Salam..
Maaf sudah hampir sebulan setengah blog ini sepi.. kesibukan tahap maksima melanda semenjak lepas raya lagi.. urusan kerja luar hampir setiap minggu... sepanjang bulan 8 dan disambung dengan kesibukan semester degree yang baru bermula.. ditambah dengan minggu akhir kuliah program diploma.. dan juga minggu konvo pada minggu ini.. seketika aku terlupa wujudnya blog ini..
Namun rasa rindu mengamit rasa kehilangan sesuatu.. ye.. aku sudah lama tidak menulis.. amat lama kiranya.. banyak perasaan dan macam-macam rasa yang hadir dalam diri.. dan bila ada rasa-rasa beginilah.. barulah mood menulis itu hadir...
Minggu ini berakhirlah kuliah untuk program diploma dan sedikit sebanyak mengamit pelbagai rasa sedih dan sayu.. sebahagian mereka aku akan jumpa lagi semester akan datang.. dan ada sebahagian pula akan tamatkan pengajian tak lama lagi mix feeling... apatah lagi sabtu ini.. majoriti pelajar seliaan aku seramai 10 orang dari program ijazah dan master yang akan berkonvo.. happy for them.. walaupun ketika sesi awalpenyeliaan ada yang mahu 'give-up' dan rasa tak dapat grad kali ini.. tapi sebab aku yakinkan usaha mereka tinggal sikit lagi.. akhirnya.. mereka berkonvo.. tatkala terima thesis tebal mereka yang berwarna merah.. aku gembira untuk mereka... banyak kenangan manis bersama mereka nie.. jadi pendidik beginilah.. bukan hadiah yang kita nak.. tapi kita nak lihat mereka berjaya dan terus berjaya..
Minggu depan aku kembali kerja luar.. dan bulan 10 nanti juga akan kembali sibuk.. cerita kembara ke Tokyo pun berhenti separuh jalan.. walaupun hakikatnya kisah kembara itu masih lagi segar dalam ingatan.. Rasa rindu hendak ke sana lagi masih ada.. rasa macam semalam kaki ini menjejaki bumi jepun.. dan seolah segar juga persahabatan kami dari 3 negara dan bangsa berbeza.. Unik kembara ke Jepun kerana kami mengembara dengan rakan dari berbeza adat dan budaya.. bahasa dan agama juga.. InsyAllah akan aku sambung kisah kembara itu.. harapnya punya masa lapang untuk menulisnya nanti..
Emosi bercampur-campur.. Ada rasa rindu.. ada rasa hiba.. ada rasa sedih.. ada rasa gembira.. ada rasa dihargai.. Dulu rasa lebih untuk bertahan dan meneruskan kehidupan.. walaupun rasa seolah terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Dalam apa juga hubungan.. aku hanya mahu gembira... itu yang utama.. sebulan dua ini aku berkesempatan bertemu beberapa rakan-rakan baru.. pelbagai kisah dan perangai mereka yang aku nilai dan lihat.. susah menelah hati manusia.. luaran nampak baik dan ikhlas.. tapi adakalanya ia tidak bertahan lama.. ada yang lembut dan berbudi bahasa.. tapi ada pula sisi lain yang aku temui mengundang rasa tidak enak dan tidak sedap hati.. Ada yang begitu selamba.. serasi seolah kita sudah lama kenal.. tapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan telahan..
Hidup menjadi penuh warna warni dengan pengalaman begini.. membuatkan kita terfikir sebentar akan apa yang perlu dalam hidup.. semua orang pasti mahukan 'what matter in life'... untuk aku.. aku hanya mahu gembira.. Happy.. walaupun kegembiraan itu kadangkala datang seketika.. namun aku tetap ambil masa untuk menghargainya..
Apa juga just be happy :)
6 comments:
saya pon sedang roller-coaster dengan emosi. ujian berat saling berganti. selang dua bulan datang lagi ujian lain, dalam keadaan x ready untuk menghadap.
musim emosi naik turun buat semua orang barangkali.
mmg perlu sgt satu short gate-away. dekat pon jadiklah. sobs.
sama... emotional roller coaster juga di sini.
alis
mmg bila dah sibuk sangat dan emosi xstabil kena p bercuti nie kan :)
zonaku
mmg emosi skrg nie mcm2 ada :)
Ye kan yang...
Mahu happy happy sahaja... tak kisahlah dalam apa juga keadaan hidup ini... tetap mahu bergumbira dan bahagia...
hehehe...
Tiny
Setujuuu.... gembira untuk apa juga yang kita lakukan :)
Post a Comment