Monday 24 June 2013

Ku cium tangan ayah lewat mimpi malam tadi..

Salam pagi Isnin..

Maaf entri beberapa minggu ini berderet tentang ayah..

Setelah sekian lama.. Sejak aku mimpikan arwah ayah.. mimpi pesanannya dulu... Malam tadi aku mimpi arwah ayah sekali lagi... Cuma bezanya.. kali ini kami tidak banyak berbicara seperti dulu.. dulu aku sempat menyatakan rasa kerinduan aku.. dan aku sempat peluk ayah.. malah ayah sempat pesan 2 perkara pada aku..

Malam tadi.. tiada pesanan yang dia sampaikan.. cuma mungkin kehadiran dia semalam seolah mengingatkan aku pada tanggungjawab yang pernah dia sampaikan dulu.. tanggungjawab amanah pada adik-adik aku.. dan tanggungjawab menjaga mak...

Rentetan mimpi malam tadi lebih kurang kerana aku perlu menghantar adik lelaki bongsu ku pergi kerja sebab dia ada masalah kereta.. pergi dan baliknya aku hantar dan ambil.. lantas sebelum aku keluar rumah.. sempatlah aku salam tangan arwah ayah yang duduk bersila di tepi pintu sambil tersenyum melihat kami berdua.. dan sempat juga aku salam tangan suamiku sendiri.. dan anakbuah aku pula mencium tangan aku..

Rentetan mimpi itu berterusan dengan perjalanan ke sana dan beberapa insiden pertemuan dengan beberapa orang lain...

Namun... selepas terjaga dari mimpi itu... bila mula masuk ke bilik air untuk mandi.. sejenak aku teringat.. Mimpi itu aku jumpa arwah ayah.. dan paling utama... aku cium tangan ayah.. seperti mana yang sering aku buat dulu tiap kali aku hendak pulang ke rumah sendiri..

Mungkin sebab aku rindu.. dan aku rasa sebab ayah datang ada sebabnya.. baru-baru ini aku telah beli TV mengantikan TV lama yang rosak di kampung.. Dulu TV itu aku beli pada tahun 2008 ketika aku pulang bercuti ke tanahair semasa aku masih di UK.. Kini selepas 5 tahun.. TV tuh rosak.. dan mak mengadu pada aku baru-baru ini... tanpa fikir panjang.. aku terus ke kedai Seng Heng untuk beli TV baru khusus untuk Mak di kampung.. mak pun terkejut bila aku beritahu aku beli TV baru untuk dia..

Mungkin rasa macam tak logik je kan.. beli TV pun nak cerita.. Aku menceritakan semua ini bukan sebab nak menunjuk-nunjuk.. dan mungkin sebab itu ayah datang dalam mimpi aku.. selain mengingatkan pada tanggungjawab pada adik-adik aku.. dia juga mungkin ingin memberitahu aku.. dia hargai apa yang aku buat untuk mak.. entahlah.. rasa hati begitu kuat sangat pulak..

Apa juga semoga ayah tenang di sana.. Kami semua rindukan ayah... Al-Fatihah..

Somewhere in KLCC

3 comments:

julietchun said...

moga terlerai sedikit rindu walaupun jumpa hanya dalam mimpi

Anonymous said...

kak..

aku pun mau juga mimpi....tapi belum...

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Alhamdullilah.. kami adik beradik selalu juga mimpi ayah.. mak aku lagi hampir tiap2 hari..

Kueh

InsyAllah.. banyak2kan doa untuk dia.. paling tidak bacalah al-fatihah untuk dia tiap kali solat dik.. kadangkala akak terlupa juga bila sibuk sangat.. tapi bila terlupa tuh rasa bersalah sebab rasa akak tak permudahkan urusan dia kat sana.. selalunya akak doa kubur dia Allah terangkan dan lapangkan untuk dia sentiasa selesa kat sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...