Friday, 29 March 2013

21 hari tanpa kemas kini...tapi aku tetap cute :)

Salam Petang Jumaat

Hari ini sudah 29 hb.. last update blog 8 march.. sudah 21 hari blog ini sunyi sepi.. Alasannya??? seperti biasalah.. kalau aku sebut sibuk.. mesti korang percaya juga hahaha.. yes.. memang sibuk.. 3 minggu aku tidak berkesempatan langsung untuk duduk lama depan nb.. 3 minggu aku sibuk keluar menyelia pelajar.. isnin- rabu sibuk dengan kelas dan menyiapkan nota-nota baru... semester ini aku mengajar2 subjek baru.. maka semua nota nya terpaksa dicari dan dibuat baru.. aku start dengan kosong '0' itu yang menyebabkan aku letih sangat bila selesai sahaja hari rabu..

Minggu ini tak kurangnya.. cuma semalam barulah dapat berehat daripada membuat kerja-kerja hakiki.. itupun masih ada 1 dateline utama yang masih belum berusik.. rancangan aku.. isnin ni aku akan mula.. lagipun minggu depan minggu akhir kuliah sebelum cuti pertengahan semester .. dan minggu break itu pulak aku akan menyambung menyelia pelajar buat kali ke2.. trip untuk penyeliaan ke 3 pulak some where in may sebelum cuti sekolah.. itupun aku harap sempat kejar siapkan.. sebab naik cuti sekolah hanya ada 2 minggu sahaja tempoh penyeliaan.. dan masa ini juga pelajar degree sudah sampai ke penghujung semester.. final exam just around the corner pulak..

Semalam aku nekad... setelah merasakan sudah hampir 3 semester mengajar aku langsung takde break... abis degree.. masuk diploma.. abis diploma.. masuk degree... akhirnya bulan depan aku nekad untuk berjalan ke Kuching..

So semalam dalam teragak-agaak.. aku pun book flight ke sana... termasuk hotel kena dalam RM761 untuk 2 orang (4H 3M).. mula rasa macam dah murahlah... TAPIIIIIIII.... aku tensen pulak bila check semula airasia hari ini.. hari yang sama.. tarikh waktu tempat yang sama... hari ini aku boleh dapat dengan harga RM601.. beza RM160... banyak tuh bezanya... boleh beli ikan masin berkotak2... dan kek lapis sarawak yang berpuluh pek... huhuhu... tetiba rasa sungguh tidak adil AirAsia ini.. kalau boleh refund oklah.. tapi sayangnya tak boleh dah... redha jelah.. bukan rezekilah maksudnya... terima dengan seadanya... walaupun hati terluka sungguh...

Pengajaran.. kalau tahu perubahan harga tambang yang begini.. mahu sahaja aku akan survey setiap hari hingga aku dapat harga yang lebih murah.. tapi risikonya.. kalau semakin murah oklah.. kalau kena semakin mahal??? Nangis.. huhuhu.. takpe kalau mahal.. kita anjak date hahaha..

1st kena macam nie bila booking flight.. sebab selalunya... bila aku buat book di UK dulu sama ada menerusi ryanair.. atau easyjet.. tak pernah terjadi perbezaan harga yang terbalik macam nie.. biasa rate lebih murah akan diberikan.. bila rate murah dah habis..barulah rate yang normal atau standard dikenakan.. masa nie memang best.. sebab boleh fly dengan tambag £1 = RM5 sahaja... pernah juga dapat rate £0.01 sen = 5sen tapi bila campur tax kena dalam £5 = RM25 sahaja.. masih murah lagi... tapi sejak kegawatan ekonomi di UK bermula tahun 2010-2011.. Ryanair dah takde rate tambang bawah dari £9.99 =RM50.. kalau ada pun susah sangat nak dapat.. itu belum masuk tax yang kadang dalam £20-30 = RM100-150, tapi masih mampu lagi lah..

However ini pengajaranlah.. mungkin selepas ini kena try and error terlebih dahulu sebelum booking... Oh ya kalau ada yang nak ke Kuching dalam masa terdekat (april 2013)..bolehlah cuba book sebab harga tambang dalam 382 sahaja berbanding dengan 542 yang aku bayar semalam... tensen tau.. :(

Sekejap lagi.. aku akan drive balik ke kampung maybe lepas maghrib.. ataupun cuba gerak sebelum sebab takut jalan jem kat NKVE & SKVE, maklumlah dekat nak hujung cuti sekolah nie.. semua pakat balik awal jalan pun jem.. Ahad nie bakal ke Maran, Pahang  ada kenduri kahwin.. perjalanan pergi kurang risau sangat walaupun boleh jangkakan jem juga.. tapi perjalanan balik ke KL tuh yang aku risau.. masuk hiway karak ke KL tuh.. kawasan jem.. Harap nanti boleh ikut jalan lain.. maybe naik ke batang kali dan keluar ikut jln rawang balik ke selangor..

Doakan aku selamat sampai ke kampung petang ini ye.. Take care..

Jambatan  Sungai Perak
Dalam perjalanan balik selepas menyelia pelajar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak
Bukan aku yang drive ahaks :)

Friday, 8 March 2013

Mencari nasi arab versi sesedap Al-Jazeera Part 2

Salam Petang Jumaat

Bulan lepas aku berkesempatan ke 2 buah restoran nasi arab sekitar Lembah Kelang.. Masih ada baki 2 buah restoran yang belum aku pergi.. dan InsyAllah akan ada lagi misi-misi mencari nasi arab seterusnya..

1- D'Arab Cafe Bukit Beruntung, Selangor

Cafe ini terletak di kawasan Bukit Beruntung. Panduan ke cafe ini senang je selepas exit tol bukit beruntung, ambil simpang ke kiri ke arah Bukit Beruntung beberapa ratus meter ambil simpang ke kanan.. dan tak jauh dari situ ada banyak deretan kedai di sebelah kanan jalan.. Cafe ini sebaris dengan Balai Polis Bukit Beruntung.. Masa aku pergi ada kain rentang yang bertulis.. Nasi Arab.. itulah kedainya..

Cafe ini terletak sebaris dengan deretan kedai-kedai runcit.. tak susah nak mencarinya..

Menu kami order : 
Nasi ayam Mandy untuk 2 orang
Teh arab

 
Rasa makanan : 
Nasinya sedap dan banyak.. diletak dalam pinggan yang besar berserta senduk... cukup untuk 2 orang makan.. kalau nak makan bertiga pun boleh.. Aku suka ayam tandorinya.. nasi ayam mandy ini disediakan dengan ayam tandori yang panas, masih lembut ayamnya, paste tandori pun tidak terlalu kering, just nice.. Menikmati ayamnya mengingatkan aku pada style ayam tandori yang biasa aku makan di UK.. dan juga mengingatkan pada aku paste ayam tandori yang selalu aku gunakan bila nak bakar ayam tandori di UK.. Sedikit sebanyak menikmati ayam tandorinya mengingatkan pada aku Nasi ayam tandori yang biasa aku nikmati di Kebab Mahal Edinburgh dulu..

Teh arab yang dihidangkan sedap bersama buah pelaga hijau, minuman teh sebegini selalu aku nikmati semasa di UK dulu.. cuma bezanya teh arab ini.. tanpa susu.. selalu teh susu yang kebanyakan dihidangkan di cafe atau restoran pakistan akan meletakkan buah pelaga hijau (bukan jenis buah pelaga yg buat masak tuh.. buah pelaga nie yang lebih muda dan berwarna hijau)

Environment:
Cafe ini tidak terlalu besar, susun aturnya ringkas dan kemas, kita boleh melihat dapur tempat mereka menghidangkan nasi dan juga tempat membancuh air.. Lokasi luarnya agak terpencil sedikit kerana berada di deretan kedai-kedai runcit.. cukup berbeza dengan kawasan Bukit Sentosa yang lebih ramai orang dan lebih happening..

Harga : Dalam RM30++ termasuk air.. murah dan mengenyangkan..

Verdict ; Aku suka ayam tandorinya.. 100% memenuhi citarasa ayam tandori yang biasa aku makan di UK.. Nasinya juga sedap dan tidak terlalu kering..

Now 1 of my added fav place ;)


2- Restoran Sam Hadrawadht, Kelana Jaya

Lokasi restoran ini :
Sam Hadrawadht Restaurant
No.23, Jalan SS6/12, In front of CIMB Bank, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
Tel: 03-7886 9696
Mob: 017-321 1747
Email: info@samhadramawt.com

Terletak berhampiran UNITAR dan deretan kedai Brothers yang terbesar di Malaysia.. Mudah cari restoran nie, terletak di bahagian belakang Giant Kelana Jaya

Macamana boleh ke restoran nie?/ Sebab ada voucher makan daripada Groupon.. Makan berdua hanya RM38 sahaja..

Menu yang kami makan (ini pakej yang datang bersama voucher):
Nasi Ayam Mandy
Hummus
Salad
Mixed Veg
Sup
Air Vimto


Menu yang kami dapat..

Rasa Makanan:
Nasinya sedap dan ayam seekor tuh cukup lembut, garing diluar dan lembut di dalam..
Hummus ye iaitu kacang kuda yang dihancurkan dimakan bersama dengan roti rasanya sedikit masam dan just nice.. sepinggan je hummus tuh habis.. satu lagi tak berusik.. dalca ye sedap dan lebih enak dimakan bersama roti tuh.. Salad terasa mentah sedikit sebab dihidangkan dengan kobis yang dipotong sedikit tebal.

Environment:

Selesa.. decornya ringkas dan tidak serabut... suasana dalam restoran pun tenang.. hadapan kedai tuh mengadap dataran jalan kaki ke Kelana Mall..

Harga: Kalau makan tanpa voucher standard seperti restoran nasi arab yang lain..

Verdict : Not bad.. jika kebetulan lalu ke Kelana Jaya lagi.. mungkin akan singgah ke restoran ini.. dan kawasan sekitarnya pun banyak tarikan yang lain..


Masih banyak lagi misi nasi arab nie... Ada 2 lagi voucher nasi arab yang belum di 'redeem' lagi.. Aku juga masih belum sempat ke beberapa cafe nasi arab popular sekitar cyberjaya, sri gombak dan danau kota... InsyAllah.. kalau berkesempatan aku akan review lagi..

Tuesday, 5 March 2013

Gugurnya perwira negara..

Salam Pagi Selasa

Hingga hari ini negara sedang hebat menangani isu-isu yang hangat di Sabah.. Hingga kini secara rasmi sudah 8 orang anggota keselamatan negara yang terkorban.. tidak kurang juga mereka yang cedera sama..

Mengikuti perkembangan isu ini.. terlalu banyak perkara dan cerita yang dikongsikan.. Medan facebook sudah cukup untuk menjadi warta berita.. bulletin utama.. pelbagai 1001 cerita dan isu yang ditulis dan diulas.. dari cerita politik.. konspirasi.. dalang.. sentimen.. pendapat.. dan macam-macam..

Aku lebih selesa membaca dan memerhati.. seperti selalu aku tidak suka berkongsi sebarang pendapat menggunakan media tersebut.. menulis di sini aku lebih selesa..

Sedih dan sayu.. itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.. bila kali pertama mendengar berita kematian 2 perwira negara di TV3 dan di surat khabar.. maka dari situlah.. mulanya pelbagai cerita dan komen yang diterima.. Aku tidak mahu mengulas tentang isu politik.. buatlah apa juga andaian dan pendapat mereka.. aku juga punya pendapat aku sendiri yang cukuplah untuk aku bahaskan dalam minda sendiri..

Aku hargai jasa mereka-mereka yang mempertahankan negara.. kerana aku hidup di kalangan mereka.. aku bukan anak polis atau tentera.. Arwah ayah seorang guru.. pejuang bangsa juga.. bezanya pejuang bangsa untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa malaysia.. banyak pendapat dan komen yang menidakkan dan memberikan komen negatif tentang golongan ini.. tolonglah.. aku menulis ini bukan mahu mengundang sebarang komen sebegini.. setiap jawatan dan pekerjaan.. pasti ada mereka yang merosakkan status jawatan itu.. baik dari seorang guru.. kerani.. setiausaha.. lawyer.. akauntan.. dan malah tukang cuci.. cukuplah nak mencaci dan mengata mereka secara umum.. kelak nanti orang yang kita kata.. terkena pula diri sendiri.. ini yang kadang-kadang kita terlupa..

Aku pernah jumpa beberapa buah blog yang pernah mencaci golongan cikgu.. mengata mereka ini goyang kaki dan malas bekerja.. tapi mereka terlupa.. berapa ramai pula cikgu lain yang cukup berdedikasi.. kadangkala sanggup berkorban masa dan tenaga hendak mendidik mereka yang serba kekurangan.. aku pernah kenal individu sebegini.. dan pasti setiap kita juga pernah punya guru-guru yang hingga kini terkesan di hati masing-masingkan..

Cuma kini aku agak sedih.. sebab ada 2 insiden yang aku terbaca di facebook yang lebih kepada memperkecilkan isu di lahad datu... 1 insiden seorang cuba melawak dengan mengatakan isterinya mengajak dia keluar membeli-belah.. kemudian dibalas dengan kata-kata 'negara sedang berperang.. ko sibuk nak bershopping' dan kata itu diakhirnya dengan gelak ketawa dengan menyatakan lokasinya di sekitar ibu negara.. Membaca status begini aku rasa sedih sebab rasa orang itu tidak sensitif langsung.. mengapa perlu nak dijadikan lawak.. memanglah di sana orang sedang hidup dalam ketakutan dan keresahan .. sedangkan anda kat sini senang lenang.. tapi itu bukanlah bahan untuk dijadikan lawak.. dan di pos ke facebook..

Isu 2: Tidak setuju tentang kenaikan pangkat anggota yang terkorban.. ada orang yang menulis tentang isu ini secara terang-terangan.. ramai yang membidas status dia ini dan aku juga tidak setuju.. kesian kadangkala bila orang sebegini boleh sibuk memikirkan tentang rezeki dan duit orang.. bila artis dapat pangkat datok dengan senang lenang kenapa tidak dipertikaikan?? hanya sekadar dengan kenaikan pangkat atas tujuan dapat lebihan pencen itupun nak dijadikan isu.. Pada aku bila sahaja isu kenaikan pangkat diberikan pada mereka.. aku sudah tahu sebabnya.. setidak-tidaknya pencen itu naik.. memanglah tidak sepatutnya kita fikir sangat tentang duit pencen itu.. tapi itulah hak yang ada bagi seorang penjawat awam.. setidak-tidaknya hidup mereka terbela.. memang nampak tak banyak setidak-tidaknya.. ada sesuatu untuk mereka..

Sedangkan bila ada kematian di kalangan sahabat dan keluarga kita pun.. pasti ada derma-derma.. atau duit khairat kematian yang diberikan pada keluarga si mati kan.. kalau tanya mereka secara jujurnya.. kebanyakan mereka tidak pernah meminta duit sebegitu.. tapi menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk mendermakan? setidak-tidaknya duit itu boleh digunakan untuk buat kenduri doa selamat.. untuk membayar urusan jenazah.. bukan nak kata anak beranak atau keluarga dia takde duit sangat sampai nak kena guna duit derma tuh nak bayar semua tuh.. tapi setidak-tidaknya hasil duit derma itu digunakan sebaiknya.. orang yang menderma itu juga dapat pahala berganda.. yang meninggal pun mendapat pahala..

Apa juga keadaanya.. adalah lebih baik kita mendoakan yang terbaik tentang keselamatan rakyat sabah..  aku belum pernah ke sabah.. teringin untuk ke sana.. InsyAllah... jika diizinkan aku dapat ke sana bila keadaan sudah kembali aman dan mereka yang menceroboh ditangkap sepenuhnya.. Semoga negara kita kekal aman dan sentosa.. terjamin keselamatannya.. rakyat terus hidup dengan makmur dan bahagia.. Buat perwira negara.. semoga roh mereka dirahmati.. kubur mereka dilapangkan dan diterangi.. dipelihara dari seksaan kubur.. Al-fatihah...

Tabung Wira Lahad Datu
Media prima
Akuan Maybank : 514271339000

Andai ada lebih duit tuh.. marilah kita menderma

Friday, 1 March 2013

Bila bosan bekerja.. Aku mahu mengembara semula..

Salam pagi Jumaat

Kini sudah setahun aku pulang ke tanahair.. semester ini urusan kuliah aku lebih pack.. 2 subjek baru.. dan memerlukan aku buat nota baru setiap minggu.. analisa data utk thesis pun tak siap lagi.. aduhhhhh kerja melambak sangat sekarang nie.. sampai satu tahap rasa bosan..

Sudah lama tidak mengembara ke luar negara.. dalam negara pun.. terhad.. kebanyakan destinasi aku banyak di lembah kelang.... bulan 3 nie kena menyelia pelajar di sekitar selangor.. ada 7 org pelajar dan kena selia 3 kali setiap seorang.. meaning ada 3 trip kalau selia sekali gus.. kalau kena selia berasingkan.. mahunya aku ada banyak trip..

Sebenarnya banyak perancangan yang telah aku fikirkan untuk keluar mengembara.. paling dekat pun singapore.. tapi tak tahu bila... kemudian.. ingat nak ke Thailand juga tahun nie.. tapi kemungkinan besar sahabat baik aku akan turun ke sini bulan 6.. kemudian ada plan nak ke Tokyo jumpa Kanako.. itu belum masuk trip nak balik UK.. tapi dalam masa terdekat nie... takde ke mana-mana sangat...

Dulu masa di UK.. kalau bosan begini.. memang weekend dah jalan kemana-mana.. sekarang nie weekend aku banyak plan balik kg je.. nie pun kg sendiri dah dekat 3 minggu tak balik.. minggu nie kena balik lah sebab dah janji dengan mak.. minggu depan pulak kena ke KL sebab nak menghabiskan voucher makan di sebuah kedai pakistan.. Nanti aku review pasal nasi arab lagi...

Sebenarnya berjalan nie macam terapi minda juga.. ia buka mata dan fikiran untuk melihat benda yang baru dan belajar dari pengalaman itu.. memanglah kadangkala ada orang dia berkira sikit pasal berjalan sebab kena keluarkan duit belanja nak book hotel dan makan.. tapi pada aku.. sekali sekala apa salahnya.. dulu masa di UK travel pun begitu juga.. lagi pula mengembara ke negara-negara eropah.. seronok sangat.. bila tiba masa nak berjalan semangat lain macam... bila nak balik.. aduhhh mula rasa bosan hahaha...

Dulu pantang cuti je.. pasti ada trip yang kami rancang... sekali pun mengambil masa 3 4 jam memandu ke sana.. tetap gagah juga berjalan.. malah pernah sanggup memandu hampir 8 jam dari tempat aku ke kota London.. selamba je.. hujung tahun lepas.. pakwe memandu ke JB dari rumah pun.. dah tak larat.. sedangkan jarak pemanduan lebih kurang 6  jam sahaja... Dulu kat sana takde kampung halaman nak balik tiap minggu.. ramai yang berkampung di 'carboot' setiap hujung minggu cari barang-barang 2nd.. atau pergi beli barang rumah.. aku masa tahun 1 2 aktiflah pergi carboot.. lepas tuh.. malas dah.. sebab rasa takde apa nak beli sangat.. buat penuhkan rumah sahaja..

Sekarang nie.. barang yang berkotak-kotak tuh pun belum dikeluarkan dari kotak.. mood nak kemas dan dekorasi memang ada.. tapi mengenangkan janji pakwe yang nak cat rumah.. hingga sekarang belum cat.. buat aku takde mood nak berhias.. entahlah.. kalau tunggu dia manjang takde masa je.. takkan pulak aku nak mengetuk dinding nak pasang skru untuk gantung gambar..

Bila lah dapat peluang pergi mengembara lagi nie.. paling tidak pun nak ke singapore sebab dekat sangat..  harap sometime soon...

Mengintai di sebalik dedaun Rhu..
Sebuah pantai di Thailand..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...