Friday, 20 January 2012

Cuti tahun baru cina..

Assalamualaikum di tengahari Jumaat..

Hari ini Jumaat.. Pastinya saat ini di tanahair semua sibuk berpusu-pusu pulang ke kampung untuk cuti tahun baru cina.. Mesti meriah dapat makan limau banyak2.. boleh pergi bercuti.. dan macam-macam aktiviti yang boleh dirancang bersama keluarga..

Hari ini aku paksa diri siapkan review yang tak siap2 lagi.. Entahlah kali nie mood untuk membaca review 'stuck' sebab aku kena buat kritik pada semua measurement yang aku dah buat review.. Ya Allah.. kenapalah rasa 'stuck' begini... Taklah susah cuma aku rasa stuck untuk menjana idea untuk menulis mungkin kerana semua measurement itu aku takpernah tahu pun.. Tapi walau bagaimana pun kena siapkan juga sebelum isnin sebab dah janji nak jumpa G.. G dah maklumkan aku kena attend kelas Hari rabu dari 1-4 petang (3jam) berkaitan textual analysis yang dikendalikan oleh department CIS dan juga English department.. Aku ye research dah merentasi bidang.. Sampai kawan aku sound.. 'Nanti kalau nak cari external examiner.. bolehlah panggil you nanti...' Advance giler kawan aku tuh.. mentang2 research aku dah cross platform..

Semalam aku terima satu email dari kawan aku (atas permintaan aku untuk dia forwardkan) tentang satu isu yang perlu dia tulis untuk jabatan dia... hahahaha... Dulu aku tolong dia cari isi untuk Generasi XYZ.. Sekarang isu pasal social networking berkaitan facebook, twitter & blog pulak.. Isi dah aku rangka semalam.. tapi masih byk point2 yang perlu aku cari lagi.. Kata dia.. esei pasal generasi tuh dah success.. Nie nak minta tolong pulak pasal isu ini.. Sebenarnya aku tak sampai hati nak kata 'Tak boleh tolong' walaupun hakikatnya kerja review menulis aku tak siap2 lagi.. Tapi dah memang perangai aku sebenarnya.. agak susah nak kata 'tidak' bila melibatkan 'ilmu' dan dengan kata yang lebih tepat berkongsi ilmu... Memanglah nampak macam aku yang buat hahahaha... tapi sebab topik tuh direct connection dengan bidang aku.. so pada aku tak susah mana nak buat esei tuh.. lagi susah buat review aku tuh dari jawab esei itu.. cuba aku tgh nak cari paper dalam skop Malaysia.. itu yang aku takleh nak buat lagi sebab kepala duk fikir review report yang tak siap2 lagi nie..

Menulis esei ini membuatkan aku dapat beberapa idea untuk tajuk research akan datang hahaha...lagipun teringat satu peristiwa 'ditahan di luar lif' beberapa tahun lepas oleh seorang pelajar dari arab saudi.. rupanya dia ada kelas bahasa inggeris.. dan perlu present tajuk berkaitan pengaruh penggunaan internet di kalangan pelajar.. Kes itu amat kelakar.. sebab dia masuk lif dari tingkat 4.. tapi keluar ke tingkat 12 bersama aku.. hahaha.. aku pelik sebab aku tahu dia bukan student department aku.. rupa-rupanya dia nak tanya soalan.. sebab katanya kena present kat kelas english sekejap lagi.. nak dapatkan idea dan pendapat..

Sebenarnya peristiwa-peristiwa beginilah yang menjadikan hidup kita warna warni.. berjumpa dengan 'stranger' yang kadang cukup mencabar minda kita untuk berfikir.. Aku lalui juga beberapa episod begini.. pernah di tahan oleh seorang pakcik tua daripada Iran.. yang bertanyakan dimana arah masjid.. dan diakhir perbualan kami.. baru aku tahu dia merupakan seorang professor di salah sebuah university di sana.. dan sepanjang perbualan kami banyak topik kami berkaitan malaysia.. ekonomi.. politik hahahaha... sampai pakcik tuh ajak aku ke kedai untuk sarapan sebab sudi tunjukkan aku arah masjid tuh.. sebenarnya aku rasa dia tertarik nak sembang dengan aku sebab banyak benda yang dia tanya pasal ekonomi malaysia (mcm aku pakar ekonomi hahaha)

Itulah sebenarnya indahnya bila kita mampu mengembara.. atau mampu ke negara orang.. tak semestinya kena pergi jauh.. kalau dapat keluar dari malaysia.. pergi ke indon.. thailand atau singapore sekali pun.. pastinya sedikit sebanyak dapat membuka fikiran kita untuk berfikir.. contohnya.. dulu masa aku di tanahair.. ketika aku mula bekerja.. di pejabat aku itu.. hanya ada 2 orang sahaja melayu.. beragama islam.. kakak senior tuh jrg2 ada kat ofis sebab dia buat part time master.. so akulah satu-satunya melayu kat situ.. yang lain adalah staff cina dan india.. takde hal pun.. mungkin sebab aku dah biasa bersekolah dari form 1-5 dengan 2 bangsa ini.. sedikit sebanyak pengalaman survival dengan mereka inilah aku rasa banyak membentuk jati diri aku sebenarnya.. dgn kata lain.. survival.. walaupun tercampak kat mana-mana pun kalau hanya aku seorang sahaja yang lain agama dan bangsa.. Alhamdullilah dan juga InsyAllah.. masih mampu nak buat kawan ;)..

Berbalik dengan cerita tadi.. So bila lunch time aku.. memang selalu keluar lepak dengan adik2 kerani yang berbangsa cina nie.. tak kisah pun.. nak makan nasi lemak ke.. p kedai bakery ke.. Sampai adik tuh pernah beritahu aku.. bila aku berpindah ke shah alam.. diorg dah tak pernah lagi jumpa staff melayu yang tak kisah nak join diorg macam aku dulu.. Bila aku berpindah ke Shah Alam masa tuh staff melayu dah ada 4 org.. tapi diorg semua tak layan pun adik2 kerani tuh.. tegur pun tak nak.. Sedih juga dengar sebenarnya.. walhal masa aku kat sana.. baik makcik tukang cleaner tuh (cina).. adik2 kerani.. staff management 2 org india.. pun aku leh sembang dan lepak2.. pernah juga fokus topik kami tentang isu bertudung.. kenapa ada yang tak bertudung.. dan kenapa ada yang tak bertudung.. dan diorg juga pernah tanya tentang solat kat aku.. sebab dulu aku biasa solat dalam bilik management jek hahaha... malas nak naik ke tingkat atas ke surau.. so diorg pernah tgk aku solat.. dan macam2 soalan diorg pernah tanya.. tapi waktu itu aku langsung tak rasa janggal pun.. walaupun 5 hari bekerja itu.. hidup aku dikelilingi oleh mereka yang bukan sebangsa dan seagama pun.. lagipun sebab dah biasa zaman sekolah dulu aku dah byk bergaul dgn geng2 cina yg aku kenal sejak form1.. dan bila naik form 4 pulak aku kenal geng2 cina dari sekolah cina dari kelas peralihan..

Pernah isu tentang beza pelajar sekolah berasrama penuh dan pelajar sekolah harian biasa dibincangkan dengan seorang kawan aku.. Pada aku kedua2nya ada kelebihan masing2.. Soal peluang.. cabaran.. kedua2nya punya pro and con.. tak masuk asrama penuh pun masih mampu cemerlang.. aku pernah rasa 2 situasi ini.. bersekolah di sekolah harian biasa dengan bangsa asing selama 5 thn.. dan kemudian masuk matrik di sekolah asrama penuh seri puteri di KL.. walaupun hanya buat matrikulasi tapi jadual kami 100% ikut jadual yang sedia ada di sekolah itu.. Lagi pulak sekolah tuh semua perempuan... merasalah belajar di sekolah asrama penuh.. ada cabaran dia.. ada kelebihan dia.. tapi pada aku.. pengalaman yang aku kutip masa aku 5 thn di sekolah harian biasa itulah sebenarnya banyak bentuk sikap aku waktu ini..

Pernah dulu masa tahun pertama di UKM.. ada beberapa kawan2 aku belajar dari sekolah asrama penuh.. terkejut bila perlu bersaing dengan pelajar cina & india dalam semester 1.. selama 3 thn itu.. kalau nak tahu.. geng2 cina & india ini selalunya tidak pernah duduk melebihi barisan ketiga dari depan tau.. tak pernah aku tengok diorg akan duduk di barisan belakang... awal2 masuk kuliah.. dah ada 2 3 org kawan2 mereka yang chop tempat duduk depan sekali.. selalunya.. aku dan geng2 sama2 diploma yang sering berebut nak duduk depan hahaha... geng2 matrik lain.. semua lebih suka duduk belakang.. aku sebab dah tahu sangat perangai diorg (cina) sebab dah jenuh bersaing masa form 4-5 dulu.. faham benar perangai diorg sebenarnya.. Taklah kata diorg tak baik.. cuma sifat bersaing pada golongan ini memang tinggi.. dan ini bukan sekadar bersaing di kalangan org cina di Malaysia.. tapi semasa aku buat master dulu pun.. group assignment aku terdiri daripada 3-4 orang pelajar cina dari China.. hehehehe... tapi aku respek mereka sebab dalam kelas diorg nie memang takde segan silu nak tanya soalan.. walaupun bahasa inggeris tuh sangkut2 dan kadang2 kena buka kamus dulu ;)

Seronok sebenarnya mengenang kisah lama.. sesuailah kan sempena nak raya cina.. aku teringatkan beberapa orang rakan2 cina yang pernah aku kenal zaman sekolah dan zaman universiti dulu.. malah aku juga teringat pernah pergi ke rumah kawan-kawan cina rakan sekampung aku dulu.. siap dapat angpau dan buah limau lagi.. masa itu 1st tau pengalaman beraya di rumah orang cina yang bersebelahan dengan kampung aku jek.. Tujuan pergi sebab nak temankan rakan aku tuh jek.. dia segan nak pergi sorang2.. last2 balik kitaorg dapat angpau pulak hehehehe...


Selamat bercuti semua yeah...

3 comments:

kueh bakar said...

asrama itu komuniti mini sebuah masyarakat..ahaks

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

yup masyarakat majmuk x?
atau sekadar masyarakat lokaliti

ahaks

Anonymous said...

x majmuk..

sebab hanya ada 2 cina lelaki
1 cina pompuan
1 india

tu pun lain2 batch.yup, lokaliti! kehkeh

kueh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...