Sambungan dari sini
Seperti hari-hari sebelumnya kelas matematik dihadiri dengan senyuman dan debaran kerna si kacak ada dalam kelas.. Ahaks... Pastinya bila kita sukakan seseorang melihat dia dalam kelas yang sama sudah cukup buat kita gembira dan teruja nak datang kelas hari itu hehehehe...
Selesai kelas.. Nik & Saiful datang mendekati aku..
"Lepas nie nak ajak you pergi minumlah.. nak tak?"
"Minum? ada apa-apa ke nie tetiba ajak minum?" kataku dengan sedikit rasa hairan
"Takde apa.. sahaja nak belanja you makan.. lagipun dah lama sangat kita tak lepak-lepak"
"Ok jek kat mana tuh?" tanya aku lagi..
"Takpe nanti ikut kitaorg jek" kata Nik lagi
Aku lalu mengangguk tanda setuju..
Selesai waktu kelas tambahan dan selesai berbual sebentar dengan guru matematik.. Aku, Nik dan Saiful mula bergerak ke arah perhentian bas.. banyak gerai-gerai makan ada di sekitar perhentian itu.. Akhirnya Nik dan Saiful memilih 1 gerai yang tak ramai orang.. Kami order minuman.. Mereka minta aku order makanan sekali.. tapi aku menolak sebab aku hanya mahu sekadar minum sahaja.. Kami mula berbual dari satu topik ke topik yang lain.. Kebanyakan berkisar tentang pelajaran.. exam SPM.. sekolah dan sedikit sebanyak tentang kisah kawan-kawan sekelas.. Entah bagaimana nama 'Azhar' tersebut dalam perbualan kami...
"You rasa Azhar tuh camna?" tanya Nik
"Azhar? Dia nampak OK.. kenapa tanya nie?" tanya aku pulak
"Sajalah tanya.. selalu tengok korang asyik pandang-pandang jek dalam kelas" kata Nik sambil gelak kecil bersama Saiful
"Eh korang nie.. ada jek ekk.. Mana ada" kata aku cuba berselindung
"Alah bukan kitaorg tak perasan.. Sorang senyum.. sorang jeling... sorang pandang.. sorang tunduk.. hehehehe" kata Saiful pulak..
Aduh.. kata aku dalam hati 'dah terkena pulak nie'. Aku sekadar senyum dan tergelak sahaja menjawab persoalan mereka berdua.. Nik tanya aku lagi "You suka kat dia ke??"
"Suka sekadar kawanlah.. macam aku suka kat korang berdua" kata aku sambil senyum...
"Aku tahu suka lain macam nie.." kata Nik sambil mengusik aku..
Aku sambung gelak lagik... tiba-tiba Nik dan Saiful berdiri..
"Eh nak kemana nie??" Aku pula kehairanan..
"Kitaorang ada hal sikit.. kejap lagi kitaorang datang balik.. you duduk sini jangan pergi mana-mana ok.." kata Nik pula sambil memandang Saiful dengan satu senyuman sinis..
Aku dah semakin hairan.. nak pergi mana pulak diorang berdua nie... Lain macam jek gaya ye.. Aku mengangguk perlahan.. Risau juga kena tinggal sorang-sorang kat gerai makan tuh.. Bila sahaja Nik dan Saiful beredar keluar dari gerai makan itu.. Aku pun keluarkan buku novel yang sering aku bawa dari beg.. Sambil menunggu seorang diri.. baik aku habiskan dengan membaca... Lebih kurang 5minit aku khusyuk membaca....
"Assalamualaikum..." kedengaran suara yang biasa aku dengar.. Aku mendongak dan memandang ke arah suara itu.. tergamam seketika.. Nak senyum pun tak tahu camna nak senyum.. terkejut lebih tepat untuk aku gambarkan riaksi ketika itu..
"Waalaikumsalam.. Eh.. kenapa ada kat sini??" tanya aku pulak..
"Kan tadi kita habis kelas sama-sama... lagipun sahajalah nak tegur you sebab tengok duduk sorang-sorang kat sini" kata dia lagi dengan lembut..
Aku pandang wajah dia dalam-dalam.. "Apa mimpi.. si Azhar nie datang jumpa aku nie... Arghhh sudahhhh... nie mesti rancangan si Nik & Saiful nie.. takde orang lain dah nie" kata aku dalam hati..
Kami teruskan perbualan.. setelah aku asak dengan pelbagai soalan.. akhirnya Azhar mengaku.. yang dia minta tolong Nik & Saiful membantu dia untuk mendekati aku... Memang mereka sudah merancang untuk mengajak aku keluar minum dan setelah buat sedikit soal siasat dengan aku.. maka barulah mereka memaklumkan pada Azhar bagaimana riaksi aku... Terkena!!! itu yang aku boleh simpulkan... tapi setidak-tidaknya itu membuka jalan buat kami berdua untuk saling mendekati antara satu sama lain..
Sejak hari itu.. perkenalan kami menjadi agak rapat.. memandangkan kami masih mengikuti kelas tambahan yang sama.. kami masih berjumpa setiap minggu.. Dia sering sahaja menemani aku menunggu bas untuk pulang ke kampung.. Pastinya dia akan duduk di sebelah aku di perhentian bas itu..
Kadangkala hujung minggu pula kami akan keluar bersama ke perpustakaan di pekan kecil itu untuk study bersama.. Ada masanya juga kami juga saling bercakap di telefon pada hujung minggu... Pernah dia hubungi aku untuk tahu warna baju kurung yang akan aku pakai pada kelas esok harinya.. Aku teringat aku pernah memberitahu dia yang aku akan pakai baju kurung berwarna merah.. dan esoknya.. bila sampai ke kelas.. Aku lihat dia memakai T'shirt merah juga.. Entah berapa kali juga kami sering memakai baju dengan warna yang sama.. hingga insiden ini pernah ditegur oleh beberapa orang rakan perempuan aku.. Selalunya aku jawab kebetulan sahaja.. walhal.. semuanya telah kami rancang awal-awal lagi...
Memandangkan Azhar adalah jurusan sastera.. dan aku pula jurusan sains... Sudah tentu dia lebih bijak dalam kelas bahasa melayu... Setiap kali dia menunggu aku di perhentian bas.. Sering dia berikan aku beberapa helai sajak yang ditulis khusus untuk aku.. siap dengan lakaran lukisan di sebelah sajak itu.. Aku sendiri dah lupa berapa helai sajak yang pernah dia karang untuk aku.. tapi pastinya itulah yang sering menjadi hiasan meja study aku di rumah.. menatap sajak nukilan dia setiap hari pastinya membuatkan aku cukup gembira.. Sajak itu bukan sajak cinta.. tapi lebih pada sajak tentang tanggungjawab dan masa hadapan.. yelah tahun itu adalah tahun peperiksaan yang penting...
Namun sebenarnya.. pada masa yang sama.. Aku juga serba salah dengan Azhar.. kerana pada ketika itu.. Selain daripada dia.. Aku juga mengenali rapat seorang jejaka satu kampung denganku... Sebenarnya hubungan aku dengan 'I' ketika itu lebih pada dasar untuk membantu.. kerana dia banyak kali meminta bantuan aku untuk mengajarnya beberapa subjek asas.. kerana tahun itu dia mengambil peperiksaan SPM buat kali kedua.. Tapi al-kisahnya kami berdua bukan sekadar rapat dalam hubungan.. malah keluarga 'I' juga aku amat aku kenali kerana aku sering ke rumah 'I' untuk study bersama..
Bila sahaja aku mengenali Azhar.. Aku seolah jatuh cinta kali pertama.. Walaupun ketika itu aku rapat dengan 'I'.. pada entah.. dengan Azhar aku rasa selesa sangat-sangat.. Sikapnya yang sentiasa cool... macho.. suka mengusik dan serius buatkan aku jatuh hati.. My first crush.. hahahaha... Itu yang boleh aku gambarkan tentang perasaan aku... Aku memang sukakan dia.. suka sangat-sangat.. tapi pada masa yang sama.. aku juga rapat dengan 'I'... Kadangkala 'I' juga pernah menunggu aku di perhentian bas terutama bila dia tahu aku selesai waktu kelas.. memandangkan kami satu kampung.. sudah tentu sahaja.. perjalanan pulang kami juga sama.. apatah lagi dia mengikuti persekolahan waktu pagi di institut tuisyen yang sama dengan aku..
Memang serba salah.. Namun akhirnya Azhar tahu juga tentang hubungan aku dengan 'I'.. Ini gara-gara kejutan April Fool yang cuba dikenakan oleh Azhar kepadaku....
Ahaks... Cinta tiga segi lagi kan kan
Love triangle...
13 comments:
sahamnya tinggi dulu ye..
haha.
kueh
kueh
hahahaha... zaman cinta monyet biasalah.. peminat ramai..
kak ko playgirl.
*larikk*
kueh
Kueh
Akak bkn playgirl.. hahahaha.. org dah minat takkan nk marah pulak ahaks
boleh buat novel nih...hehe...
Zainur
Novel dlm blog jelah ;)
pergh akak dulu,kini,selamanya sentiasa ada orang minat kan...
dgn org pakistan la...msti dgn mat saleh kat sana pn kene ngorat jugak kn...ehehe
ku-cit
Mat saleh xde so far kena ngorat lagik.. tapi pernahlah ada yg tgk 2 3 kali hahaha... xdelah.. giler apa.. hensem lagik pakwe akak... ;)
Itu kisah zaman sekolah lah dik.. cinta monyet.. tapi bila fikir balik mmg ramai juga peminat dan yg akak minat.. hehehe.. zaman darah manis kan..
kak..
batch sekolah aku ada 5 kapel yang kawin...jadi takde la monyet sangat cinta monyet ni..
hahaha
kueh
Nampak ye monyet tidak berjaya dicintakan hehehe...
Akak rasa sesiapa pun mesti ada kenangan pernah jatuh cinta.. paling tidak suka seseorang zaman sekolah.. sepanjang akak form 1-5.. hanya ada seorang jejaka yg aku mmg suka dari akak form 2 lagi.. nama dia R hehehe.. (yg ini takde rasa nak tulis cerita pasal dia.. sebab suka camtu jek)
tapi Azhar nie istimewa sebab dia satu2 ye lelaki yg pernah tulis berkeping2 puisi khusus untuk akak.. sebab itu kot akak rasa dia special hahaha... tah p mana sajak tuh dah buang atau bakar kot...
dalam movies lama-lama, bakar surat.bakar gambar.ahaks.
skrang 'delete' kat komputer jer.ngee.
Hehehehe.. delete email ke dik? ke unfriend jek ;)
Sonang kan.. cinta zaman sekarang.. putus jek leh p chatroom carik pakwe baru hehehe
putus jek leh p chatroom carik pakwe baru <---- mesti dulu akak biasa buat ni kan..ehehehe
Post a Comment