Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Thursday, 26 May 2016

Day 4: Arriving in Tokyo

Assalamualaikum

Lama sungguh nak sambung entri nie.. tapi gagah juga nak update... ini kerana jika pengalaman ini tidak ditulis, pastinya kenangan ini juga akan tersimpan tanpa dikongsi bersama..

I miss japan... ok.. plan nak pergi semula pada 2017 atau 2018 nanti :)

Sambungan daripada sini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas 'check-in' di hotel dan letak semua beg-beg kami. Kami pun mula bergerak untuk menjelajah tokyo. Tujuan kami nak beli souvenier dan jalan-jalan sahaja. Kami kembali ke Shinagawa Station dan mengambil keretapi ke Takeshita Street. Stesen yang kami tuju adalah Harajuku Station.

 
Shinagawa Station

Jalan Takeshita ini juga dikenali sebagai Takeshita Dori dimana terdapat banyak kedai-kedai butik fesyen bercirikan amerika dan anime. Kami menuju ke Jalan Omotesando yang juga dikenali sebagai Tokyo's Champs-Elysee. Di sini terdapat kedai-kedai yang berjenama.

 LaForet Harajuku dan Tokyu Plaza Omotesando Harajuku


Kami berhenti di sebuah gerai yang menjual pakaian kimono lama dengan harga yang murah. Sebelum tiba ke Tokyo aku dah mula mendapat beberapa pesanan untuk membeli kimono, so misi seterusnya adalah untuk mengambil beberapa gambar kimono dan upload ke facebook untuk sesi 'confirmation' nanti.
 
 Kimono yang terpakai

Kami sekadar melihat-lihat sahaja. Kami mula bergerak ke sebuah kedai bernama 'oriental bazaar' yang terletak di Omotesando. Gerai ini banyak menjual cenderahati dari kimono hingga ke poskad dengan harga yang lebih murah.
 Happi Coat dan Kimono di Oriental Bazaar


 Tidak ada orang lokal yang singgah di sini sepanjang kami ke kedai ini sebanyak 3 kali.. hanya pelancong sahaja yang kami jumpa. Kenapa aku katakan murah? sebab ada sesetengah barangan di sini kami dah bandingkan harga di tempat lain. Kami sekadar melihat-lihat beberapa barangan dan berjanji akan kembali ke sini semula untuk membeli barangan kemudiannya.

Oriental Bazaar

Selepas berjalan-jalan sekitar Omotesando, kami mula bergerak pula ke Takeshita Street untuk melihat fesyen remaja jepun. Ketika ini hari sudah semakin gelap dan kurang kelihatan gadis-gadis comel yang selalunya berdiri di pintu masuk untuk menjemput pelanggan masuk. Kami sekadar melihat-melihat dan mengambil gambar sahaja.
 Takeshita Street atau Takeshita Dori


Tidak ada apa yang kami beli di sini, kami lebih sekadar melihat-lihat sahaja. Lagipun baru sampai ke Tokyo, kami merancang untuk datang semula nanti untuk membeli souvenier sebelum pulang. Sedang kami berjalan, kami terjumpa kedai King Kebab, aku lebih teruja sebab ianya halal.. so apa lagi.. kami naik ke tingkat atas dan mula membeli kebab. Kanako dan Nuch turut membeli kebab. Kami beli bungkus dan makan di bahagian bawah kedai tersebut.

King Kebab Harajuku

Selesai makan, kami singgah pula ke Daiso Harajuku dan membeli beberapa barangan yang kami berkenan.


Selesai membeli belah serba sedikit, kami mula bergerak balik ke hotel. Hotel kami menyediakan bas pergi-balik ke Shinagawa Station. Ini amat memudahkan kami. Malah hotel yang kami tinggal juga berhampiran dengan stesen keretapi ke Haneda Airport.

Sampai ke hotel, kami sambung makan makanan segera yang kami bawa dari negara masing-masing. Masa inilah aku ambil peluang upload gambar-gambar di facebook. Ketika ini aku mendapat beberapa pesanan 'confirmation' membeli kimono daripada 2 sahabat baik, aku maklumkan pada kanako yang esok kita perlu ke Harajuku semula untuk membeli beberapa kimono di gerai tepi jalan dan juga di Oriental Bazaar. Selesai bersembang kami pun berehat untuk perjalanan seterusnya esok..

Friday, 10 April 2015

Bangkok day 1 (Part 1) : Travel dari KLIA2 ke Bangkok dan terus ke Pasar Chatuchak

Salam semua..

Perancangan untuk ke Bangkok ini telah dirancang agak last minute 2 bulan yang lepas.. sekitar bulan 2 yang lalu aku telah menghantar satu mesej panjang kepada Nuch di Thailand bertanya tentang cuti break semesternya. Ini sebabnya aku merancang nak ke Thailand atau pun untuk kembara ke Indonesia. Cadangan aku disambut baik oleh Nuch memandangkan dia tidak pernah ke Indonesia dan dia mencadangkan untuk ke Bali. Mulanya aku bersetuju untuk merancang kembara ke sana.. namun apabila teringatkan janji Kanako yang akan datang ke Malaysia tahun ini.. Kami membuat keputusan untuk bertanya kepada Kanako terlebih dahulu tentang perancangannya untuk ke Malaysia.. Jika dia bercadang untuk ke sini.. maka kami terpaksa tangguhkan kembara ke Indonesia tersebut..

Setelah Kanako mengesahkan dia akan datang ke sini... selepas beberapa kali berhubungan dan menghantar mesej diantara kami bertiga... Akhirnya Kanako dan Nuch telah pun membuat tempahan tiket ke sini... Sebelum itu aku pula telah membuat keputusan untuk tetap terus ke Bangkok awal bulan April ini kerana memikirkan aku perlu berehat dan bercuti seketika.. selepas asyik sibuk bekerja tanpa henti sejak tahun lepas... tempahan tiket telah dibuat melalui Malindo Air.. dengan harga RM316 untuk perjalanan pergi dan balik selama 5 hari.

Akhirnya tiba hari yang dinanti-nanti.. dalam kesibukan kelas diploma semester khas yang baru bermula.. Rakaman video kuliah di saat akhir.. kesibukan urusan kenduri kendara di kampung... Pakwe pun menghantar aku sekitar pkl 9 pagi ke KLIA2..Disebabkan aku dah check in online terlebih dahulu.. urusan untuk aku drop bag berjalan dengan lancar sekali.. aku tidak perlu beratur panjang dan terus sahaja ke kaunter bag drop.. Penerbangan adalah pada pkl 11.05pagi.. dan perlu berada di boarding gate pada pkl 10.30 pagi.. Aku selesai bag drop dalam pkl 9.15.. tanpa berlengah aku terus masuk ke ruangan 'departure' kerana malas nak tunggu lama di luar.. hajat di hati nak sarapan dulu di mana-mana cafe.. tapi bila dipandang-pandang agak ramai juga orang yang melepak di kebanyakan cafe di situ...

Aku menunggu berhampiran gate L1.. 
Kata kawan aku yang kerja kat KLIA2.. cafe depan tuh nasi lemaknya sedap..
Tak berpeluang nak mencuba.. orang ramai..

Tidak lama menunggu panggilan mula dibuat untuk bergerak masuk ke boarding hall.. aku diberikan kad arrival dan departure untuk di isi.. menunggu dalam 10minit dan kami terus diminta untuk masuk ke kapal terbang.. Aku memilih tempat duduk berhampiran laluan.. ini telah pun aku pilih semasa membuat check in online.. senang nak masuk.. dan senang juga nak keluar nanti.. bila travel sendirian begini.. duduk di tepi laluan adalah lebih selesa.. tidak diimpit dengan orang lain.. berbanding duduk di tengah-tengah..

Terdapat ramai pelajar kolej yang turut serta dalam penerbangan ini.. ini kerana yang duduk di tepi, kiri kanan depan dan belakang adalah di kalangan mereka.. terdengar mereka saling sahut menyahut dan memanggil nama rakan-rakan...

Menaiki Malindo air memang selesa.. aku rasa lebih selesa daripada Air Asia sedikit.. diberikan 1 pek air mineral dan 1 pek kecil biskut percuma... terdapat juga skrin display untuk menonton video.. cuma perlu sediakan earphone sahaja.. Aku memilih untuk membaca buku sepanjang penerbangan.... buku 'Raudah' tulisan Ramlee Awang Mursid menjadi teman menghilangkan bosan dalam kebanyakan kembara yang aku lakukan dalam 2-3 tahun ini.. Book always a best companion...

Sebelum berangkat tadi.. aku terlebih dahulu telah memaklumkan Nuch melalui facebook yang aku kini telah berada di gate L4 untuk boarding.. Dia juga sedang menunggu flight dari Surathani ke Bangkok.. kiranya dia akan sampai 30minit lebih awal daripada aku..

Perjalanan 2 jam 5minit tidak terasa sangat.. penerbangan juga berjalan dengan baik... dan selesa.. selepas selamat mendarat... sementara menunggu beg di 'belt'.. sempat aku online untuk menyemak status Nuch di facebook.. dia sudah sedia menunggu aku di pintu 7 di luar...

Aku datang dengan 4 beg.. 2 beg di check in.. dan 1 beg sandang serta handbag.. nampak agak banyak.. tapi sebenarnya beg sandang yang kedua adalah milik Nuch.. selepas sahaja imigresen dan cop visa.. melepasi kastam tanpa ditahan.. akhirnya aku nampak Nuch di pintu hujung.. kami berpelukan... lantas dia memaklumkan dengan aku tentang kad sim yang dia telah tanyakan kepada penjual di situ..

Arrival hall

Sebenarnya aku telah memaklumkan kepada dia terlebih dahulu bahawa aku memerlukan kad sim ini semasa di Thailand.. Pengalaman 2 kali ke Thailand.. telefon dengan network celcom langsung tidak mempunyai coverage di sana.. lagipun kali ini trip aku agak lama hingga 5 hari.. kad sim ini adalah untuk tourist.. dengan harga 290bath untuk DTAC network.. bersama unlimited internet dengan speed sederhana selama seminggu dan 60bhat kredit... terdapat 1 lagi pakej iaitu 399bath.. dengan speed internet lebih laju.. unlimited internet selama seminggu dan 100bath kredit.. selepas berbincang dengan Nuch.. dia mencadangkan aku mengambil speed yang biasa sahaja... kredit kalau habis boleh topup sahaja di 7 eleven..

Kedai di mana aku membeli kad sim di Don Muang Airport

Selesai sahaja topup dan penjual itu memasukkan kad sim ke telefon aku... apa lagi test telefon dengan menghubungi pakwe di malaysia.. mulanya puas juga dial dengan hanya guna 006011XXXX tak lepas rupanya.. rupanya kena dial 004 terlebih dahulu dan barulah kod negara dan no hp... bila berjaya dengar suara pakwe dan maklumkan aku selamat sampai... ok.. hati dah cukup gembira untuk meneruskan perjalanan ke bandar bangkok...

Kami mula bergerak ke tempat teksi untuk ke hotel.. perancangan kami.. check in bilik.. letak barang dan terus keluar untuk ke pasar Chachutcak... Proses untuk mengambil teksi agak mudah... kena bayar 50bath untuk service teksi.. pemandu teksi terus datang mengambil beg-beg kami.. dan kami terus bergerak dari Don Muang airport ke hotel Nasa Vegas di kawasan Ramkhamhaeng... perjalanan dalam 20-30minit... melintasi 2 tol.. setiap kali tiba ke tol.. Nuch akan membayarnya.. kerana teksi yang kami gunakan adalah teksi meter..

Dalam teksi yang kami naiki ke hotel

Tol yang kami lalui

Akhirnya kami tiba ke hotel.. sempat jugalah aku snap sana sini semasa dalam teksi... perjalanan traffic agak baik sepanjang kami ke bangkok...

Check in bilik.. dapat kunci bilik di tingkat 11... letak beg-beg kami.. ke toilet dan berehat sekejap.. Nuch mencadangkan aku memakai selipar sahaja... dia juga memberikan topi dan payung kepada aku.. malah dia turut meminta aku memakai sunblock pada tangan dan muka... Ok selepas sapu lotion pada muka, tangan dan kaki (pakai selipar).. kami pun bergerak keluar... handbag aku tinggalkan dan kali ini lebih selesa memakai bagpack... senang nak bawak air.. topi payung.. kipas tangan dalam tu..

Tempat yang kami hendak tuju adalah ke Pasar Chatuchak... kami mengambil train airport link ke Praya Thai (25bath seorg) dan kemudian mengambil BTS train ke Mo Chit.. perjalanan tidak lama mana.. rasanya sekitar 10 minit sahaja..

Membeli tiket di stesen BTS Praya Thai..
Sepanjang 4 hari di Bangkok.. kami ke sini setiap hari..

Tiba sahaja di Mo Chit.. kami dah mula lihat ramai orang bergerak untuk ke tempat yang sama.. menuruni jejantas pun dah sesak dengan orang.... kerana selipar yang aku pakai itu agak licin entah berapa kali juga aku asyik tergelincir... maklumlah pakai selipar asadi  jek.. tapak pun dah haus kot.. disebabkan itu.. dari langsung tak plan nak beli kasut.. kena beli jugalah...

Pasar Chatuchak  ini besar dan banyak lorong.. memandangkan aku hanya makan biskut marie dalam flight tadi.. maka Nuch awal lagi dah alert yang aku belum makan tengahari... namun aku maklumkan yang aku mungkin akan beli sesuatu yang ringan yang boleh dimakan sambil berjalan nanti..

Tiba sahaja di pasar itu.. kami berjalan hingga ke bahagian pasr berhampiran clock tower.. Nuch berhenti di tempat menjual air.. aku memilih untuk membeli minuman campuran buah-buahan yang di blend di situ.. sedap sungguh.. ditambah dengan cuaca yang panas..

Tidak jauh  berjalan kami terjumpa gerai menjual kebab.. aku memilih kebab mixed dengan harga 90bath.. sedap dan mengenyangkan.. yang penting ianya halal... Nuch pula membeli telur puyuh goreng.. Nuch meminta aku merasanya... macam telur ayam biasa gak.. cuma saiznya lebih kecil jelah..

Misi aku di pasar ini adalah untuk membeli souvenier, t shirt bangkok dan kasut/selipar sahaja... itu sahaja yang ada dalam kepala aku.. so far on the right track.. kecuali aku menambah membeli beberapa item seperti spek mata hitam dengan harga 390bath (beli sebab mata dah silau sangat dengan panas) dan sabun mandi.

Aku membeli souvenier..fridge magnet.. 1 untuk 40bath.. dan 1 pek beg siling dengan harga 80bath.. kemudian jumpa pula kedai jual t shirt dengan harga 3 untuk 300bath... beli yang ada tulisan bangkok dan Osaka (ye osaka.. masa ke osaka aritu tak beli pun tshirt).. jalan lagi.. jumpa deret kedai yang jual sabun.. beli sabun manggis, aloe vera dan sandal wood; 3 untuk 100bath.. keluar sahaja daripada deretan kedai di dalam.. silau matahari menyebabkan aku tergerak nak beli spek mata..sebenarnya dah teringat nak bawa spek hitam dalam kereta.. tapi sebab nak cepat tadi.. lupa terus.. akhirnya aku beli sahaja yang berharga murah 390bath.. dalam rm3.90 jek.. jadilah untuk sementara waktu..

Oleh kerana sekarang ini.. trend jelly shoes adalah popular... dan aku pernah nampak design ini di online.. maka apa lagi misi seterusnya adalah untuk membeli kasut ini.. 2 kedai yang kami pergi.. kedai yang 1st warna pink yang aku nak.. dah habis stok... kami pergi ke kedai kedua.. terdapat 2 saiz.. 38 dan 39.. bila pakai saiz 38 ngam-ngam jek kaki.. tapi aku fikir kalau pakai nanti macam sakit kaki sebab kasut jelly nie tak mengembang sebab jenis pvc mcm getah... akhirnya ambil saiz sedikit besar 39.... dan tak nyesal pun beli saiz besar sikit...

Kasut jelly yang aku beli dengan harga 199bath.. lebih kurang rm20.. 
Di malaysia.. jika beli online dijual dengan harga RM38 termasuk pos (design yang sama)

Selesai beli kasut... aku dan Nuch memutuskan untuk balik ke Hotel sebab Nuch telah pun membuat tempahan makan malam di atas cruise sambil menyusuri sungai chao phraya... disebabkan badan masing-masing dah berpeluh sakan.. muka aku pun dah merah padam sebab panas... kami pun bergerak dengan pantas ke stesen BTS Mo Chit , kami turun di Praya Thai dan ambil airport link ke stesen Ramkhamhaeng.

Bagusnya hotel Nasa Vegas ini.. laluan ke hotel itu disambungkan dengan jejantas ke airport link.. tak perlu turun ke jalan raya.. memang strategik lokasinya... keluar je pintu hotel.. dah jumpa escalator ke train link.. kalau sesiapa nak ke airport suvernabumi.. hotel ini paling strategik sebab airport link train itu terus sampai ke airport tersebut..

Mandi manda... rehat sekejap.. sekitar pkl 6.30 kami mula bergerak ke Rivercity untuk mendaftar dinner cruise... pendaftaran bermula dari pkl 7-7.30malam.. Kami ambil teksi ke sana...

Selesai mendaftar di kaunter syarikat Orchid White.. kami bergerak masuk ke hall untuk menunggu cruise yang akan sampai tidak lama lagi... 

bersambung...

p/s akan upload lagi gambar kerana ada pada kamera olympus di rumah

Cuti dan Aku rasa lebih tenang..

Salam Tengahari Jumaat

Alhamdullilah semalam pulang ke tanahair dengan selamat.. namun penat sangat sebab lepas jek landing.. pakwe ambik.. terus balik kampung... mak takde ke KK dan adik laki aku lak tak balik kerja lagi.. Buka pintu guna kunci pendua.. p toilet buat apa yang patut.. then aku take over kereta dan memandu sendirian ke rumah.. speed aku drive semalam dalam sekitar 130-140km/j.... Laju??? memang sangat laju... bila aku terlalu penat maka kecenderungan untuk memandu amat laju.. adalah amat tinggi.. perangai yang satu nie aku tak dapat nak kawal lagi... tapi aku hanya boleh memandu perlahan kalau ada orang di sebelah.. yang ini automatik perangai yang lagi satu.. memandu sendirian... aku lebih fokus dan tiada gangguan.. sebab itu boleh bawak laju gila sorang2... hahaha...

Selesailah percutian aku selama 5 hari di Bangkok.. Kali ke 3 aku ke Thailand dalam tempoh 3 tahun... dan kali ke 2 aku jumpa sahabat baik aku Nuch di sana... Kami berjalan dan relak sepanjang 5 hari itu.. puas jugalah bershopping dan makan-makan.. tak banyak yang aku beli berbanding trip aku ke jepun, bandung dan vietnam sebelum ini... Ini sebab takde apa yang nak dibelikan sangat.. lebih banyak beli barangan kiriman orang.. itupun kain cotton.. pada aku syurga kain baju adalah vietnam dan bandung... Thailand nie.. kalau nak cari baju yang moden dan ikut fashion.. here the place... Nanti aku buat list tentang Bangkok..

Bercuti seronok giler.. macam-macam mood transportation yang aku naik.. semuanya memberikan kami pengalaman yang menarik.. seluar jean yang aku pakai sebelum itu sedang-sedang ketat... bila sampai petang dan malamnya... dah longgar... sebabnya.. cuaca amat panas.. dan aku berpeluh sakan.. huhuhu..

Makan semuanya best-best belaka... sempat kami makan aiskrim mangga di Swensen's... dan waffle aiskrim coklat di A&W...

InsyAllah nanti aku tulis pasal pengalaman ini.. Banyak perkara menarik dan terjadi yang ingin sangat aku kongsikan...

Apa pun.. aku rasa lebih tenang sikit lepas balik bercuti nie... :)

Pencakar langit di bandar Bangkok..
I will sure travel here again..
I like Bangkok as much as I like KL.. When it's comes to shopping and fun..


Sunday, 8 February 2015

Day 4: Kyoto ke Tokyo (menaiki train laju dan makan bento utk lunch)

Salam

Sambungan kisah kami di Jepun hari ke 4
Dari kisah ini Jepun: Kyoto Hari 3
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ini kami bangun tidur dengan rasa bercampur-campur.. Nuch awal lagi telah pun ambil gambar di luar tingkap bilik kami untuk mengucapkan selamat tinggal pada Kyoto.. our last day in Kyoto..

Kami turun makan sarapan buat kali terakhir.. aku nikmati salad kentang kegemaran aku buat kali terakhir dan Nuch pula menikmati bebola daging yang terakhir di hotel toyoko-inn kyoto..


Kali ini tak ramai sangat orang yang bersarapan.. kami agak santai kali ini sebab train laju kami ke tokyo adalah pada pukul 12.26 tengahari.. Selepas selesai makan, kami kembali ke bilik untuk pack kali terakhir sebelum keluar check out.. Hati dah mula rasa sedih untuk meninggalkan kyoto.. tapi kami lebih teruja juga sebab hari ini kami akan merasa pengalaman menaiki shinkasen ke Tokyo.. perjalanan lebih kurang 2 jam sahaja.. harga tiket yang kami bayar adalah 14,000yen termasuk tax iaitu lebih kurang RM455 sehala sahaja..  mahal giler kan? tapi sebab nak merasa menaiki train laju.. bayar jelah tanpa banyak soal.. lagi pun harga tiket tuh telah pun dibayar terlebih dahulu oleh kanako.. so dia dah buat 'the hard work' takkan nak banyak songeh lagi kan..

Lepas kami check out.. kami pun menunggu di depan entrance hotel untuk menaiki teksi.. ketika ini hujan sudah mula turun renyai-renyai.. inilah hujan pertama yang kami alami sejak sampai ke Jepun.. langit yang cerah dan panas pada 3 hari sebelumnya kami di Kyoto lenyap sekelip mata.. angin sejuk mula terasa.. tapi pada kami bertiga yang pernah tinggal bersama di bumi UK.. rasa biasa jek.. cuma Nuch sedikit mengeluh kerana mula terasa sejuk.. aku pulak maintain walaupun sekadar pakai selipar hahaha dan seluar yang sedikit nipis..

Teksi yang kami booking akhirnya sampai dan tiba di Stesen Keretapi Kyoto... Tempat yang kami hendak tujui adalah 'locker coin'.. kami hendak menyimpan beg-beg kami.. beg aku dan kanako muat dimasukkan dalam 1 locker.. tetapi masalahnya sekarang adalah beg Nuch.. Begnya agak besar dan ke semua locker coin untuk beg yang besar telah penuh.. berulang kali kami mundar mandir mencari locker yang mungkin kosong.. hampa.. akhirnya kami buat pilihan untuk tarik jelah beg tuh.. lagipun kami sekadar berlegar-legar dalam mall di situ sahaja..

Kesibukan di stesen keretapi waktu pagi

Kami pun mula bergerak ke toilet.. Selepas itu Kanako mengajak kami ke kaunter tiket kerana perlu mengambil tiket shinkasen yang telah dia tempah.. ada 2 tiket yang kami perolehi.. satu untuk tiket masuk ke stesen shinkasen 4,820yen dan satu lagi adalah tiket train shinkasen itu sendiri.. 8,210yen.. kalau convert pada ringgit malaysia lebih kurang RM455 untuk 1 perjalanan dari Kyoto ke Tokyo

Tiket Shinkasen kami.. campurlah harganya bagi 2 keping tersebut

Mesin tiket di mana kami dapatkan tiket yang telah kami booking

Bila dah dapat tiket kami pun mula singgah ke kedai untuk membeli manisan.. Kanako hendak beli manisan sebagai buah tangan sahabat dia di Tokyo.. manakala aku pula ambil peluang beli sedikit manisan mochi untuk dibawa balik ke malaysia.. selepas kanako semak kandungan bahan.. bebas dari unsur2 daging.. maka aku pun ke kaunter pembayaran..

Selepas itu kami pun bergerak ke sebuah kedai lain.. kali ini kami memilih untuk membeli coklat kitkat berperisa teh hijau.. Nuch membeli agak banyak kerana ahli keluarganya ramai.. aku sekadar membeli 5 kotak dan kali ini bermulalah pembayaran menggunakan kad kredit.. so cash yang ada boleh dijimatkan.. untuk pembelian lain..

Selepas membeli coklat.. kami bersiar-siar sekitar stesen kyoto kerana senibinanya mempunyai bentuk yang moden dan artistik.. selepas itu kami mula survey bento..  bento ini adalah hidangan sushi yang diletakkan dalam kotak yang menarik..

Bento (弁当 bentō) is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container. Containers range from disposable mass produced to hand crafted lacquerware. Bento boxes are readily available in many places throughout Japan, including convenience stores, bento shops (弁当屋 bentō-ya?), railway stations, and department stores. 
Sumber wikipedia sini

Terdapat 2 buah kedai yang menjadi pilihan.. kami survey harga dan jenis bento yang disediakan.. akhirnya kami memilih kedai yang kedua kerana ada pilihan yang lebih menarik dan harga lebih murah... Selepas survey, kami putuskan untuk mengambil beg kami di locker coin.. selepas mengambil beg kami pun terus ke kedai bento yang menjadi pilihan tadi..

Bento yang aku pilih berharga 900yen dan mempunyai cover kotak gadis berkimono.. hanya bento ini yang sesuai untuk aku kerana vegetarian dan ikan.. yang lain-lain tidak sesuai kerana ada daging dan minyak babi.. 'Portion' nya agak banyak juga.. dan cukup mengenyangkan aku seharian di Tokyo selepas itu..

Ketika ini jam menunjukkan menghampiri pukul 12.00 tengahari.. train kami akan bergerak tepat pukul 12.26pm tanpa lewat sesaat pun.. kami putuskan untuk masuk ke train stesen dan menunggu train laju kami.. bolehlah kami bergambar masa ini..


Selepas memasukkan tiket yang pertama.. dan tiket itu ditelan mesin tiket.. kami terus menunggu di pelantar yang sepatutnya.. waktu ini agak ramai juga orang yang berada di sini.. kami sempat lagi bergambar dengan train shinkasen yang datang.. banyak juga kami posing di sini...

Beg-beg kami bertiga..
Baru 4 hari di Jepun dah banyak barangnya :)

Ramai dah mula menunggu untuk menaiki train masing-masing

Train kami bernombor 342 pukul 12.26 tengahari

 Antara train laju yang sampai di stesen ini

Sampai sahaja train, kami terus mencari tempat duduk kami.. Kanako dah tempah kami seat di barisan terakhir sebelah kanan. Apa lagi.. kami ambil peluang bergambar dan pergi ke toilet yang terletak di sebelah pintu berhampiran.

Memandangkan dah tengahari, kami pun mula menikmati bento yang kami beli sambil melihat pemandangan di luar tingkap. Aku duduk di seat berhampiran dengan tingkap, Nuch di tengah dan Kanako pula seat di tepi laluan.
Bento yang aku beli untuk makan tengahari kami..
Kotaknya comel sangat :)

Kanako pun mula tethering wifi nya dan apa lagi aku pun ambil peluang update gambar di facebook dan juga sempat juga aku tulis entri di blog ini waktu itu Tokyo Kami Datang.

Keadaan dalam train.. 
2 seat disebelah kiri dan 3 seat di sebelah kanan

Kami akhirnya sampai ke Tokyo menghampiri pukul 3.00 petang.. Perjalanan kami dari Kyoto ke Tokyo lebih kurang 2jam lebih. Kami akhirnya tiba di Shinagawa Station Tokyo. Kami disambut dengan bangunan yang penuh dengan papan iklan
Keluar dari stesen kami nampak bangunan penuh iklan ini..

Apa lagi kami pun mula mencari teksi untuk ke hotel Toyoko Inn Tokyo Shinagawa.

Hotel yang kami tinggal adalah
Toyoko Inn Tokyo Shinagawa-eki Konan-guchi Tennozu
Address: 140-0002, Tokyo Shinagawa Ward, Shinagawa-ku, Higashishinagawa 2-2-35

Kanako dan Nuch Check in..
Kami tiba lebih awal so kena tunggu bilik kami disiapkan


Bersambung...

Jepun : Departure from LCCT
Jepun: Hari 1- Kansai-Osaka

Jepun : Hari 2 -Kyoto

Jepun : Hari 3 : Kyoto- Berkimono dan berbaju kurung


Misi merancang kembara untuk tahun 2015

As Salam

Tahun lepas aku ke Thailand, Indonesia dan Jepun.. (entri ke Tokyo pun lama tak update huhuhu).. InsyAllah akan diusahakan juga...

Tahun ini sedang merancang trip sama ada ke Thailand atau Indonesia. Nampaknya insyAllah akan jadi juga trip ini kot.. sedang contact kawan baik aku Nuch di Thailand.. dia kata tak pernah ke Indonesia lagi.. so nak ambil peluang lah boleh travel dengan dia sekali

Terlintas juga nak ke Korea.. tapi belum decide lagi.. tiket pun tak survey.. antara sebab nak pergi sebab nak bawa pakwe selepas aku tinggalkan dia semasa ke Jepun dulu.... tapi macam biasalah belum decide date lagi.. maybe hujung tahun kot.. Dah mula fikir nak travelling.. 6 bulan terakhir tahun lepas tak boleh travel langsung sebab kena settlekan perkara yang penting... last travel masa ke Jakarta-Bandung sebelum bulan puasa...

Kiranya ini macam balas dendam pun ada juga... InsyAllah trip sama ada ke Thailand atau Indonesia nie trip bujang.. Pakwe dilarang ikut hehehe... ada yang nak ikut trip nie?...

Hari ini layan lagu ini pulak.. Best je dengar

 Wanita Terbahagia- Bunga Citra Lestari

Monday, 7 July 2014

Jakarta-Bandung di mataku..

Salam

Seperti biasalah.. senarai ini antara yang wajib buat bila aku ke sesebuah negara..

Oh ya senarai yang sama ke Jepun belum buat lagi sebab entri belum habis..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1- Padat dan sesak
Aku rasa rata-rata bandar besar semuanya begitu.. cuma kepadatan dan kesesakan sesebuah bandar itu berbeza mengikut sikap dan tabiat penduduknya... ramai yang mengatakan jakarta sesak (macet).. tapi pada aku benda itu biasa... normal.. seperti kata pakwe aku sebelum trip kami ke jakarta.. dia udah bising-bising malas ke jakarta sebab sesak.. tapi aku think positif.. sebab pada aku benda itu biasa.. semasa aku ke tokyo pun sesak juga.. rasa macam tak percaya tengok sesaknya manusia kat stesen keretapi sedangkan sehari sebelum tuh kami keluar ok jek.. masuk je hari bekerja.. aduhhh.. sesak nafas terus... hahaha...

2- Old and new town Jakarta..
Jakarta seolah terbahagi dua kepada aku... ada kawasan yang cukup mewah.. dan ada juga kawasan yang cukup ketara kemiskinannya.. penduduknya lebih banyak tertumpu di tepi sungai.. deretan rumah-rumah banyak dibina di tepi sungai.. satu pemandangan yang ketara.. rumah yang di tepi sungai itu buruk dan kecil.. beberapa pintu daripadanya pulak.. rumah-rumah mewah dua tingkat.. itulah yang aku nampak.. kawasan laluan utama nampak berdebu.. kotor dan tidak selesa... manakala kawasan yang mewah (new town) penuh dengan bangunan pencakar langit.. dan hotel-hotel 5 bintang.. kawasan perniagaan dan pejabat kerajaan juga di sekitar kawasan ini..  kebanyakan bandar pasti ada kawasan sebegini.. old and new..

3-Pengangkutan awam
Aku rasa pengangkutan awam banyak.. pilih sahaja kenderaan apa yang hendak dinaiki.. malah teksi pun sama.. manakala laluan ke bandar waktu 7-10am dan 16-19pm adalah waktu dimana hanya kenderaan dengan 3 atau lebih penumpang sahaja boleh memasuki kawasan tertentu... polisi akan periksa kenderaan dan tingkap perlu dibuka.. ini kerana kebanyakan kereta di jakarta bercermin gelap dan sukar dilihat dari luar... sebab itu adakalanya pemandu akan memanggil-manggil penumpang dan membayar mereka (20 000 rupiah seorang) kerana untuk melalui jalan tertentu perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang.. ianya bermula di jalan Sudirman..

Ini peraturan untuk mengurangkan kesesakan... macam kongsi keretalah konsepnya.. tapi.. jalan tetap jem juga... biasalah... satu yang menarik perhatian aku.. hentian bas untuk menaiki bas adalah lebih tinggi daripada jalan.. ia dibina hampir separuh ketinggian kereta dan bas yang lalu pun dasar lantai pintu bas tuh betul-betul paras lantai hentian tuh.. ini mungkin dibina untuk keselamatan pengguna bas.. kerana mereka tidak perlu tunggu di tepi jalan dan mungkin boleh mengakibatkan kesesakan lagi..

Hentian bas di Jakarta
kredit dr blog alfuad4605.blogspot.com

 Kawasan yang kenderaannya perlu ada 3 atau lebih penumpang
kredit blog http://syazlitahir.blogspot.com/


3. Syurga Shopping
Rata-rata pelancong malaysia yang datang ke jakarta atau bandung.. kebanyakannya mempunyai tujuan untuk bershopping.. yang menjadi pilihan adalah kain baju.. jubah.. telekung.. seluar jeans.. branded goods.. jajan and list goes on... ramai juga rakan-rakan yang ambil peluang berniaga dengan mengambil barang secara borong.. malah ada yang sanggup datang untuk membeli persiapan kahwin di sini.. baik tempah kad.. baju pengantin.. hantaran pengantin.. door gift and so on.. Aku shopping juga kain ela sutera batik..suteranya cantik dan bersulam.. harga dapat sekitar 160k rupiah manakala sutera batik contengan tangan dalam 220k.. kami bershopping di deretan kedai/kawasan dikenali sebagai 'Heritage'.. mereka juga hantar kain yang sama ke pasar baru bandung.. selain itu kami juga dibawa ke sebuah kedai kain.. aku lupa nak tanya kawasan apa.. tapi berada di deretan perumahan.. dan banyak juga rakyat malaysia yang dibawa ke sini.. sempatlah beli 3 pasang kain bersulam yang sesuai dibuat jubah... dan 2 pasang telekung berjenis kain durikan.. katanya sejuk dan selesa.. cuma ia bukan berwarna putih.. warna coklat dan biru gelap.. tak kisahlah.. telekung itu buat solat kat rumah je kan.. Kami tak banyak buang masa shopping di pasar baru kerana ada guide yang bawa kami.. so tak merasalah macam shopping gaya survey dan tengok-tengok.. ini sebab kebanyakan benda yang kami nak dah separuh dibeli.. kalau tak beli kain di heritage dan kedai kain yg satu tuh.. mungkin sahaja kami akan spend masa shopping lebih lama di pasar baru.. tapi kami singgah juga beli border lace di sebuah kedai kain.. semeter 100k dan 1 meter itu ada 10 border lace pada 1 bidang kain.. murah giler ler.. sebab selalu orang jual border lace dah siap potong.. kami beli 1 meter terus.. adalah 4 jenis border lace yang kami beli dan bahagi 2 dengan kawan aku.. so sorang bayar 200k jek.. untuk 4 jenis border lace dan sorang dapat 20 lace sepanjang 1 meter... kalau buat jubah bolehlah suruh akak tuh jahit border lace sekali

4-Peminta sedekah dan diikut penjual souvenier
Ini benda yang biasa... semasa kami ke factory outlet.. kami diikut oleh beberapa orang budak peminta sedekah.. ada yang aku bagi duit siling.. sebab dah banyak sangat silingnya.. dan itu belum lagi penjual souvenier yang ikut kami.. rata-ratanya jual fridge magnet.. ada yang jual 6pek (1pek ada 6 biji) 100k.. ada yang jual beg kecil 6 set 100k... tak beli pun sebab banyak sangat... beg yang kecil tuh tak beli sebab tak tahu nak pakai untuk apa.. sebab beg yang ada pun banyak... tapi kalau kesian boleh jek beli.. kami tak beli walaupun diorang tuh pujuk sampai kitorg masuk kereta.. hampir jek terkena tangan bila nak tutup pintu... tapi pada aku benda nie diorang dah biasa kan... kalau tak buat macam tu macamana nak hidup.. teringat pengalaman yang sama semasa aku ke vietnam dulu.. adik yang aku jumpa jual dompet sutera pun begitu.. bersungguh merayu kami beli dompet yang dia jual... tapi sebab dah beli awal di sungai mekong so tak terbuka hati pulak nak beli... (adik tuh mesti aku ingatlah.. sebab muka sebijik muka anak buah aku).. Dengarnya jika di jakarta pemberi sedekah boleh di denda ..

5-Universitas di Bandung sahaja 200 lebih
Disebabkan aku ada konferen di Universitas Pendidikan Indonesia.. maka secara tak langsung aku turut bertanya bilangan universiti yang terdapat di bandung.. hari pertama sahaja kami sudah berjumpa dengan 3 orang pelajar universiti yang meminta derma... sempatlah juga bertanya tentang pengajian mereka dan di universiti mana mereka belajar.. dari mereka aku dapat tahu ada 200lebih universiti di Bandung dan UPI merupakan antara universiti yang terkenal di bandung selain ITB Institut Teknologi Bandung.. ada lagi beberapa universiti lain yang juga terkenal seperti Universitas Padjajaran (Unpad)- universiti dimana 3 orang pelajar yang aku temubual.. Universitas Islam Bandung (Unisba)-swasta.. dan lain-lain lagi..

6-Bandung kawasan tanah tinggi dan sejuk
Sepanjang perjalanan menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung.. aku lihat permandangan yang indah kerana di sini banyak terdapat sawah padi.. ladang teh.. dan macam-macam hasil ladang yang ditanam di sekitarnya.. sawah padi adalah hasil tanaman yang kerap kami lihat sepanjang laluan keretapi.. di sini juga dah hampir dengan pergunungan dan gunung berapi.. kami tak sempat nak berjalan ke sana kerana faktor masa dan urusan konferen yang perlu dihadiri.. InsyAllah mungkin kami akan ke sana lagi.. di masa akan datang... pakwe sedikit kecewa sebab dia memang pengemar sejarah.. so trip kali ini lebih banyak pergi shopping.. sorrylah bang ye.. next time kita p jogjakarta lah pulak ye.. hehehe.. (syukur juga tak bawak dia p muzium.. idak sure lagi lama dia melepak kat situ)

7-Keramahan penduduk...
Penduduk di bandar besar dan luar bandar pasti ada beza yang banyak.. keramahan juga menjadi faktor.. benda ini biasalah.. samalah macam mana-mana pun kota besar di dunia.. malah kalau ke KL pun orang sombong-sombong juga.. tak percaya cuma pergi ke KLCC dan tengok perangai orang kat situ :)

Biasanya yang mungkin lebih peramah adalah mereka yang berurusan jual beli.. mana yang sombong memang orang tak datang beli dah.. Begitu juga di Jakarta dan  bandung... penduduk di Bandung mungkin lebih santai kerana kesibukan mereka tidaklah sesak seperti di Jakarta.. malah jem di Bandung walaupun jem.. tapi masih bergerak.. kalau di Jakarta.. jem adakalanya tak bergerak langsung.. kalau waktu hujung minggu.. jem dari Jakarta ke Bandung boleh ambil masa 5 jam... berbanding waktu biasa yang tidak jem sekurang-kurangnya 2 3 jam dah sampai...  Samalah juga kalau kena hujung minggu cuti panjang.. jalan KL-Utara(lebuh raya utara selatan) jem sampai 4 lane... jalan yang biasa 10minit dah sampai pun.. boleh jadi sampai 30-45minit..

8-Makanan harga murah dan boleh tahan rasanya..
Harga makanan yang kami bayar sepanjang di Bandung dan Jakarta.. pada aku bolehlah.. sekitar RM60 untuk 4 orang.. itu makan nasi padang.. order nasi goreng.. mungkin ada juga kedai lain yang lebih eksklusif dan mahal lagi... Komen aku.. kebanyakan makanan mereka ini agak masin... baik dari KFC.. hinggalah makanan yang berbentuk gorengan.. pakwe pulak labelkan makan kat bandung tak sedap.. hatta makan waktu breakfast pun tak sedap.. aku lebih memilih makan western spaggeti atau pasta semasa breakfast.. sarapan pagi penduduk indonesia aku lihat lebih bercirikan nasi putih dan berlauk.. mengingatkan aku pada cara breakfast yang sama di Thailand.. Semasa di sana aku juga cuba makan aiskrim durian.. sedap not bad.. cuma peluang nak makan pisang cheese jek tak kesampaian.. sempatlah juga cuba teh botol.. oklah.. tapi not my taste sangat... better lagi kalau minum teh hijau pada aku..

9- Ubatan dan kosmetik yang murah
Hotel yang kami tinggal di Bandung berhampiran dengan kedai mart dan guardian.. so memang senang sangat kalau nak beli makanan ringan atau ubatan.. disebabkan kawan aku selsema dan batuk teruk di bandung.. dia sempat mencuba ubat mixagrip.. harganya cuma 2ribu rupiah.. lebih kurang 60sen jek.. dan berkesan... selain itu juga kami jumpa air minuman cap kaki tiga berperisa laici.. serbuk cap kaki tiga nie memang terkenal zaman dulu-dulu.. arwah nenek aku pengemar ubatan ini.. makan terus ubat nie dari lipatan kertas dan minum air.. nostalgia zaman kecil-kecil datang balik.. sekarang nie kalau kedai ubat moden susah dah nak jumpa ubat cap kaki tiga nie.. ramai lebih suka beli panadol jek.. kosmetik pulak kalau convert murah sedikit dari harga di malaysia.. terutama jenama yang biasa.. tapi kalau jenama terkenal seperti Elizabeth arden.. wow harga dia agak mahal.. sebab aku dah survey dulu.. kalau ada sales maybe ok kot kalau nak beli.. tapi kalau compare harga kat lazada.. murah banyak lagik.. :)

10- Hotel di Bandung dan Jakarta
Di Bandung aku tinggal di Aston Braga Hotel & Residence.. Rate sehari untuk bilik studio 1 bilik (sekali dengan dapur masak) lebih kurang RM170semalam dan RM140 untuk hari khamis.. bilik studio nie agak kecil sedikit tetapi untuk yang suka memasak.. studio nie memang bestlah.. tapi aku tak guna langsung pun dapur masak tuh pun.. makan kat luar jek.. Hotel ini agak popular di kalangan pelancong malaysia dan local.. makanan pun byk variety.. dan bersebelahan dengan braga city walk.. ada food mall.. dan kalau jalan keluar sikit banyak kedai-kedai makan... warung kecil pun ada juga.. cuma berani tak berani jelah nak cuba.. Kawan aku pulak hari ke3 dia pindah ke hotel Oasis sebab anak dia nak mandi swimming pool... di Aston Braga ada swimming pool juga.. mungkin dia sengaja nak rasa hotel lain

Di Jakarta pulak aku tinggal di Hotel Amaris Juanda.. di Jakarta pusat.. ramai yang keliru hotel ini dengan Amaris mangga dua.. Sebab aku pilih hotel nie sebab dia dekat dengan train stesen.. dekat monas.. dan masjid utama... Bersebelahan dengan hotel nie banyak kedai-kedai makan dan runcit.. so senang kalau nak cari makanan... parking kereta pun betul-betul depan hotel jek.. nak cari teksi pun senang... harga semalam dalam RM135++.. bilik saiz sederhana.. pada aku notbadlah.. kalau nak bilik yang eksklusif.. bayarlah mahal lagi kan...

11-Sewa kereta di Bandung
Sepanjang aku di Bandung.. kami menyewa kereta untuk 2 hari sahaja.. Boleh contact Hayuka Bandoeng atau di sini. Harga untuk sehari sekitar bandung boleh dapat dalam 400k bergantung pada tempat dan masa.. untuk hari pertama yang separuh hari tuh kami bayar 300k sahaja.. dan hari khamis sepanjang hari hampir 400k.. pakwe bagi jugalah tip sikit kat pemandu.. ikut dialah kan.. Manakala ke Jakarta pulak.. aku ambil pemandu.. 800k untuk perjalanan bandung-jakarta.. hantar ke hotel dan jalan-jalan sekali.. sehingga pukul 4 petang.. dan 10% bayaran untuk tambahan setiap jam dari harga dibayar..

Cuma bila hari terakhir tuh.. kami diberitahu yang sewanya 800k tetapi bila nak balik driver Budi kata hanya bayar 700k sahaja.. dan sebab kami tambah 4jam lebih.. aku dah sediakan 350k siap-siap.. tip aku bagi budi 100k.. dan pakwe tambah lagi 50k.. banyak juga tuh kan.. tapi tak kisah sangatlah sebab pada aku service dia oklah walaupun berpusing-pusing hehehe..

12-ATM service maybank BII
Semasa di sana.. aku turut keluarkan duit dari mesin ATM maybank.. aktivate kan senang jek.. pergi ke ATM maybank mana-mana bank kat malaysia.. pilih lain-lain dan pilih oversea activation.. boleh pilih sementara atau tetap... kalau sementara boleh pilih tarikh mula dan akhir.. aku keluarkan lebih kurang 2 juta di bandung.. bila balik tengok dia charge tukaran lebih kurang 1juta=RM278.. oklah not bad...

13-Tukaran wang
Sebelum pergi aku tukar siap-siap di KL dengan tukaran 1juta =274.50, kalau di tempat aku kerja dia kira 1juta=RM280.. tapi pakwe aku boleh dapat 1juta=270 kat tecso bukit tinggi Klang.. angin jek bila aku dapat tahu yang ditukar lagik murah.. sebab penat jek masuk KL ke ampang park... kalau tahu kat Tesco tuh lebih murah dah p situ dah... so kena pandai-pandailah.. tukaran wang kat bandung katanya mereka ambil lebih murah sikit... semasa aku pergi diorang kira RM1=3500rupiah.. atau 3000rupiah camtuh... so terpulang masing-masing..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Overall trip holiday dan kerja aku selama 5 hari di Indonesia Jakarta-Bandung menyeronokkan... mungkin kalau pergi 100 holiday lebih seronok sebab ada lebih masa untuk berjalan.. selepas trip nie.. pakwe macam ada bagi hint nak ke sana lagi sebab banyak lagi tempat menarik yang kami tak sempat nak pergi.. InsyAllah.. akan ke sana lagi masa akan datang.. duit rupiah pun ada baki dekat 700k lagi.. belum ditukar.. kalau tukar dapat RM100++ juga..

Inilah 1st bawak pakwe keluar malaysia sejak balik dari UK 2 tahun lepas.. sebelum nie aku banyak keluar negara atas urusan kerja dan peribadi (jumpa rakan universiti dan trip lawatan).. Lepas nie InsyAllah akan bawa dia jalan lagik.. Maybe South Korea Next year.. sebagai balasan tak bawa dia pergi jepun aritu hehehe... tengoklah budget camna.. kena plan awal supaya boleh simpan duit sebelum pergi.. macam yang aku buat semasa trip ke Jepun dulu ;)

Wednesday, 2 July 2014

Berbaju kurung di Bandung..

Salam

Selamat berpuasa semua.. sudah masuk hari ke empat kita di bulan Ramadan... Alhamdullilah.. dan aku pun dah 4 hari juga kembali ke tanahair dari Jakarta hujung minggu yang lepas..

Aku tahu masih berhutang entri ke Tokyo.. InsyAllah nnati sambung ceritanya ye...

Perjalanan ke Jakarta-Bandung telah dirancang selepas balik dari Tokyo.. Ini kerana kertas kerja penuh telah siap dan telah diluluskan untuk pembentangan.. Aku berada di sana selama 5 hari.. 23-28 Jun 2014 (Selasa-Sabtu)

Day 1 : (23/6/14) Selasa

Perjalanan bermula dari KLIA ke Jakarta selama 1jam 45minit

  Sebelum mendarat di Lapangan terbang Soekarno Hatta Jakarta Terminal 2

Kemudian kami menaiki bas dari Bandara airport ke stasiun gambir selama sejam... kami terlepas keretapi pukul 11.20pagi.. so terpaksalah tunggu train pukul 1.10petang... sempat jugalah makan KFC dulu di situ... (komen aku tak sedap!!.. sos cilinya masin gile)

 Keretapi kelas eksekutif kelas I
900ribu rupiah Gambir-Bandung

Keretapi tiba awal.. pukul 12.30 tengahari keretapi sudah ada di landasan dan perjalanan keretapi ke Bandung selama 3 jam.. dan tiba sekitar pukul 4 petang di Bandung.. Sepatutnya ada supir yang datang ambil kami, kerana aku dah booking awal.. tapi tunggu punya tunggu dan cari punya cari.. tak jumpa.. nak call pulak belum beli sim card... cuba access wifi pulak takde free wifi kat stesen bandung.. terjumpa beberapa pelajar semester pertama dari salah sebuah universiti di bandung.. mereka sedang kutip derma untuk hari pahlawan indonesia.. so dah alang-alang tuh.. minta tolong diorang telefonkan supir.. malangnya no diluar kawasan... so apa lagi... terus decide untuk ambil teksi ke hotel... sampai hotel check in... dan bila dah dapat free wifi.. barulah dapat contact ofis kereta sewa yang kami booking dan rupanya supir memang dah tunggu kami kat situ.. apa lagi kami pun minta dia datang terus ke hotel...

Hari pertama kami dimulakan dengan pergi ke kedai kain (hahaha shopping dulu)... kedai tuh siap dah tutup... bila kami sampai terus dia buka.. kedai kain kat rumah orang.. (macam style yang sama masa aku ke vietnam aritu).. so apa lagi shopping beli telekung dan kain... siap beli juga kain pelekat sekali... selesai tuh.. kami ke Pascal Food Court... di sini style Food Court dan pembelian makanan ada tax.. Kami makan sup madura dengan nasi.. not badlah... Pakwe pula order nasi goreng.. dah diminta kurangkan pedas.. tapi bila aku makan sesuap.. pedas giler... Nasib jugalah tak order...

2nd Day:  24/6/14 (Rabu)

Pagi bersarapan di hotel, menjadi perhatian sekejap kerana aku sorang sahaja yang pakai baju kurung hahaha... aku perhatikan kebanyakan orang lokal selesa pakai seluar dan baju blaus yang agak panjang.. aku sempat juga ditegur oleh rakan kerana formal berbaju kurung.. tapi disebabkan aku bentang paper pagi ini.. takkan nak pakai santai pulak... so berbaju kurunglah aku.. sedangkan di kyoto pun aku berbaju kurung.. di indonesia berbaju kurung apatah lagi kan... pagi tuh sempat jugalah bergosip dengan seorang rakan melalui Whatapps... walaupun jarak memisahkan kami.. medan teknologi tetap menghubungkan dunia hahaha...

Separuh hari kami di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), selesai sesi keynote speaker.. bila nak daftar kaunter pendaftaran pulak kelam kabut dan serabut... disebabkan aku pembentang pertama so terpaksa gerak dulu ke bilik seminar takut nanti ada yang tunggu... Selepas makan pagi yang ringan.. ye kuih muih diorng pun ada letak cili api... biar benar hahaha... bayangkan ko ambik kuih tepung beras.. tetiba tengah-tengah tuh ada selambak cili api... pelik??

 Balai Pertemuan Gedung Ahmad Sanusi 
Universitas Pendidikan Indonesia Bandung

Aku pula pembentang pertama sesi selari 10... adalah 8 orang dalam bilik.. dan disebabkan aku pembentang pertama bertalu-talu pulak soalan yang datang.. but not bad experience lah... selepas itu terus makan tengahari.. sedap juga dan agak mewah... selesai tuh.. petangnya aku terus balik ke hotel sebab nak spend masa sambung shopping hahaha... maka seharian jugalah aku berbaju kurung di bandar Bandung (malas nak tukar baju)... petang kami dah mula pergi berjalan-jalan ikut trip seorang rakan menyewa kereta.. kebetulan petang itu anak-anak dan mak mertua dia tak ikut sekali.. so kami pun menumpanglah kereta mereka.. kami ke shopping lagi kain.. hahaha.. kali ini dapat kedai yang jual sutera bersulam dan sutera batik yang cantik... so episod membeli kain dah selesai.. dekat 8 pasang juga kain yang dibeli.. itupun bukan semua utk aku.. tapi utk mak dan adik..

Selesai shopping the 2nd day... malamnya kami makan di sekitar Braga street.. di kedai 'Bebek Garang'. Bebek itu itik... tapi semua order ayam kecuali pakwe... aku dan 2 rakan lagi makan ayam goreng negro (ayam goreng kicap.. sesuka hati jek kan letak negro utk kicap)... not badlah.. nak kata sedap taklah sangat... janji perut kenyang..

3rd Day : 25/6/14 (Khamis)

Last day conference... pagi kami kesana naik kereta sewa yang aku dah booking.. so minta supir hantar kami untuk kami dengar keynote speaker dari jepun dan singapore.. Minta supir ambil kami pukul 10 pagi... disebabkan masalah pengurusan konferen yang lembab... nak minta sijil penyertaan punyalah susah.. kami terpaksalah tipu sunat... dapat sahaja sijil terus blah dan sambung shopping di Rumah Mode memandangkan ianya lebih dekat dari UPI... di rumah mode beli jugalah T shirt dan jeans untuk pakwe dan jajan (kerepek dan pisang keju) di situ...

 Rumah mode
Aku shopping jajan jek..

Selepas itu kami terus ke Pasar baru.. supir beritahu kami dia boleh arrangekan untuk ada sorang jaga dan tunjukkan kami kedai-kedai yang kami nak pergi.. Namanya rejki.. memang rezeki murah budak tuh hahaha... yang best dia juga tukang angkat barang sekali.. beritahu je dia kita nak beli apa.. dia akan bawa kami terus ke kedai yang kami nak.. memang takdelah nak survey kedai sebab memang sesak giler.. kami langsung tak turun ke lantai 1 atau groundfloor sebab kata adik tuh.. kawasan tuh sesak.. lagi pulak.. kami dah shopping kain lebih awal.. so agenda yang tinggal hanya beli sourvenier dan jubah jek.. so bila misi dah selesai... tak lama pun rasanya kami kat sana 2 jam je kot.. terus kami ke 'Kartika Sari' beli brownies yang mix.. pisang bolen dan durian bolen.. beli kek lapis buah.. begelan perisa cheese dan butter scotch.. minta dia pack masuk kotak.. kami pun gerak ke kedai makan masakan padang... makan untuk 4 orang dalam 200ribu.. dalam RM60.. oklah sebab dia bawa lauk macam-macam.. dia kira yang kami sentuh dan makan.. kalau macam ayam tuh dia kira seketul ayam dalam pinggan tuh.. bukan 1 pinggan semua (dalam 1 pinggan ada 2 ketul ayam)..

Kedai nasi padang yang kami makan

Selepas itu kami ke cibaduyut tempat untuk barangan kulit... harga semua 200ribu ke atas... tapi malangnya takde satu yang aku berkenan.. adalah selipar kulit yang aku berkenan tapi 200ribu aku rasa mahal sebab simple sangat selipar tuh.. nak beli beg pulak... rasa macam tak berbaloi jek sebab harga lebih murah boleh dapat kat sogo jek hahaha... (bukan semuanya kulit ori)

Selepas itu kami terus ke Paris Van Java.. tempat ini ala-ala macam pavilion di KL.. tapi berkonsepkan macam open garden kat Midvalley garden... not bad aku memang suka tempat macam nie hahaha.. kat sini aku shopping beg kulit di 'Charles & Keith' kebetulan ada sales... harga lebih kurang RM100.. beli pula donut JCO yang ala-ala big apple.. oklah kan... bila nak balik pulak.. kredit sim card pakwe habis.. terpaksalah dia menapak pulak p cari kredit topup.. supir sampai.. dan kami terus balik ke hotel..

Sampai hotel kami terus keluar makan berhampiran hotel.. betul-betul depan hotel jek.. Braga Palace.. nasi gorang specialnya ada ayam dan udang... banyak.. dan harga sekitar rm10++ tapi memang tak habislah makan.. selesai tidur dan pack barang sebab esok akan bertolak ke jakarta.. Kali ini ke Jakarta kami sewa supir dan minta dia bawa kami jalan-jalan sekali.. (nanti aku buat entri pasal kos yang kami spend)

4th day : 27/6/14 (Jumaat)

Supir datang sekitar jam 8.00 pagi walhal kami janji pukul 8.30pagi... mulanya dia ingat nak drop kami sahaja di hotel.. tapi sebab aku dah maklumkan aku nak jalan-jalan sekali di Jakarta.. maka supir tuh kena tukar hahaha.. dia tak biasa sangat dengan jalan-jalan sekitar Jakarta... bila tukar driver.. namanya Budi.. oklah sikit.. tapi dia pun tak tahu jalan sangat.. siap guna GPS hahaha.. takpelah.. janji sampai...

 Pemandangan sekitar pasar pagi di Bandung..
Bermula pukul 4pagi hingga pukul 8.00pagi

Sayuran dan bahan basah yang dijual

Perjalanan pergi tuh.. oklah.. jalan tak jem sangat.. kami terus ke mangga dua.. singgah ke mangga dua square.. style ala-ala pertama complex... takde beli apa pun.. singgah makan kat A&W jek.. lepas tuh ke WTC mangga dua pulak.. lagi pulak macam takde apa-apa.. banyak orang jual sourvenier t shirt dan beg.. beli jugalah Tshirt jakarta 3 helai 100ribu.. lepas tuh ajak Budi ke Senayan Plaza.. wahhh masa nie jalan jem.. dekat 1jam 30minit dalam kereta.. akhirnya kami ke Plaza Indonesia... aku suka sebab kat sini shopping complex besar.. tujuan utama aku nak ke kedai buku dan singgah guardian... di sekitar kawasan ini kita nampak Jakarta dari sudut yang lain.. sudut yang mewah dan grand.. berbanding kawasan lain jakarta yang kotor.. sesak.. padat.. kawasan setinggan.. Ke sini membuatkan aku teringat Tokyo.. ada sedikit kesamaan..

Sampai balik hotel dah dekat 8.30malam.. badan pun dah penat dan nak repack pulak untuk balik esoknya... tak banyak pun bershopping di jakarta.. melainkan 4 buah buku (perangai aku kalau ke negara orang aku suka beli buku).. dan sedikit kosmetik jenama indonesia 'wardah' dijamin halal.. baru rm12 jek bedak kompak dan serum.. (nyesal beli 1 jek hehehe)..

Plaza Grand Indonesia

Kami singgah makan di restoran minang yang betul-betul bersebelahan dengan hotel.. area tuh banyak kedai dan dekat dengan MONAS.. stesen keretapi dan juga ke plaza grand indonesia pun baru 5km jek... kalau naik teksi dalam 10min sampai kalau macet (jem)..

5th day : 28/6/14 (Sabtu)

Pukul 7.30 dah gerak ke airport.. sampai pukul 8.00pagi sebab jalan clear tak jem.. nyesal juga keluar awal hahaha sebab kaunter check in buka dekat pukul 10pagi.. hahaha... tapi bagus juga sampai awal sebab takdelah terlajak atau kelam kabut.. aku antara yang check in awal.. so dapat seat awal2 jugalah.. not bad..

Secara rasminya.. Indonesia bermula puasa hari Ahad.. tapi untuk golongan Muhamadiah.. mereka mula berpuasa hari sabtu.. takdelah rasa serba salah kalau tetiba puasa sabtu lak kan.. sebab malaysia confirm dah puasa ahad...

Pukul 2.00 landed kat KLIA... dan balik kampung...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara keseluruhannya.. oklah trip ke Indonesia... antara bandung dan jakarta kedua-duanya punya keistimewaan masing-masing.. tapi ke Jakarta pusat memang satu tarikan sisi mewah indonesia.. tapi kalau berjalan sekitar kawasan yang lain.. memang padat, sesak, jem dan kotor.. biasanya semua bandar besar punya kelebihan masing-masing..

So tambah lagilah bandar besar yang dah pernah aku sampai.. InsyAllah list will goes on...
Next trip maybe plan ke South Korea and another trip to Indonesia

Tengok budget dan masa jugalah... InsyAllah..

Friday, 16 May 2014

Kyoto (Romantic Train Sagano, Kinkakuji Temple, Fushimi Inari, Shin Kyogaku Arcade, Pontocho street) - Hari Kedua di Jepun

Hari ini kami bangun seawal pukul 6pagi.. Nuch bangun lebih awal rasanya sebab bila aku terjaga pukul 3.00 pagi dia sudah pun bangun dan duduk di sofa melayari Internet.. Waktu di Jepun awal sejam dari waktu malaysia.. manakala untuk Nuch pula.. waktu Jepun 2 jam lebih awal dari waktu Thailand.. kiranya Malaysia nie tengah-tengahlah.. lewat sejam dari waktu Thailand dan awal sejam dari waktu Jepun.... Ya Malaysia Boleh (tetiba..)

Disebabkan aku dah terjaga.. maka aku maklumkan aku akan mandi dahulu... so Nuch dengan gembiranya benarkan aku mandi dulu sebab dia boleh sakan bertenet lagi hahaha.. Kanako pulak sambung tido.. Lagipun orang jepun mandi sekali sahaja sehari.. itupun sebelum tidur.. ini menurut kata Kanako.. memang betul pun.. waktu pagi dia hanya masuk toilet untuk berus gigi dan basuh muka.. rasanya tak sampai 5minit dah siap... aku dan Nuch memang akan mandi waktu pagi.. standardlah untuk kami geng-geng asia tenggara..

Kami turun sarapan sekitar pukul 7 pagi.. ketika ini tempat makan agak penuh... terkejut sekejap tapi kami akhirnya dapat tempat duduk juga.. seperti biasa.. bermula hari kedua di Jepun.. Nuch pasti akan mengambil gambar kami bertiga sewaktu sebelum sarapan dengan makanan penuh di meja.. dan terus sahaja upload dalam akaun facebook.. mentang-mentang wifi free jek... Itulah aktiviti kami selama 7 pagi di sana.. nasib juga bawa baju dan tudung lain-lain warna.. idak nampak sangat orang tahu pakai baju yang sama hari-hari ahaks... tapi hakikatnya memang kena tukarlah baju.. jalan seharian peluh dan bau usah cakaplah..

Sarapan pagi kami adalah dengan nasi melekit (sticky rice) yang dipotong segitiga dan ditabur dengan perisa daripada sayuran.. selain itu juga ada roti dan butter, serta miso sup, salad potato, meat ball dan sayuran.. Aku biasanya mengambil nasi bersama salad potato.. Nuch amat sukakan meat ball nya.. aku tak makan sebab confirm ler tak halal.. tapi hidangan sayuran tetap aku nikmati ada hari dia goreng bendi.. adakala goreng brocoli.. dan ada kala dia goreng cauliflower- sayur yang ini aku tak lalu makan sebab rasanya dia guna byk sgt sos ikan sampai rasa hanyir sangat.. selain itu.. makan nasi dengan potato salad dah cukup sedap pada aku..

Hari ini perancangan kami adalah ke untuk ke Himeji castle.. tapi apabila Kanako membuat semakan di web... dia dapati Istana berkenaan sedang diubahsuai di bahagian utama istana itu.. katanya kemungkinan besar kita tak dapat melihatnya dan ada kemungkinan photo yang kami ambil mungkin tidak menarik kerana penuh dengan construction.. so kami decide untuk ubah perancangan kami untuk ke Arashiyama..

Kami merancang mengambil bas pass dengan harga 500yen seorang. Bas pass ini boleh dibeli dikaunter hotel sahaja. Kami mula menunggu bas bernombor 205 untuk ke Stesen Kyoto dan mengambil bas yang lain ke Stesen Saga.

Kami merancang untuk menaiki 'Romantic Train Sagano' dengan bayaran 620yen seorang dari Stesen Saga ke Kameoka. Jika pada musim bunga sakura laluan train ini lebih cantik dengan bunga sakura yang berkembang.

Stesen Saga untuk kami ambil Romantic Train
Maklumat train.. Kami ambil train pukul 10.07

Tiket yang kami beli 620yen seorang

Tiket untuk tempat duduk dah habis.. yang ada hanyalah tiket untuk deck 5 dan berdiri sahaja. Harga sama dengan tiket bertempat duduk. Kami putuskan untuk naik sahaja tren tersebut dan kembali balik ke stesen Saga menaiki train JR dengan bayaran 200yen sahaja (seperti yang dinasihatkan oleh petugas kaunter sebab asalnya kami mahu beli tiket pergi dan balik dengan harga 1220yen)

Sementara kami menunggu tren sampai, sempatlah juga kami menjenguk kedai souvenier yang ada.. Tak ada apa yang kami beli.. lalu kami pun tunggu tren dan naik ke deck 5.. memandangkan kami takde reserve seat.. so berdiri jelah sambil ambil gambar.. View memang cantik tapi jika waktu bunga sakura berkembang pastinya lebih cantik lagi...

Kawasan ini berbukit dan bergunung-ganang..
Ada river cruise lagi  

 Ada juga sesi foto berkeluarga dan gambar siap masa tuh juga..
Sekeping gambar 1000yen

Sebelum sampai kami nampak ada festival Koinobori atau Carp Kite (layang-layang ikan Kap/Koi).. festival ini diraikan sempena hari kanak-kanak Children Day  (ini termasuk dalam Golden week) yang diraikan pada 5 Mei. Layang-layang ini akan diletakkan oleh ibu-bapa bagi mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka.. layang-layang ini dipasang mengikut bilangan ahli keluarga dan warna yang berbeza, Hitam utk ayah, merah untuk mak, biru hijau ungu untuk anak-anak terutamanya anak lelaki.. dan semakin kecil saiz layang-layang menandakan usia anak tadi.. kalau bongsu layang-layang yang paling kecil lah..

Koinobori festival.. Pesta layang-layang ikan Kap/Koi
Petugas dalam tren siap nyanyi lagu warisan Koinobori..
Malangnya bila aku tanya Kanako.. dia pun macam susah nak explain lagu tuh hahaha.. siap p google lagik

Koinobori dari dekat

Bila sampai ke stesen Kameoka.. Kami singgah sebentar ke kedai souvenier di situ dan juga mengambil peluang ke tandas.. Sepanjang ke jepun.. amat mudah untuk berjumpa tandas.. hampir setiap stesen keretapi pasti ada tandas.. dan kebanyakan tempat pelancungan dan awam juga ada tandas.. termasuklah juga 7 eleven ;)

Di sini aku ambil kesempatan untuk beli KitKat Matcha (perisa teh hijau).. Aku dan Nuch cuba.. wahh sedap rasanya.. harga sekotak yang aku beli adalah 380yen jika tak silap lah.. dalam tuh ada 3 keping sahaja..

KitKat Matcha yang kami cuba..
Abaikan waktu dalam gambar ini sebab ini waktu Thailand (kredit gbr dr Nuch).. waktu jepun adalah 11.05am

Ketika kami keluar dari stesen Kamoeka.. kami ternampak gerai yang menjual aiskrim Matcha (green tea) apa lagik.. kami semua teruja nak mencuba.. harganya 250yen.. antara yang termurah yang kami jumpa di Kyoto.. kalau di bandar Kyoto ianya dijual dengan harga 350-400yen.

Matcha ice-cream

Rasanya pahit dan kelat seperti kita memakan daun teh.. ada manisnya tetapi tidak terasa keterlaluan.. cuma rasa pahit kelat dari teh hijau itu lebih ketara.. dalam pahit tuh.. makan jugalah sampai habis.. Selesai kami makan aiskrim.. apa lagi kami bergerak ke pesta Koinobori untuk mengambil gambar dari dekat..

Selesai mengambil gambar dan kami berpatah balik ke stesen tetapi mengambil laluan terus untuk menaiki JR tren. Sebelum itu kami singgah balik ke kedai yang kami beli aiskrim tadi tapi kali ini kami menjenguk produk kekacang dan kerepek yang mereka jual.. Ada kerepek wasabi.. dan boleh test.. masa nielah aku termakan kerepek wasabi dengan minyak babi tuh sebab ingat 100% ok.. bila nak beli.. Kanako check balik kandungan dan maklumkan ada minyak babi.. Ok dah makan.. dah masuk perut pun hahaha.. Cuma di sini aku beli jugalah kacang hitam yang digoreng.. yang ini yakin takde campuran.. dan sebungkus berharga 500yen = RM17.. kami juga diberi minum teh kacang hitam dengan percuma.. disebabkan aku membeli 2 bungkus kacang hitam.. maka makcik kat situ bagi kami 3 peket teh kacang hitam sebagai hadiah.. Kanako beri pek itu kepada aku.. katanya dia tak perlukannya.. tapi aku mungkin boleh bagi kat orang lain sebagai souvenier.. 1 pek lagi aku berikan pada Nuch..

Setelah itu kami pun bergerak ke stesen JR.. tapi biasalah.. sepanjang jalan tuh asyik berhenti ambil gambar sahaja.. Sebelum kami sampai ke stesen.. kami singgah ke gerai kecil berhadapan dengan stesen tadi.. semasa Kanako google berkenaan dengan Koinobori.. ada dimaklumkan semasa hari cuti berkenaan terdapat juadah manisan yang disediakan sempena Children Day -Kodomo no Hi iaitu kashiwa-Mochi iaitu tepung beras berintikan kacang hitam yang dibalut dengan daun oak.. Kami jumpa manisan ini di kedai berkenaan dan Kanako mengajak kami untuk mencubanya..

Kashiwa-Mochi yang kami makan..
Yang warna hijau itu tepung beras dicampur dengan daun oak.
Yang putih dari tepung beras sahaja..

Rasanya macam makan kuih Koci.. cuma tidak bersantan dan berminyak.. Aku maklumkan di malaysia kami juga ada kuih seperti ini dan dikenali dengan kuih Kochi... so aku cakap.. aku suspek mungkin ada kesamaan dengan Mochi Jepun.. yelah kan.. jepun menjajah tanah malaya dulu jugakan.. mochi - kochi.. bunyi pun lebih kurang jek...

Harga tiket train JRline hanta 200yen untuk kembali ke stesen.. Semasa ke sini aku terlupa nak ingatkan Kanako untuk ke Arashiyama untuk mengambil photo hutan bambo.. dah sampai Tokyo baru teringat... Bab ini yang ralat sungguh.... takpelah.. itu namanya untuk suruh datang balik ler kot.. huhuhu

Selepas kami keluar dari stesen.. kami terjumpa 3 anak dara berkimono.. sempatlah snap dari belakang..

 3 gadis jepun berkimono..
Esoknya turn Kanako dan Nuch pula berkimono..

Kami tunggu bas semula sebab hendak ke Golden Pavillion Kinkaku-ji yang terkenal dengan menara emasnya.. kami naik bas no 11 dan tukar bas bernombor 59 pula untuk ke sana.. Ketika ini orang amat ramai sekali.. di pertengahan jalan bas 59 mula dinaiki orang dan penuh sesak.. Mulanya kami hampir juga membatalkan niat kami ke sana.. tetapi memandangkan dah 3suku nak sampai kami teruskan sahajalah..

Tiket yang kami beli untuk masuk 
400yen

Golden Pavillion Kinkaku-ji
Menaranya dibuat daripada emas betul..

Kami beli tiket dan mula beratur untuk masuk.. Masa nie memang ramai sungguh orang.. sesak rasanya.. Bila masuk sahaja sudut pertama yang kami nampak pemandangan Kinkakuji ini orang dah mula berhenti untuk mengambil gambar sampai kena halau dengan pak guard kat situ sebab orang dah mula sesak dan tak boleh bergerak... berebut jugalah kami nak ambil gambar dan bergambar sakan... Yang bestnya lepas dah sesak-sesak ambil gambar kat situ.. bila patah balik.. Aaik.. takde orang dah.. apa lagi.. sambung balik buat aksi senyum kat situ..

Kami rancang tak nak lama-lama kat sini sebab nak pergi ke destinasi seterusnya.. so kami jalan laju-laju.. ambil gambar sana sini.. Singgah tempat orang baling duit siling.. Kanako dan Nuch ambil peluang baling siling.. aku tengok jelah.. tak minat nak percaya benda-benda tuh... dan Nuch pun singgah untuk beli fridge magnet kat situ.. Kanako pula beli manisan mochi berintikan kacang hitam lagi.. Aku?? Di sinilah pertama kali aku beli air mineral guna machine kat jepun.. senang jek... masuk duit.. pastu tekan ahakss... macam tak pernah guna kat mesia :) Masa nie siap Nuch dan Kanako ambil gambar lagi.. buat kenangan ahaks..

Ok lepas jalan-jalan.. kami naik bas balik untuk ke stesen Kyoto.. mulanya kami rancang nak ambil bas ke sana.. tetapi pakcik yang jaga kat papan tanda bas tuh hahaha.. nasihatkan kami ambil tren je sebab hanya 1 stop dari Kyoto station berbanding dengan bas yang lebih kurang 30min dan hanya tiba sejam 1.. so kami pun bayar harga tiket tren 160yen.. singgah kedai beli roti alas perut (oh ya masa nie kami langsung tak lunch.. giler sungguh).. dan kami turun ke stesen Fushimi Inari

Inilah pakcik yang kami tanya tadi..
Cerita ini siap bergambarkan..

Akhirnya kami sampai ke Fushimi Inari.. kebetulan ketika kami sampai Festival Inari juga beru bermula.. deretan beberapa buah lori membawa orang tua muda mula muncul satu persatu..

Pintu gerbang Torii..

Antara tok sami mereka

Mana yang dah sampai.. tunggu pulak kereta berhias yang bawa patung tuhan

Antara yang dah sampai beratur pada 1 bekas air dan basuh tangan mereka

Di Fushini Inari Srine ini terkenal dengan Torii gate (japanese gate) yang berwarna oren hasil derma dari orang ramai.. setiap Torii yang didermakan ini mempunyai nama individu berkenaan. Masuk ke sini percuma jek..

Torii gate berwarna kuning oren yang terang..
Ketika ini kami bergerak naik..
Jika anda baru datang.. anda tidak akan nampak tulisan berwarna hitam itu..
Tulis itu kelihatan bila anda hendak bergerak turun atau berpatah balik..

Setelah puas bergambar kat sini.. kami pun berpatah balik.. sebenarnya boleh naik lagi ke atas dan ada banyak lagi Torii gates seperti ini di bahagian atas.. tapi memandangkan kaki masing-masing dah terlebih kuat.. kami putuskan untuk patah balik dan masa untuk shopping di bandar Kyoto..

 Masa nie memang sesak dan penuh orang..
Kawaramachi Street
Jalan ini antara jalan yang terkenal di bandar Kyoto

Shin Kyogaku Arcade

Kami masuk ke kawasan arked yang dikenali sebagai Teramachi and Shin Kyogoku Shopping Arcades.. Di sini banyak gerai yang menjual souvenier dan kedai makanan jepun.. Kami kembali ke jalan ini, esoknya untuk makan tengahari di salah sebuah kedai sushi di sini.. Sedap dan semuanya berasaskan makanan laut sahaja..

Nuch.. shopping sakan gak kat sini.. banyak juga souvenier yang dia beli.. hinggakan untuk sepupu sepapat pun dia beli juga.. bukan sikit.. dekat berbelas sepupu juga yang dia belikan.. aku pulak hanya membeli penanda buku dengan tempat2 menarik di Kyoto dengan harga 300yen.. selebihnya souvenier aku dah beli semasa di kedai souvenier di Kamoeka tadi..

Setelah puas shopping.. kami putuskan untuk kembali ke hotel dan makan malam sahaja di bilik.. memandangkan aku dan Nuch membawa bekal makanan yang banyak.. maka malam itu kami singgah di kedai lawson untuk membeli air mineral, air kopi, telur rebus, onigiri tuna dan sticky rice.. kami panaskan di hotel sahaja.. nanti..

Sampai ke bilik.. apa lagi.. selepas merehatkan diri.. kami masak air panas.. dan sesi makan makanan segera.. aku makan onigiri dan bubur nasi knor yang aku bawa dari sini.. dicampur pulak dengan telur rebus.. sedap sungguh rasanya apatah lagi tadinya kami tidak makan tengahari..

Setelah selesai makan.. kami siap-siap semula untuk keluar balik menikmati suasana malam di Kyoto.. Kanako cadangkan kami ambil teksi sahaja.. Charge yang dikenakan hanyalah 750yen sahaja untuk ke Pontocho street.. Kawasan ini terkenal dengan deretan kedai makan.. dan kami turut terjumpa seorang geisha di sini.. tak sempat nak ambil gambar... tengok dengan mata sahaja lah..

 Sejarah Ponto-cho street

 Suasana jalan ini meriah dengan lampu-lampu tanglung..
Banyak deretan kedai makan..
tapi kena hati-hati ada kedai yang tidak ada tanda harga..
kalau masuk standby jelah kena bayar berapa pun..

Bila berjalan di sini rasa macam jalan di zaman silam
Kedai di sini hanya buka dari pukul 5.00ptg hingga 11.00 malam sahaja

Kami jalan-jalan di sini sambil melihat sekeliling dan mengambil gambar.. Puas jugalah berjalan dan kami turut menyusuri jambatan dan meilhat ramai orang lepak di tebing sungai..

Ramai orang melepak di tebing sungai ini
Kamogawa River
Selepas itu kami bergerak ke Gion, tetapi kerana sudah malam.. jalan itu sedikit sunyi.. dan kami bercadang untuk datang ke situ esok harinya.. dan mula bergerak ke salah satu temple yang dikenali sebagai Yasaka Jinja

Yasaka Jinja Shrine atau Gion Shrine
Kuil ini terletak betul-betul di penghujung jalan Shijo..

Kami ambil gambar di sini sikit-sikit dan mula bergerak balik ke hotel dengan menaiki teksi.. Kami penat berjalan seharian.. Esok pula kami akan bangun awal untuk ke kedai sewa kimono..

Bersambung..

Selamat Tinggal LCCT dan Selamat Datang Kansai (KIX) (Part1)
Dari Kansai ke Osaka (Part 2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...