Salam malam minggu
Lagi sejam nak masuk ke tengah malam dan bermulanya detik waktu hari ahad.. Sejenak fikiran datang membuatkan aku berfikir seketika.. Selesai berbual dengan seorang rakan baik buatkan hati dan emosi aku bercampur-campur..
Berbeza sikap dan pendapat itu adalah lumrah dalam berkawan.. Adakala kita akan jumpa orang yang jauh berbeza pemikirannya dengan kita.. Adakala pula kita akan jumpa orang yang cukup sama sifat dan minatnya dengan kita.. Biasanya yang sama ini kita lebih teruja dan seronok bila berkawan.. Manakala yang berbeza itu kadangkala kita rasa janggal dan sedikit tidak selesa.. Namun itu tidak menghalang kita daripada terus berkawan dan terus menjalinkan hubungan..
Punya minat.. citarasa.. selera.. cara.. sikap yang sama itu sememangnya ideal.. bukan sekadar dalam persahabatan malah juga dalam hubungan.. Terutama bila kita mencari pasangan hidup.. pastinya mereka yang punya gaya.. sikap.. minat yang sama itu lebih cenderung untuk kita dekati.. dan mereka yang kita lihat jauh beza citarasa dan sikap itu kita cuba hindari dan tidak layan..
Ini menyebabkan aku terfikir sejenak.. kerana selain daripada kawan-kawan yang sekepala.. yang sama minat.. sama citarasa.. sama perangai... yang aku katergorikan sebagai sekepala.. seia sekata.. Aku juga punya kawan yang cukup jauh berbeza sifatnya..citarasa dan minat.. tapi kami kawan baik... masih boleh berkawan dan bermesra walaupun kadangkala hati terusik dengan sikapnya.. atau hati terasa dengan tindak tanduknya..
Mengapa perbezaan itu kadangkala buatkan kita lebih rapat?? Janggal dan pelik kan.. walaupun kadang hati cukup terasa.. walaupun fikiran seringkali mengatakan.. terimalah dia dengan perbezaan itu.. Hati tak dapat tidak menindakkan rasa kejanggalan itu.. dan kini.. ia sedikit sebanyak menjadi persoalan.. kenapa kita masih nak berkawan dengan orang sebegini..
Jawapannya??? Pada aku takde jawapan.. Soal hati ini terlalu kompleks.. ada orang mungkin dah lama ignore atau tidak berkawan dengan orang sebegini.. tapi mungkin pada orang lain.. perbezaan itulah tarikan.. berbeza itu bagus... berbeza itu menarik.. berbeza itu istimewa..dan mungkin sifat dan sikap yang berbeza itu membuatkan aku tertarik mendekati dan berkawan dengan insan sebegini... walaupun hakikatnya cara hidup..sikap dan pendapatnya amat jauh berbeza dengan aku..
Pendekatan?? Aku rasa yang terbaik untuk aku lakukan bila mendekati kawan sebegini adalah redha dan sedia membuka minda seluasnya untuk terima dia seadanya.. Aku tidak boleh lagi apply rules tertentu atau meletakkan keegoan sikap aku bila berkawan dengan orang sebegini.. Maknanya.. aku kena tolak ansur tahap maksima.. Meaning it's better just to agree than to disagree... Aku rasa itu cara terbaik sebagai penyelamat keadaan.. Agree to disagree.. it's save the situation.. it save the relationship.. Aku kena kawal sedikit sikap terbukaan dan ketelusan serta 'terus terang' bila berbicara.. But sometimes I feel deeply sad because it's sort of like pretending to be ok.. just for the sake of avoiding the situation turn into something worst.. I learn my lesson the other day... Mengalah tidak bermakna kita kalah.. Mengiakan tidak bermakna kita setuju sepenuhnya.. Menerima tidak bermakna kita tidak ada pendirian.. cuma selagi ia tidak memburukkan keadaan.. just be it.. Aku dah letih nak mengeruhkan keadaan.. Sometimes you just have to accept the way they are kan..
Walaupun kadangkala kita rasa 'tidak adil'.. kita rasa 'tak sepatutnya' tapi jika itu yang terbaik untuk kita hadapi sesuatu situasi itu.. so just let it be that way.. Aku dah sampai peringkat ini.. Kadangkala bersifat menerima tidak salah.. walaupun ye.. mungkin sahaja rasa tuh terpendam jauh dilubuk hati.. but janji tak gaduh.. tak selisih faham.. tak bertekak.. tak bertegang urat.. hubungan aman damai.. so why not.. why take the risk to be so direct and point out all the different things but at the end of it.. masing2 terluka.. masing2 kecewa dan masing2 sedih.. and worst.. the relationship end..
Tapi pasti sahaja org akan kata.. aku lebih rela putus atau berpisah dengan seseorg dan berterus terang apa yang aku tak puas hati tuh daripada aku pendam rasa yang menyebabkan rasa tak bahagia.. Setuju juga dengan pendapat ini.. Tapi mengapa kita nak memburukan keadaan seandainya kita rasa kita boleh handle lagi situasi itu.. atau kita masih boleh berhubungan baik dengan dia.. Well.. sometimes.. memendam itu baik.. it's the best practice sebenarnya.. ia mengajar kita mengalah dan menerima.. menerima untuk kebaikan kedua-dua pihak.. kadangkala soal hati kita kena tolak ke tepi dan letakkan priority benda lain sebagai keutamaan..
Benda yang aku cerita nie nothing to do with my relationship with my beloved.. Jangan pulak silap faham.. my relationship with him is strongly bond.. Dia terlalu mengenali aku.. walaupun kami ada juga perbezaan.. but the way I look into his differents.. I also judge his good side and things that we really enjoy doing together.. Maknanya.. walaupun dia ada perbezaan dan ada sikap2 dia yang kadangkala tidak aku senangi.. tapi aku juga tidak hanya melihat perbezaan itu.. masih banyak lagi persamaan lain yang berganda lebih baik daripada perbezaan yang aku lihat itu.. Maksudnya.. bila aku rasa tak puas hati dengan dia tentang sesuatu.. aku juga tidak lupa tentang benda lain yang dia buat menyenangkan aku... so that way.. aku boleh cool.. and love him even more..
Yang aku bicarakan di sini adalah dalam soal persahabatan.. Different is good yeah.. and different is special.. just the way we accept it.. As long as it make both happy then.. terimalah perbezaan itu dan sesuaikan dengan cara kita berkawan..
Berbeza itu istimewa... bukan sekadar berbeza itu bagus pada aku...
5 comments:
"diffrent is good" kata frank :)
kadang berbeza itulah yg menyatukan kita :)
saya meraikan unik dan berbezanya individu, sebab pada saya, itu yg buat dunia meriah :)
alis.ahaks.
'agree to disagree'. i like that sis..
dalam perhubungan. ada banyak perbezaan. sebab kita manusia.mana mungkin kita sama. titik-titik persamaan yang ada boleh mengatasi jurang-jurang perbezaan.'serasi' masih boleh wujudkan..
penah tgk beautiful mind sis?
Alis
Yup.. tapi kadangkala bila terlalu berbeza bukan mudah kita nk terima secara terbuka lagi2 bila pendapat dan sikap itu terlalu berbeza.. it's not easy just to adapt to changes and somethingh different..
Kueh
Yup.. agree.. tapi sometimes when it's so different.. tak mudah kita nak jadi serasi.. serasi ini selalunya kita mudah rasai kalau kesamaan dan seiringan tuh wujud.. tapi kalau awal2 kita lihat ada ketara perbezaan itu... this is something so challenging to do..
Yup akak dah pernah tgk movie tuh kat wayang.. mmg best cerita tuh.. a bit extreme tapi punyan makna yang mendalam
"memendam itu baik", sangat sokong. :D
Juliet
ye kalau kita peram mangga buat jeruk pun sedap.. ahaksss tetiba jek ;)
Post a Comment