Monday 26 November 2012

Movie sequel terakhir Twilight-Breaking Dawn Part 2

Salam petang Isnin

Tinggal 10min sebelum nak bergerak ke lab.. ada kelas petang nie macam biasa... dan aku tahu setelah sekian lama aku tak update blog...Sibuk dan teramat sibuk.. rasa seolah tidak punya masa nakbercerita macam dulu.. kat UK dulu pun bz gak.. tapi tetap ada masa nak beronggeng.. sibuk dan stress dengan study pun.. aku tetap punya masa nak ke town jalan2 cuci mata.. bila masuk musim fall atau autumn.. aku sudah gerakkan kaki ke park untuk ambil gmbr daun2 perang yang berguguran.. atau.. mengajak pakwe ke Highland menikmati saujana mata memandang pemandangan indah musim gugur di pergunungan..

Semalam aku berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pkl 2ptg untuk sequel filem terakhir twilight saga.. Breaking dawn part 2... di UK dan US tayangan bermula pada 16 Nov... di Malaysia.. 22 Nov.. tapi aku dapat tgk 25 Nov.. Plan asal nak tgk sabtu tuh.. tapi tiket semua penuh.. akhirnya aku dapat juga tengok pada hari Ahad.. beli tiket siap2.. ajak pakwe temankan... dan finally... berjaya tengok dengan gembira.. bezannya.. 4 filem sebelumnya.. aku tonton di UK.. reaksi panggung di UK jauh berbeza dengan di Malaysia.... suasananya lebih meriah.. di Malaysia pun not bad.. kecuali.. ada 2 budak remaja yang duduk belakang aku sibuk buat ulasan sendiri... nak je sound... 'Aku nak tengok wayang ler.. bukan nak dengar komen korang'

Aku rasa filem ini.. dari segi action dia memang menarik.. tapi banyak sangat part dan scene yang di'tiada'kan menyebabkan jalan cerita yang sepatutnya memberikan impak lebih pada cerita itu buat aku rasa tergantung.. Seperti scene bella jumpa J.Jenk.. sebenarnya ada beberapa pertemuan.. dan itu dikira antara scene yang mengambarkan bagaimana Bella berdepan dengan orang awam buat pertama kali.. dan bagaimana dia mengukur keyakinan dirinya sendiri terutama selama ini dia sering mengganggap Vampire  itu cantik.. dan selepas dia sendiri menjadi vampire.. baru dia sedar yang dia juga cantik..

Begitu juga dengan scene apabila Bella berdepan dengan jacob dan menyedari Jacob Imprint dengan Reneesme... Scene itu lebih violent sebenarnya.. tapi dalam filem.. suam2 kuku je.. tak seperti yang digambarkan dalam buku.. dan ketika inilah kesetiaan seth pada Jacob sebagai ketua menyerlah..

Begitu juga scene semasa bella berlatih untuk meningkatkan kuasa pelindungnya.. reneesme terlibat dalam scene ini.. tapi dalam filem hanya Edward sahaja yang digunakan.. Pada aku scene kehadiran reneesme itu juga sepatutnya ada kerana ia menonjolkan kasih sayang seorang anak yang ingin membantu ibunya..

Overall.. menarik.. aku suka scene action yang terakhir yang digambarkan oleh Alice kepada Aro.. walaupun hanya dalam bayangan minda Alice.. tetapi apabila di'visual'kan dalam action sebenarnya penonton rasa lebih teruja..

Sayang scene dimana apabila saksi utama yang juga merupakan anak kacukan manusia dan vampire.. tidak ditonjolkan sangat.. sekadar ditayangkan sebagai saksi.. sedangkan.. selepas episod berperang itu.. scene inilah yang menonjolkan rasa kagum saksi itu pada Bella.. dan bagaimana dia mengharapkan seandai ibunya sendiri diberikan peluang untuk hidup seperti Bella..

Sesiapa yang belum menonton.. boleh cuba menonton.. Aku menonton kerana aku sudah berulang kali membaca keempat2 buah buku tulisan stephenie meyer ini.. dan kini kelima-lima filemnya telah aku tonton... Akhirnya.. Sequel ini sampai ke penghujungnya...

2 comments:

Anonymous said...


buku yg hebat memang lebih hebat dari filem yg hebat..sebab tu tak ramai pengarah berani adaptasi..

bila entah buleh layan citer ni...

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

Memang.. tidak semua filem dapat adaptasi penuh cerita dari buku.. sedangkan filem lorg of the ring yang kita rasa cukup hebat tuh pun.. masih tidak sehebat cerita dari bukunya..

Kueh tak sempat tgk..last2 nanti download jek.. akak kalau nak download.. nak dapatkan blu-ray punya kualiti.. tak pun.. tggu thn depan akak turun UK balik.. shopping DVD atau Bluray kat sana jelah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...