Monday, 21 November 2011

Si 'kacak' bernama Azhar (Siri 1)

Kelas petang itu bermula seperti biasa... Subjek matematik.. Sudah ramai pelajar yang datang.. Sebahagian dari mereka aku kenali.. Ada diantara mereka merupakan rakan-rakan sekelas yang mengikuti kelas yang sama tahun sebelumnya.. Apatah lagi tahun itu adalah tahun yang paling penting untuk kami semua.. Tahun peperiksaan SPM..

Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang tinggi lampai.. Mukanya amat serius dan sedikit kelam kabut.. Ketika aku memandang dia.. serasa terhenti seketika degupan jantung.. 'Kacak!!' itu yang terbit dalam fikiran aku.. Walaupun wajahnya tidak ada sedikit pun senyuman.. tapi raut muka yang cukup bersahaja dan nampak serius buatkan aku cukup tertarik hati.. Sedikit sebanyak aku mula menguntumkan senyuman.. Dia duduk di 2 barisan belakang  dari aku.. Hati dah mula rasa berdebar-debar.. Teruja tapi sudah tentu aku kawal segala tindak tanduk.. tidak pernah lagi terlintas nak memulakan perkenalan atau bergaya ala-ala mengada pulak..

Sejak hari itu.. aku selalu menantikan hari-hari yang aku punya kelas bersama dia.. memandangkan dia hanya mengambil kelas tambahan untuk subjek matematik, BM dan BI sahaja.. manakala aku pula selain daripada 3 subjek itu aku juga mengambil kelas tambahan untuk subjek major sains (Add math, kimia, fizik & biologi).. Selalunya bila aku berkesempatan mengikuti kelas bersama dia.. pasti aku akan ambil peluang curi-curi pandang.. selalunya hati pasti berdebar-debar tiap kali melihat dia masuk ke kelas.. atau bila sahaja aku masuk ke kelas aku terlihat dia ada dalam kelas itu..

Selain daripada dia si'kacak' aku juga berkawan baik dengan 2 orang jejaka lain.. kami dulu sama kelas semasa mengikuti kelas tambahan untuk SRP.. Kiranya Nik & Saiful sudah aku kenal lama... Selalunya aku mesti perasan.. tiap kali aku menjeling atau curi pandang pada kelibat si'kacak' pasti si Nik & Saiful akan senyum-senyum memandang aku.. Hahahaha... mungkin sahaja mereka tahu makna pandangan curi aku itu.. Cuma aku tidak pernah sekalipun bertanya perihal si'kacak' pada mereka berdua.. Langsung tidak.. Malaslah nanti dikata pula terhegeh-hegeh.. Apatah lagi memandangkan status aku yang agak glemer dalam kelas tersebut sebab aku satu-satu pelajar yang bersekolah di bandar besar yang mengikuti kelas tambahan di sebuah pekan kecil.. Setiap kali kawan-kawan aku tanya dimana aku bersekolah.. mereka pasti terkejut bila tahu sekolah aku adalah di sebuah bandar besar yang terkenal di Selangor.. Sedangkan institut tuisyen yang aku hadiri kelas setiap minggu itu terletak di sebuah pekan kecil yang sejam lebih perjalanannya... Kenapa jadi begitu?? Sebabnya aku berulang alik dari sebuah kampung yang berdekatan dengan pekan kecil itu ke bandar besar setiap hari bersama ayah.. Bila harus mengikuti kelas tambahan.. pastinya aku memilih untuk ambil kelas tambahan berhampiran rumah.. walaupun sebenarnya destinasi persekolahan aku puluhan batu dari rumah aku..

Selain daripada status 'budak sekolah bandar' ahaks.. aku juga sering terkehadapan dalam subjek matematik.. yelah.. bila budak sains masuk kelas matematik biasa.. biasanya segala penyelesaian matematik tuh takdelah rasa susah sangat nak selesaikan sebab Add math lebih kompleks.. sedangkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti kelas itu kebanyakan mereka adalah jurusan sastera atau perdagangan.. Selalu sahaja bila cikgu tanya sesiapa yang mahu ke depan dan selesaikan masalah matematik di papan putih.. aku sering sahaja mengangkat tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.. pernahlah juga aku malas nak menonjolkan diri... tapi bila cikgu tanya pelajar lain masing-masing semua malas dan tak tahu bagaimana nak selesaikan permasalahan itu.. So sebelum cikgu sebut nama aku.. baiklah aku awal-awal angkat tangan dan bagi jawapan ;)

Disebabkan 2 status itu.. aku menjadi pelajar glemer di situ.. Selalunya aku lebih glemer di kalangan guru-guru sebab biasanya aku sering menonjol dalam subjek-subjek asas.. Sedikit sebanyak si'kacak' turut memberikan perhatian lebih pada aku kadangkala.. cuma kami selalunya hanya bertegur sapa biasa.. tidak pernah lagi kami berbual secara serius... Sekadar.. pandang.. senyum.. dan tunduk hehehehe.. itulah rutin kami setiap kali bertembung dalam kelas yang sama...

Hinggalah satu hari.. Nik & Saiful merancang sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan....
(Tetiba macam malas jek nak sambung..)

Ini hanya merupakan ingatan kenangan silam zaman remaja.. 
My first ever crush to a handsome guy.. which is so athletic.. serious and mysterious..
I'm not the only one who fall head over heal over him during those days..
but I guess I'm one of that lucky girl who given a chance to know him closely and become his friend..

10 comments:

ku-cit said...

ni yg geram kalo ada citer bersambung2 ni...ehehehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

ku-cit

hahahahahaha... writer block ler dik.. mood nak sambung ilang.. ahaks...

kueh bakar said...

wah. ini box opis lagi ni..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

Box Office mende.. bkn ada contest... hahaha.. akak kalau leh tulis ler kisah cinta rasanya berkajang al-kisah.. cuma mamat Azhar nie sentiasa istimewa dlm hati akak.. kira macam 'my 1st crush' hahahaha... Tertanya gak kat mana dia skrg nie.. ;)

Ini hanya kenangan silam.. takde makna apa2 tulis entri nie ;)

marinahunny said...

kehkehkeh.. blh wat skrip drama bersiri ni ;)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

marina

hahaha ;)

kueh bakar said...

'dalam setiap lelaki, ada seorang wanita yang tidak pernah dapat dia miliki'

'dalam setiap perempuan, ada seorang lelaki yang tidak pernah dapat dia lupai'

-zara-

hahahahaha.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kueh

kalau akak ye list ramai gak lelaki yang akak tak leh lupa.. pjg senarai.. hahahaha.... camna tuh.. seorang mana cukup..

Z.. B.. A.. H.. R ada lagik tuh hahahahha...

Anonymous said...

woooOOoohaaaa!!!

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

:) senyum sengih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...