Hingga hari ini negara sedang hebat menangani isu-isu yang hangat di Sabah.. Hingga kini secara rasmi sudah 8 orang anggota keselamatan negara yang terkorban.. tidak kurang juga mereka yang cedera sama..
Mengikuti perkembangan isu ini.. terlalu banyak perkara dan cerita yang dikongsikan.. Medan facebook sudah cukup untuk menjadi warta berita.. bulletin utama.. pelbagai 1001 cerita dan isu yang ditulis dan diulas.. dari cerita politik.. konspirasi.. dalang.. sentimen.. pendapat.. dan macam-macam..
Aku lebih selesa membaca dan memerhati.. seperti selalu aku tidak suka berkongsi sebarang pendapat menggunakan media tersebut.. menulis di sini aku lebih selesa..
Sedih dan sayu.. itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.. bila kali pertama mendengar berita kematian 2 perwira negara di TV3 dan di surat khabar.. maka dari situlah.. mulanya pelbagai cerita dan komen yang diterima.. Aku tidak mahu mengulas tentang isu politik.. buatlah apa juga andaian dan pendapat mereka.. aku juga punya pendapat aku sendiri yang cukuplah untuk aku bahaskan dalam minda sendiri..
Aku hargai jasa mereka-mereka yang mempertahankan negara.. kerana aku hidup di kalangan mereka.. aku bukan anak polis atau tentera.. Arwah ayah seorang guru.. pejuang bangsa juga.. bezanya pejuang bangsa untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa malaysia.. banyak pendapat dan komen yang menidakkan dan memberikan komen negatif tentang golongan ini.. tolonglah.. aku menulis ini bukan mahu mengundang sebarang komen sebegini.. setiap jawatan dan pekerjaan.. pasti ada mereka yang merosakkan status jawatan itu.. baik dari seorang guru.. kerani.. setiausaha.. lawyer.. akauntan.. dan malah tukang cuci.. cukuplah nak mencaci dan mengata mereka secara umum.. kelak nanti orang yang kita kata.. terkena pula diri sendiri.. ini yang kadang-kadang kita terlupa..
Aku pernah jumpa beberapa buah blog yang pernah mencaci golongan cikgu.. mengata mereka ini goyang kaki dan malas bekerja.. tapi mereka terlupa.. berapa ramai pula cikgu lain yang cukup berdedikasi.. kadangkala sanggup berkorban masa dan tenaga hendak mendidik mereka yang serba kekurangan.. aku pernah kenal individu sebegini.. dan pasti setiap kita juga pernah punya guru-guru yang hingga kini terkesan di hati masing-masingkan..
Cuma kini aku agak sedih.. sebab ada 2 insiden yang aku terbaca di facebook yang lebih kepada memperkecilkan isu di lahad datu... 1 insiden seorang cuba melawak dengan mengatakan isterinya mengajak dia keluar membeli-belah.. kemudian dibalas dengan kata-kata 'negara sedang berperang.. ko sibuk nak bershopping' dan kata itu diakhirnya dengan gelak ketawa dengan menyatakan lokasinya di sekitar ibu negara.. Membaca status begini aku rasa sedih sebab rasa orang itu tidak sensitif langsung.. mengapa perlu nak dijadikan lawak.. memanglah di sana orang sedang hidup dalam ketakutan dan keresahan .. sedangkan anda kat sini senang lenang.. tapi itu bukanlah bahan untuk dijadikan lawak.. dan di pos ke facebook..
Isu 2: Tidak setuju tentang kenaikan pangkat anggota yang terkorban.. ada orang yang menulis tentang isu ini secara terang-terangan.. ramai yang membidas status dia ini dan aku juga tidak setuju.. kesian kadangkala bila orang sebegini boleh sibuk memikirkan tentang rezeki dan duit orang.. bila artis dapat pangkat datok dengan senang lenang kenapa tidak dipertikaikan?? hanya sekadar dengan kenaikan pangkat atas tujuan dapat lebihan pencen itupun nak dijadikan isu.. Pada aku bila sahaja isu kenaikan pangkat diberikan pada mereka.. aku sudah tahu sebabnya.. setidak-tidaknya pencen itu naik.. memanglah tidak sepatutnya kita fikir sangat tentang duit pencen itu.. tapi itulah hak yang ada bagi seorang penjawat awam.. setidak-tidaknya hidup mereka terbela.. memang nampak tak banyak setidak-tidaknya.. ada sesuatu untuk mereka..
Sedangkan bila ada kematian di kalangan sahabat dan keluarga kita pun.. pasti ada derma-derma.. atau duit khairat kematian yang diberikan pada keluarga si mati kan.. kalau tanya mereka secara jujurnya.. kebanyakan mereka tidak pernah meminta duit sebegitu.. tapi menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk mendermakan? setidak-tidaknya duit itu boleh digunakan untuk buat kenduri doa selamat.. untuk membayar urusan jenazah.. bukan nak kata anak beranak atau keluarga dia takde duit sangat sampai nak kena guna duit derma tuh nak bayar semua tuh.. tapi setidak-tidaknya hasil duit derma itu digunakan sebaiknya.. orang yang menderma itu juga dapat pahala berganda.. yang meninggal pun mendapat pahala..
Apa juga keadaanya.. adalah lebih baik kita mendoakan yang terbaik tentang keselamatan rakyat sabah.. aku belum pernah ke sabah.. teringin untuk ke sana.. InsyAllah... jika diizinkan aku dapat ke sana bila keadaan sudah kembali aman dan mereka yang menceroboh ditangkap sepenuhnya.. Semoga negara kita kekal aman dan sentosa.. terjamin keselamatannya.. rakyat terus hidup dengan makmur dan bahagia.. Buat perwira negara.. semoga roh mereka dirahmati.. kubur mereka dilapangkan dan diterangi.. dipelihara dari seksaan kubur.. Al-fatihah...
Tabung Wira Lahad Datu
Media prima
Akuan Maybank : 514271339000
Andai ada lebih duit tuh.. marilah kita menderma
No comments:
Post a Comment