Entah kenapa tetiba apabila aku bersembang dengan seorang rakan.. aku teringatkan buku ini... maka usai sahaja berbuka puasa dengan sahabat itu.. aku cari semula buku ini yang tersusun kemas di rak buku di rumah..
Malam itu aku luangkan sedikit masa untuk membaca semula setiap entri dalam buku ini... komen aku tentang Blook ini pernah aku tulis di entri ini pada 6 May 2013... woooohhhh dah 3tahun berlalu kan..
PRU13 & Blook 'Kuehbakar.. ia bukan tentang kueh'
Kueh pun dah jarang update blog dia... rindu juga membaca entri dia yang selalunya bersahaja tetapi kelakar kadangkala... rasanya kebanyakan rakan yang dulu rajin menulis dan kemaskini blog.. sekarang dah semakin menjauh... atau mungkin menulis di tempat lain.. atau mungkin sahaja seperti aku yang kadang sibuk dan terlupa kehadiran blog yang satu itu..
Dalam membaca entri.. terjumpa kata-kata ini dalam buku kueh bakar.. entri 'Chenta.. Wednesday, January 21, 2009'
Macamana nama gelemer aku ada dalam buku nie eh... hahaha
Recall... dulu nick aku Tukang Cuci Cute.. sebab kisah tukang cuci antara sebab aku buat blog ini pada asalnya..
Aku masih enjoy baca buku ini... banyak kisah yang mencuit hati.. tidak ketinggalan juga kisah sedih yang pernah dicoretkan..
Andaian aku kini selepas 3 tahun pasti sudah banyak kisah demi kisah yang berlaku dalam hidup masing-masing.. aku pun begitu juga.. banyak benda terjadi.. ada yang berulang seperti rutin kebiasaaan.. ada yang berubah.. ada yang baru.. ada yang ditinggalkan..
Tahun ini sahaja 2 orang sahabat baik aku kini dah menjadi penulis buku.. dan sudahpun menerbitkan buku pertama mereka.. Aku?? entah belum ada rasa nak buat buku walaupun sebenarnya banyak sahaja bahan yang boleh ditulis.. menulis buka yang santai?? ada ke yang nak baca?? hahaha... kalau sahabat aku sorag tuh baca ayat aku nie.. sure aku kena tarbiah... hahaha
Apa istimewanya buku kueh bakar ini?? mesti ada yang tertanya sebab edisi buku nie pun bukan boleh beli kat kedai buku.. tapi istimewa kena dapatkan dari tuannya sendiri.. istimewanya sebab ini adalah kisah hidup dan kadangkala juga sebuah pandangan... setiap kita ada pandangan kita masing-masingkan... aku pun begitu juga...
Pernah dulu masa aku aktif menulis di blog ini.. pernah singgah seseorang yang 'anonymous' yang mungkin pada awalnya tertarik dengan gaya penulisan aku... dan dia pula mula komen di blog.. dan bila sahaja aku tidak setuju dengan pandangannya aku dilabel pula sebagai tidak matang dan emotional... hang on... masa tuh aku bit 'hot temper'.. bukan sebab aku tidak boleh menerima pandangan orang... tapi aku juga tidak semestinya kena terima semua pandangan orang dengan mengangguk sahaja... come on.. this is my blog... I wrote what I like... I tak paksa pun u agree on me.. but if you dont agree.. that fine... but dont force me to accept your point camtu je...
Bagi mereka yang selalu menulis blog.. pasti sahaja maklum banyak juga benda yang kadangkala tentang hidup.. seseorang atau peristiwa yang kita kongsikan bersama... aku tidak ketinggalan juga.. aku mula menulis blog dari tahun 2007... jika blog lama.. banyak juga kisah yang aku kongsikan tentang pengalaman silam dalam hidup.. later bila blog itu gelemer kat UK dulu.. aku mula slowdown menulis sebab bila sahaja aku update.. bila jumpa rakan-rakan... ada sahaja yang mereka komen dan sembangkan... then this blog come up as an alternative... why?? I can become semi-invisible sebab ada yang kenal aku gak walaupun pakai nama samaran.. but still.. I'm happy to be as it is now... sebab itu memang takdelah gambar muka aku dalam blog nie.. sila lah cari memang takde... yg ada just pandangan blkg je hahaha...
Apa pun.. aku masih suka menulis di sini terutama bila ada rasa nak luahkan sesuatu.. atau rasa nak kongsikan sesuatu.. setiap kita ada emosi masing-masing.. aku pun begitu juga...
p/s Dik Kueh.. ko pernah komen dalam entri 6 may 2013 tuh ko nak buat blook kedua tahun 2015... nie dah 2016 nie dik.. mana? mana? mana? Hang p mana dik?
No comments:
Post a Comment