Tuesday, 29 November 2011

Bila cara berfikir kita berbeza

Salam Isnin..

Berbeza itu bagus.. Masih ingat akan topik tentang berbeza ini yang pernah aku perkatakan dulu?? Kali ini aku terasa nak bercakap soal berbeza ini lagi.. berbeza pendapat terutamanya dalam berkawan.. cara berfikir.. cara bawa diri.. cara memberi jawapan.. sedikit sebanyak dalam pada kita cuba juga terima hakikat bahawa peribadi dia begitu tapi kita juga tidak dapat tidak... mengakui bahawa dia punya cara berfikir yang cukup berbeza..

Minggu ini sahabat baik aku pulang ke tanahair.. kira antara rangkaian sahabat baik aku di sini..dia adalah sahabat baik terakhir yang pulang.. 4 darinya dah pulang tahun ini.. Kini secara rasmi tinggallah aku seorang yang masih belum pulang lagi.. ada seorang lagi bersama aku.. tapi dia aku anggap pangkat adik.. mean masih rapat tapi aku masih punya batasan keakraban yang ketara terutamanya sebab dia study dan tinggal di kawasan yang berlainan dengan aku..

Kini officially.. aku kehilangan rakan-rakan baik.. secara umumnya kini aku sendirian di sini tanpa lagi kawan-kawan rapat yang kerap aku jumpa setiap minggu.. atau yang pastinya setiap minggu pasti call aku.. atau aku akan call dia.. kini suara-suara mereka itu kini telah berada jauh di tanahair.. Sedih??? sudah tentu aku sedih.. tiapkali sahabat baik aku mahu pulang.. pastinya 2 3 hari sebelum itu aku dah menangis.. Cuma ketika pemergian dia hari itu.. pulangnya aku ke rumah.. aku sebak sangat2.. Bila tinggal di perantauan begini.. persahabatan yang terjalin selama 5 tahun itu bukan nya sekejap.. terlalu lama kami berkawan.. rumah kami dah macam rumah masing-masing.. melepak.. makan.. beribadat semua bersama-sama... Aku pulak jenis very selective sikit bila berkawan dan jarang sangat melepak rumah org.. kalau aku kerap pergi pun hanya ke rumah yang benar2 rapat dengan aku sahaja.. Bila kawan baik aku itu pulang.. Aku benar-benar rasa kehilangan dia.. tapi aku lihat seolah-olah dia tak rasa kehilangan aku kot hahahaha.. balik pun takde nak salam2 aku.. sampai aku sound.. org lain ko salam ye.. aku jek ko tak salam lagik..

Kisah aku dengan sahabat2 rapat aku ini.. diketahui oleh 2 orang sahabat baik aku di tanahair.. maknanya.. mereka tahu siapa kawan-kawan baik aku di sini walaupun mereka tak kenal siapa mereka.. tapi 2 orang sahabat baik aku ini.. sering menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa hati aku.. tiap kali aku sedih.. atau mahu kongsikan rasa.. kadangkala.. mereka sendiri yang menghantar sms bertanya khabar pada aku.. terutama bila mereka tahu.. aku punya dateline dengan G.. atau terbeban dengan tugasan yang perlu aku submit setiap minggu..

Kebetulan minggu ini.. salah seorangnya tahu yang kawan aku A dah pulang ke tanahair.. Seolah dia faham apa yang aku rasa.. dia jugalah yang mengatakan pada aku "I tahu hati U camna bila A balik.. mesti U sedihkan.. kawan-kawan baik U dah balik.. tapi U belum nak balik lagi".. Sejenak aku tersentak.. sebab kadangkala dia begitu memahami hati aku tanpa perlu aku cakap apa yang aku rasa... Pada aku cukuplah dengan hanya kata-kata itu.. itu dah buat hati aku sedikit terubat kerana merasakan ada yang faham..

Ia berbeza dengan seorang rakan lagi.. Dia nie biasanya aku perlu beritahu apa aku rasa.. tapi yang sedihnya pulak.. kadang-kadang bila aku meluahkan rasa sedih aku.. aku pulak terkena balik.. seperti kata-kata dia "Tak perlu fikir sangat benda-benda tuh.. U pun nak balik tak lama lagik.. fokus kerja..." Tet!!!!!!!! itu bukanlah jawapan yang aku nak dengar bila aku beritahu dia aku sedih... tapi entahlah aku tak faham cara dia berfikir.. camna gayanya kan.. bila seseorang kawan sedang meluahkan rasa sedihnya.. dengan harapan kawan itu memahami.. setidak-tidaknya.. kalau tak tahu nak cakap apa cakaplah "Sabarlah.. InsyAllah.. nanti mesti dapat jumpa juga kan" itu pun dah cukup buat hati aku lega..

Then aku realised... there are people who just think differently.. The way they see things.. and understand things so different than how you look at things... Sampai aku cakap dengan dia..

"Boleh tak.. dengar dan jadi pendengar yang baik.. dan boleh tak faham dan tak perlu buat penjelasan apa-apa.. sebab segala logik alasan.. jawapan pada itu.. aku pun boleh fikir sendiri.. luahan hati ini.. sekadar luahan hati.. tentang perasaan tentang rasa dan tak perlukan 1 penjelasan.. tak perlu diingatkan tentang perkara lain" (masa nie aku dah tensen sebab seolah bila aku cakap aku sedih tuh.. macamlah aku tak tahu aku ada kerja study yg kena siapkan.. macamlah aku tak tahu yang aku kena fokus dengan kerja aku.. tak yahlah ingat2kan aku pasal tuh..)

Betullah kan.. kadangkala bila kita berkawan.. tidak semua orang sesuai kita ceritakan masalah kita.. perlu juga kita tapis.. dan pilih siapa kawan dan lawan kita.. walaupun kita mungkin punya ramai kawan baik.. tidak semua kawan itu sesuai menjadi tempat untuk kita meluahkan...

Sabar... itu jelah yang mampu aku cakap tentang kawan aku sorang nie... Sahabat yang baik tapi bukan pendengar yang baik... I guess people just hard to change.. and we just got to accept who they are.. jangan sampai 1 tahap nanti aku rasa tak nak kawan dah hahahahaha.... Atau mungkin nanti satu hari nanti bila dia terkena seperti yang dia buat aku.. maybe masa itu baru dia faham kot (nie dah ada niat nak balas dendam nie hehehehe)

Apa pun keep on moving... kadang2 fikir pasal kawan pun pening pala juga.. hidup camtulah.. tak complicated.. bukan hidup namanya kan...

Tetiba aku rasa nak makan chicken chop...

4 comments:

ku-cit said...

even hati sedih tapi selera mkn tetap tinggi...ehehehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

ku-cit

selera makan tuh dtg sebab akak tgk masterchef tadik.. teringat chicken chop hahahaha..

sindiketsulit said...

ending cerita sangat sedih.
tetiba nak makan chicken chop..
kahkah..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Wos

Hahaha masa naip tuh time untuk balik umah.. perut dah berbunyi.. tapi mmg sungguh akak buat chicken chop tau.. 1st time hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...