Thursday, 26 January 2012

Bila aku kena study shakespeare

Salam Malam Rabu (hari selasa)

Hari ini aku hadiri kelas TextLab.. selama 3 jam.. Yang best kelas ini merupakan kelas gabungan pelajar jurusan english dan computer sciences.. Memandangkan research aku berkenaan dengan textual analysis.. so secara idealnya aku diminta hadiri kelas ini oleh G.. Mulanya bila aku baca sinopsis kelas ini.. nampak amat menarik sekali sebab aku boleh 'involve realtime and first hand' tentang aplikasi analisis yang digunakan..

Membaca student handout textbook semalam membuatkan aku menyedari kelas ini sebenarnya satu kajian besar gabungan 2 negara.. US dan UK.. gabungan 1 universiti di US dan pusat kajian shakepeare di washington dan juga Uni aku.. Big project and 1st ever trial to cross department.. kiranya kami nie dijadikan bahan kajian untuk improve sistem analisis itu dan segala feedback tentang sistem ini akan dihantar terus oleh setiap kumpulan kepada developer sistem di US.. sound interesting kan.. Yup indeed.. tapi yang menyebabkan aku pening.. aku kena pulak study 'play' tulisan shakespeare bertajuk 'comedy of errors'

But secara jujurnya dengan hanya menganalisa data perkataan yang terdapat dalam play itu dapatlah bagi aku memberikan satu gambaran kasar tentang apa sebenarnya jalan ceritanya.. itulah sebenarnya secara umum yang aku kaji sebenarnya cuma bahan dokumen kajian aku lebih menjurus pada bahan-bahan akademik atau dokumen jurnal..

Tapi bila kena study pulak shakespeare nie.. hahahaha rasa macam balik study english pulak.. sebab yang dikaji adalah literature dan gunakan aplikasi itu sebagai tool tambahan memahami kandungan itu.. aku dimasukkan dalam kumpulan 5.. 3 dari ahli kumpulan aku dari english studies.. dan seorang berumur 19tahun.. selebihnya aku rasa dalam usia 20an.. dan aku rasa aku yang paling tua hahahha... tapi best sebab aku dapat feel balik how discussion back then when I did my master... walaupun semua muda2.. dan semuanya pelajar lokal (english and scottish) hanya aku sorang yang international dan bertudung.. I think I can blend in just fine... cuma masalah ye aku hanya punya 5 minggu sahaja nak join group diorg nie sebab lepas tuh aku kan balik mesia hahahaha... if I stay longer well.. it would be interesting experiences.. apatah lagi seumur hidup aku tak penah baca buku2 atau play tulisan shakespeare..

Isnin nie aku akan jumpa G.. kena report balik apa yang aku dapat masa sesi kelas tadi dan juga siapkan dokumen analisis untuk 2 dokumen dari bidang law dan music pulak.. Tengok.. dekat nak balik lagik banyak keje aku.. sekarang nie balik pun kepala otak dah penat.. sampai duduk dalam bas pun aku terlelap.. kes brg2 kat umah aku tak ambik tahu.. terlalu penat memikirkan beban tugasan yang perlu aku selesaikan sebelum balik nanti..

Surat berhenti kerja aku dah serahkan isnin yang lepas.. so mean.. hujung bln 2 nie aku berhenti.. tarikh untuk angkat kontena pun dah ada.. cuma brg jek belum packing.. tiket flight aku belum confirm lagi.. tapi tarikh aku dah bagi.. harapnya takde masalah.. InsyAllah.. selebihnya aku perlu siapkan tugasan mana  yang dapat.. ini pun 2 hari nie sibuk tolong 2 kawan aku edit dokumen dia.. sorang pasal isu social networking dan sorang pulak pasal dokumen lampiran untuk dia apply loan perniagaan.. terus rasa macam jadi editor jek sekarang nie hahaha.. Rabu depan kelas lagi.. dan aku perlu siapkan analisis aku secara rambang tentang comedy of errors tuh..  siapa sangka student computer.. kena study shakespeare pulak hahaha.. but it's interesting apatah lagi pulak memang langkah masuk languange department... mmg multi research dah research phd aku nie.. nie dah masuk transisi domain ke 6 dalam bidang study aku..

Oklah.. kepala aku dah berat sangat nie.. mahu berehat esok ada 2 dokumen nak kena review dan sambung menulis..

Friday, 20 January 2012

Cuti tahun baru cina..

Assalamualaikum di tengahari Jumaat..

Hari ini Jumaat.. Pastinya saat ini di tanahair semua sibuk berpusu-pusu pulang ke kampung untuk cuti tahun baru cina.. Mesti meriah dapat makan limau banyak2.. boleh pergi bercuti.. dan macam-macam aktiviti yang boleh dirancang bersama keluarga..

Hari ini aku paksa diri siapkan review yang tak siap2 lagi.. Entahlah kali nie mood untuk membaca review 'stuck' sebab aku kena buat kritik pada semua measurement yang aku dah buat review.. Ya Allah.. kenapalah rasa 'stuck' begini... Taklah susah cuma aku rasa stuck untuk menjana idea untuk menulis mungkin kerana semua measurement itu aku takpernah tahu pun.. Tapi walau bagaimana pun kena siapkan juga sebelum isnin sebab dah janji nak jumpa G.. G dah maklumkan aku kena attend kelas Hari rabu dari 1-4 petang (3jam) berkaitan textual analysis yang dikendalikan oleh department CIS dan juga English department.. Aku ye research dah merentasi bidang.. Sampai kawan aku sound.. 'Nanti kalau nak cari external examiner.. bolehlah panggil you nanti...' Advance giler kawan aku tuh.. mentang2 research aku dah cross platform..

Semalam aku terima satu email dari kawan aku (atas permintaan aku untuk dia forwardkan) tentang satu isu yang perlu dia tulis untuk jabatan dia... hahahaha... Dulu aku tolong dia cari isi untuk Generasi XYZ.. Sekarang isu pasal social networking berkaitan facebook, twitter & blog pulak.. Isi dah aku rangka semalam.. tapi masih byk point2 yang perlu aku cari lagi.. Kata dia.. esei pasal generasi tuh dah success.. Nie nak minta tolong pulak pasal isu ini.. Sebenarnya aku tak sampai hati nak kata 'Tak boleh tolong' walaupun hakikatnya kerja review menulis aku tak siap2 lagi.. Tapi dah memang perangai aku sebenarnya.. agak susah nak kata 'tidak' bila melibatkan 'ilmu' dan dengan kata yang lebih tepat berkongsi ilmu... Memanglah nampak macam aku yang buat hahahaha... tapi sebab topik tuh direct connection dengan bidang aku.. so pada aku tak susah mana nak buat esei tuh.. lagi susah buat review aku tuh dari jawab esei itu.. cuba aku tgh nak cari paper dalam skop Malaysia.. itu yang aku takleh nak buat lagi sebab kepala duk fikir review report yang tak siap2 lagi nie..

Menulis esei ini membuatkan aku dapat beberapa idea untuk tajuk research akan datang hahaha...lagipun teringat satu peristiwa 'ditahan di luar lif' beberapa tahun lepas oleh seorang pelajar dari arab saudi.. rupanya dia ada kelas bahasa inggeris.. dan perlu present tajuk berkaitan pengaruh penggunaan internet di kalangan pelajar.. Kes itu amat kelakar.. sebab dia masuk lif dari tingkat 4.. tapi keluar ke tingkat 12 bersama aku.. hahaha.. aku pelik sebab aku tahu dia bukan student department aku.. rupa-rupanya dia nak tanya soalan.. sebab katanya kena present kat kelas english sekejap lagi.. nak dapatkan idea dan pendapat..

Sebenarnya peristiwa-peristiwa beginilah yang menjadikan hidup kita warna warni.. berjumpa dengan 'stranger' yang kadang cukup mencabar minda kita untuk berfikir.. Aku lalui juga beberapa episod begini.. pernah di tahan oleh seorang pakcik tua daripada Iran.. yang bertanyakan dimana arah masjid.. dan diakhir perbualan kami.. baru aku tahu dia merupakan seorang professor di salah sebuah university di sana.. dan sepanjang perbualan kami banyak topik kami berkaitan malaysia.. ekonomi.. politik hahahaha... sampai pakcik tuh ajak aku ke kedai untuk sarapan sebab sudi tunjukkan aku arah masjid tuh.. sebenarnya aku rasa dia tertarik nak sembang dengan aku sebab banyak benda yang dia tanya pasal ekonomi malaysia (mcm aku pakar ekonomi hahaha)

Itulah sebenarnya indahnya bila kita mampu mengembara.. atau mampu ke negara orang.. tak semestinya kena pergi jauh.. kalau dapat keluar dari malaysia.. pergi ke indon.. thailand atau singapore sekali pun.. pastinya sedikit sebanyak dapat membuka fikiran kita untuk berfikir.. contohnya.. dulu masa aku di tanahair.. ketika aku mula bekerja.. di pejabat aku itu.. hanya ada 2 orang sahaja melayu.. beragama islam.. kakak senior tuh jrg2 ada kat ofis sebab dia buat part time master.. so akulah satu-satunya melayu kat situ.. yang lain adalah staff cina dan india.. takde hal pun.. mungkin sebab aku dah biasa bersekolah dari form 1-5 dengan 2 bangsa ini.. sedikit sebanyak pengalaman survival dengan mereka inilah aku rasa banyak membentuk jati diri aku sebenarnya.. dgn kata lain.. survival.. walaupun tercampak kat mana-mana pun kalau hanya aku seorang sahaja yang lain agama dan bangsa.. Alhamdullilah dan juga InsyAllah.. masih mampu nak buat kawan ;)..

Berbalik dengan cerita tadi.. So bila lunch time aku.. memang selalu keluar lepak dengan adik2 kerani yang berbangsa cina nie.. tak kisah pun.. nak makan nasi lemak ke.. p kedai bakery ke.. Sampai adik tuh pernah beritahu aku.. bila aku berpindah ke shah alam.. diorg dah tak pernah lagi jumpa staff melayu yang tak kisah nak join diorg macam aku dulu.. Bila aku berpindah ke Shah Alam masa tuh staff melayu dah ada 4 org.. tapi diorg semua tak layan pun adik2 kerani tuh.. tegur pun tak nak.. Sedih juga dengar sebenarnya.. walhal masa aku kat sana.. baik makcik tukang cleaner tuh (cina).. adik2 kerani.. staff management 2 org india.. pun aku leh sembang dan lepak2.. pernah juga fokus topik kami tentang isu bertudung.. kenapa ada yang tak bertudung.. dan kenapa ada yang tak bertudung.. dan diorg juga pernah tanya tentang solat kat aku.. sebab dulu aku biasa solat dalam bilik management jek hahaha... malas nak naik ke tingkat atas ke surau.. so diorg pernah tgk aku solat.. dan macam2 soalan diorg pernah tanya.. tapi waktu itu aku langsung tak rasa janggal pun.. walaupun 5 hari bekerja itu.. hidup aku dikelilingi oleh mereka yang bukan sebangsa dan seagama pun.. lagipun sebab dah biasa zaman sekolah dulu aku dah byk bergaul dgn geng2 cina yg aku kenal sejak form1.. dan bila naik form 4 pulak aku kenal geng2 cina dari sekolah cina dari kelas peralihan..

Pernah isu tentang beza pelajar sekolah berasrama penuh dan pelajar sekolah harian biasa dibincangkan dengan seorang kawan aku.. Pada aku kedua2nya ada kelebihan masing2.. Soal peluang.. cabaran.. kedua2nya punya pro and con.. tak masuk asrama penuh pun masih mampu cemerlang.. aku pernah rasa 2 situasi ini.. bersekolah di sekolah harian biasa dengan bangsa asing selama 5 thn.. dan kemudian masuk matrik di sekolah asrama penuh seri puteri di KL.. walaupun hanya buat matrikulasi tapi jadual kami 100% ikut jadual yang sedia ada di sekolah itu.. Lagi pulak sekolah tuh semua perempuan... merasalah belajar di sekolah asrama penuh.. ada cabaran dia.. ada kelebihan dia.. tapi pada aku.. pengalaman yang aku kutip masa aku 5 thn di sekolah harian biasa itulah sebenarnya banyak bentuk sikap aku waktu ini..

Pernah dulu masa tahun pertama di UKM.. ada beberapa kawan2 aku belajar dari sekolah asrama penuh.. terkejut bila perlu bersaing dengan pelajar cina & india dalam semester 1.. selama 3 thn itu.. kalau nak tahu.. geng2 cina & india ini selalunya tidak pernah duduk melebihi barisan ketiga dari depan tau.. tak pernah aku tengok diorg akan duduk di barisan belakang... awal2 masuk kuliah.. dah ada 2 3 org kawan2 mereka yang chop tempat duduk depan sekali.. selalunya.. aku dan geng2 sama2 diploma yang sering berebut nak duduk depan hahaha... geng2 matrik lain.. semua lebih suka duduk belakang.. aku sebab dah tahu sangat perangai diorg (cina) sebab dah jenuh bersaing masa form 4-5 dulu.. faham benar perangai diorg sebenarnya.. Taklah kata diorg tak baik.. cuma sifat bersaing pada golongan ini memang tinggi.. dan ini bukan sekadar bersaing di kalangan org cina di Malaysia.. tapi semasa aku buat master dulu pun.. group assignment aku terdiri daripada 3-4 orang pelajar cina dari China.. hehehehe... tapi aku respek mereka sebab dalam kelas diorg nie memang takde segan silu nak tanya soalan.. walaupun bahasa inggeris tuh sangkut2 dan kadang2 kena buka kamus dulu ;)

Seronok sebenarnya mengenang kisah lama.. sesuailah kan sempena nak raya cina.. aku teringatkan beberapa orang rakan2 cina yang pernah aku kenal zaman sekolah dan zaman universiti dulu.. malah aku juga teringat pernah pergi ke rumah kawan-kawan cina rakan sekampung aku dulu.. siap dapat angpau dan buah limau lagi.. masa itu 1st tau pengalaman beraya di rumah orang cina yang bersebelahan dengan kampung aku jek.. Tujuan pergi sebab nak temankan rakan aku tuh jek.. dia segan nak pergi sorang2.. last2 balik kitaorg dapat angpau pulak hehehehe...


Selamat bercuti semua yeah...

Wednesday, 18 January 2012

Lagu ciplak? (music mode)

Kebetulan masa cuti yang lalu aku menonton filem Jab We Met
Selain daripada terpesona dengan latar belakang Himalaya dalam lagu nie..
Aku juga rasa lagu ini macam pernah dengar..
Sangat-sangat 'familiar'
Puas fikir lagu apa ekk..
Akhirnya..


Lagu ini..
Tak ada logica -Agnes Monica

Ada yang kata dia ciplak dari lagu ini juga..
ANGGUN - ÊTRE UNE FEMME

Biasalah Filem Hindi kan
Hari ini mood layan muzik ye ;)

Tuesday, 17 January 2012

Missing U (Music Video Mode)


Flash Mob in KLIA 14 January 2012

Dah setahun tak tengok ruang legar KLIA nie hahaha..
Entah berapa banyak kali lalu kat sini tiap kali keluar negara..
For the last 5 years..
I been in and out from Malaysia to UK.. 4 times..

This time around I'll be back soon..
Enjoy it..
It's cool..
;)

Monday, 16 January 2012

Kini suhu jatuh bawah takat beku

Salam Isnin

Seperti yang telah dimaklumkan oleh berita beberapa hari lepas.. Minggu ini suhu jatuh bawah takat beku.. Kali ini kena siap sedia dengan segala yang berterma.. terutama stokin.. pagi tadi ketika nak keluar rumah tengok cermin kereta penuh dengan frost.. kalau salji senang lagi nak kikis.. kalau frost lebih susah sebab kalau nak kikis bukannya senang.. dah letak air pun.. masih tak cair.. so terpaksalah panaskan cermin kereta guna heater dari dalam.. Kereta aku ada system nie.. tapi kalau kereta lama tuh memang nak kena kikislah jawabnya..

Berjalan kaki ke tempat kerja.. aku menahan gigil.. Sejukkkkk!!!! Kali ini yang paling terasa adalah kaki sebab stokin yang aku pakai tuh takdelah tebal sangat.. Nampaknya esok aku kena pakai stoking terma lah jawabnya…

Hari ini aku terpaksa buat kerja di rumah.. Sampai ofis.. semua plug tak berfungsi.. aku malas nak tunggu sebab tak  tahu pukul berapa diorg nak on.. lagipun hari isnin kan.. baru start kerja.. terpaksalah call pakwe datang ambik aku… Syukur dia baru suku perjalanan hehehe… bukan susah pun.. buat u-turn jek.. so hari nie merasalah dia nasi goreng untuk sarapan pagi..

Pagi tadi aku dah maklumkan dengan Elaine yang aku kena balik ke Malaysia dalam masa terdekat nie.. So aku beritahu yang surat berhenti kerja akan aku serahkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.. Dia terkejut bila dengar berita itu.. tapi yelah tempoh aku ada di sini pun bukan ye baru 2 3 bulan.. tapi dah 5 tahun.. aku dah kerja di situ 3 tahun lebih.. Lama kan??? Tapi pada aku takde rasa lama sangat.. tapi yelah untuk orang yang sibuk dengan tugasan harian dan kerja rutin seperti aku nie.. tak rasa masa itu berjalan dengan pantas.. Tapi pada yang menunggu memang terasa lama..

Semalam semua frame gambar kat dinding ruang tamu dah diturunkan untuk di balut.. terasa kosong sangat ruang tamu sekarang.. sebab selalunya penuh dengan lukisan dan juga canvas art yang dibeli oleh pakwe.. Dia paling rajin beli frame tuh semua.. dan yang paling best dia juga tukang gantung hehehe… Balut frame semalam macam balut hadiah hahahaha… 3 kali balutan dengan material yang berbeza.. siap salotape kemas2 lagik.. sayang sebab itulah kenangan kami kat sini.. Balik nanti aku pun tak tahu mana nak gantung.. ruang tamu rumah aku kat mesia pun bukan besar sangat.. Nampak gayanya frame itu ada yang bakal digantung sampai ke dapur hahaha…

So far kerja-kerja packing barang masih on off.. biasa dapat buat pun hujung minggu jek.. dah balik rumah kalau week days.. tak larat dah masing2.. bilik satu lagi tuh dah ¾ penuh dengan kotak.. pakwe pun dah buka katil susun di tepi untuk bagi ruang boleh letak kotak tuh.. Barang dalam bilik nie pun belum abis di pack.. hujung bln nie akan ada separuh lagik masuk kotak.. dan aku akan tinggalkan yang betul2 budget untuk bawak balik dan pakai kat sini jek..

Yang bagusnya kat sini.. ada kedai yang menerima baju-baju terpakai.. malah barangan rumah dengan kaedah timbang.. dia bayar harga baju2 itu.. So dari buang dalam tong sampah baik jual je pada kedai tuh.. tadi pakwe bagi aku £4.. katanya dia dah jual sebahagian baju tuh.. tapi aku muskil sebab tgk masih ada 3 plactik besar baju2 yang belum dijual.. itu tak termasuk jaket  yang tebal2.. elok2 gak lagik tapi memang tak nak dah pakai.. kalau nak bagi kat charity pun kena pilih2 gak.. lagi aku malas nak memilih sebab kalau boleh semua tuh nak let go terus..  Dapur masih belum kemas lagik.. aku rasa kena clearkan secepat mungkin sebab barang dah banyak sangat terutama kat dapur tuh ada tinggalan dari 4 keluarga.. diorg balik mesia jek.. brg diorg semua letak umah aku.. sebab apa?? Sebab diorg semua bermastautin sementara sebelum transit balik… Nie aku terfikir gak camnalah kes aku pulak.. aku memang takde plan nak transit rumah sesiapa.. aku akan ke airport dari rumah aku sendiri.. dan kunci pakwe akan serahkan terus pada tuan rumah yang rumahnya tak jauh pun dari rumah aku.. Hanya hujung bulan nie nak kena maklumkan dengan dia.. lepas  tuh nak kena maklumkan pulak dengan kawan aku sorang tuh yang dah bercadang nak take over rumah nie..

Hari ini dah 16hb Januari… beberapa minggu kepala tak focus sangat study.. banyak settle kan urusan nak balik.. ini pun urusan kontena masih  belum settle.. belum decide nak ambil berapa kaki dan nak ambil dari siapa… Ada option ambil yang 10kaki dan ambil pakej terus hantar sampai ke rumah.. dan kereta shipping lain melalui Manchester.. kalau ambil kontena mean brg dan kereta semua turun di Port Klang.. dari Port Klang pulak kena ambik lori nak bawak brg ke rumah aku.. Belum decide yang mana satu jadi pilihan kami sebab kalau nak ambil 40kaki.. confirm 10 kaki tuh kosong.. brg aku takdelah bnyk mana.. kotak jek yang banyak.. perabut pun.. takat apa jek.. lagipun aku takleh ada byk perabut sebab rumah aku dah complete dengan barang pun.. Balik mesia aku tinggal cuci kaki dan tangan dan terus boleh tinggal kat rumah tuh.. macamana aku tinggalkan rumah tuh dulu.. camtu jugalah rupanya bila aku balik.. sebabnya aku memang tak sewakan langsung rumah tuh. 5 tahun rumah tuh takde sapa duduk kecuali jadi rumah singgah untuk mak dan ayah aku.. sebab itu brg2 pun terjaga.. yang paling mahal… semua pokok2 buah dan bunga yang ayah  tanam dulu dah berbunga dan berbuah pun.. Bak kata sorang adik yang pernah menjengah rumah aku tuh.. ‘Rumah akak tuh kalau tengok.. takde sapa sangka tuan rumah tuh takde kat situ.. apatah lagik duk oversea’ hahahaha… memang pun… dari dulu takde plan nak bagi orang sewa sebab leceh..

Dah nak balik kan…. Kalau tanya aku ‘excited tak??’ sudah tentu.. tapi sebenarnya banyak perkara yang merungsingkan aku gak… study yang belum sepenuhnya settle. Urusan kerja yang menunggu,. Sure melambak dah aku ye ‘work task’.. sampai sorang kawan aku complain.. ketua jabatan aku tuh tak best hahaha.. mentang2 dia jabatan lain.. dan dia untung sebab dapat ketua jabatan yang memang baik.. yelah kawan baik kitaorg gak… geng2 aku skrg nie semua dah berjawatan balik.. dulu sebelum sambung Phd.. semua pegang jadi ketua jabatan.. timbalan dekan.. Balik nie?? Entahlah.. apa pun balik nie aku nak settlekan study aku dulu.. settle down hidup.. get used with the weather yang panas… Oppps… jangan kata aku berlagak tak tahan panas ye… Ini bukan sengaja dibuat2.. Duduk di kawasan yang bermusim 4 ini.. terutama belah utara yang sememangnya sepanjang tahun sejuk.. memang aku kategorikan bdn aku tak tahan panas.. Semua yang balik memang beritahu belum dapat nak sesuaikan diri dengan cuaca panas tuh..

Semenjak aku dah sibuk nak balik nie.. makin kerap juga aku terima pesanan offline dari kawan-kawan yang sibuk bertanya… Mungkin diorg tahu aku nak balik nie.. yang best tuh ada yang hilang dah setahun.. tup-tup.. boleh hantar email Tanya khabar.. yang tanya ‘where are you’ pun ada… Nak jawab malas… Ohhh masa aku kat sini.. xde pun sibuk2 nak tanya khabar.. dah tahu aku nak balik nie.. semua sibuk bertanya.. I’ll make it official later kot… Buat masa nie nak settlekan dulu benda2 utama.. kontena.. tarikh flight.. tiket.. sewa rumah.. bil-bil.. then nak kena fikir pula hari nak angkat brg dan nak minta tolong org masak.. banyak sebenarnya urusan.. nak masak pun satu hal juga.. tak semua org aku nak minta tolong dan menu apa nak masak pun belum decide… kalau ikutkan adat sekampung memang confirm ada kambing seekor… paling tidak 10-12kg kambing.. itu biasa kat sini. Tapi aku ye kenduri belum decide nak buat kambing atau tidak sebab aku ingat nak buat kari kepala ikan dan asam pedas jek sebab ada kwn aku sorang tuh request..  tapi kos itu semua nak kena check gak.. Kalau leh dapat kepala ikan dengan murah.. mungkin sahaja nanti aku minta buat kari kepala ikan jek.. Bukan aku yang masak ok… mana ada masa nak masak.. sebab sehari sebelum tuh kan aku sibuk packing brg yang last minute..

Bukan sikit brg nak dipindahkan.. 5 thn ye barang.. Tapi syukur sebab ada komuniti yang dapat bantu kami kendalikan brg2 nie.. itupun kesian juga sebab minggu sebelum tuh kawan aku pun pindah brg naik kontena.. minggu seterusnya rumah aku pulak.. tapi nak buat camna takde pilihan.. dia pun balik seminggu lepas aku balik.. kiranya geng2 yang sama2 datang tahun 2007 dah 90% semuanya balik…

Apa juga.. masih byk brg nak kena pack nie.. ruang tamu tuh pun separuh dah penuh dengan kotak2 kosong.. Mood nak balik dah terasa sangat2

Tuesday, 10 January 2012

Harta yang paling mahal dalam kehidupan...

Salam Tengahari Selasa,

Alhamdullilah kita masih mampu bergerak dan berada dalam kesihatan yang baik.. Syukur juga kita masih waras dan rasional dalam menghadapi keperluan dan rutin harian..

Aku baru sahaja membalas email sahabat baik aku M.. tentang beberapa kisah sahabat-sahabat yang aku kenal lama di tanahair.. mereka semua rakan sekerja aku.. tinggal di sini selama 5 tahun buat aku ingat-ingat lupa nama-nama yang dia sebutkan.. tapi lupa sekejap jek.. memori jangka panjang aku masih berfungsi dengan baik lagi..

Sedih sebenarnya bila mendengar perkhabaran yang tidak enak tentang orang yang kita kenal bila melihatkan kesihatan... kematian itu pun antaranya.. tapi mati itu pasti kan.. Setiap yang hidup pasti mati.. terutama mana yang kita rapat.. yang kita kenal sekian lama.. perginya mereka pasti kita tangisi.. tidak ketinggalan juga bila tahu ada rakan-rakan kita yang kena penyakit kronik... kita hanya mampu berdoa semoga mereka diberikan peluang untuk kembali sihat...

Dan pagi tadi juga aku sempat bersembang dengan Janice  perihal Vyonne yang mengidap kanser.. Dia datang masa X'mas party thn lepas.. tapi aku kan cuti.. intipati perbualan kami pun tentang isu kesihatan.. betapa pentingnya sihat itu.. bila sakit.. tak siapa tahu bila dia akan datang..

Sebenarnya setiap kematian dan kisah sakit ini.. menjadi ikhtibar dan ingatan pada kita.. ingatan pada diri kita bila kita sihat.. Dulu semasa aku pernah sakit demam teruk.. dalam pada terlantar sakit itu.. sejenak fikiran aku berkata.. Bagaimanakah rasanya sihat???? Sihat itu bagaimana?? sebab masa itu dek kerna terlalu sakit... kita langsung lupa bagaimana kehidupan kita ketika sihat.. masa itulah baru kita perasan betapa kita 'take for granted' nilai sihat itu.. Masa kita sihat tuh kita tak pergunakan masa sepenuhnya untuk membuat amalan.. masa kita sihat itulah kita tidak ambil peluang untuk berehat dan meluangkan masa dengan keluarga.. masa kita sihat itu jugalah kita paksa diri kita bekerja hingga sakit badan.. kadang masa kita sihat itulah kita ambil peluang untuk tidak tidur semalaman semata2 untuk menyiapkan tugasan..

Memang harta yang paling mahal dalam kehidupan adalah kesihatan... Bila kita sakit.. emas wang ringgit segunung pun takde makna.. makanan yang lazat dan pelbagai pun tidak mampu kita telan.. manis kita rasa pahit.. sedap kita rasa masam... yang indah kita tidak dapat nikmati... Bila sakit seluruh anggota badan kita tak mampu membuat 1 apa pun kerja.. kan..

Pada aku selain daripada kesihatan yang baik.. harta yang paling mahal dalam kehidupan adalah kegembiraan.. gembira.... tidak semestinya bila kita ketawa itu bermakna kita benar2 gembira.. walaupun kita bergelak ketawa penuh hati.. tapi jauh di sudut hati kita.. masih tersimpan rasa beban yang belum selesai... rasa nak happy pun tak best... Ini aku dah lalui selama 5 tahun..

Ada orang diuji dengan tubuh badan.. ada org diuji dengan mental... ada org diuji dengan harta kekayaan.. ada pulak diuji dengan ilmu yang dia ada.. ada yang diuji dengan kesihatan... setiap org akan ada ujian masing-masing.. dan kita kena sentiasa ingat.. Allah takkan menguji andai Dia tahu mereka takkan mampu melaluinya... Ujian itu adil untuk setiap orang.. walaupun kadangkala hati kecil kita pernah cuba untuk mengatakan ia tidak adil.. Berdosa besar dengan bersangka buruk dengan Allah kan... itu selalu yang aku sebut bila sahaja ingatan atau fikiran yang bukan-bukan datang dalam kepala aku.. Cuma dalam tiap doa aku.. aku selalu mohon moga Allah permudahkan.. atau aku minta.. cukuplah aku diuji dengan ujian itu.. senangkanlah ujian itu buat aku.. dan selalu juga aku doa.. Biarlah aku mampu hadapi semuanya dengan kekuatan yang ada... InsyAllah... tidak mudah sebenarnya mendidik minda.. fikiran.. hati.. perasaan.. rasa.. jiwa untuk berfikir sesuatu yang positif.. hatta bila kita kehilangan sesuatu pun.. contoh kalau kita hilang duit.. atau hilang kad bank.. pasti ramai diantara kita akan menyalahkan diri secara tidak langsung.. aku pun tidak terkecuali.. malah kalau pakwe aku terhilangkan dokumen yang penting2 pun.. aku duk membebel2 salahkan dia.. dengan ayat 'Tuhlah.. kenapa tak simpan betul2.. kenapa itu.. kenapa ini' walhal hakikatnya.. dah hilang.. kalau nangis camna sekali pun.. kalau dah tak dapat jumpa.. memang takkan jumpa.. dan selalunya nak tak nak.. terpaksalah fikir penyelesaian pada semua itu... terus marah2.. terus membebel pun tak guna.. sebab kemudiannya kita yang stress hehehe...

Aku diajar oleh seorang lelaki beberapa tahun lepas... ketika itu aku masih bekerja tukang cuci di sebuah pejabat training 'legal house'. ketika aku sedang membersihkan ruang makan di tempat latihan itu.. di atas meja terdapat 2 tray sandwich yang tidak habis dimakan... Mulanya aku teragak2 sama ada untuk membuangnya ke dalam tong sampah.. sebab aku perlu mengelap bersih meja itu.. Entah camna.. hati aku waktu tuh rasa.. buang jelah.. sebab kalau diorg nak makan mesti dah simpan kat dapur pantry masa tuh.. So aku pun dengan penuh yakin.. ambil 2 tray sandiwich yang tidak dimakan itu.. dan buang dalam tong sampah... Tak lama datang manager bernama John dan bertanya pada aku dimana 2 tray sandwich tadi.. Aku dah rasa bersalah.. aku beritahu yang aku dah buang dalam tong sampah sebab ingatkan dah takde sapa nak.. John berkata dengan aku.. dia merancang nak simpan sandwich itu dalam peti sejuk sebab masih boleh dimakan keesokan harinya.. Sebagai bos aku waktu itu.. memang patutlah aku kena marah sebab memandai buat keputusan sendiri buang sandwich tuh.. tapi yang buatkan aku respek dia.. Dalam melihat wajah aku yang serba salah mungkin... Dia berkata dengan aku 'What have done.. is done.. It's ok.. nothing to be regret about.. don't worry so much okay' kata dia sambil senyum pada aku dan berlalu dari situ... kalau bos kat mesia camna????? mesti agaknya dah berbakul kena marah kan.. idak pun kenalah dengar bebelan dia hahahaha... Since that day.. pemikiran itulah yang aku pegang sebenarnya.. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyesal andai sesuatu tindakan aku itu menyebabkan aku kehilangan atau silap perhitungan.. sebab aku dah tak boleh patah balik.. kena teruskan.. 'What is done.. is done.. don't regret so much.. think about it for a while.. take it as precaution or future reference and move on'... tak guna menyesal lama2.. fikir lama.. fikir kalau itu.. kalau ini.. kalaulah aku buat camnie.. kalaulah aku buat camtu.. itu semua kalau.. jadi atau tidak tak tahu lagi kan...

Aku rasa pendekatan itulah yang sebenarnya sedikit sebanyak membantu aku keep on moving.. aku malas nak fikir benda-benda yang bukan2.. benda 2 yang tak pasti lagi..biasanya aku malas nak fikir sangat.. aku hadapi hari based on daily routine.. Perancangan masa depan itu sudah tentulah kena ada kan.. tapi.. jangan pulak kita terlalu fikir masa depan tapi apa yang ada depan mata.. apa yang perlu kita buat pada ketika itu kita abaikan pulak...

Benar.. dulu sebelum aku sambung belajar di peringkat ini.. ramai pernah memberikan pendapat bahawa Phd Itu bukan semata-mata usaha keras sahaja tapi ianya juga adalah rezeki.. 50% usaha 50% adalah rezeki.. dan memang dugaan serta cabaran untuk Phd itu bukan sekadar menguji pencarian ilmu yang kita cari.. tapi sebenarnya dia juga menguji segala genap kehidupan kita.. baik tubuh badan.. pemikiran.. perasaan.. malah juga menguji agama dan sejauhmana kita kenal diri kita siapa... Mungkin ada orang mudah perjalanannya.. dia merasakan taklah susah mana.. Aku tak kata Phd itu susah.. cuma aku katakan Phd itu ada cabarannya.. Nak tahu bagaimana rasanya?? Kena lalui... melihat takkan sama dengan melalui.. tapi nyatanya... Walaupun dalam payah susah mencari ilmu itu.. walaupun selama mana pun masa yang perlu diambil untuk menyiapkannya.. InsyAllah.. kena yakin dengan apa yang kita cari.. dan paling utama niat..

Teringat kata-kata seorang rakan.. Bukan mudah nak dapat title 'Dr' tuh.. sebab itulah perjuangan Phd ini sukar... tapi pada masa yang sama.. jangan kita pulak rasa bangga dengan title 'Dr' yang kita dapat.. sebab apalah sangat makna 'Dr' itu.. kalau peribadi kita tak mencerminkan sikap yang sesuai dengannya...

Ada org buat Phd nak dapat Dr... aku?? Dr itu tak penting sangat sebenarnya.. sebab apa yang aku perolehi dalam masa 5 tahun ini... terlalu banyak aku dapat.. Ilmu dari 5 bidang besar aku dah buat.. semuanya bermula dari kosong... total kosong.. tapi aku rasa syukur.. andai aku tak lalui dan pelajari semua itu.. pastinya aku takkan tahu wujudnya ruang ilmu yang 5 itu.. transisi ilmu yang terlalu besar.. belajar kerana kita mahu belajar adalah berbeza dengan.. belajar kerana kita nak berjaya... Samalah juga... bila ada orang kata dengan aku... Dia ambil profesion guru kerana dia rasa mengajar itu kerjanya mudah.. atau jadi guru itu kerjanya relaks... berbeza dengan orang yang menjadi guru kerana itu minat dia.. minat untuk mendidik dari yang tidak tahu menjadi tahu dan lebih tahu...

Oh ya hujung bulan ini.. kelas terakhir aku mengajar Bahasa Melayu untuk anak-anak malaysia di sekolah malaysia... dah 4 tahun aku menjadi guru tetap di situ.. hingga saat2 akhirpun.. pengetuanya (kwn baik aku juga) mohon aku teruskan mengajar sebab susah nak dapat tenaga pengajar.. malah pakwe pun pernah melahirkan pendapatnya.. 'Dah sibuk2 nie.. takyahlah nak ngajar.. bagi orang baru2 jelah ngajar pun' Aku jawab mudah jek... 'Bukan susah pun mengajar 2 jam tuh... tak susah langsung.. apalah sangat masa 2 jam itu sebenarnya berbanding dengan nilai dan ilmu yang kita dapat berikan pada murid-murid yang nak belajar tuh pun...' Atas sebab itu jugalah aku masih sanggup mengajar lagi.. Mengajar budak dari umur 5-9 tahun bukanlah susah mana.. ;) Ngajar budak2 dewasa lagi banyak cabaran dia...

Apa lagi harta yang penting dalam kehidupan??

Sunday, 8 January 2012

Masa untuk pulang…

Salam Malam Minggu

Kini dah nak masuk minggu kedua di bulan Januari.. Sudah seminggu kita di tahun 2012.. Tahun baru dengan semangat baru.. Aku juga dah ke CIS semula 2 hari.. Enjoying the day.. melayan kerenah kawan yang gila shopping sebelum dia pulang ke Thailand.. dan dia juga akan pulang di awal bulan februari ini.. Sekali lagi aku bakal kehilangan seorang lagi kawan baik.. We been a good friend for almost 4 years now.. Aku tidak pernah ada kawan dari Thailand sebelum ini.. Melainkan seorang pelajar sarjana dari Thailand yang mengambil kuliah dari aku satu ketika dulu dan juga merupakan pelajar yang membuat thesis Masternya di bawah aku 7 tahun lepas.. Itupun aku takdelah rapat sangat dengan dia.. But dengan Nuch.. Kami seolah dah terlalu rapat.. Aku rasa segala cerita tentang keluarga dia.. adik beradik mak ayah malah kawan-kawan rapat dia juga aku tahu… Syukur juga kerana negara kami tidaklah jauh mana.. InsyAllah.. harapnya hubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.. Bukan mudah sebenarnya membina satu hubungan persahabatan yang mana kita dah lalui susah dan senang semua bersama..

Tidak lupa juga kawan baik aku dari Jepun juga akan datang ke Thailand dan Malaysia pada bulan Mac ini.. Jejak kasih lah kami nie nanti.. Harapnya aku berdoa sangat hubungan yang dah bertahun kami bina ini.. akan berterusan untuk jangka masa panjang.. Dan sebenarnya aku lebih sedih kehilangan rakan-rakan yang bukan senegara sebab aku tidak tahu bila lagi akan aku temui mereka semua kan.. kalau rakan senegara tuh aku amat pasti.. sedikit sebanyak kita boleh trace mereka.. tapi bila kita punya rakan-rakan dari Negara lain.. andai masing2 sudah pulang ke Negara masing2.. that its.. Ini membuatkan aku teringat beberapa rakan yang aku kenal semasa aku buat Master dulu.. Rakan dari China & India yang pernah menjadi group assignment aku.. Rakan dari Iceland, Finland & Mexico yang sering menjadi sahabat lepak ‘evening tea’.. Tak lupa juga rakan dari Iran, Oman yang merupakan rakan study group aku dulu.. Aku teringat sahabat baik aku Aziza dari Oman yang mana kami dulu kerap lepak bersama.. aku pernah ke rumah dia..malah masa aku susah takde duit masa nak tunggu duit elaun dulu.. Pada dialah aku pernah pinjam duit.. terdesak sebenarnya sebab ketika itu aku nak exam lagi 3 hari.. tak banyak pun aku pinjam £50 jek.. itu pun sebab nak beli alat tulis jek.. Tak tahu kemana dia sekarang ini.. Tapi dari jauh aku pasti akan teringat dia.. malah jubah warna kuning dan hitam yang pernah dia bagi aku pun masih ada tersimpan kat rumah di Malaysia…

Sebenarnya kenangan paling manis bila tinggal dan belajar di luar negara adalah mempunyai rakan-rakan yang bukan senegara.. di situlah kita berpeluang belajar adat dan budaya mereka.. Selalunya style aku bila berkawan aku suka tanya tentang Negara mereka.. terutama ekonomi.. pendidikan.. makanan.. pelancongan dan lain-lain lagi.. Seronok sebenarnya bila kita dapat tahu perpektif semua itu dari rakyat asal.. Memang kita boleh baca maklumat semua tuh.. tapi mendapat buah fikiran dari mereka yang berasal dari sana berbeza.. Siapa sangkakan.. aku perlu travel beribu batu hanya untuk mendapat seorang rakan baik dari Negara jiran.. Malah selama aku tinggal di Malaysia dulu aku tidak pernah ada rakan baik dari sana.. Mungkin untuk orang lain senang kot terutama kalau ada yang punya kaitan keluarga.. tapi pada aku.. membina satu hubungan dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal langsung dan berkawan dengan mereka selama 4 tahun.. melihat mukanya pagi petang setiap hari.. mendengar kisah gembira.. sedih.. suka duka.. pastinya tidak mudah untuk diperolehi..

Minggu ini juga seorang kawan dah menghantar barang naik kontena pada hari ini.. Khamis depan dia berangkat pulang ke tanahair.. Aku??? Soon.. masuk sahaja ke department hari khamis.. aku dah terima 2 email yang bertanya bila nak balik.. itu belum lagi 1 sms yang bertanya perkara yang sama.. Akhirnya.. Semalam aku terima 1 surat panggilan lapor diri.. Sayangnya aku dapat surat itu lewat.. yelah Uni cuti 2minggu kan.. Sepatutnya awal 3hb Jan itu aku kena lapor diri.. tapi aku tak terima surat berkenaan..

Setelah mempertimbangkan segala buruk baik.. akhirnya.. Aku decide.. It’s time to go home.. It’s final now…. Aku sudah ada tarikh untuk pulang.. Aku dah maklumkan tarikh itu dan ianya final so far.. hanya minggu depan aku akan maklumkan dengan G berkenaan hal ini.. Aku perlu uruskan penghantaran barang selewat2nya tgh bulan Feb.. dan hujung bulan ini aku perlu hantar surat berhenti kerja.. Pulang penghujung Feb.. 

Selepas setahun aku menjadi ‘rebellion’ kini aku mengambil keputusan untuk pulang.. I already done what I need to do.. and now it’s time to go home and follow the rules.. Kalau aku ceritakan apa yang telah aku buat untuk tidak pulang setahun lepas pasti akan kata aku nie berani sungguh.. Ye aku amat berani sebenarnya.. Tapi seperti mana email aku pada M.. segala keputusan yang aku buat itu adalah 100% keputusan aku tanpa pendapat atau pengaruh daripada sesiapa.. aku memilih untuk ikut kata hati aku.. dan aku dah buat.. dah cuba sedaya upaya.. so apa juga tindakan dan sebab akibatnya nanti akan aku tanggung.. Aku yakin.. walaupun ada kesalahan besar untuk aku buat begitu sebab takde seorang pun kat department aku pernah buat macam aku buat nie.. Yup aku yang pertama.. secara tak langsung nama aku amat glemer di sana..

Tak kisahlah yang penting niat aku.. Niat aku adalah untuk menyiapkan study aku.. itu sahaja.. bukan sebab aku nak berpoya-poya atau bersuka ria kat sini dengan takde elaun dan juga takde gaji tetap kat mesia.. Kehidupan aku di sini susah sebenarnya.. entah berapa banyak airmata dan tidak cukup tidur yang telah aku lalui hanya untuk terus hidup.. Tapi walaupun begitu aku tetap bersyukur sebab rezeki aku masih ada.. Hidup aku takdelah susah sangat.. masih boleh survive walaupun ada kala perlu berkira untuk membeli sesuatu.. but hati aku masih rasa tenang dan fikiran aku masih boleh berfikir dengan baik.. lain kata bermakna aku masih waras.. Cabaran dan dugaan itu membuatkan kita lebih kuat sebenarnya.. Hanya bagaimana kita lihat dan hadapi benda itu..

Yeah masa untuk pulang tak lama pun… sebulan lebih sahaja pun.. Semoga Allah permudahkan semua urusan aku nanti.. InsyAllah

Thursday, 5 January 2012

Hari pertama kerja di 2012

Salam Malam Rabu

Hari ini dah mula bekerja pagi.. Well.. masuk jek level 6.. karpet depan lift tuh penuh habuk.. aku suspek ada kerja2 betulkan lampu berlaku pada minggu yang aku cuti tuh.. Syukur juga vakum dah ok.. so hari nie memang letih.. sampai department tgk pintu ke HR tak buka.. Janice nowhere to be seen.. suspected she might be off or probably ill.. so dalam sejuk2 pagi tuh terpaksa jalan kaki ke guard house dan ambil kunci.. buka pintu gerbang ke HR dan buat lebih kurang jek yang penting2.. selebihnya aku settlekan department sendiri.. habuk banyak sungguh.. angin rebut kuat berlaku beberapa hari lepas menyebabkan beberapa kawasan ofis yang ada tingkap penuh dengan habuk dari cat tingkap tuh.. yelah bangunan pun dah lama kan.. wujud sejak 1860 lagi tak silap aku.. so tingkap pun semua style lama..

Penat sudah tentu sebab hari nie aku kena cover sorang2.. esok tak tahu lagi.. kalau Janice ada esok.. ok sikit.. kalau tak.. aku akan buat seperti mana aku buat hari ini.. department sendiri pun masih ada beberapa tempat kena vakum.. semalam buat yang critical jek.. the rest sambung esok.. lusa pulak kena vakum tangga..

Hari ini uni study aku masih tutup lagi.. Esok hari ke department dan siapkan dateline.. cuti nie assignment pun cuti ahaks.. biasalah dah nama cuti.. tambah pulak badan kan tak berapa sihat sangat dan aku pun sibuk packing kotak.. so far dah 61 kotak sealed and taped as well as labelled.. Barang kat dapur belum sepenuhnya lagi packed.. periuk kuali masih belum masuk kotak dan akan tinggalkan mana yang memang nak pakai jek..

Hari ini juga dah hari ke 4 di tahun 2012 kan.. Orang lain dah 2 hari bekerja.. aku baru mula bekerja pagi tadi dan esok back to routine.. back to the uni once again.. then nak kemas meja kat ofis tuh pulak.. buku2 yang 2 rak tuh pun nak kena pilih mana yang nak bawak balik.. pastu all the journal dan conference papers tuh pun nak kena pilih.. kalau semua tuh nak bawak balik… naik kapal terbang memang xleh.. sebab berat sangat.. so kena pilih yang betul2 nak guna untuk writing up..

Pakwe dah sibuk tanya beria nak balik nie.. keje dah siapkan?? Well what could I say..I just doing my all best.. Hopefully.. it’s enough by the time I get back.. InsyAllah.. dah penat dan letih sebenarnya sendirian di negara orang bila semua kawan-kawan baik dah balik… Feel lonely.. memanglah masih ada dia di sisi.. Always will be.. InsyAllah.. and never doubt his faithful and patience.. Always grateful that having him all this years by my side..

Recently bila baca status facebook banyak sungguh isu yang diperkatakan masa kini.. Bermula dengan isu mahasiswa yang turunkan kain rentang yang ada muka najib.. sampai isu buat Utube nak ludah dan tampar muka budak tuh.. sampailah isu buat penghimpunan haram… Beberapa kawan tanya aku gak isu pasal budak nie.. tapi susah nak komen sebab aku bukan ada kat mesia pun.. yang dalam pengetahuan aku pun takat baca berita jek.. itupun aku malas nak search google.. sumber yang lebih benar kalau aku tanya kawan-kawan sekerja aku.. tapi buat masa nie malas nak tanya sebab bebanan kerja aku kat sini dah cukup buat aku serabut.. malas nak ambil tahu isu semasa..

Kemudian timbul pula pasal isu Amalina.. Dulu dia glemer sebab pelajar cemerlang SPM dulu.. isu tentang culture shock.. pada aku isu nie dah biasa sangat kat sini.. Aku tak pelik langsung bila timbul perkara begini sebab pada aku.. kalau nak tahu yang lebih teruk pun ada.. tapi sebab dia tuh glemer.. so secara tak langsung glemer lah.. Tertarik dengan satu isu pasal ini juga yang di highlight oleh seorang kawan aku di FB dia.. Ulasan dia.. kalau nak tegur biarlah tegur cara baik.. tak usahlah nak sebar2kan dalam FB atau tulis dalam blog dengan letak gambar budak tuh dah kemudian trigger komen2 yang lebih mengutuk dan menghina.. secara tak langsung kononnya nak menegur tapi pada aku itu bukan caranya nak menegur..

Pada aku kadang2 mulut kena hati2 juga bila berkata.. sebab takut nanti perkara yang kita kutuk atau hina itu kemudian terkena kat diri sendiri pulak nanti.. Kita tak tahu masalah dia.. apa yang dia lalui atau yang dia fikir dan terus kita jatuhkan satu statement itu adalah tidak adil.. apatah lagi dalam komen2 orang kat status FB aku tuh ada seorang tuh siap highlight isu kenegerian.. katanya sebab dia asal dari Kelantan.. maka katanya org kelantan nie jati dirinya ‘fragile’… pada aku statement itu so ‘sick’ come onlah.. Anak pak Imam sekali pun.. dan belajar di sekolah agama sekalipun.. kalau pemikiran dan hati dia terpengaruh dengan sesuatu perubahan.. tak mustahil dia pun boleh terpesong.. apatah lagi pada individu yang mungkin selama ni.. terhad pada satu persekitaran.. tetiba berada dalam situasi.. yang pada dia mengejutkan dan dia rasa seronok.. terus dia tertarik dengan perubahan itu..

Jangan kan kata dia.. Aku sendiri pun tak nafikan.. sedikit sebanyak aku juga turut berubah dengan cara orang sini berfikir.. Cuma tidaklah sampai rasa nak buka tudung atau nak berubah style hidup.. Tapi aku tak nafikan.. pemikiran aku banyak berubah setelah 5 tahun berada kat sini.. Di sini memang takde halangan.. bebas.. kita boleh buat apa sahaja.. Bagi jenis yang suka ikut usrah.. Alhamdullilah sedikit sebanyak kumpulan usrah itu akan jadi pedoman atau mentor kita.. tapi kalau jenis yang tak suka join benda camtu.. dan lebih suka cara hidup yang lebih social.. so.. memang boleh sahaja terjerumus.. dan berubah..

Pada aku kes Amalina itu adalah persekitaran dia.. mungkin dia temui keselesaan dengan kawan-kawan begitu.. Actually aku  faham juga kenapa dia close to her non-malaysian friend.. dan mungkin dia  terpegaruh dengan cara hidup mereka.. Aku sendiri pun ramai kawan-kawan English.. Scottish which I find their way of thinking well better and mature than my Malaysian friend… they are more pleasant understanding.. friendly.. helpful.. Cuma kerana kita punya budaya dan bahasa yang sama.. maka hubungan dengan kawan-kawan senegara itu lebih rapat.. Itupun aku amat memilih siapa yang aku nak rapat.. very selective.. sebab tak semua org tuh ikhlas nak berkawan.. masa susah ramailah.. masa senang.. ramai yang lupa diri.. ramai yang rasa dia lebih baik.. Maklumlah kan.. duduk oversea…

Sifat aku pulak.. aku jenis ramah dengan semua orang.. Cuma sifat aku yang serius dan agak diam dan kadangkala very firm.. ramai labelkan aku tegas dan serius.. Tapi pada kawan-kawan baik aku.. they know me by my action.. Aku jenis tak suka cakap banyak.. I said and I do it.. that me.. Lagipun aku suka excluded sebab aku tak suka org ambil tahu hal aku.. hahaha… tapi kat blog p cerita semua kan ahaks.. That just place where I expressed my feeling..

Bukan mudah sebenarnya nak bina jati diri.. Bukan juga mudah nak jaga agama kat tempat orang.. tapi sebenarnya kat tempat sendiri pun.. sama juga.. bukan lokasi sebenarnya yang menjadi sebab.. tapi hati dan pemikiran sebenarnya.. mungkin pada dia.. Itu satu keseronokan yang dia temui.. Kalau nak kata terpesong.. Artis kat mesia tuh ramai lagik yang lebih teruk.. hahaha..

Semoga kita sentiasa punya jati diri pada bangsa dan agama.. Jadikan ikhtibar pada yang terjadi.. nak kutuk sikit2 sudahlah.. sebab takut nanti kalau kita pula diuji dengan benda yang sama.. Kita jadi lebih teruk dari dia.. ;)

A X'mas card from the staff and celebration chocolate
My last x'mas gift..
And the best of all..
I got my 3rd year of  'Perfect Attendance' again..
3 tahun berturut2..
Kalau kat mesia dapat khidmat cemerlang camnie.. memang best ahaks..
Dapat lagi cuti extra 1 hari..
Yang tak best kena ambil sebelum 13hb nie..
Cuti lagi!!! kalau boleh sedekah kat orang dah lama dah aku bagi ;)

Sunday, 1 January 2012

2012 Selamat Datang.. 2011 Tinggal Kenangan


Salam Malam Minggu..

Waktu ini di tanahair dah masuk tahun baru 2012.. Dah 4 jam berlalu pun.. di sini masih awal lagi.. jam masih pkl 8.30malam.. pastinya waktu ini di tengah2 bandar sudah ramai orang yang sibuk berkeliaran menunggu detik 12 tengah malam.. Aku dapat bayangkan pasti ramai orang tak sabar menunggu laungan itu..

Aku seperti mana tahun2 lepas.. lebih selesa lepak kat rumah.. Cuma bezanya tahun2 yang lalu hari-hari cuti begini.. Aku pastinya akan keluar ke city centre.. Cuti kali ini tidak.. aku lebih selesa berehat kat rumah.. lagipun mungkin sebab aku takde kawan yang boleh diajak untuk melepak menyebabkan aku lebih suka duduk rumah sahaja.. kalau ada geng seperti dulu.. pastinya beberapa hari ini.. pastinya aku tak lekat di rumah begini.. Apatah lagi.. pass bas aku pun dah tamat tempoh sebelum x’mas hari tuh dah aku malas nak renew sebab aku tahu bukan nak kemana pun dalam masa terdekat nie.. tempat kerja buka pun rabu depan.. universiti pulak buka khamis.. pass bas pulak seeloknya di renew pada hari khamis sebab boleh dapat seminggu extra.. so aku lebih selesa kalau nak keluar pun yang dekat2 sahaja..

Esok 1 Januari.. kedai semua kembali tutup.. 2 hari ini sepanjang setahun ini semua kedai akan ditutup 100%.. masa nie kalau nak berjalan memang tak best sebab takde tempat nak lepak atau nak singgah.. tapi kalau plan berjalan nak tengok view ok jek.. dengan syarat kena bawak sendiri makanan seperti mana yang pernah aku buat 2 tahun yang lepas..

Terasa janggal juga sebab tahun nie aku banyak baca status kawan-kawan yang dah balik di facebook yang penuh dengan pelbagai emosi.. Kali ini aku macam malas nak tulis apa-apa.. Entahlah mungkin sahaja esok aku update status yang sekian lama menyepi.. tapi pun 2 sms aku dapat dari tanahair lewat pkl 2 pagi.. pelik juga kawan2 aku tuh tak tidur kot.. atau mungkin sahaja baru balik dari celebrate  tahun baru agaknya.. Syukur walaupun jauh dari tanahair.. tapi ada juga yang masih ingat aku kat sini..

Aktiviti packing kotak agak slow beberapa hari ini.. sebab tukang tape kotak malas!!! Ahaks… itupun dah aku bebel barulah dia nak seal kotak2 yang aku dah pack.. esok pulak plan nak label dan seal kotak2 yang sedia ada dalam bilik.. itupun sebahagiannya kena keluarkan balik dan repack semula.. 90% kotak2 itu adalah pinggan mangkuk dan juga dinnerware.. yang ini kena buat labelling betul2 sebab pinggan mangkuk nie mmg banyak.. dari jenama tefal.. royal doulton.. royal albert.. chuschill.. potmarion.. pyrex.. queen anne.. procook.. lecruset.. itu semua brg2 yang dah beli 5 thn lepas.. tapi nyatanya set yang aku ada takleh lawan set2 pinggan mangkuk 2 org kwn aku lagik.. yg mana semuanya gila beli corelle.. yg mana aku 1 set pun takde ahaks… pelik kan.. bkn apa pada aku.. dah malas nak buat koleksi pinggan mangkuk lagik.. yang sedia adapun dah banyak itupun.. aku boleh kata.. 70% set2 yang aku ada itu adalah pilihan pakwe aku.. yup.. jangan terkejut.. hampir semua set2 pinggan.. tefal dan pyrex yang aku beli.. dipilih sendiri oleh pakwe.. dia lagik dahsyat kalau bab2 melibatkan pinggan mangkuk.. yang mana awal2 lagi dia dah cakap.. dia suka yang banyak warna putih.. so jgn nak berangan beli yang banyak bunga2 atau byk warna.. malah kuali.. periuk.. pisau yang ada kat rumah ini juga semuanya dibeli dengan citarasa dia.. kalau tak lepas dia ye kualiti control.. memang namanya takkan beli lah.. sampai kalau nak masak pun.. aku dan dia ada pisau masing2.. malah kalau guna chopping board pun ada side dia dan side aku.. very typical.. itu belum lagik style masak yang memang jauh sangat berbeza.. but aku takkan complaint.. that who he is since the day I married him..

Selain dari aktiviti packing kotak.. masak.. makan.. kerja aku seterusnya adalah tengok movie.. dah hafal dah setiap schedule movienya.. aku juga dah 3 hari tak keluar rumah.. apa jadi kat luar pun tak tahu.. jengah ke luar tingkap pun masa bangun pagi untuk ikat langsir.. lepas tuh pkl 3.30ptg pakwe pun dah tutup balik langsir tuh sebab dah gelap dah masuk mahgrib.. cuaca yang asyik hujan dengan angin kencang buatkan langit mendung dan malap.. yang aku dengar hanyalah bunyi angin kuat dan sekali sekala bila hujan air batu singgah ke cermin tingkap..

Selamat tahun baru 2012.. Dah masuk tahun kedua selepas 2010… tak lama lagi sekejap jek dah nak 2020.. ingat lagik.. revolusi 2020 yang pernah menjadi  target perdana menteri Mahathir dulu??? Bukan jauh pun nak sampai lagi 8 tahun jek.. Pejam celik.. pejam celik sekejap sahaja masa berjalan.. 8 tahun itu bukan lama.. usia perkahwinan aku pun dah lebih 10tahun.. seiring dengan angka tahun demi tahunnya..

Selamat tinggal 2011.. Selamat datang 2012.. tahun ini aku akan pulang ke tanahair untuk sekian kalinya.. dan pastinya bukan kali terakhir untuk aku berada di bumi Great Britain ini.. pastinya andai ada peluang lagi.. aku pasti akan ke sini.. mungkin sahaja ketika itu bukan lagi sebagai penduduk tetap.. tapi lebih sebagai mengunjungi kampong halaman.. Bumi UK dah lama jadi rumah kedua aku… Always will be..

Happy New Year 2012..

Antara buku-buku berbahasa melayu yang aku bawa ke sini..
Jarang sangat aku baca sebenarnya..
Aku lebih banyak membaca buku La Tahzan..
Buku hadiah dari seorang sahabat baik  yang diposkan khusus dari tanahair..
Travelog cinta abadi itu juga pemberian seorang sahabat baik yang dah pulang ke tanahair..
dan ada 1 buku travel yang ditulis oleh seorang sahabat aku di sini..
Aku dapat terus dari tangan sipenulis yang banyak menulis kisah perjalanan kembaranya semasa study di sini..
She really a great writer and now work at one of the well known newspaper in malaysia..
The rest.. koleksi buku-buku biography dan cookbook yang ada dalam simpanan aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...