Monday, 9 December 2013

Rindu..

Selang beberapa hari yang lepas..
Aku bermimpi..
Mimpi itu cukup indah..
kerana aku pulang semula ke rumah lamaku..
Menghirup angin sejuk dingin..
Berjumpa teman-teman lama..
Berbual semula seperti dahulu..
Melihat wajah-wajah asing berbangsa eropah..
Bercakap bahasa kedua yang sudah sekian lama sebati dengan lidah..
Bertemu semula penyelia dan berbincang hala tuju yang perlu disiapkan..
Aku begitu gembira waktu itu..
Walaupun itu hanya dalam mimpi..
Tapi rasa gembira itu seolah menyeluruh sepenuh sanubari..

Baru kini aku tersedar..
Indah sungguh rasa gembira itu..
Gembira berkelana semula ke bumi asing..
Rinduku masih tertinggal di sana rupanya..

Dulu aku fikir aku takkan rindu bumi itu.. tanah itu.. dan rumah itu...
Rasaku.. rinduku di tanahair mengatasi segala-galanya..
Rasaku.. cukuplah rindu itu buat mereka yang masih ada dalam hidupku..
Anggapanku.. aku tak perlukan rindu itu.. kerana dulu.. tanah inilah yang paling aku rindukan..
Apatah lagi bila arwah ayah pergi.. selepas genap 3 bulan aku kembali ke sini..
Rinduku pada tanah itu seolah lenyap dari diri..
Bukan aku tak pernah ingat..
Tapi selalunya ingatan itu datang tanpa rasa.. tanpa rindu.. lantas aku sekadar memandang sepi atau biasa-biasa sahaja..

Kali ini aku harus akur..
Sememangnya aku rindu..
Terlalu rindu rupanya..
Mahu sahaja aku beli tiket kapal terbang ke sana esok..
Boleh.. aku mampu beli tiket..
Boleh.. aku boleh tinggalkan sahaja kerja di sini..
Boleh.. aku sanggup terima apa sahaja akibatnya..
tapi.. aku berat meninggalkan mak seorang di sini..
Hanya itu yang mengikat aku di sini..
Cukuplah aku pernah tinggalkan mereka berdua 5 tahun berkelana..
Arwah ayah sudah tiada..
Kini mak pula sendirian.. tak sanggup rasanya..

Apa pun.. pasti aku akan ke sana juga nanti..
Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk siapkan thesis akhir ku ini..
Aku mahu selesai semuanya 2014 ini..

p/s Maaf sejak kebelakangan ini.. bahasa penulisan aku sudah begini pula caranya..

Rindu bus stop ini..
Tempat aku menunggu bas balik ke rumah setiap hari dulu..
Kini waktu di UK..
Siang pendek dan malam panjang..
I miss winter shopping and watching colorful light as well as last minute shopping before x'mas day..

16 comments:

julietchun said...

pergi untuk bercuti apa salahnya kan, kutip semula memori lama :D

t.a.t.a said...

masa musim sejuk kau ada alami masalah kulit tak?

Anonymous said...


tunggu..
siapkankan tesis dulu..
he he he

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

InsyAllah.. kali nie kalau balik sana.. bukan takat lepaskan rindu.. tapi nak siapkan semuanya..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Masa 2 tahun pertama kat sana.. aku dapat alahan kulit yg paling teruk.. pernah kena kulit muka aku kering sampai berkeping2.. sampai boleh tarik kulit kering tuh kat muka.. gatal dan sakit tuh xleh cakaplah..

Lepastuh aku selalu kena gatal kat tepi lengan dekat bahu.. itu mengaru tahap xingat dunia.. berkeping2 calar dan bekas garu memang penuh kat situ.. sedih tgk kulit sendiri masa tuh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

InsyAllah.. chaiyok22... akak sudah rindu UK.. kalau dapat p.. ingat nak singgah london sekali ;)

t.a.t.a said...

macam mana kau atasi masalah tu?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

solution yang ada hanya pakai lotion dan body butter.. (utk bdn). Amalan utama adalah.. tiap kali lepas mandi wajib sapu lotion (jenama vaselin-cocobutter) atau body butter (jenama bodyshop). Bila cuaca terlalu sejuk.. aku akan sentiasa standby lotionjuga dalam beg just incase tangan terlalu kering.. utk bibir lak.. aku pastikan sentiasa ada lipbalm.. tiap kali rasa bibir kering terutama lepas ambik wuduq.. sapu immediatedly.. benda2 macam nie tak boleh ambik ringan sebab akibatnya amatlah buruk.. kalau kat mesia xpakai lotion xpe.. kat sana tak nak pakai lotion maksudnya nak menderita ler tu..


Untuk krim muka pulak jenama pilihan adalah elizabeth arden (hanya ini krim yg plg sesuai utk muka aku lepas try macam2 produk), episod aku mencari krim muka yg sesuai nie tah bape byk yg aku try.. dr jenama simple, olay, bodyshop, tapi elizabeth arden is the best so far sebab muka lebih lembab dan tak kering.. sampai ramai juga yang tegur lah..

Duduk oversea nie memang perlukan benda2 nie.. bukan org perempuan jek.. malah lelaki pun kena alert benda camnie kalau tidak akibatnya bila bdn terlalu kering.. sakitnya tangguh untuk berbulan2.. yg lebih teruk parutnya bertahun xhilang2

t.a.t.a said...

bunyi macam best aje kan duduk kat tempat salji. tapi hal macam ni tak ramai yang nak beritahu. itu kekurangan nya.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

itu baru kes kulit kering.. belum kes kelemumur dan rambut cepat gugur.. itu lagi satu hal.. kelemumur byk sebab cuaca luar sejuk dan kita sering pakai tudung atau topi utk elakkan kepala yg sejuk..masalah nie bukn utk perempuan jek lelakui pun sama..

satu lagi bila musim sejuk.. org yg tak tahan mudah kena bengkak sendi.. sorg kwn aku kena benda nie.. setiap sendi dia.. semua bengkak terutama jari.. kesian tengok.. bila jumpa doc dia just bgtau benda nie biasa.. so nak tak nak kenalah pandai2 sentiasa keep yourself warm.. pakai glove.. pakai terma.. dan itu baru cite musim sejuk.. belum aku cite penyakit masa musim bunga lak ;)

t.a.t.a said...

apa citer pulak musim bunga? kena mengena dengan debunga eh?

cite la.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Musim bunga selalunya siapa yang ada masalah sinus/resdung atau lelah.. mudah kena penyakit nie.. sebab pendebungaan berlaku.. musim nie juga orang ramai selsema dan demam..

Musim panas pulak.. kat tempat aku musim panas nielah musim ujan.. hahaha.. so takde feel sgt musim panas sgt.. tapi kalau turun ke belah selatan macam london.. musim panas nie adalah musim panas kering.. aku pernan kena masa ke london musim panas.. sepanjang dekat seminggu kat sana aku kena gatal2 kulit terutama celah2 peha dan dada.. sebab berpeluh dan gatal.. teruk jugalah sampai kena beli krim tapi bekas luka garu dan gatal tuh agak permenant juga..

t.a.t.a said...

dah tu musim bila yang kau rasa tenang dan nyaman tanpa sebarang masalah itu semua?


macam miserable je aku rasa.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Trus trg ckp thn 1-2 kat sana mmg miserable. But once bdn dh boleh cope dgn weather xdehal dah. Sejuk2 pun selamba je.

Mostly aku suka time autumn. Masa ni xpns sgt n xsjuk sgt. View masa nie pun mmg cantik

t.a.t.a said...

4 tahun kat sana. 2 tahun untuk cope sahaja. 2 tahun aje la boleh enjoy. huhu.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

well 2 thn utk cope bila dtg musim tuh.. tapi yg worst masa musim sejuk.. musim lain.. kalau takde alergy.. n bdn ok.. byk masa boleh enjoy.. tapi kekerapan utk klur rumah masa kat sana mmg limited sebab kena tgk weather camna.. so mmg adakala rasa depressed.. but as long as you ada kwn.. life will be so colorful and for 5 years.. I enjoy so much..

Duduk oversea.. kalau kita hanya lyn diri sorg2 mmg bosanlah hidup.. aku rasa hidup aku warna warni sebab aku ada ramai kawan.. bukn setakat kwn malaysia.. tapi kwn2 bangsa lain yg sama kepala.. setiap bulan kitaorg klur lunch bersama.. jalan2 shopping sama.. adakala.. plan holiday bersama juga.. life so wonderful bila klur begini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...