Salam Malam Rabu (hari selasa)
Hari ini aku hadiri kelas TextLab.. selama 3 jam.. Yang best kelas ini merupakan kelas gabungan pelajar jurusan english dan computer sciences.. Memandangkan research aku berkenaan dengan textual analysis.. so secara idealnya aku diminta hadiri kelas ini oleh G.. Mulanya bila aku baca sinopsis kelas ini.. nampak amat menarik sekali sebab aku boleh 'involve realtime and first hand' tentang aplikasi analisis yang digunakan..
Membaca student handout textbook semalam membuatkan aku menyedari kelas ini sebenarnya satu kajian besar gabungan 2 negara.. US dan UK.. gabungan 1 universiti di US dan pusat kajian shakepeare di washington dan juga Uni aku.. Big project and 1st ever trial to cross department.. kiranya kami nie dijadikan bahan kajian untuk improve sistem analisis itu dan segala feedback tentang sistem ini akan dihantar terus oleh setiap kumpulan kepada developer sistem di US.. sound interesting kan.. Yup indeed.. tapi yang menyebabkan aku pening.. aku kena pulak study 'play' tulisan shakespeare bertajuk 'comedy of errors'
But secara jujurnya dengan hanya menganalisa data perkataan yang terdapat dalam play itu dapatlah bagi aku memberikan satu gambaran kasar tentang apa sebenarnya jalan ceritanya.. itulah sebenarnya secara umum yang aku kaji sebenarnya cuma bahan dokumen kajian aku lebih menjurus pada bahan-bahan akademik atau dokumen jurnal..
Tapi bila kena study pulak shakespeare nie.. hahahaha rasa macam balik study english pulak.. sebab yang dikaji adalah literature dan gunakan aplikasi itu sebagai tool tambahan memahami kandungan itu.. aku dimasukkan dalam kumpulan 5.. 3 dari ahli kumpulan aku dari english studies.. dan seorang berumur 19tahun.. selebihnya aku rasa dalam usia 20an.. dan aku rasa aku yang paling tua hahahha... tapi best sebab aku dapat feel balik how discussion back then when I did my master... walaupun semua muda2.. dan semuanya pelajar lokal (english and scottish) hanya aku sorang yang international dan bertudung.. I think I can blend in just fine... cuma masalah ye aku hanya punya 5 minggu sahaja nak join group diorg nie sebab lepas tuh aku kan balik mesia hahahaha... if I stay longer well.. it would be interesting experiences.. apatah lagi seumur hidup aku tak penah baca buku2 atau play tulisan shakespeare..
Isnin nie aku akan jumpa G.. kena report balik apa yang aku dapat masa sesi kelas tadi dan juga siapkan dokumen analisis untuk 2 dokumen dari bidang law dan music pulak.. Tengok.. dekat nak balik lagik banyak keje aku.. sekarang nie balik pun kepala otak dah penat.. sampai duduk dalam bas pun aku terlelap.. kes brg2 kat umah aku tak ambik tahu.. terlalu penat memikirkan beban tugasan yang perlu aku selesaikan sebelum balik nanti..
Surat berhenti kerja aku dah serahkan isnin yang lepas.. so mean.. hujung bln 2 nie aku berhenti.. tarikh untuk angkat kontena pun dah ada.. cuma brg jek belum packing.. tiket flight aku belum confirm lagi.. tapi tarikh aku dah bagi.. harapnya takde masalah.. InsyAllah.. selebihnya aku perlu siapkan tugasan mana yang dapat.. ini pun 2 hari nie sibuk tolong 2 kawan aku edit dokumen dia.. sorang pasal isu social networking dan sorang pulak pasal dokumen lampiran untuk dia apply loan perniagaan.. terus rasa macam jadi editor jek sekarang nie hahaha.. Rabu depan kelas lagi.. dan aku perlu siapkan analisis aku secara rambang tentang comedy of errors tuh.. siapa sangka student computer.. kena study shakespeare pulak hahaha.. but it's interesting apatah lagi pulak memang langkah masuk languange department... mmg multi research dah research phd aku nie.. nie dah masuk transisi domain ke 6 dalam bidang study aku..
Oklah.. kepala aku dah berat sangat nie.. mahu berehat esok ada 2 dokumen nak kena review dan sambung menulis..
13 comments:
caiyok, caiyok.... seronok juga dapat belajar bidang yg lain dari kita walaupun pening kepala pd awalnya insyaAllah membuahkan hasilnya di kemudian hari =) All the best akak!
dalam diri ada 'sisi shakespear' tu...ahaks.
salute sungguhlah... kita baca pun pening.. lagila akak yang kena buat suma tuh
Zainur
Akak dah byk multicross reference.. dari education masuk IT masuk CS dan now masuk languange ;)
But.. knowledge is universal kan :)
Kueh
Hahaha akak baca play shakespeare pun ternganga.. lagik pulak dr budak2 english comment rasa mcm langit dan bumi jek hahaha..
Mrs Azmi
Dari segi analysis akak boleh faham gik.. masuk bab sastera english kerut dahi sat ;)
ada kaitan ek komputer dgn shakspeare..susahnye nk ej..
Marina
Kalau fikir camtu mmg xde kaitan.. tapi komputer tuh boleh digunakan untuk analisa perkataan2 dlm shakespeare untuk kenalpasti corak dan jalan ceritanya..
itu yg dinamakan textual analisis.. kita analisa text secara statistik.. untuk tgk sejauhmana komplek sesuatu bahan sastera atau buku atau dokumen.. ;)
Nice reading
Sharif
Thanks
bagus tu mcm2 benda dpt belajarkan...
Wow.. kalau akak sure pengsan kot.. hehehe
kucit
mmg dah mcm2 akak belajar
Cikgu Azrine
:) tak pengsan kot.. layan tido jek ;)
bila mau update daaa...
update gambar pun jdi..nt da smp mesia mana mungkin gmbr scotlnd lagi.
kueh
already done.. taulah ko rindukan akak.. opsss.. bukan akak.. taapi tulisan cantik akak tuh hehehe ;)
Post a Comment