Friday, 7 August 2015

Aku di sini bila hati aku resah

Salam petang Jumaat

Lama sangat aku tidak ke sini.. terakhir semasa bulan Jun yang lepas untuk mengucapkan salam ramadhan.. pastu aku ghaib sekejap.. dan kini syawal pun dah tinggal hujung-hujung je.. ada seminggu lebih lagi untuk kita sambut syawal..

Alhamdullilah tahun ini aku dapat berpuasa 6 berterusan... rezeki tahun ini.. memandangkan tahun lepas aku langsung tak berkesempatan nak puasa 6.. sebab apa ek... rasanya aku kesibukan dan ketidakbolehan kot.,. lupa dah.. sebab dah setahun hehehe..

Selalunya memang dah jadi tabiat kot.. bila sahaja aku resah.. gelisah.. risau.. sering sahaja aku teringat blog ini.. sebab apa? sebab selalunya aku lebih selesa menulis apa yang aku rasa.. setidak-tidaknya dapatlah aku kurangkan rasa gelisah ini..

Apa yang aku resahkan sangat ini... Ada lah beberapa perkara.. tapi ada 1 perkara yang begitu menganggu rasa hati... Aku rasa bersalah dengan seseorang.. Walaupun dah minta maaf.. ianya memang kesalahan dan kesilapan aku pun.. but why.. I still feel so guilty.. aku tak tahu sejauh mana keikhlasan dia memaafkan aku.. aku tak rasa dia jenis yang tidak memaafkan... cuma aku lebih rasa.... buat masa ini dia mungkin perlukan masa untuk 'bertenang'.. dimana itulah yang sedang aku buat sekarang ini... Aku pun move on.. eventhou.. sometimes I always stop and check on it... just to make sure that at least everybody is okay.. walaupun sebenarnya aku pun tak tahu.. dia ok atau tidak... nak tanya? aku jadi malas.. sebab aku rasa dia perlukan masa...

Sedih sebenarnya.. tapi aku akur dengan kesilapan yang aku buat dan aku juga perlu cuba memahami dia... doa aku semoga dia baik-baik sahaja dan mampu kendali kehidupan dia dengan baik.. Always in good health.. always have a good life... enjoy the day.. happy with the family.. and etcs..

Aku harap masa dapat mengubat segala-galanya.. hanya itu sahaja ubat untuk resah dan gelisah ini... I have to move on.. walaupun sentiasa dibelenggu dengan rasa bersalah... Again... yes.. I'm really sorry..

p/s Aku rindu menulis semula... tapi biasalah masa dan kesibukan kadang buat aku terlupa...

Masih suka lagu ini..

3 comments:

||alis|| said...

sabar ya kak iina. dalam hidup tak putus ujian. sy selalu anggap hadirnya 1 ujian akan buat kita setapak lebih dekat dengan Allah swt. semuanya tak kekal kak. semua milik Dia Maha Penguasa. Maha Penggerak. terima dengan hati terbuka. andai setakat itu jodoh dan rezeki dalam ukhwah diberiNya.. minta doa kuat hati dan doakan sahaja pihak lagi 1 dlm keadaan baik2 dan disayang Allah selalu :)

zonaku said...

link lagu x blh buka. x apa.

memang kadangkala di blog lebih nikmat menaip dan bercerita. walau ada pelbagai lagi medium sosial yang lain, blog tetap yang teristimewa.

moga semuanya baik2 saja. anggap saja tempoh bertenang, abis gelora, insyaallah semuanya kembali seperti sediakala

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Amin.. InsyAllah

Zonaku

InsyAllah kan semoga yang baik-baik sahaja berlaku untuk kita semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...