Salam semanis coklat ;)
Hari isnin biasanya adalah hari yang kurang mood untuk bekerja.. maklumlah hari pertama bekerja pada setiap minggu.. dan seawal pkl 5 pagi tadi hujan sudah mula turun dengan lebatnya hinggalah kini hujan renyai-renyai masih turun di luar.
Ketika melewati deretan kedai-kedai di bahagian pintu timur.. Gerai nasi lemak makcik seiras muka biras aku (serius.. memang hampir 90% sama).. tiada pula kelibatnya.. selalunya aku lebih suka membeli nasi lemak di sini.. sebabnya?? Selain nasinya yang sedap.. karipap dagingnya memang terbaiklah.. makan 1 mesti nak lagi dan lagi..
Akibat tak membeli sarapan dan nak keluar makan pun malas sebab hujan.. Maka seperti selalunya.. aku akan bersarapan ala-kadar dengan biskut-biskut yang sentiasa menjadi stok tetap dalam pejabat.. Hari ini.. 1 pek coklat Kinder Bueno menjadi mangsa.. Coklat nie dah dekat 2 minggu dibeli sebab urusan rasmi seminggu di Shah Alam yang lalu... Selalunya pandang sepi jek takde rasa nak makan pun.. Tapi disebabkan sejuk.. lapar dan pedih perut.. maka mulutpun menerimalah kehendak hati yang nak makan coklat sangat pagi nie..
Aku mula meminati coklat ini semasa aku tinggal di UK.. Sesiapa yang pernah bermastautin di UK.. anda pasti akan enjoy menikmati coklat di sana.. sebabnya? coklat di sana amat murah.. sedap dan tidak terlalu manis.. Cuaca sejuk sepanjang tahun sering menyebabkan kita akan rasa lapar.. maka memakan coklat antara penyelesaian segera atau sementara untuk situasi itu ;) Selain itu.. menghadiahkan seseorang itu coklat adalah antara amalan yang biasa untuk masyarakat UK.. Jika anda ada sahabat-sahabat rapat/tidak rapat.. dan anda ingin hadiahkan sesuatu.. tetapi tidak tahu apa?? maka.. belilah coklat.. dan berikan pada mereka.. itu sudah mencukupi untuk membuatkan mereka gembira.. as simple as that.. Terutama dekat-dekat nak x'mas nie kan... Coklat is heavenly available anywhere..
Coklat Kinder Bueno ini punya kenangan manis untuk aku..
Sebabnya?
Ianya kegemaran sahabat baik aku.. si K dan S.. (pernah aku kongsikan di blog lama dulu)
K mula mengemari coklat ini kerana ianya telah diperkenalkan oleh S.. Maka K sering membelikan coklat ini untuk S.. atau berkongsi coklat ini tiap kali K terjumpa coklat ini di kedai-kedai..
Satu hari.. beberapa hari sebelum K meninggalkan bumi UK.. mereka berdua telah keluar bersama untuk membeli belah di sekitar kedai-kedai popular di bandar itu...
Ketika melintasi sebuah supermarket.. K memberitahu S.. yang dia ingin membeli coklat untuk sahabat baiknya.. maka S dengan senang hati mengikut K masuk ke dalam kedai itu.. K ambil coklat dan pergi ke kaunter bayaran.. Selesai membayar harga coklat itu.. K mula menghampiri S..
'Nah.. coklat ini untuk kamu' kata K kepada S..
S terpinga-pinga dan kehairanan lantas berkata 'Eh.. bukankah tadi kamu kata nak belikan coklat ini untuk sahabat baik kamu?'
K tersenyum lantas berkata 'Ya.. memang saya beli coklat ini untuk sahabat baik saya.. kamulah sahabat baik saya itu'
S tersenyum dan menerima coklat itu dengan gembira...
Semasa insiden itu.. aku tidak hadir dalam pertemuan dan kisah coklat ini.. tapi aku menjadi antara insan pertama yang diperdengarkan tentang kisah coklat ini..
So sweet pada aku.. manis kerana seorang sahabat baik membuat kejutan pada seorang sahabat baik yang lain... dan kejutan itu hanya dengan sekeping coklat manis.. tapi kemanisan itu bukan sekadar dari rasa coklat yang manis.. tapi dari rasa persahabatan tak mengira bangsa dan agama yang cukup manis..
p/s Ahh.. aku rindu mereka berdua.. K dan S.. Tak sabar menunggu bulan 5 tahun 2014.. InsyAllah kami akan dipertemukan semula di negara matahari terbit...
4 comments:
ingatan yg penting utk tunjukkan yg kita sangat sayang dia :D
Juliet
Adakala sekadar mengingat benda-benda yang kecil pun dah cukup bermakna..
lebih kurang macam cerita aku masa Form 5 dulu. aku bagi kad harijadi kosong pada kawan aku. aku minta dia tuliskan sebab hand writing dia lawa.
dia tanya aku, "Nak tulis apa ni?"
aku jawab, "Kau tulis la apa yang kau nak tulis. kau imagine kalau ini kad engkau, apa yang kau nak orang tulis?"
so dia pun tulis. pas tu aku bagi kat dia. dia hairan. aku jawab la, "Kad tu aku nak bagi kat kau sebenarnya. Selamat hari jadi."
t.a.t.a
Wah.. mesti seronok kwn tuh kan..
:)
Post a Comment