Salam Isnin..
Alhamdullilah.. Hari ini masuk bekerja semula.. selepas 2 minggu cuti sakan dan bangun lambat.. hehehehe.. entah berapa kali aku terjaga sejak pkl 1pg lagik macam tak sabar2 jek nak p kerja ahaks... Tapi masuk kerja cam biasa walaupun aku tau dah habuk yang tak berlap tuh mesti tebal.. Like I aspected.. Masuk jek lift.. dah tau dah.. kejap lagik kena lap butang lift dan vakum lantai.. Check kotak recycle semua bilik penuh.. meaning selama 2 minggu nie memang takde sapa buang kertas2 recycle dalam tuh.. so nah tadik 3 plastik sampah aku clearkan semua kertas recycle.. Habuk dalam toilet seperti yang aku agak juga.. penuh.. tapi sebab dah aku lap tadi so tomorrow gonna be easy..
Hari ini dapat berita kawan aku yang jaga department HR Yvonne kini sedang bercuti sakit.. kanser hati, paru-paru dan buah pinggang.. Very shocking news sebab aku baru jek jumpa dia 3minggu lepas.. seminggu sebelum aku cuti tuh.. aku dan Janice duk cover department dia sebab dia cuti emergency katanya ada pembedahan usus.. tup-tup masa check-up again.. doktor sahkan kena kanser pulak.. 3 sekali gus.. terkejut sangat2 tadi bila Elaine beritahu aku.. maknanya selama dia bercuti sakit tuh.. aku dan Janice akan silih berganti cover department dia.. esok, khamis & jumaat aku kena cover HR.. so esok aku kena well plan aku ye schedule sebab department aku sendiri pun huru hara sejak aku cuti 2 minggu.. tangga penuh dengan habuk.. meaning kena vakum.. office not so bad.. tapi tadi bilik seminar bawah mmg kena vakum.. which aku dah buat tadi.. cuma bilik seminar atas jek yg belum settle..
Terkejut.. amat terkejut sebab Yvonne tuh memang baik sangat-sangat orangnya.. lembut jek.. kalau sembang dengan aku pun cakap elok2 jek.. very typical scottish.. Rasa terkilan sebab tahu pasal hal ini baru hari nie.. meaning dia dah bercuti rehat kimoterapi selama 3 minggu dah.. Aku harap dia sihat semula.. but I think it would takes many months ahead... agak2 sempat tak jumpa aku sebelum aku balik mesia?? Emm.. kalau ada jodoh dan rezeki mesti aku jumpa dia.. tapi mendengar penyakit yang dia alami tuh.. terlalu kritikal sebab serang organ2 utama badan.. Aku harap hayat dia panjang.. Jika tidak.. Mesti aku sedih giler.. because I'll missed her so much.. Dulu selalu gak cover kerja dengan dia.. bila dengar dia sakit camnie mmg aku sedih sangat2.. Apatah lagi aku selalu nampak kelibat dia pagi hari bila nak naik lif pagi2.. mesti dia lambai aku.. kadang2 bila lampu koridor dekat HR tak menyala.. selalunya mesti aku akan on lampu kat situ.. Tak sangka kan.. dekat nak 4 tahun kerja kat situ.. kawan-kawan sama tempat kerja lalui pelbagai peristiwa.. 2 tahun lepas Carmela buat pembedahan cecair kat lutut.. cuti dekat 4 5 bulan gak sebelum dan semasa x'mas... dan tahun nie pulak.. Yvonne... mesti terasa kehilangan dia terutama bila time x'mas party.. selalu ada muka dia.. tahun nie xde.. Ini pun aku dah rasa sebak.. walaupun dia hanya kawan sekerja tapi aku dah rasa dia tuh adalah sebahagian dari lingkungan sahabat handai kat sini.. kalau kerja pagi.. aku dah anggap Yvonne, Loraine & Carmela macam keluarga aku sendiri sebab kami kerja di bangunan yang sama dan tengok muka masing2 tiap2 hari bekerja..
p/s Bila kita sihat.. kita lupa bagaimana rasanya sakit... tapi bila kita sakit.. masa itulah baru kita teringat betapa seronoknya masa kita sihat..
2 comments:
sihat itu anugerahNya yang tinggi nilainya..alhamdulillah.
kueh
Alhamdullilah hargai masa kita sihat.. bila dah sakit masa tuh baru kita tahu betapa seronoknya masa sihat..
Post a Comment