Thursday, 21 June 2018

Salam Lebaran 2018

Salam Pagi Khamis

Alhamdullilah kita dah berada di lebaran ke 7.. sudah seminggu kita berhari raya dan sudah 7 hari juga kita tinggalkan ramadhan.. aku masih belum nak mula puasa 6 lagi... tiap kali nak bangun sahur punyalah malas.. hahaha apalah nak jadi ni.. bila nak bertekad nie.. ok.. insyAllah isnin kita mula ye..

Kini kita dah dipertengahan tahun 2018.. ada baki lagi 6 bulan sebelum ke penghujung tahun 2018. Masih banyak baki lagi urusan yang perlu dilakukan...tak sampai sebulan juga akan bertambah usia.. tidaklah mengharap apa-apa pun.. cukuplah sekiranya aku tetap happy dan ketawa ria..

Gundah di hati.. sentiasa ada.. apatah lagi tak sampai seminggu suatu insiden berlaku.. aku punya pengalaman yang sama sebelum ini.. maka dengan itu aku sedikit tenang sahaja menghadapinya.. namun dalam hati.. aku tahan sahaja semua rasa.. biarlah ia tinggal menjadi satu kenangan indah yang mengajar erti tabah dan kuat..

Setiap kita pasti akan rasa kehilangan... baik hidup atau mati.. baik ada dan tiada.. baik ada dan hilang.. baik setia atau ditinggalkan.. kita lalui semua itu.. yang penting kita sentiasa tabah dan kuat melalui cabaran dan kehilangan itu...

Pernah aku kata dulu.. adakalanya kehilangan itu berlaku bukan kerana kita tak sayang atau kita tak cinta.. tapi sudah suratan takdir bahawa ianya bukan kepunyaan kita.. adakala melepaskan juga bukan sebab kita tak sayang.. tapi kerana kita terlalu sayang dan itu adalah yang terbaik untuk kita... doa sahaja yang baik-baik.. semoga terdapat kebaikan dalam setiap perpisahan..

Lebaran kali ini pada aku biasa sahaja.. seperti tahun-tahun yang lalu... selagi ada mak.. selagi itu masih ada rasa kasih sayang untuk aku menumpang rasa.. masih bersyukur punya adik-adik yang masih hormat dan mengingati kakaknya... namun aku sudah tidak punya atok dan nenek untuk bermanja seperti kisah zaman remaja dulu... atau 10 tahun yang lalu... selalunya pagi raya.. beraya dengan merekalah buat kami lebih ceria.. kini rutin kami seperti tahun-tahun yang lalu menziarahi pusara ayahanda.. nenda.. tok.. sudah menjadi kebiasaan kami..

Tahun ini tahun terakhir adik-adik aku beraya single.. tahun depan mereka beraya berdua.. dan mungkin lepas itu akan bertiga atau berempat.. seperti tahun lepas.. aku take over dapur di petang raya.. mak dah tak larat lagi untuk memasak seperti dulu..hiba juga hati kerana mak sudah tak larat sangat...

p/s Bertahanlah hati.. semoga sentiasa tenang menghadapi apa juga... Selamat hari raya semua.. Maaf Zahir dan Batin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...