan aku.. dia merancang nak simpan sandwich itu dalam peti sejuk sebab masih boleh dimakan keesokan harinya.. Sebagai bos aku waktu itu.. memang patutlah aku kena marah sebab memandai buat keputusan sendiri buang sandwich tuh.. tapi yang buatkan aku respek dia.. Dalam melihat wajah aku yang serba salah mungkin... Dia berkata dengan aku 'What have done.. is done.. It's ok.. nothing to be regret about.. don't worry so much okay' kata dia sambil senyum pada aku dan berlalu dari situ... kalau bos kat mesia camna????? mesti agaknya dah berbakul kena marah kan.. idak pun kenalah dengar bebelan dia hahahaha... Since that day.. pemikiran itulah yang aku pegang sebenarnya.. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyesal andai sesuatu tindakan aku itu menyebabkan aku kehilangan atau silap perhitungan.. sebab aku dah tak boleh patah balik.. kena teruskan.. 'What is done.. is done.. don't regret so much.. think about it for a while.. take it as precaution or future reference and move on'... tak guna menyesal lama2.. fikir lama.. fikir kalau itu.. kalau ini.. kalaulah aku buat camnie.. kalaulah aku buat camtu.. itu semua kalau.. jadi atau tidak tak tahu lagi kan...

Aku rasa pendekatan itulah yang sebenarnya sedikit sebanyak membantu aku keep on moving.. aku malas nak fikir benda-benda yang bukan2.. benda 2 yang tak pasti lagi..biasanya aku malas nak fikir sangat.. aku hadapi hari based on daily routine.. Perancangan masa depan itu sudah tentulah kena ada kan.. tapi.. jangan pulak kita terlalu fikir masa depan tapi apa yang ada depan mata.. apa yang perlu kita buat pada ketika itu kita abaikan pulak...

Benar.. dulu sebelum aku sambung belajar di peringkat ini.. ramai pernah memberikan pendapat bahawa Phd Itu bukan semata-mata usaha keras sahaja tapi ianya juga adalah rezeki.. 50% usaha 50% adalah rezeki.. dan memang dugaan serta cabaran untuk Phd itu bukan sekadar menguji pencarian ilmu yang kita cari.. tapi sebenarnya dia juga menguji segala genap kehidupan kita.. baik tubuh badan.. pemikiran.. perasaan.. malah juga menguji agama dan sejauhmana kita kenal diri kita siapa... Mungkin ada orang mudah perjalanannya.. dia merasakan taklah susah mana.. Aku tak kata Phd itu susah.. cuma aku katakan Phd itu ada cabarannya.. Nak tahu bagaimana rasanya?? Kena lalui... melihat takkan sama dengan melalui.. tapi nyatanya... Walaupun dalam payah susah mencari ilmu itu.. walaupun selama mana pun masa yang perlu diambil untuk menyiapkannya.. InsyAllah.. kena yakin dengan apa yang kita cari.. dan paling utama niat..

Teringat kata-kata seorang rakan.. Bukan mudah nak dapat title 'Dr' tuh.. sebab itulah perjuangan Phd ini sukar... tapi pada masa yang sama.. jangan kita pulak rasa bangga dengan title 'Dr' yang kita dapat.. sebab apalah sangat makna 'Dr' itu.. kalau peribadi kita tak mencerminkan sikap yang sesuai dengannya...

Ada org buat Phd nak dapat Dr... aku?? Dr itu tak penting sangat sebenarnya.. sebab apa yang aku perolehi dalam masa 5 tahun ini... terlalu banyak aku dapat.. Ilmu dari 5 bidang besar aku dah buat.. semuanya bermula dari kosong... total kosong.. tapi aku rasa syukur.. andai aku tak lalui dan pelajari semua itu.. pastinya aku takkan tahu wujudnya ruang ilmu yang 5 itu.. transisi ilmu yang terlalu besar.. belajar kerana kita mahu belajar adalah berbeza dengan.. belajar kerana kita nak berjaya... Samalah juga... bila ada orang kata dengan aku... Dia ambil profesion guru kerana dia rasa mengajar itu kerjanya mudah.. atau jadi guru itu kerjanya relaks... berbeza dengan orang yang menjadi guru kerana itu minat dia.. minat untuk mendidik dari yang tidak tahu menjadi tahu dan lebih tahu...

Oh ya hujung bulan ini.. kelas terakhir aku mengajar Bahasa Melayu untuk anak-anak malaysia di sekolah malaysia... dah 4 tahun aku menjadi guru tetap di situ.. hingga saat2 akhirpun.. pengetuanya (kwn baik aku juga) mohon aku teruskan mengajar sebab susah nak dapat tenaga pengajar.. malah pakwe pun pernah melahirkan pendapatnya.. 'Dah sibuk2 nie.. takyahlah nak ngajar.. bagi orang baru2 jelah ngajar pun' Aku jawab mudah jek... 'Bukan susah pun mengajar 2 jam tuh... tak susah langsung.. apalah sangat masa 2 jam itu sebenarnya berbanding dengan nilai dan ilmu yang kita dapat berikan pada murid-murid yang nak belajar tuh pun...' Atas sebab itu jugalah aku masih sanggup mengajar lagi.. Mengajar budak dari umur 5-9 tahun bukanlah susah mana.. ;) Ngajar budak2 dewasa lagi banyak cabaran dia...

Apa lagi harta yang penting dalam kehidupan??

7 comments:

Shila said...

wahh..

tabah dan gigihnya...


bila jangka habis phD..?

kt mana skrg..?

kueh bakar said...

apa lagi yang penting?

cinta!

sama ada kau memilikinya atau tidak.

hidup tanpa cinta?

'mati' sebelum masa.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Miss Senget

Nak jawab dengan senyuman boleh??
:)
Bukan tak nak jawab.. tapi jawapan tuh semua dalam entri2 sebelum nie..

Selamat membaca ye ;)

Kueh

Kalau tanya ko kan.. akak dah leh agak jawapan ko..

Cinta dan kueh bakar..
Memang takleh dipisahkan

Bercinta sambil makan kueh bakar
Mmg best

Ahaks.. ;)

Kaktiny said...

nanti emailkan flight details.. kot-kot aku buleh mencelah merempit pi jemput ko kat KLIA.. (nureen sibuk tanya bila mama iina nk dtg, bila aku bgtau dia mama iina nak balik dah.. hihihihi)..

.. aku dah terbau kari kambing, murtabak dan carrot cake!!... kehkehkehkeh..


<3

marinahunny said...

semoga berjaya meredah segala ujian ini dgn cemerlang..betul kan, kdg2 bukan bayaran yg diharpkan sgt tp ilmu yg dicurahkan tu akan beri kepuasan kiranya anak murid berjaya paham apa yg di ajar.

teringat masa saya form 4 dulu, cikgu matematik kelas saya bagi duit raya kpd setiap murid dlm kelas saya dan nilai duit raya tu ikut tahap kehidupan seseorang murid. Kalu anak yatim dapat 10 inggit kalu x silap.

saya dpt 5 inggit tp apa yg saya ingt sampai hari ni, bersama duit raya tu diselit sekeping nota yg berbunyi :

'wang yang saya hadiahkan boleh habis dalam sekelip mata tapi ilmu yang saya curahkan boleh menggandakan wang ni dengan gandaan infiniti'.

mmg cikgu tu banyak membantu sy meningkatkan tahap matematik saya sbb math adalah antara subjek yg paling lemah. UPSR dpt D, PMR dpt B. SPM dpt A2 alhamdulillah.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Tiny

Chop.. chop.. carrot cake???? hahaha aku mana penah buat carrot cake.. kek pisang bolehlah hahaha... kek pisang aku yg letak carrot tuh ;)

Bila Nureen cakap camtu terus aku terbayang coklat 1 kotak hehehe ;)

Marina

Setuju.. Mendidik dan mengajar adalah 2 perkara berbeza.. mengajar tak semestinya mendidik..

Alhamdullilah.. setidak2nya berkat usaha dan jasa cikgulah kita menjadi insan yang lebih baik ;)

ku-cit said...

pernah baca kat oversea kalo ada phd diaorg xguna title DR. yg guna title DR ni utk DR perubatan jer... tul ke ehh????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...