Salam Malam Minggu..
Waktu ini di tanahair dah masuk tahun baru 2012.. Dah 4 jam berlalu pun.. di sini masih awal lagi.. jam masih pkl 8.30malam.. pastinya waktu ini di tengah2 bandar sudah ramai orang yang sibuk berkeliaran menunggu detik 12 tengah malam.. Aku dapat bayangkan pasti ramai orang tak sabar menunggu laungan itu..
Aku seperti mana tahun2 lepas.. lebih selesa lepak kat rumah.. Cuma bezanya tahun2 yang lalu hari-hari cuti begini.. Aku pastinya akan keluar ke city centre.. Cuti kali ini tidak.. aku lebih selesa berehat kat rumah.. lagipun mungkin sebab aku takde kawan yang boleh diajak untuk melepak menyebabkan aku lebih suka duduk rumah sahaja.. kalau ada geng seperti dulu.. pastinya beberapa hari ini.. pastinya aku tak lekat di rumah begini.. Apatah lagi.. pass bas aku pun dah tamat tempoh sebelum x’mas hari tuh dah aku malas nak renew sebab aku tahu bukan nak kemana pun dalam masa terdekat nie.. tempat kerja buka pun rabu depan.. universiti pulak buka khamis.. pass bas pulak seeloknya di renew pada hari khamis sebab boleh dapat seminggu extra.. so aku lebih selesa kalau nak keluar pun yang dekat2 sahaja..
Esok 1 Januari.. kedai semua kembali tutup.. 2 hari ini sepanjang setahun ini semua kedai akan ditutup 100%.. masa nie kalau nak berjalan memang tak best sebab takde tempat nak lepak atau nak singgah.. tapi kalau plan berjalan nak tengok view ok jek.. dengan syarat kena bawak sendiri makanan seperti mana yang pernah aku buat 2 tahun yang lepas..
Terasa janggal juga sebab tahun nie aku banyak baca status kawan-kawan yang dah balik di facebook yang penuh dengan pelbagai emosi.. Kali ini aku macam malas nak tulis apa-apa.. Entahlah mungkin sahaja esok aku update status yang sekian lama menyepi.. tapi pun 2 sms aku dapat dari tanahair lewat pkl 2 pagi.. pelik juga kawan2 aku tuh tak tidur kot.. atau mungkin sahaja baru balik dari celebrate tahun baru agaknya.. Syukur walaupun jauh dari tanahair.. tapi ada juga yang masih ingat aku kat sini..
Aktiviti packing kotak agak slow beberapa hari ini.. sebab tukang tape kotak malas!!! Ahaks… itupun dah aku bebel barulah dia nak seal kotak2 yang aku dah pack.. esok pulak plan nak label dan seal kotak2 yang sedia ada dalam bilik.. itupun sebahagiannya kena keluarkan balik dan repack semula.. 90% kotak2 itu adalah pinggan mangkuk dan juga dinnerware.. yang ini kena buat labelling betul2 sebab pinggan mangkuk nie mmg banyak.. dari jenama tefal.. royal doulton.. royal albert.. chuschill.. potmarion.. pyrex.. queen anne.. procook.. lecruset.. itu semua brg2 yang dah beli 5 thn lepas.. tapi nyatanya set yang aku ada takleh lawan set2 pinggan mangkuk 2 org kwn aku lagik.. yg mana semuanya gila beli corelle.. yg mana aku 1 set pun takde ahaks… pelik kan.. bkn apa pada aku.. dah malas nak buat koleksi pinggan mangkuk lagik.. yang sedia adapun dah banyak itupun.. aku boleh kata.. 70% set2 yang aku ada itu adalah pilihan pakwe aku.. yup.. jangan terkejut.. hampir semua set2 pinggan.. tefal dan pyrex yang aku beli.. dipilih sendiri oleh pakwe.. dia lagik dahsyat kalau bab2 melibatkan pinggan mangkuk.. yang mana awal2 lagi dia dah cakap.. dia suka yang banyak warna putih.. so jgn nak berangan beli yang banyak bunga2 atau byk warna.. malah kuali.. periuk.. pisau yang ada kat rumah ini juga semuanya dibeli dengan citarasa dia.. kalau tak lepas dia ye kualiti control.. memang namanya takkan beli lah.. sampai kalau nak masak pun.. aku dan dia ada pisau masing2.. malah kalau guna chopping board pun ada side dia dan side aku.. very typical.. itu belum lagik style masak yang memang jauh sangat berbeza.. but aku takkan complaint.. that who he is since the day I married him..
Selain dari aktiviti packing kotak.. masak.. makan.. kerja aku seterusnya adalah tengok movie.. dah hafal dah setiap schedule movienya.. aku juga dah 3 hari tak keluar rumah.. apa jadi kat luar pun tak tahu.. jengah ke luar tingkap pun masa bangun pagi untuk ikat langsir.. lepas tuh pkl 3.30ptg pakwe pun dah tutup balik langsir tuh sebab dah gelap dah masuk mahgrib.. cuaca yang asyik hujan dengan angin kencang buatkan langit mendung dan malap.. yang aku dengar hanyalah bunyi angin kuat dan sekali sekala bila hujan air batu singgah ke cermin tingkap..
Selamat tahun baru 2012.. Dah masuk tahun kedua selepas 2010… tak lama lagi sekejap jek dah nak 2020.. ingat lagik.. revolusi 2020 yang pernah menjadi target perdana menteri Mahathir dulu??? Bukan jauh pun nak sampai lagi 8 tahun jek.. Pejam celik.. pejam celik sekejap sahaja masa berjalan.. 8 tahun itu bukan lama.. usia perkahwinan aku pun dah lebih 10tahun.. seiring dengan angka tahun demi tahunnya..
Selamat tinggal 2011.. Selamat datang 2012.. tahun ini aku akan pulang ke tanahair untuk sekian kalinya.. dan pastinya bukan kali terakhir untuk aku berada di bumi Great Britain ini.. pastinya andai ada peluang lagi.. aku pasti akan ke sini.. mungkin sahaja ketika itu bukan lagi sebagai penduduk tetap.. tapi lebih sebagai mengunjungi kampong halaman.. Bumi UK dah lama jadi rumah kedua aku… Always will be..
Happy New Year 2012..
Antara buku-buku berbahasa melayu yang aku bawa ke sini..
Jarang sangat aku baca sebenarnya..
Aku lebih banyak membaca buku La Tahzan..
Buku hadiah dari seorang sahabat baik yang diposkan khusus dari tanahair..
Travelog cinta abadi itu juga pemberian seorang sahabat baik yang dah pulang ke tanahair..
dan ada 1 buku travel yang ditulis oleh seorang sahabat aku di sini..
Aku dapat terus dari tangan sipenulis yang banyak menulis kisah perjalanan kembaranya semasa study di sini..
She really a great writer and now work at one of the well known newspaper in malaysia..
The rest.. koleksi buku-buku biography dan cookbook yang ada dalam simpanan aku..
Antara buku-buku berbahasa melayu yang aku bawa ke sini..
Jarang sangat aku baca sebenarnya..
Aku lebih banyak membaca buku La Tahzan..
Buku hadiah dari seorang sahabat baik yang diposkan khusus dari tanahair..
Travelog cinta abadi itu juga pemberian seorang sahabat baik yang dah pulang ke tanahair..
dan ada 1 buku travel yang ditulis oleh seorang sahabat aku di sini..
Aku dapat terus dari tangan sipenulis yang banyak menulis kisah perjalanan kembaranya semasa study di sini..
She really a great writer and now work at one of the well known newspaper in malaysia..
The rest.. koleksi buku-buku biography dan cookbook yang ada dalam simpanan aku..
2 comments:
selamat tahun baru!
selamat packing.
kueh
selamat tahun baru kak..
lama tak singgah
rindu :)
Post a Comment