Saturday 10 July 2010

Hujung minggu = minggu memasak

Selalunya bila hari biasa, aku kadang-kadang jek masak. Hehehe bestkan buat pengakuan ikhlas begini. Bukanlah tak masak langsung. Masak juga tapi ikut mood. Kalau aku tak letih dan memang takde lauk nak makan terpaksalah aku sengseng kain dan baju (tidak ada aksi-aksi seksi ok) memulakan persiapan nak masak apa. Ayat yang selalu dalam kepala aku "apa nak masak ari nie??" Tapi aku ye jawapan pada soalan tuh senang jek. Buka peti ais, tengok baki apa yang ada. Kalau ada ayam. Ok aku masak ayam. Kalau ada daging aku masak kari daging. Kalau ada ikan kadang aku suka masak asam pedas.

Rutin aku memasak 2 kali sehari jek. Kalau dah masak lauk tuh biasa aku akan masak untuk 2 hari. Bilangan ayam, daging, ikan dan seumpamanya aku pastikan cukup untuk 2 hari. Aku memang tak larat ler kalau hari-hari kena masak. Balik dari uni dah cukup buat aku keletihan. Letak jek beg dan jaket, tak sempat nak duduk rehat dah mula ke dapur dan tengok apa yang patut dibuat.

Namun aku syukur juga sebab aku ada pakwe yang pandai masak. Kadang bila lauk dan habis tak sampai 2 hari. Dia akan masak pula. Ikutlah selera apa dia nak makan. Bolehlah aku ok jek dan paling utama aku memang cukup seronok bila balik rumah dari penat di uni, tengok sudah ada nasi yang siap ditanak dan lauk yang siap dimasak. Tugasan aku cuma perlu basuh pinggang mangkuk dan kemas-kemas apa yang patut. Kadang aku tambah lauk dengan goreng sayur atau goreng telur dadar jek. Oklah kan sebab kira cam aku masak juga walaupun yang mudah-mudah aje.

Selalunya pulak hujung minggu tugasan memasak akan aku ambil alih sepenuhnya. Masak untuk sarapan pagi, masak juga untuk makan tengahari dan malam. Kadang kala pada hujung minggu juga aku suka cuba resepi baru. Kadang aku masak western, ayam golek, steak, salmon grill(ini kepakaran pakwe aku) dan makanan berkuah cam laksa, mee bandung, mee kari, nasi ayam dan lain-lain. Masa hujung minggu jelah aku peruntukan untuk makan yang best-best di rumah. Hari biasa memang aku takde masa nak masak benda yang extra begini. Balik dari uni dah mengambil setengah dari tenaga yang ada. baki untuk masak di rumah dan urusan kemas rumah. Malamnya aku akan tidur lebih awal sebab aku akan bangun setiap awal pagi. Pukul 6 pagi aku dah keluar rumah untuk kerja tukang cuci aku tuh. Lepas kerja pukul 9.30 aku akan bergegas pula ke uni untuk urusan pengajian aku pula. Balik rumah hampir pukul 5 atau 6 sebab masa nie perut aku dah berdondang sayang minta makan nasi hehehehe...

Bila teringat ketika di tanahair. Aku jarang sangat masak. Sebulan sekali ada kot. Selebihnya aku banyak makan di luar. Sarapan, tengahari, malam semuanya beli bungkus atau makan aje kat kedai. Mana ada masa nak masak bila dah mula sibuk dengan urusan kerja. Aihhh... nie kalau dengar dek mak mertua aku heheheh mesti mengucap dia dengan perangai aku. Tapi aku bukanlah tak pandai masak ye. Sejak umur aku 14thn lagi aku dah diajar memasak. Dah biasa bertahun masak untuk keluarga aku di kampung. Cuma bila kita dah lama tak masak, memang terpeliut ler sana sini. Ada yang menjadi ada yang tak jadi. Tapi bila kita kerap masak masakan tuh lama-lama kita jadi expert ler sebab dah tahu mana nak dilebihkan dan mana yang nak dikurangkan dan apa yang boleh ditambah untuk sedapkan lagi.

Tapi yelah masak nie kena minat. Aku minat makan hahahaha. sebab tuh kadang aku rajin nak masak sebab teringin nak makan. Dengan itu aku gagahkan diri jugalah masak. Kadang aku minta jek pakwe aku yang masak bila aku teringin makan masakan yang dia memang pandai masak. Bukan kes buli ke apa. So far dia ok jek sebab bolehlah layan kehendak aku. Sebab aku selalu juga layan kehendak dia bila dia teringin nak makan sesuatu. Selalunya aku yang lebih advance dari dia, aku masak benda-benda yang aku rasa dia dan aku suka makan. Adil ler tuh kan.

Dari dulu bila aku pandang-pandang balik semua lelaki yang pernah rapat (aka bf) semuanya adalah yang boleh dan pandai masak. Aku tak pernah lagi dating lelaki yang tak pandai masak!! hehehe.. rezeki aku jumpa semuanya boleh masak. Oklah.. aku tak rasa tercabar pun sebab aku memang boleh masak. Tapi bila berkawan dengan lelaki yang pandai masak nie seronok ada yang masak untuk aku. Ada yang kadang tolong aku masak sama bila aku ke rumah keluarga dia hehehe.. tapi apa pun oklah aku terima jek.

Menurut kajian lelaki yang pandai masak nie memang idaman perempuan tau. Sebab mereka dilihat punya kelebihan dan boleh bertolak ansur. Pada perempuan golongan lelaki begini punya markah tambahan bila nak buat kekasih sebab mereka lihat lelaki nie memang punya skill tersendiri. Tapi ada juga lelaki yang memang tak pandai masak langsung tapi boleh tolong-tolong masak. Ini ok juga setidak-tidaknya mereka boleh masak. Tapi ada juga lelaki yang memang tak pandai masak tapi nak tolong pun tak nak, malah makin order itu ini dan cukup pandai komplen... ohh ini aku cukup pantang sungguh!!! Aku tak suka betul lelaki demanding begini!! Apa dia ingat kita nie kuli dia nak suruh itu ini?? banyak cantik hahahaha.. Nak makan sedap kenalah sama-sama tolong, kecualilah aku cakap aku buat sorang tak nak diganggu. Tapi selalunya aku lebih suka paling tidak dia tolong ler aku masa aku tengah masak tuh. Tolong basuh pinggan ke, potong bawang ke, apa-apalah yang boleh ditolong, tidaklah suruh itu ini sampai nak minum pun kena letak cawan kat sebelah sebab malas nak bangun. Ada tau lelaki begini (ada sesetengah tuh golongan suami-suami kat sini).

Pada aku kerja rumah itu kena buat sama-sama. Aku taklah berkira. Sebab aku tahu tanggungjawab aku tapi aku nak biar kongsi sama-sama sebab aku pun penat juga. Lainlah aku suri rumah tangga sepenuh masa duk umah jek. lain ler. Nie aku pagi keje, lepas tuh study, balik pulak kena kemas masak dan malam pula urusan benda lain pulak kan. Aku rasa kalau tanya mana-mana perempuan semua camtu kan. Kenalah sama-sama. Aku tak suka betul kalau jenis lelaki yang suka perintah itu ini dan suruh itu ini. Cukup pantang pada aku. Kalau kot ye nak minta tolong pun boleh tapi biarlah kena gaya menyuruh tuh kan.. cakap lembut-lembut ke oklah aku boleh gak terima kalau nak minta tolong tuh.

Oklah.. aku nak jengah ayam tandori yang sedang dibakar dalam oven tuh.. Malam nie makan ayam bakar jelah ;)

Friday 9 July 2010

Apa keje aku??

Aku rasa jika diberi pilihan kan. Takde siapa pun nak jadi tukang cuci?? Kalau tukang cuci di rumah itu perkara biasa. Kerja yang memang sejak hakiki aku kira dah jadi keje aku.. dari zaman remaja. Masa duk dengan emak ayah. Setiap kami adik beradik dah dilatih untuk kerja-kerja mencuci sejak dulu. Cuci pinggan, cuci baju (pakai tangan tau), cuci bilik air, cuci dapur dan segala macam cuci lagi lah.

Semenjak berada di rantau orang begini, kerja mencuci adalah kerja sambilan aku. Selain tanggungjawab utama aku yang memerlukan aku belajar, aku ambil keputusan untuk bekerja sambilan mencari duit tambahan. Elaun ada tapi cukup-cukup aje. Bolehlah untuk aku buat top-up membeli barang atau mengembara ke mana sahaja yang aku nak. Paling utama aku puas untuk berbelanja tanpa rasa bersalah kerana itu duit hasil titik peluh aku. Kalau duit elaun tuh aku serba salah aje nak belanje sebab itu duit peruntukan untuk keperluan asas aku. Keperluan bukan asas tapi keperluan kehendak aku dengan suka hatinya aku dapat penuhi dengan duit gaji sambilan itu.

Sudah nak 3 tahun kerja mencuci begini. Hari ini aku dah mula rasa bosan mencuci. Rutin harian masih sama bersih level 6 dengan 3 level tandas yang berbeza. Yang lagi membosankan bila aku perlu cover kerja rakan sejawat yang bercuti 2 minggu. Nasib juga aku hanya cover beberapa hari. Tapi cukup meletihkanlah. Terkejar sana dan sini. Kawasan aku kena cover gak dan kawasan orang tuh pun kena cover. Bila kena coveer 2 tempat begini. Aku perlu merancang awal apa yang perlu aku buat terlebih dahulu dan terpaksa mengutamakan bahagian yang mesti kena buat. Yang agak-agak boleh buat lainkali dan tak ketara kotornya itu aku boleh tutup mata dengan ambil hati kata buat hari lain. Terpaksalah. Kalau nak buat juga memang aku akan terlajak masa dari yang sepatutnya. Dulu aku baik jugalah sebab buat juga sampai selesai hingga kadang ambil masa lebih 30min atau 15 min. Tapi sekarang aku dah malas nak buat camtu lagi. Bukan diorang bayar pun masa yang lebih tuh. Kalau masa kurang lak diorg potong gaji aku tau. So buat apa susah-susah nak buat rajin-rajin sangat. Buat yang sepatutnya dan janji bersih.

Syukur juga kawasan aku itu tidak sibuk sangat. Kecuali bila musim ada majlis tertentu maka tandas-tandas aku di tingkat yang berlainan akan mula huru hara. Tisu tangan tak cukuplah. Lantai kotorlah. Tong sampah penuh. lebih dahsyat bila jumpa percikan air kencing sana sini keliling tandas tuh. Ahhh bila kena begini aku mula menggeleng kepala. Takde sivik ke? kalau tandas lelaki aku boleh ler faham juga kenapa terpercik sana sini hahaha.. tapi ini tandas perempuan. Aku muskil lah. diorang nie kencing camna??? Berdiri apa?? hahaha. Bengang-bengang tuh, aku capai jugalah mop lantai. Sental sampai hilang dari mata aku yang sakit. Pekup pulak hidung yang menahan bau hancing. Oklah. Dah keje tukang cuci kan. Nak tak nak buat ajelah.

Ada ke yang nak tahu pasal tukang cuci nie?? Tak tahulah kalau ada yang nak baca kisah-kisah ini. Saja aku nak menulis pengalaman aku. Walau pun ada juga yang mungkin pandang hina aku tak kisah sebab aku cari rezeki halal dan paling utama untuk top-up duit aku. Siapa nak bagi duit begitu je kan. Dulu aku pernah mengajar sambilan tapi aku letih giler. Mengajar 3 jam tapi aku rasa tak berbaloi dengan tenaga dan suara yang aku bagi. Gaji memanglah tinggi sikit tapi dapat bukan setiap bulan. Dia kumpul bagi sekali untuk 1 semester. Lepas tuh aku malas dah. Dahlah kena perah otak nak mengajar. layan pulak perangai mat dan minah saleh yang banyak mengada-ngada. Ahh.. tapi yelah seronok tetap seronok tapi penatnya buat aku tak larat seharian.

Keje tukang cuci senang sikit. Walaupun guna tenaga juga tapi setidak-tidaknya aku boleh rancang bila masa aku nak rehat hahaha. Kalau aku penat sangat ari tuh, aku akan pendekkan masa mencuci aku dengan bersihkan mana yang betul-betul penting dan nampak ketara kotornya. Agak-agak tempat lain tuh boleh terima kotor dia. Aku buat esok jelah. Tapi yang penting keje-keje aku siap. Paling utama orang tak kacau aku sebab aku keje sorang kat level tuh. Paling best sebab aku takde kawan keje sama level. Yang ada level 4 dan level groundfloor. Level 4 boleh kata kawan kamcing tapi aku jarang lepak sama diorang cuma kadang-kadang diorg pelawa minum teh dan roti bakar pagi-pagi. Kadang aku lebih selesa tolak pelawa makan tuh. Sebab ganggu masa keje aku. Bukan apa aku dah set masa sekian-sekian untuk buat keje apa. Kalau terganggu 10-15 min memang dah lari budget ler. Mesti lepas tuh aku terlajak masa punya. Mulalah aku keluar lambat. Semua orang dah punch out aku baru nak pergi punch. Sadis jek kan hahaha.. Sekali sekala punch lambat best sebab tak berebut dengan orang nak beratur panjang. tapi kadang-kadang rasa tak best sebab kita punch sorang-sorang lepas tuh kawan-kawan aku perasan lak tuh aku punch lambat hahaha sebab tak saing dengan diorang.

Oklah. Dah keje aku keje selagi larat. Nama pun tukang cuci kan. Tapi pada aku keje taklah berat sangat. Yang berat nak bangun awal pagi tuh. Tapi aku suka sebab aku leh bangun awal setiap hari. Memang best!! Yang tak best!! bila aku menguap-guap masa nak p keje hehehe.. Ok hari nie jumaat.. hari yang ditunggu-tunggu. Esok dan lusa boleh lepak-lepak kat rumah sambil goyang kaki tapi masih juga mencuci gak. Cuci rumah sendiri ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...