Thursday 3 November 2011

Bila kembara Spain dalam kenangan..

Puisi dari Putra kepada Suria
Dari bawah balkoni hostel di Madrid..

Putra; "Suria.. Untuk kali terakhir saya tulis puisi untuk awak dan saya tulis puisi ini sendiri.. dan saya janji saya akan hilangkan diri sendiri"

Suria ; "Hai.. Puisi pulak... oklah oklah.. bacalah.. bacalah.."

Esok saya dan awak akan berpisah
Esok akan jadi sejarah
Sejarah sebuah pintu
Ya.. Saya lah pintu tuh..
Pintu yang awak buka dan masuk
dan janganlah awak tutup pintu tuh
kerana pintu itu adalah saya

Suria ; "Ahhh... oklah pintu.. pintu baliklah dulu.. Ahh.. sebab saya nak masuk nak tutup pintu.. Selamat berpintu-pintu"

Hahahahaha... Aku gelak sorang2 bila tengok episod nie ;) 'Suria di Cordoba' Memang bestlah tengok cerita nie.. Aku tahu korang kat mesia sure dah sakan tengok drama nie.. Sedikit sebanyak.. Bila tengok cerita nie.. buat aku teringat kenangan semasa ke Andalusia dulu.. dan paling best.. cerita nie selamba jek.. Entah berapa kali aku tergelak sorang-sorang.. Release tensen kejap.. ;)

Dulu semasa aku ke Andalusia, Spain.. Aku tidak berkesempatan untuk ke Madrid... Cuma aku sempat ke Malaga, Gibraltar, Cordoba, Granada dan Almeria.. Ketika trip kedua ke Toulouse, France.. Aku sempat ke Barcelona yang mengambil perjalanan hampir 6 jam lebih dari Toulouse...

Sebenarnya Negara Spain adalah antara negara yang sepanjang pengalaman kembara aku adalah antara negara yang aku paling suka.. Suka sebab mungkin bentuk muka bumi.. budaya dan cara hidup rakyat sepanyol itu buatkan aku jatuh cinta dengan negara itu.. Bila lama duduk di luar negara begini.. berkelana seketika ke Spain.. pertama kali ke sana.. aku rasa seolah berada di negara sendiri.. rasa ini berbeza bila aku ke negara2 lain.. yang begitu ketara perbezaannya.. Entahlah.. bila berada di Spain.. Aku benar2 rasa seolah di Malaysia.. sedikit sebanyak kerinduan untuk berada di negara sendiri.. terubat juga ;)

Yang lebih seronok bila teringat kenangan ke Andalusia ini.. kedua-dua kembara itu aku pergi bersama 2 keluarga yang merupakan sahabat baik aku.. Kebiasaannya bila aku kembara.. dengan 2 keluarga inilah aku sering kemana-mana.. Mungkin sebab aku dah biasa dengan perangai masing2.. dah faham citarasa makan.. sifat dan perangai.. Cuma bezanya.. semasa kembara ke Andalusia.. Aku pergi sendirian tanpa pakwe.. dek kerna ketika itu dia baru sahaja memulakan kerja pagi di tempat kerja aku sekarang.. Yang lebih utama semasa aku ke Cordoba.. Aku hanya berpeluang di sana selama 2 jam sahaja sebab sampai pun dah pukul 6 petang..

Buat pertama kali juga di Blog ini aku menceritakan pengalaman kembara aku.. Sebenarnya aku jarang nak bercerita kat sini tentang pengalaman aku ke negara orang di sini.. Yelah sebab cerita pun pasal tukang cuci jek.. Maybe nanti jika ada kelapangan masa akan aku ceritakan lagi.. kisah2 kembara aku yang lebih pada apa yang aku lihat dan rasa..

Cordoba
(Gbr dari google.. Gambar yang aku ambil.. ada kat rumah)
Aku pernah menyusuri jambatan ini menjelang senja di Cordoba..
Rasa nak ke sana lagi..
InsyAllah..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...