Sunday 16 June 2013

Selamat Hari Ayah..

Salam

Maaf sudah hampir 3 hujung minggu di bulan 6.. baru kini aku punya masa untuk update blog.. Kesibukan terlalu sangat masa ini.. hujung semester.. pelajar sibuk exam.. aku pulak sibuk tanda kertas dan pelajar diploma pun baru seminggu memulakan pengajian.. minggu depan sibuk pulak penyelia pelajar praktikal.. selepas itu sibuk dengan projek dengan MIMOS.. diikuti dengan training seminggu di utara tanahair dan kembali mengadap rutin seperti biasa..

Letih!!! tak boleh nak cakap.. aku rasa nak terbang balik ke UK.. InsyAllah akan diusahakan secepat mungkin nanti..

Hari ini di facebook penuh dengan ucapan hari ayah.. atau hari bapa.. Buat mereka yang masih punya ayah.. hargailah selagi ada.. orang dulu-dulu tak sambut hari ibu dan bapa nie.. tapi zaman sekarang.. hari ibu atau hari bapa.. kini sudah menjadi sebahagian daripada sambutan yang dibuat.. maka pelbagailah fatwa... nasihat yang dikeluarkan.. ada yang dikaitkan dengan agama kristian.. ada yang dikaitakan dengan cerita-cerita dogeng dan pelbagai lagi.. walau apa juga pun.. pada aku kalau kita boleh sambut hari pekerja.. hari kemerdekaan.. hari jadi agong.. kenapa tidak kita tidak boleh sambut hari ibu atau bapa.. yang utamanya.. niatlah untuk meraikan hari yang istimewa itu... niat untuk mengembirakan insan-insan yang mulia... mereka yang membesarkan.. melahirkan dan mendewasakan kita..

Aku tidak pernah berpeluang untuk menyambut hari ayah.. tahun lepas semasa menyambut hari ibu.. aku sempat membelikan mak kek coklat.. ayah ada di rumah ketika itu.. ayah tersenyum manis bila melihat kami adik beradik menikmati kek yang aku beli.. sekilas timbul niat dalam hati untuk membeli kek yang sama nanti bila bulan June untuk hari bapa.. Tapi ketentuan Allah aku tidak dapat menolak.. hujung bulan mei itu.. ayah pergi buat selama-lamanya.. Niat yang pernah terdetik dalam hati aku waktu itu.. masih tebal dan kekal dalam ingatan aku.. rasa ralat.. sedih.. masih tersimpan jauh dalam hati aku. tapi aku redha... Aku tahu dia di tempat yang lebih baik... Menulis ini semua membuatkan airmata aku mengalir sekali lagi.. sempat aku berhenti menaip seketika untuk aku bacakan al-fatihah buat ayah.. Moga tempatnya dilapangkan dan diterangi setiap masa..

Dulu aku pernah menulis kisah aku pernah berkira dengan ayah.. berkira dari segi wang ringgit.. selalunya aku sering beri mak duit setiap bulan tetapi tidak pada ayah.. fikirku kerana ayah punya pencen yang hampir 2k setiap bulan.. maka aku memikirkan apa lagi yang ayah perlukan.. maka aku berikan duit belanja itu pada mak sahaja.. alasannya sebab mak tidak bekerja.. sekadar menjual kuih muih secara kecil-kecilan sahaja di kampung.. itupun kerana permintaan beberapa kedai minum di sekitar kampung.. adakalanya ada permintaan dari kenduri kendara.. sering juga mak tolak sebenarnya.. tapi kerana antara mereka yang meminta itu dari saudara mara sendiri atau kawan-kawan baiknya.. maka agak sukar untuk mak menolak..

Bila aku masuk ke alam perkahwinan, mak pernah meminta aku untuk tidak berhenti kerja.. katanya sebagai orang perempuan jika tidak ada pendapatan sendiri dan hanya bergantung pada suami.. bukan mudah.. pengalaman mak sebagai suri rumah sepenuh masa banyak mengajar dan menasihati aku.. fikiran mak dan pengalamannya dikongsi pada aku.. aku lihat ada banyak kebenarannya.. lelaki.. suami.. walaupun banyak duit.. tapi bila perlu memberikan duit belanja pada pasangannya.. tidak semuanya sanggup dan mampu memberikan dengan jumlah yang banyak.. alasannya.. cukuplah dengan apa yang ada.. pandai-pandailah isteri budget untuk belanja rumah.. walhal sebenarnya amount itu tidak cukup.. Ada lelaki yang mungkin jenis tidak kisah untuk beri isteri dan anak-anak duit yang banyak.. tapi majoritinya tidak semudah itu.. mereka pasti berkira.. pengalaman aku sendiri membuktikan..

Itu mak..  tapi dengan ayah aku belajar perkara paling utama dalam hidup iaitu 'berdikari'.. sifat keras kepala.. degil.. dan kerja kuat aku dapat dari ayah.. dan mungkin bakat serta minat untuk mendidik juga datang dari ayah.. kerana arwah ayah bekas guru pencen.. aku pernah bekerja di satu bumbung dengan dia dulu.. dia guru besar dan aku seorang guru sandaran di sekolah yang sama.. layanan guru-guru di sekolah itu cukup istimewa pada aku.. yelah anak guru besar jadi guru di sekolah.. memanglah menjadi topik hangat masa tuh.. pergi dan balik sekolah pun bersama ayah...hahahaha... pengalaman cukup manis yang tidak mungkin aku lupakan seumur hidup aku.. malah.. selama 3 tahun juga aku ulang-alik ke sekolah bersama ayah kerana laluan kami sama... dari situ lah sikap dan perangai aku yang mengikut ayah terbentuk.. hingga pernah mak berulang kali cakap pada aku..

Namun dalam menuju alam ke universiti.. pengalaman aku dengan ayah sedikit berbeza.. sebenarnya sejak dulu.. adik lelaki aku adalah favoritism ayah.. duit belanja.. layanan... kehendak.. memang jelas dia diutamakan.. aku pulak kerana mungkin lebih perangai independent.. maka ayah sering menganggap aku boleh handle hidup aku sendiri.. adik lelaki aku pula lebih manja dan mengada-ngada dan biasalah anak no 2 nie.. sikap dia memang lain macam sikit.. pantang ada sahaja yang tak kena.. merajuk dia sering memanjang.. sebab itu sejak dulu aku lebih suka mengalah dan diam.. antara sifat aku yang jelas kelihatan bila bersama adik beradik aku..

Apa juga aku syukur.. kerana didikan ayah dan sikap garang ayah (cikgu dulu-dulu kan garang.. dan arwah ayah aku salah seorang daripadanya) menjadikan kami adik beradik kami seperti mana yang kami kini.. Aku berterima kasih pada ayah atas semua itu.. ayah pernah berkata pada ketika umur aku di belasan tahun
'Tidak bermakna ayah tak cakap pada ko.. maknanya ayah tak sayang ko'

dan kata-kata itu masih aku ingat hingga hari ini..


Aku tetap sayang mereka hingga bila-bila.. 
Buat ayah.. selamat hari ayah.. 
Al-fatihah..

4 comments:

Anonymous said...

al fatihah untuk ayah akak
al fatihah untuk ayah saya

lama tak update kak. bz akhir sem ek..

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Al-fatihah utk ayah kita.

Bz sgtlah dik. Dah rasa exhausted sgt. Weekend pun bz.

ku-cit said...

patutla lama xupdate...bz memanjang rupanya...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kucit

memang busylah.. workload semester nie menggiler sikit termasuk dgn handle student projek dan praktikal.. update entri pun bila betul2 ada masa n memang nak bercerita sangat2 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...