Friday, 9 July 2010

Apa keje aku??

Aku rasa jika diberi pilihan kan. Takde siapa pun nak jadi tukang cuci?? Kalau tukang cuci di rumah itu perkara biasa. Kerja yang memang sejak hakiki aku kira dah jadi keje aku.. dari zaman remaja. Masa duk dengan emak ayah. Setiap kami adik beradik dah dilatih untuk kerja-kerja mencuci sejak dulu. Cuci pinggan, cuci baju (pakai tangan tau), cuci bilik air, cuci dapur dan segala macam cuci lagi lah.

Semenjak berada di rantau orang begini, kerja mencuci adalah kerja sambilan aku. Selain tanggungjawab utama aku yang memerlukan aku belajar, aku ambil keputusan untuk bekerja sambilan mencari duit tambahan. Elaun ada tapi cukup-cukup aje. Bolehlah untuk aku buat top-up membeli barang atau mengembara ke mana sahaja yang aku nak. Paling utama aku puas untuk berbelanja tanpa rasa bersalah kerana itu duit hasil titik peluh aku. Kalau duit elaun tuh aku serba salah aje nak belanje sebab itu duit peruntukan untuk keperluan asas aku. Keperluan bukan asas tapi keperluan kehendak aku dengan suka hatinya aku dapat penuhi dengan duit gaji sambilan itu.

Sudah nak 3 tahun kerja mencuci begini. Hari ini aku dah mula rasa bosan mencuci. Rutin harian masih sama bersih level 6 dengan 3 level tandas yang berbeza. Yang lagi membosankan bila aku perlu cover kerja rakan sejawat yang bercuti 2 minggu. Nasib juga aku hanya cover beberapa hari. Tapi cukup meletihkanlah. Terkejar sana dan sini. Kawasan aku kena cover gak dan kawasan orang tuh pun kena cover. Bila kena coveer 2 tempat begini. Aku perlu merancang awal apa yang perlu aku buat terlebih dahulu dan terpaksa mengutamakan bahagian yang mesti kena buat. Yang agak-agak boleh buat lainkali dan tak ketara kotornya itu aku boleh tutup mata dengan ambil hati kata buat hari lain. Terpaksalah. Kalau nak buat juga memang aku akan terlajak masa dari yang sepatutnya. Dulu aku baik jugalah sebab buat juga sampai selesai hingga kadang ambil masa lebih 30min atau 15 min. Tapi sekarang aku dah malas nak buat camtu lagi. Bukan diorang bayar pun masa yang lebih tuh. Kalau masa kurang lak diorg potong gaji aku tau. So buat apa susah-susah nak buat rajin-rajin sangat. Buat yang sepatutnya dan janji bersih.

Syukur juga kawasan aku itu tidak sibuk sangat. Kecuali bila musim ada majlis tertentu maka tandas-tandas aku di tingkat yang berlainan akan mula huru hara. Tisu tangan tak cukuplah. Lantai kotorlah. Tong sampah penuh. lebih dahsyat bila jumpa percikan air kencing sana sini keliling tandas tuh. Ahhh bila kena begini aku mula menggeleng kepala. Takde sivik ke? kalau tandas lelaki aku boleh ler faham juga kenapa terpercik sana sini hahaha.. tapi ini tandas perempuan. Aku muskil lah. diorang nie kencing camna??? Berdiri apa?? hahaha. Bengang-bengang tuh, aku capai jugalah mop lantai. Sental sampai hilang dari mata aku yang sakit. Pekup pulak hidung yang menahan bau hancing. Oklah. Dah keje tukang cuci kan. Nak tak nak buat ajelah.

Ada ke yang nak tahu pasal tukang cuci nie?? Tak tahulah kalau ada yang nak baca kisah-kisah ini. Saja aku nak menulis pengalaman aku. Walau pun ada juga yang mungkin pandang hina aku tak kisah sebab aku cari rezeki halal dan paling utama untuk top-up duit aku. Siapa nak bagi duit begitu je kan. Dulu aku pernah mengajar sambilan tapi aku letih giler. Mengajar 3 jam tapi aku rasa tak berbaloi dengan tenaga dan suara yang aku bagi. Gaji memanglah tinggi sikit tapi dapat bukan setiap bulan. Dia kumpul bagi sekali untuk 1 semester. Lepas tuh aku malas dah. Dahlah kena perah otak nak mengajar. layan pulak perangai mat dan minah saleh yang banyak mengada-ngada. Ahh.. tapi yelah seronok tetap seronok tapi penatnya buat aku tak larat seharian.

Keje tukang cuci senang sikit. Walaupun guna tenaga juga tapi setidak-tidaknya aku boleh rancang bila masa aku nak rehat hahaha. Kalau aku penat sangat ari tuh, aku akan pendekkan masa mencuci aku dengan bersihkan mana yang betul-betul penting dan nampak ketara kotornya. Agak-agak tempat lain tuh boleh terima kotor dia. Aku buat esok jelah. Tapi yang penting keje-keje aku siap. Paling utama orang tak kacau aku sebab aku keje sorang kat level tuh. Paling best sebab aku takde kawan keje sama level. Yang ada level 4 dan level groundfloor. Level 4 boleh kata kawan kamcing tapi aku jarang lepak sama diorang cuma kadang-kadang diorg pelawa minum teh dan roti bakar pagi-pagi. Kadang aku lebih selesa tolak pelawa makan tuh. Sebab ganggu masa keje aku. Bukan apa aku dah set masa sekian-sekian untuk buat keje apa. Kalau terganggu 10-15 min memang dah lari budget ler. Mesti lepas tuh aku terlajak masa punya. Mulalah aku keluar lambat. Semua orang dah punch out aku baru nak pergi punch. Sadis jek kan hahaha.. Sekali sekala punch lambat best sebab tak berebut dengan orang nak beratur panjang. tapi kadang-kadang rasa tak best sebab kita punch sorang-sorang lepas tuh kawan-kawan aku perasan lak tuh aku punch lambat hahaha sebab tak saing dengan diorang.

Oklah. Dah keje aku keje selagi larat. Nama pun tukang cuci kan. Tapi pada aku keje taklah berat sangat. Yang berat nak bangun awal pagi tuh. Tapi aku suka sebab aku leh bangun awal setiap hari. Memang best!! Yang tak best!! bila aku menguap-guap masa nak p keje hehehe.. Ok hari nie jumaat.. hari yang ditunggu-tunggu. Esok dan lusa boleh lepak-lepak kat rumah sambil goyang kaki tapi masih juga mencuci gak. Cuci rumah sendiri ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...