Wednesday, 28 March 2012

Sebulan di tanahair..

Salam Petang Rabu..

Alhamdullilah kini dah sebulan aku pulang ke tanahair.. dan aku pun rasa kekerapan aku meng'update' blog semakin berkurangan ahaks.. dulu kdg kala sehari dua dah update cerita.. kini kadangkala aku seolah kehilangan cerita nak dikongsikan.. bukan takde cerita.. banyak cuma kadangkala idea yang nak dijanakan beku.. aku lebih selesa simpan hahaha... mungkin sahaja bila hati teragak nak bercerita maka mulalah jemari ini menulis..

Sebulan di tanahair.. Buat masa nie aku sedang membiasakan diri dengan cuaca dan suasana kerja.. hari ini meeting di jabatan yang baru.. dan beberapa rakan mula bertanya mengapa muka aku dalam jabatan tuh ahaks..bila dapat tahu yang aku berjaya tukar masuk.. semua bg respon positif ahaks.. Lagipun kami dalam proses untuk menubuhkan fakulti yang baru..so dengan pertukaran ini.. andai kami bergerak ke fakulti yang baru.. macam kes aku.. without doubt akan ikut sekali berpindah.. masuk sahaja ke fakulti baru.. maka aku akan mula ditempatkan di jabatan baru semula.. mungkin sahaja.. menjadi pengasas untuk kursus-kursus baru pulak..

Seminggu ini aku sibuk mengendalikan pelajar untuk kursus photo editing dan 2 sesi kelas kami adakan shot kerja luar sekitar kampus.. pelajar diminta bawa kamera digital dan ambil beberapa shot sekitar kampus untuk dijadikan poskad... Aku pun ambil peluang juga ambik beberapa keping gbr.. sampai semua kereta yang lalu lalang.. semua duk melihat aktiviti pelajar yang sibuk dengan kamera masing2.. ahaks... sempatlah berpeluh tengah padang tuh.. tak tahan beb hahaha... org scotland balik mesia.. mmg masih belum dapat nak adaptasi dengan cuaca lagi.. ini pun sedang sedaya upaya maintain kecerahan kulit ahaks.... ;)


Memandang dari jauh
;)

Wednesday, 21 March 2012

Di sana dan Di sini

Salam Tengahari rabu..

Sejak balik mesia nie.. aku perhatikan banyak perbezaan yang memerlukan aku untuk adaptasi.. Dalam susah payah itu.. aku harungi juga.. walaupun kadangkala memang menguji kesabaran dan kekuatan fizikal serta mental hehehehe...

1. Cuaca... Ini biasalah.. faktor paling utama.. Tapi Alhamdullilah aku rasa ok sikit sebab selalu hujan.. terutama tempat aku nie yang cuacanya agak extreme.. pagi panas sangat.. bila petang jek hujan lebat... so  oklah.. adakala lepak dalam bilik bila time hujan lebat sejuk aircon tuh dah hampir sama tahap cam sejuk di Scotland.. tapi sejuk scotland lebih nyaman dan segar.. sejuk aircon dalam bilik yang ada kulat sana sini nie ahaks.. segar apa ye..

2. Solat- Di sini kita punya ruang dan masa untuk solat dengan lebih selesa.. tempat wuduq yang sedia ada dalam toilet... selesa.. tidak seperti masa di UK.. aku sering wuduq menggunakan singki.. bila bab nak cuci kaki tuh.. terpaksa bawak botol dan basuh di mangkuk tandas.. atau time brutal.. angkat kaki trus atas singki tuh hahaha.. tapi kalau nak buat aksi nie kena hati2 sebab risau kot2 kawan2 minah saleh tuh masuk terkejut tgk ada org letak kaki dalam singki..  lepas tuh.. kena lap guna tisu kertas pulak lantai sebab dah berkelecah dengan air masa wuduq tuh... ;)

3- Tandas- di UK 100% semua tandas duduk dan tidak ada air.. hanya sekadar tisu tandas.. dan kebiasaan aku akan membawa botol air bila perlu melepaskan hajat.. dah biasa buat kami kat sana.. di sini pulak.. tandas duduk hanya satu jek kat ofis.. itupun rosak.. selebihnya tandas cangkung hahaha.. aduhh terseksa sekejap (ini kena cite gak nie xkira).. susah payah juga sebenarnya menyesuaikan diri.. sebab kalau bdn tuh kurus slim senang lah hahahha... but practice make perfect kan.. Tapi apa pun aku tetap suka tandas duduk hahaha...

4- Kemudahan tandas- Aku rasa tandas kat ofis nie nie kemudahan dia lebih kurang je.. sabun basuh tangan takde.. tisu tangan takde.. Susah betul.. sebab aku dah biasa kat sana.. 2 benda nie adalah benda yang mesti ada.. Sampai aku  rasa satu tahap aku kena bawak sendiri sabun cuci tangan dan tisu tangan sendiri.. Lecehlah.. Mungkin nanti aku akan complaint pada pihak pengurusan... Cleaner bukan takde.. ada.. tapi kadang2 bila kita suruh bersihkan bilik sikit.. semacam jek muka masing2.. Aihhh... teringat bila aku menjawat jawatan ini dulu.. Amat berbeza komitmennya...

5- Bilik Ofis- Dulu berkongsi 4 orang dengan bilik yang besar.. dan 2 tingkap besar di tingkat 12.. sekarang.. bilik aku tingkat 1.. duduk sorang2.. Privacy.. tapi aku rasa sunyi sebab dah biasa dulu berkongsi dengan geng2 yang memang best.. Takdelah rasa sunyi sangat.. time bosan buat kerja tuh ada kwn leh sembang2.. kalau teringin nak makan atau pinjam sesuatu ada kawan yang boleh ditanya atau di usik2.. Aku rindu melihat tingkap di tepi aku dulu.. setiap hari pasti akan melihat suasana 1 bandar yang saujana mata memandang... Di sini.. tingkap aku mengadap ke tempat parking keta.. ditutup dengan blind.. kalau dibuka.. terlalu silau nak buat kerja.. Bilik ini pun dulu bilik stor.. Mula2 masuk.. penuh dengan kertas di lantai dan dinding hampir separuhnya berkulat.. syak aku sebab bilik ini berkuap.. dan tidak ada pengudaraan.. bila pasang aircon.. ada bau semacam.. walaupun dah letak pewangi bilik.. tapi masih ada bau semacam itu.. dan bintik2 kulat itu jelas kelihatan.. aku rasa macam tak selamat.. tak baik untuk kesihatan.. nak bersihkan.. perlu dicat semula... Tapi.. aku diberitahu yang kami semua akan berpindah bangunan pulak.. cuma lokasinya belum ditentukan lagi.. so buat masa nie.. nak kemas dan bersihkan bilik.. takde mood.. sebab tahu proses perpindahan akan berlaku dalam tahun ini.. Buku2 teks dan rujukan aku.. semuanya masih belum sampai dari UK.. tapi aku masih ada masalah nak letak mana buku aku tuh sebab takde rak buku langsung dalam bilik nie.. yang ada setakat meja tulis.. meja komputer 2 kerusi dan 1 almari besi.. printer pun takde.. cable network pun xde.. takat access guna wireless jek.. Bila tahap kemudahan macam nie.. aku memang rindukan meja aku di CIS.. complete semua.. notebook pun guna notebook sendiri.. entah bila nak dapat notebook kerja??

6- Makanan- Bila beli makanan.. aku dapati banyak harga makanan tidak logik!!! dan dah beberapa kali insiden aku makan makanan yang separa masak dan tak de kualiti.. Sebab itu aku lebih selesa masak sendiri di rumah.. jaminan kebersihan dan kandungan apa yg kita masak itu kita tahu.. baik rasa.. bersih dan halal.. Semalam ke pasar malam.. beli cucur udang yang dijadikan rojak.. harganya RM2.50.. sekadar 1 cucur udang yang byk tepung dr udang.. sedikit timun dan sedikit kuah kacang.. rasanya?? tah apa-apa.. Aku sampai cakap dengan pakwe.. kalau camni.. lebih baik aku buat sendiri.. confirm udang lebih banyak dari tepung dan macam-macam boleh letak dalam tuh.. tapi sebab pakwe nak makan sangat semalam.. beli lah.. pastu masing2 kecewa.. mee goreng kawah besar yang dia beli pun takde rasa.. tasteless... lebih baik aku masak mee goreng sendiri.. walhal mee tuh beli RM2 pun.. kosong.. takat mee ngan sikit taugeh... dan telur.. Kecewa.. Mungkin kalau untuk orang yang tak reti masak atau malas masak.. semua tuh takde hal dan tak kisah kot.. tapi sebab aku jatuh kategori orang yang masak benda2 tuh semua bertahun2 dan ada standard rasa sendiri.. bila makan sesuatu camtu.. aku sangat2 kecewa... sebab aku tahu kalau aku buat sendiri.. kualiti is 3 4 time better... Ada kawan-kawan aku yang cakap.. beli yg siap kdg2 lebih murah dari beli barang mentah.. memanglah.. tapi kalau kita beli yang mentah itu kan biasanya kita beli lebih sikit.. dan ianya boleh kita guna lagi untuk masakan yang lain.. dan yang paling utama.. sekali masak tuh.. kita dapat makan berulang2 kali... Sebab dah sendiri masak.. sendiri dah tahu rasanya.. mesti akan rasa nak makan lagi kan.. nie kalau beli.. sedap.. tapi dapat sikit jek.. xleh dah nak mengulang.. kalau beli pulak tak sedap.. kalau kena byk.. alamatnya buang juga.. kan dah membazir.. Bukan bermakna aku tak sokong makan kat luar.. kalau p makan kat tmpt yg mmg kita tahu sedap.. berbaloi nak makan.. tapi masih xleh nak makan hari2 pun.. balik2 lauk itu juga akhirnya jemu.. nie kalau kita masak sendiri.. walaupun sekadar ikan sambal goreng dan sedikit sayur, kepuasan makan itu lebih bermakna dari beli kat luar..

7- Pemanduan- Rakyat mesia nie aku kategorikan membawa kereta semua terburu-buru dan nak cepat.. mulanya aku tensen sangat bila memandu di sini.. bayangkan aku bukan ye memandu di KL.. tapi di satu tempat yang kurang sibuk.. dan banyak jalan 2 lane.. tapi semua masih nak cepat walaupun tanda had laju adalah 90km/j... tak faham sungguh aku.. pulak tuh byk traffic light.. kalau nak pecut pun.. akhirnya jumpa balik gak kat traffic light tuh.. Apa pun aku tetap maintain memandu dengan relak.. lagik pun buat rugi guna lebih minyak bila memandu dengan laju hahaha.. setakat beza 1 2 minit sampai pun takkan nak berkira.. kalau duduk kl tuh aku boleh fahamlah sebab kesesakan lalu lintas itu buat kita stress dan semua nak cepat sampai rumah ;)

8- Barang mentah: Aku faham bila harga brg siap masak itu mahal.. ianya juga secara tak langsung sebab bahan mentah yang mahal.. sebenarnya aku agak tensen bila beli brg mentah sebab dah terbiasa compare dengan nilai brg di UK dan kualiti yang jauh lebih segar dan baik.. contoh.. sayur di sana semuanya pakai sen jek.. kadang 50pence.. lebih kurang 2.50 jek.. sini.. aduh.. sekilo boleh smpi 7.90.. sebab aku dah biasa akan beli sayur di UK.. bila balik mesia.. aku tengok harga sayur byk yg mahal.. lagi pun.. memandangkan aku bekerja.. so bila nak beli sayur nie harap pergi pasaraya besar dekat umah aku tuh.. kalau dapat pergi ke pasar tani memang confirm dapat lebih segar dan mungkin sedikit murah... tapi masalahnya.. waktu kerja.. kelas dan komitmen lain.. tak  izinkan aku pergi pasar waktu kerja.. hanya pernah sekali sahaja aku ke pasar waktu tengahari.. sampai semua org kat pasar tuh tengok aku semacam.. yelah.. pakai baju kurung cantik2 warna pink.. dengan beg kerja hahaha.. jalan kat pasar beli ayam.. sayur.. sampailah bila aku nak beli udang kat sorang akak nie.. dari aku datang kerja 12tahun dulu.. kat tempat yang sama tuh juga akak tuh niaga.. dan dia mmg xkedekut kalau menimbang.. sebab itu aku suka beli kat akak tuh.. dia sampai tegur aku.. pakai cantik2 nie dari mana dik.. aku jawab dari pejabat.. singgah nak beli brg kat pasar nak masak balik kerja nanti.. terkejut akak tuh.. mungkin sebab dia rasa org zaman sekarang nie semua pakat beli jek.. tapi aku terbalik.. Sampai dia sound kat pakwe.. 'untunglah you dapat isteri camnie.. bukan senang nak cari..' aku tergelak hahaha... pakwe org cakap camtu? Aku tak tahu lah berkesan kat hati dia tak hahahaha... tak kisah..lah.. sebab aku dah faham sangat perangai dan citarasa dia.. Lagipun lebih baik dia suka makan masakan aku.. daripada dia puji dan suka makanan masakan orang lain kan??? Bak kata kawan aku.. peluang untuk you buat pahala... banyak pahala you dapat hehehe..

9- Settle down:  Masih ada rasa yang aku belum dapat tinggalkan.. mungkin sebab aku belum 100% settle down.. so aku rasa macam masih separa di sana dan di sini.. Kadang hati berkata juga.. kena lupakan hidup di sana.. tapi pada aku amat susah.. sebab yang di sana sudah sebati sangat2 dengan aku.. cuma sedikit demi sedikit.. aku cuma perlahan-lahan.. mana rutin yang biasa aku buat di sana.. aku mulakan balik di sini.. seperti bawa bekal untuk lunch.. balik lewat petang hahaha... bangun awal.. seawal pkl 6pg.. lepas solat.. terus masak sarapan.. malam.. lepak tengok tv kejap.. baca surah amalan dan Al-Quran.. terus masuk tidur.. yang paling best.. sekarang nie tiap hari kena gosok baju kurung.. dan setiap hari baju bertukar.. di sana.. aku gosok tudung 2 hari sekali je.. dan baju aku... sekadar jeans.. t shirt.. atau dress... biasa sluar memang pki 2 hari.. sebab sana mana berpeluh.. di sini.. pki sekejap dah berpeluh...

10- Pakaian- Di sana aku pakai kain batik setahun boleh dikira berapa kali jek.. hahaha.. di sini tiap2 hari.. sebab panas.. paham-paham sendiri jelah hahaha... dan kini koleksi kain batik memang bertambah sebab kekerapan penggunaan.. seperti mana di UK.. aku memang tak suka pakai seluar di rumah.. selalunya jubah pjg.. dress atau skrit.. di sini apatah lagi... aku miss baju2 aku di UK.. belum sampai.. rasanya kalau dah sampai nanti mmg full blast lah guna pakai nanti.. Di sini juga aku kurang berseluar.. apatah lagi jeans adalah pakaian dilarang di dalam kampus... so lepas nie semua sluar jeans aku tuh maybe kena simpan.. so koleksi sluar slack pulak yang mungkin lebih byk aku pakai... Baju kurung pulak.. masih koleksi lama.. aku dapat 2 kain ela yang baru.. masih belum nak tempah baju kurung sebab nak kena test dulu tukg jahit tuh.. sayang pulak.. kalau dia tak pandai buat,, kain yang aku bg tuh rosak.. Koleksi baju pun takdelah obselete sangat rasanya hehehehe.. Kalau ada yang perasan pun aku buat xtau jelah hahaha..

11- Kawan-kawan: Aku masih rindukan kawan-kawan di sana.. walaupun 80% kawan2 aku di UK dulu dah ramai yang balik.. tapi lokasi kami semua jauh-jauh... rakan sekerja.. ok.. tapi aku masih hadkan lagi pergaulan sosial aku.. malas nak melepak sebarang2 melainkan dengan mereka yang memang dulu rapat dengan aku. Terasa lagi sebab kwn baik aku M takde.. really missed her.. betul2 rindu dengan dia.. tiap kali ke toilet.. mesti aku teringat dia.. sebab bilik dia mmg dekat sgt ngan toilet dan aku sure menyinggah... terutama time bosan dan kalau nak ajak dia p mana-mana... skrg nie.. terasa lonely sgt2.. ini yang buat aku rasa nak fly balik UK nie..

12-  Tukang cuci- Hahaha... ini memang berbeza ketara.. di sana kerja ini aku kira full time.. di sini.. aku hanya sekadar tukang cuci separa masa kat rumah.. itupun terhad.. untuk dapur dan bilik tidur jek.. dan setiap ari juga tukang cuci baju pakai tangan sebab mesin basuh rosak hahaha..

Aku rindukan langit biru di sana..
Langit biru di sini amat berlainan sekali..

Thursday, 15 March 2012

Kenangan 4 hari 3 malam

Salam Pagi Khamis..

Alhamdullilah aku telah selamat pulang ke tanahair semula.. selama 4 hari berkampung di Thailand.. Aku akhirnya pulang semula ke Malaysia.. kenangan selama 4 hari di sana adalah kenangan terindah buat aku.. banyak yang aku lihat.. rasa.. pegang dan paling utama.. makan hahahaha.. tidak ketinggalan juga pelbagai aksi manusia. yang turut membuatkan aku tersenyum dan juga ada sesetengahnya yang buatkan aku sedikit mual dan meluat..

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan... tapi nantilah sedikit demi sedikit akan aku kongsi setiap inci perjalanan aku.. namun seperti biasa.. di sini aku agak kurang berkongsi cerita kisah travel aku.. sebab di sini aku lebih selesa bercerita tentang rasa hati dan luahan rasa... bagi yang tahu aku.. boleh sahaja nanti mencari cerita yang lebih terperinci tentang kisah perjalanan aku.. di tempat lain ;)

Rentetan kisah perjalanan aku sepanjang di Thailand.. banyak episod dan kenangannya... Pertemuan dengan emak 2 orang sahabat aku.. melihat budaya mereka.. layanan istimewa... makan minum.. terlalu banyak yang aku lihat dan lalui... Pastinya.. andai mereka pula datang ke KL nanti.. InsyAllah.. pastinya layanan yang lebih baik akan aku berikan untuk mereka..

Kini sekembali semula ke tanahair.. Aku pula terasa rindu akan bumi UK.. Bukan  aku tak sudi nak menetap di bumi tanahair.. sama sekali tidak.. terutama bila melibatkan urusan keluarga dan jiwa aku lebih tenang bila dapat pulang ke kampung dan menjenguk emak seperti dulu.. Namun.. rutin dan jiwa yang telah 5 tahun di UK cukup sukar untuk aku lupakan.. walaupun sebenarnya dari segi adaptasi.. aku agak mudah menyesuaikan diri sebenarnya.. kerenah aku tak banyak.. cuma.. mungkin sahaja.. aku masih punya urusan yang belum diselesaikan..

Esok.. Sahabat baik aku M akan terbang ke New Zealand.. 6 bulan di sana dan aku hanya akan jumpa dia menghampiri penghujung tahun ini.. Namun.. dalam rasa sedih aku.. aku tetap redha dan gembira untuk dia.. Cuma sejak beberapa hari ini.. Rindu aku pada bumi UK begitu kuat sekali.. terasa ingin terus berada di sana menjalani rutin harian yang sudah sebati sangat-sangat dengan aku.. Sebenarnya aku belum 100% settle down.. jiwa.. hati.. minda aku masih banyak memikirkan benda-benda yang perlu di buat.. itu belum lagi termasuk minggu depan aku akan mengajar subjek baru.. Esok InsyAllah aku akan mulakan tugas di jabatan baru.. permohonan aku untuk pindah ke jabatan ini telah diluluskan minggu lepas.. dan kini secara rasmi aku bekerja di bawah bos yang baru.. yang merupakan sahabat baik aku sendiri... Aku sebenarnya ada mix feeling tentang pertukaran jabatan ini.. sebab idea asalnya adalah permintaan dari 2 orang sahabat baik aku.. untuk aku join mereka di jabatan ini.. Aku pula mengikut sahaja sebab aku tahu permintaan itu dibuat atas sebab yang mereka lebih arif.. Namun aku cukup lega.. sebab bila bekerja di bawah ketua jabatan yang merupakan sahabat baik sendiri.. pastinya advantage itu sangat tinggi... tapi aku tak hairan sangat soal jabatan ini.. sebab suatu ketika dulu juga aku dah biasa bekerja dengan beberapa sahabat baik yang juga merupakan dekan dan timbalan dekan ketika itu... Bukan soal mereka berpangkat yang aku nak ceritakan dan punya hasrat untuk mengambil kesempatan.. cuma.. hubungan aku dengan mereka sudah terlalu lama.. aku dah bekerja di sini 12 tahun.. bukan sedikit masanya.. dan kebanyakan staf senior di sini mereka rakan-rakan yang sama-sama mula-mula membangunkan fakulti.. so tidak pelik jika dikalangan kawan baik aku sudah menjawat jawatan yang penting di fakulti..

Namun hidup harus diteruskan.. Walaupun aku tahu.. aku pasti akan kembali keseorangan... tapi tidak lama kan.. Petang ini aku akan ke rumah M sebelum dia berangkat ke KL untuk penerbangan awal pagi esok ke NZ.. Minggu ini sahaja aku menerima 4 perpisahan.. A yang pulang ke sibu selepas seminggu ke KL.. K yang ke Bangkok dan esok akan pulang ke Jepun.. S yang aku tinggalkan di bumi Thailand.. dan esok M pula yang akan terbang ke NZ.. Bukan mudah sebenarnya mengendalikan perasaan perpisahan begini.. Hari ini sahaja.. Mood aku bercampur baur... sebab semua mereka adalah sahabat baik aku.. mereka yang sentiasa istimewa di hati aku..

Namun aku juga pasti.. masih ramai lagi kawan-kawan yang masih belum aku jumpa... InsyAllah.. selepas aku selesaikan sedikit demi sedikit urusan aku.. nanti kita pergi lepak-lepak ok ;)

Flight Air Asia yang baru tiba di Thailand
Langit biru menyambut kedatangan kami..

Thursday, 8 March 2012

What I see every morning on my way to work (English mode)

Good morning everyone and Salam Pagi Khamis..

Alhamdullilah.. another day.. tomorrow Friday.. I'll be traveling home to my mum house but will stop by at bangi for another gathering at A house.. then on Saturday.. I'm off to Thailand.. Can't wait actually.. and hope that I'll have great time while I'm there for 4 days..

Since last week.. I already getting used of the heavy rain.. yesterday.. I did travel to KL for about 1 1/2 hour drive.. After 3 days driving to work.. yesterday I make my move driving to KL for the 1st time in 5 years.. hahaha.. luckly I have studied the google map.. and I did arrived safely.. Just that on my way back.. He's the one who driving and I did show him the wrong way.. (takpe sesat bersama ahaks)..

Well my long term memory does it wonder power work.. because I can recalled all my road.. street and mostly my experience of driving many years ago... It did remind me as well my experience driving in Scotland years ago and it did bring back the confident.. It's true that.. eventhou you have stop driving for years.. but actually when you started again.. it'll automatically.. recall all the experiences that you have had..

While driving to work.. All I see every morning is green scenery.. mountain.. (banjaran titiwangsa).. early morning mist.. and that what I like most about where I work.. For me the scenery is  the best.. but the hectic life I hate...

What I see every morning..
Nampak kabus di sebalik banjaran gunung di penghujung jalan ini??
Itulah apa yang aku lihat setiap hari memandu ke tempat kerja ;)

Wednesday, 7 March 2012

Memperkenalkan Tukang Padam Papan Putih Cute : T3PCute

Salam Pagi Rabu

Alhamdullilah... Sudah masuk Rabu kedua untuk aku berada di bumi tanahair.. Walaupun cuaca taklah panas sangat sebab petang hujan lebat.. Aku masih rindukan bumi UK.. apatah lagi bumi Scotland yang sudah tentunya sejuk nyaman waktu ini.. Aku juga rindukan kehidupan yang serba santai dan relaks.. Sudah 3 hari aku memandu ke tempat kerja.. selepas bertahun2 berehat tidak memandu dan sering dihantar pakwe ke universiti.. Aku mula terasa tekanan memandu di sini.. seperti mana style aku memandu dulu.. aku tak suka 'rush' tetapi disini.. seperti biasa.. org semua nak cepat.. walhal jarak masa beza dengan aku berapa saat jek.. akhirnya yang sibuk memotong aku tuh.. jumpa balik kat traffic light hahahha.... nak cepat sangat.. bukannya dapat terbang pun..

Sejak semalam.. sudah banyak komen-komen yang minta aku tukar nama blog..So untuk memenuhi hasrat rakan-rakan itu.. Aku pun tukar lah nama blog ini.. Masih ada elemen lama blog asal.. aku masih maintain menjadi si 'tukang' tapi prospek kerja sudah bertukar.. sekarang kerja aku padam papan putih.. hahaha.. kalau tidak menulis di papan putih.. pastinya aku akan menulis di kertas putih.. ;)

Perkataan 'cute' seperti biasa.. kena maintain.. Ahaks.. biar sebut banyak2 kali.. nanti penyudahnya maintain cute jek... InsyAllah dalam hari ini aku akan mula bersiaran langsung internet dari rumah sendiri.. Aku akan kekal gunakan mobile broadband buat sementara waktu ini.. Belum ada plan nak ambil wireless di rumah sebab aku akan banyak habiskan masa aku di pejabat.. sudah seminggu lebih ini aku balik ke rumah pun menghampiri pukul 7ptg.. Seperti mana rutin aku dulu di UK.. begitu jugalah rutin aku di sini.. dan seperti mana juga balik dari Uni.. di sini pulang dari kerja.. Aku juga akan memasak seperti biasa... Malah juga sempat masak untuk sarapan pagi.. Ramai kawan-kawan yang kata.. 'alah mula-mula je..' well mungkin juga.. tapi bukan mudah sebenarnya untuk aku menghentikan rutin yang telah aku buat selama 5 tahun.. boleh beli makanan di luar.. tapi harganya agak mahal sebab ada sesetengah makanan tuh aku biasa masak sendiri jek..

Untuk masa terdekat ini.. Aku akan kekalkan aktiviti memasak.. sebab dulu walau penat camna pun bila pulang dari Uni.. aku pasti akan ke dapur untuk memasak.. sebab aku tahu.. sebagai seorang isteri.. walaupun kita punya bebanan kerja dan tanggungjawab di pejabat.. tanggungjawab di rumah itu tetap kena buat.. Walau sekalipun belajar atau bekerja itu adalah tanggungjawab utama.. tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri itu juga tidak boleh diabaikan.. kerana kita kena ingat.. Kita bekerja atau belajar itu pun atas keizinan si suami juga.. sebab itu kadang-kadang aku tak sampai hati sangat kalau tak selesaikan kerja-kerja rumah.. walaupun sebenarnya tanggungjawab menyediakan makanan itu sebenarnya tanggungjawab suami.. tapi sebagai isteri.. inilah masanya untuk kita ambil peluang nak buat pahala banyak2.. Rugilah kalau kita banyak mencipta pahala dengan membuat baik dengan orang lain.. tapi pada masa yang sama.. kita tidak ambil peluang buat pahala dengan keluarga sendiri.. ;)

Bermula hari ini juga.. Blog ini akan di kenali sebagai Blog 'Diari Tukang Padam Papan Putih' hahaha.. so sesuai dengan nama yang baru.. kisah-kisah yang akan aku luahkan di sini.. akan banyak berkisar tentang kehidupan itu.. mungkin sekali sekala.. akan aku selitkan kisah-kisah si tukang cuci part-time yang masih aku buat di rumah..

12 tahun dulu..
Di sinilah bilik aku masa mula-mula bekerja..
Kini semuanya dah banyak berubah

Tuesday, 6 March 2012

Kelas yang pertama untuk tahun 2012

Salam Petang Selasa

Alhamdullilah aku mula beri kuliah pada hari ini.. Walaupun selama 5 tahun aku tidak mengajar di tanahair.. tapi sepanjang aku berada di bumi Scotland aku masih juga mengajar kelas-kelas undergraduate dan juga kelas bahasa melayu untuk anak-anak malaysia di sana.. Cuma bezanya mengajar dalam kuliah dalam bahasa melayu itu agak lama tidak aku lakukan.. tapi so far so good.. Tidak seperti pengalaman aku mengajar masa baru pulang buat Master dulu.. cakap melayu pun ada slang2 english.. Kelas hari ini not bad.. mungkin sebab aku sering mengajar bahasa melayu di sekolah malaysia.. dan kebanyakan entri blog juga aku tulis dalam bahasa melayu..

Cuti untuk minggu depan Alhamdullilah dah diluluskan.. So this weekend I'm flying to Thailand.. Macam tak percaya jek hahahaha... baru jek seminggu lepas fly dari London.. This weekend dah travel.. kawan-kawan aku pun macam tak percaya aku dah sibuk nak p berjalan.. sebenarnya lebih nak jumpa sahabat lama.. kalau ikutkan sebenarnya aku ada plan lain nak buat.. tapi plan itu datang kemudian selepas aku dah plan travel nie.. Pulak tuh kawan baik aku nak fly balik ke NZ jumaat depan.. Memang aku dah tak jumpa dia selepas aku cuti minggu depan.. Hari ini InsyAllah aku akan dinner kat rumah dia.. I still have until Friday dengan dia.. selalunya pun memang lepak bilik dia jek.. lepas nie I'll be on my own again.. That life..

Dulu I'm looking forward going home because excited to see her after not seeing her for 5 years.. tapi jodoh kami Allah hanya benarkan untuk bertemu selama 3 mggu sahaja.. Redha.. Sedih pun terasa.. tapi aku kena faham.. dia ada misi yang perlu diselesaikan di sana.. seperti mana misi aku juga yang perlu dibuat dalam masa 4 bulan ini..

Pulang ini ada yang gembira.. ada yang sedih.. masih ramai lagi kawan-kawan yang aku belum jumpa.. Belum ada peluang nak lepak2 sangat sebab aku banyak urusan keluarga.. kerja dan study yang perlu diuruskan.. So for friends.. all of you just got to wait.. InsyAllah.. ada masa kita jumpa ;)

Masih maintain kasut lama
Tak berjaket lagi..
tapi masih selesa berjalan kaki macam dulu-dulu..
walaupun panas silau.. tahan kan jelah ;)
That me and M..
After this she will be gone for 6 months..
:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...