Hari ini dah mula bekerja pagi.. Well.. masuk jek level 6.. karpet depan lift tuh penuh habuk.. aku suspek ada kerja2 betulkan lampu berlaku pada minggu yang aku cuti tuh.. Syukur juga vakum dah ok.. so hari nie memang letih.. sampai department tgk pintu ke HR tak buka.. Janice nowhere to be seen.. suspected she might be off or probably ill.. so dalam sejuk2 pagi tuh terpaksa jalan kaki ke guard house dan ambil kunci.. buka pintu gerbang ke HR dan buat lebih kurang jek yang penting2.. selebihnya aku settlekan department sendiri.. habuk banyak sungguh.. angin rebut kuat berlaku beberapa hari lepas menyebabkan beberapa kawasan ofis yang ada tingkap penuh dengan habuk dari cat tingkap tuh.. yelah bangunan pun dah lama kan.. wujud sejak 1860 lagi tak silap aku.. so tingkap pun semua style lama..
Penat sudah tentu sebab hari nie aku kena cover sorang2.. esok tak tahu lagi.. kalau Janice ada esok.. ok sikit.. kalau tak.. aku akan buat seperti mana aku buat hari ini.. department sendiri pun masih ada beberapa tempat kena vakum.. semalam buat yang critical jek.. the rest sambung esok.. lusa pulak kena vakum tangga..
Hari ini uni study aku masih tutup lagi.. Esok hari ke department dan siapkan dateline.. cuti nie assignment pun cuti ahaks.. biasalah dah nama cuti.. tambah pulak badan kan tak berapa sihat sangat dan aku pun sibuk packing kotak.. so far dah 61 kotak sealed and taped as well as labelled.. Barang kat dapur belum sepenuhnya lagi packed.. periuk kuali masih belum masuk kotak dan akan tinggalkan mana yang memang nak pakai jek..
Hari ini juga dah hari ke 4 di tahun 2012 kan.. Orang lain dah 2 hari bekerja.. aku baru mula bekerja pagi tadi dan esok back to routine.. back to the uni once again.. then nak kemas meja kat ofis tuh pulak.. buku2 yang 2 rak tuh pun nak kena pilih mana yang nak bawak balik.. pastu all the journal dan conference papers tuh pun nak kena pilih.. kalau semua tuh nak bawak balik… naik kapal terbang memang xleh.. sebab berat sangat.. so kena pilih yang betul2 nak guna untuk writing up..
Pakwe dah sibuk tanya beria nak balik nie.. keje dah siapkan?? Well what could I say..I just doing my all best.. Hopefully.. it’s enough by the time I get back.. InsyAllah.. dah penat dan letih sebenarnya sendirian di negara orang bila semua kawan-kawan baik dah balik… Feel lonely.. memanglah masih ada dia di sisi.. Always will be.. InsyAllah.. and never doubt his faithful and patience.. Always grateful that having him all this years by my side..
Recently bila baca status facebook banyak sungguh isu yang diperkatakan masa kini.. Bermula dengan isu mahasiswa yang turunkan kain rentang yang ada muka najib.. sampai isu buat Utube nak ludah dan tampar muka budak tuh.. sampailah isu buat penghimpunan haram… Beberapa kawan tanya aku gak isu pasal budak nie.. tapi susah nak komen sebab aku bukan ada kat mesia pun.. yang dalam pengetahuan aku pun takat baca berita jek.. itupun aku malas nak search google.. sumber yang lebih benar kalau aku tanya kawan-kawan sekerja aku.. tapi buat masa nie malas nak tanya sebab bebanan kerja aku kat sini dah cukup buat aku serabut.. malas nak ambil tahu isu semasa..
Kemudian timbul pula pasal isu Amalina.. Dulu dia glemer sebab pelajar cemerlang SPM dulu.. isu tentang culture shock.. pada aku isu nie dah biasa sangat kat sini.. Aku tak pelik langsung bila timbul perkara begini sebab pada aku.. kalau nak tahu yang lebih teruk pun ada.. tapi sebab dia tuh glemer.. so secara tak langsung glemer lah.. Tertarik dengan satu isu pasal ini juga yang di highlight oleh seorang kawan aku di FB dia.. Ulasan dia.. kalau nak tegur biarlah tegur cara baik.. tak usahlah nak sebar2kan dalam FB atau tulis dalam blog dengan letak gambar budak tuh dah kemudian trigger komen2 yang lebih mengutuk dan menghina.. secara tak langsung kononnya nak menegur tapi pada aku itu bukan caranya nak menegur..
Pada aku kadang2 mulut kena hati2 juga bila berkata.. sebab takut nanti perkara yang kita kutuk atau hina itu kemudian terkena kat diri sendiri pulak nanti.. Kita tak tahu masalah dia.. apa yang dia lalui atau yang dia fikir dan terus kita jatuhkan satu statement itu adalah tidak adil.. apatah lagi dalam komen2 orang kat status FB aku tuh ada seorang tuh siap highlight isu kenegerian.. katanya sebab dia asal dari Kelantan.. maka katanya org kelantan nie jati dirinya ‘fragile’… pada aku statement itu so ‘sick’ come onlah.. Anak pak Imam sekali pun.. dan belajar di sekolah agama sekalipun.. kalau pemikiran dan hati dia terpengaruh dengan sesuatu perubahan.. tak mustahil dia pun boleh terpesong.. apatah lagi pada individu yang mungkin selama ni.. terhad pada satu persekitaran.. tetiba berada dalam situasi.. yang pada dia mengejutkan dan dia rasa seronok.. terus dia tertarik dengan perubahan itu..
Jangan kan kata dia.. Aku sendiri pun tak nafikan.. sedikit sebanyak aku juga turut berubah dengan cara orang sini berfikir.. Cuma tidaklah sampai rasa nak buka tudung atau nak berubah style hidup.. Tapi aku tak nafikan.. pemikiran aku banyak berubah setelah 5 tahun berada kat sini.. Di sini memang takde halangan.. bebas.. kita boleh buat apa sahaja.. Bagi jenis yang suka ikut usrah.. Alhamdullilah sedikit sebanyak kumpulan usrah itu akan jadi pedoman atau mentor kita.. tapi kalau jenis yang tak suka join benda camtu.. dan lebih suka cara hidup yang lebih social.. so.. memang boleh sahaja terjerumus.. dan berubah..
Pada aku kes Amalina itu adalah persekitaran dia.. mungkin dia temui keselesaan dengan kawan-kawan begitu.. Actually aku faham juga kenapa dia close to her non-malaysian friend.. dan mungkin dia terpegaruh dengan cara hidup mereka.. Aku sendiri pun ramai kawan-kawan English.. Scottish which I find their way of thinking well better and mature than my Malaysian friend… they are more pleasant understanding.. friendly.. helpful.. Cuma kerana kita punya budaya dan bahasa yang sama.. maka hubungan dengan kawan-kawan senegara itu lebih rapat.. Itupun aku amat memilih siapa yang aku nak rapat.. very selective.. sebab tak semua org tuh ikhlas nak berkawan.. masa susah ramailah.. masa senang.. ramai yang lupa diri.. ramai yang rasa dia lebih baik.. Maklumlah kan.. duduk oversea…
Sifat aku pulak.. aku jenis ramah dengan semua orang.. Cuma sifat aku yang serius dan agak diam dan kadangkala very firm.. ramai labelkan aku tegas dan serius.. Tapi pada kawan-kawan baik aku.. they know me by my action.. Aku jenis tak suka cakap banyak.. I said and I do it.. that me.. Lagipun aku suka excluded sebab aku tak suka org ambil tahu hal aku.. hahaha… tapi kat blog p cerita semua kan ahaks.. That just place where I expressed my feeling..
Bukan mudah sebenarnya nak bina jati diri.. Bukan juga mudah nak jaga agama kat tempat orang.. tapi sebenarnya kat tempat sendiri pun.. sama juga.. bukan lokasi sebenarnya yang menjadi sebab.. tapi hati dan pemikiran sebenarnya.. mungkin pada dia.. Itu satu keseronokan yang dia temui.. Kalau nak kata terpesong.. Artis kat mesia tuh ramai lagik yang lebih teruk.. hahaha..
Semoga kita sentiasa punya jati diri pada bangsa dan agama.. Jadikan ikhtibar pada yang terjadi.. nak kutuk sikit2 sudahlah.. sebab takut nanti kalau kita pula diuji dengan benda yang sama.. Kita jadi lebih teruk dari dia.. ;)
A X'mas card from the staff and celebration chocolate
My last x'mas gift..
And the best of all..
I got my 3rd year of 'Perfect Attendance' again..
3 tahun berturut2..
Kalau kat mesia dapat khidmat cemerlang camnie.. memang best ahaks..
Kalau kat mesia dapat khidmat cemerlang camnie.. memang best ahaks..
Dapat lagi cuti extra 1 hari..
Yang tak best kena ambil sebelum 13hb nie..
Cuti lagi!!! kalau boleh sedekah kat orang dah lama dah aku bagi ;)
2 comments:
mesti mak dia sedih org duk kutuk anak dia, wlau cmne pun mak dia lbh tau dr kita semua..
Marina
Mak sesiapa pun mesti sedih kalau anak dia kena kutuk bukan2 kan ;)
Post a Comment