Wednesday 9 November 2011

Bila kita ada masalah.. tidak semua kawan sesuai jadi tempat mengadu

Salam rabu..

Dah 3 hari kita menyambut hari tashriq.. iaitu 3 hari 11-13 Zulhijjah.. dan selama 3 hari itu ibadah korban masih boleh dilakukan... Sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad lepas syukur disambut dengan serba sederhana.. Ahad lepas majlis di dewan.. Aku pun ambil kesempatan buat openhouse di rumah sendiri..Tak ramai yang datang.. tapi syukurlah makanan terluak juga... Sempat jugalah aku beraya 4 buah rumah malam itu.. pulang ke rumah hampir 11.30malam...

Isnin aku ke Uni seperti biasa... ambil surat exemption council tax.. Semalam pulak kawan baik dari mesia datang.. Satu hari aku spend masa dengan mereka.. So rancangannya hari ini aku nak settlekan urusan tuh.. tapi pakwe punya visa card biometric entah kat mana dia letak.. Pagi2 lagik aku dah tensen.. sebab kalau betul hilang tuh,, banyak benda nak kena buat balik... Udahlah sepatutnya hari ini aku settle urusan tuh.. Awal pagi memang aku membebellah jawabnya... Sampai jek CIS.. sebelum masuk lif aku dah terserempak dengan G.. Aduhhhh.. terus teringat kerja2 yang tak siap lagik... Dia nak jumpa Jumaat nie lak tuh... Double stress...

Naik ke pejabat aku call sorang kawan nie.. kira untuk mengadu tensen aku.. biasalah org tengah tensen kan.. cakap pun memang tak berhenti2.. sebab kita tengah luahkan perasaan... aku pun tak sedar entah berapa kali aku ulang2 cakap benda yang sama.. yelah bila kita stress... kdg2 kita mana ingat apa yang kita cakap sebab waktu itu kita fokus nak luahkan apa kita rasa.. sesiapa pun macam tuh.. tapi buat aku lebih terasa hati... ada ke patut.. benda yang dia boleh cakap balik pada aku.. "Dah cakap sekali pasal masalah tuh dahlah.. tak yahlah ulang-ulang kali cakap" terus aku terdiam.... ehhhh... kenapa aku kena balik nie.. aku ingatkan.. bila aku berkata camtu.. cerita masalah aku.. paling2 tidak aku nak dengar "Sabarlah.. InsyAllah.. ada tuh... boleh buat..." sedap sikit lah hati aku nak tenang dan cool... nie alih2.... benda pasal aku berulang2 cakap itu jadi isu... aku makin stress... ingat nak mengadu.. rupanya kadangkala kita terlupa.. tak semua org faham masalah kita.. dan tak semua org sesuai jadi tempat untuk kita mengadu..

1st time dalam hidup aku.. bila aku mengadu pada orang yang aku anggap kawan baik.. aku dapat komen camtu.. 1st ever... kata-kata dia buat aku terfikir.. ehhh dia nie fokus pasal aku cakap berulang kali ke?/ atau fokus pada permasalahan aku... sekali pun aku cakap berulang2 kali... takyahlah tegur sebab teguran itu cukup menyakitkan hati... aku terus jadi lebih2 stress... sedih yang dari tadi memang aku duk tahan dan tahan.. akhirnya buatkan airmata aku mengalir tanpa aku dapat tahan lagik... kalau tak dapat tolong selesaikan masalah... tolonglah dengar.. sekali pun orang itu meraung ke.. marah2 ke.. bentak2 ke.. biarlah sampai dia puas hati.. lepas tuh... bila kita tgk dia dah tenang barulah komen.. nie tak... org tuh abis cakap pun belum.. tapi duk komen pasal yg bukan2...

I learn my lesson today.. sometimes.. friends that we think could be the one for us to seek for comfort.. sometimes can turn into the one that really annoy you.. even more annoying than the problem itself...

Aku terkena hari ini... Sedih sudah tentu.. bila aku cuba jelaskan keadaan aku.. dia pulak makin bertekak menegakkan kebenaran tindakan dia tuh... dah jadi aku pulak kena mengalah dan terima pendapat dia.. walhal aku tengah stress nie.. aku tengah tensen.. jadinya aku pulak kena faham keadaan dia.. aku pulak yg kena mengalah..

Entahlah... manusia nie macam-macam... Tak pernah lagi aku kena macamnie.. selalunya kalau aku mengadu.. tak pernah lagi aku kena begini.. Mungkin silap aku juga sebab mengadu pada orang yang salah.. silap aku... aku silap perhitungan.. maybe I should stick to the one that I always seek comfort.. masalahnya kawan aku tuh pulak tengah busy.. ada dateline esok.. itu yang aku tak sampai hati nak call dia tadi.. so aku call org lain... rupanya.. aku yang kena balik...

Susah ke nak jadi pendengar yang baik?? Susah ke.. nak jadi orang yang mendengar.. tak komen tak kata apa pun sebenarnya takpe.. Entahlah.. I'm really sad.. deep down aku rasa aku macam silap pilih kawan.. entahlah..

Aku dah call sorang lagi kawan baik.. minta tolong ayah dia 'tengok' kan kalau kad biometrik pakwe tuh leh jumpa ke idak.. Itupun tadi dia tgh busy dengan setup system... kesian pulak... Emmm kadang2 bila kita perlukan seseorang nak mendengar.. kdg2 kawan2 yg biasa tuh pulak ada kesibukan masing2...

Yeah mengadu pada Allah itu lebih baik... tapi kadang2 kita perlukan seseorang just utk mendengar dan ada kat sebelah kita bila kita ada masalah kan... walaupun dia tak cakap atau komen apa2.. kdg2 cukuplah dia dengar dan beri perhatian pada apa yang kita cakap...  

Dah cool sikit walaupun tak sepenuhnya...

6 comments:

Zainur said...

Agaknya kawan akak tu tgh tensen juga...either wrong person or wrong situation.. Tapi saya setuju, mengadu pd DIA. DIA maha mendengar lagi maha mengetahui. Mcm sy takda bestfren jd sy byk mengadu kat blog atau tulis kat mana-mana kertas...hehe..tp most of the time sy mengadu kat hubby.. InsyaAllah tentu ada jalan penyelesaian utk kesukaran ini...ameen..

~mrs azmi~ said...

ya betul.. tak semua orang boleh jadi pendengar yang baik... sabar eh

kueh bakar said...

my blog, my dem good listener.
tapi not dem good secret's keeper.

mungkin dia pun ada probs.mungkin nanti dia call mintak maap.harapnya begitu...

semoga jumpa balik.



kueh

julietchun said...

awa, awak nak pinjam bahu saya? Silakan.

mashi said...

meh nak pelok meh

:)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Zainur

Well.. we just happen to have different way of thinking..

Kadang2 org faham lain.. kita pulak faham lain.. biasalah..

kalau pasal tensen ngan hby.. mana leh nk ngadu ngan dia kan hahaha.. so that why I turn to someone else to talk too ;)

Mrs Azmi

Yup.. ;)

Kueh

Dah pun minta maaf tapi biasalah masih nak tegakkan kebenaran masing2.. in the end akak just accept just the way it was... kena terima lah setiap org ada pemikiran berbeza.. alah kejap jek marah2.. dan masing2 terima.. different is good..

So both side xambik hati walaupun akak jenis very direct.. ahaks..

Juliet

Nak pinjam bahu kita p kampung baru ye ;)

Mashi

Meh.. meh ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...