Salam Tengahari Selasa..
Setelah 5 bulan hilang.. akhirnya aku teringat yang aku ada blog hahaha.. tahun ni pun lupa nk singgah sini untuk ucap hari lahir kat diri sendiri.. tau-tau je dah bulan 10.. huhuhu..
Lagi 2 bulan nak bulan 1 2018... ada seseorang yang ingatkan aku tentang 1 Januari tuh.. mentang-mentang lah birthday dia haritu.. awal lagi dah buat reminder.. haha.. yeah.. u did make me think what sort of coming present would be.. smile :)
Tak tahu nak menulis apa.. sebab tiada apa sangat yang nak ditaip pun.. hahaha bosan kan.. banyak yang berlaku sebenarnya.. tapi dah macam malas nak bercerita sangat.. dulu selalu datang ke sini bila hati rasa terbeban dengan rasa dan rindu... masih ada..tapi malas dah nak fikir sangat sekarang nie.. live life as it is.. move on with confident.. step back once a while and smile..
Rindu nak travel kembali..sudah 2 tahun tidak keluar dari Malaysia.. haha.. gile lama berkurung dalam negara.. mostly banyak dalam semenanjung dan ada jugalah 3 4 kali ke kota kinabalu tahun lps dan tahun ini... Teringat Kanako di Tokyo.. dan teringat juga Nuch di Nakhon Si Tamarat.. lama gile tak jumpa diorang... ingat nak travel kembali ke Jepun tahun depan tapi belum nak buat plan lagi.. adik-adik nak kahwin tahun depan.. financially limited tahun ini untuk beri laluan perbelanjaan kahwin untuk mereka..
Selalunya bila aku bangkitkan isu pasal aku nak kena saving duit sebab adik-adik aku nak kahwin.. mesti rakan-rakan aku cakap.. "kenapa ko nak kena sediakan duit pulak.. kan diorang yang nak kahwin.." susah nak jawab soalan ni.. terutama bila ko adalah anak sulung.. dan ko juga takde ayah dah... dan tambah mak pulak tak kerja.. harap pencen arwah ayah je... Selalunya aku jawab sempoi je... 'duit aku kot.. kalau tak bagi kat adik-adik.. aku nak bagi kat siapa lagi?'
Isu ini sebenarnya dijawab dengan hanya satu perkataan sahaja 'Tanggung Jawab' tak kiralah anak lelaki ke perempuan ke.. bila ko jadi kak long atau abang long... kena faham sendirilah tanggungjawab yang hidden yang tidak perlu disebut dan diungkit.. itu pada aku sudah cukup untuk aku pikul sampai bila-bila... aku happy je kot sekiranya aku dapat sumbang sedikit duit untuk ahli keluarga sendiri.. pahalanya lagi banyak kan..
Apa pun.. enjoy life.. enjoy happiness.. smile always..
p/s Esok cuti.. yeay..