Thursday, 19 December 2013

I'm so sad.. Ada orang dah tak nak kawan dengan kita..

Salam

Dulu masa budak-budak.. kalau bergaduh sikit.. mesti akan cakap
' Ah.. Tak nak kawanlah..'

tapi bila pujuk2 balik.. kejap jek dah kawan balik..

Bila dah tua (masih muda di hati).. bila bergaduh atau selisih faham sikit.. Nak kawan balik memang susah sangat.. Kadang bertahun-tahun terasa hati.. kadang ada yang langsung tak nak bertegur sapa dah..

Seminggu nie aku jadi sedih.. atas insiden yang lebih kurang sama..

Hujung bulan nie dah 8 tahun kami berkawan.. dan banyak yang kami selama ini share dan tolong satu sama lain.. dan hanya sebab kejadian selisih faham.. tak setuju tentang perkara berkenaan hidup yang agak peribadi..

Aku rasa macam aku jadi orang buangan.. Aku rasa dibuang macam sampah macam tu sahaja.. Call tak angkat.. sms tak reply.. apa lagi?? Nak aku buat apa lagi.. Bila aku minta bincang dengan baik malam itu.. dia tak nak.. keras sangat hati dia.. Dia tinggalkan aku macam aku nie pengemis pulak.. Macam aku buat benda yang hina keluarga dia.. walhal bukan dia tak tahu sudah 2minggu aku tensen dengan kerja.. Kenapa dia boleh tuduh aku macam-macam.. Why???

Sedih.. Aku sedih sangat-sangat.. Nak menangis airmata dah takde rasanya.. Jiwa dan hati aku rasa kosong.. Besar sangat ke Salah aku? Sedangkan apa yang selama ini aku buat untuk dia.. aku rasa berganda2 banyak lagi dari kesalahan aku itu..

Adilkah?? Aku rasa tak adil.. kerana dia terlalu mementingkan diri sendiri..

Yes.. Aku sedih.. Ada orang dah tak nak kawan lagi dengan aku..

Pasrah? Redha? Rela? Terima dengan berat hati?

Mungkin.. aku harap hanya masa yang dapat ubat rasa sedih aku..

Wish I could fly to UK and stay there.. I miss my simple life there...

I miss this place so much..
Maybe it's time to move own..
I don't feel like making new friends and I prefer stick to the one around..
But sadly.. there is one that I really gonna miss..
It's time to say goodbye? 
Just let time decide..

28 comments:

||alis|| said...

mula2, meh sini.. hugs.

yes, dalam hidup, people come, people go.

kalau dia rasa kita worth, dia akan datang balik cari kita.

tapi selalunya, EGO menjadikan kita bagai orang asing semula.

sadly, but true.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

!alis!

Yes.. people come and people go.. but people who stay are quit rare..

Yup I rasa egolah penyebabnya..

Skrg dah rasa macam org asing..

Paling utama.. aku takut sangat ada benda2 yg aku doa atau sebut menyebabkan aku doa yang tak baik.. cuma juga tahan hati.. tapi aku takut nanti aku tak tahan maka aku bakal sebut yg buruk pada dia..

Thanks ye dear hugs..


julietchun said...

kadang2 benda yg kita selalu elak dalam hidup, benda tu lah yg jadi.

dan kita terpaksa hadapi walaupun dengan rasa kesal atau sakit di hati dan berharap dia akan kembali mengerti.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

juliet

mungkin juga.. selalu mcm tuhlah.. maybe I'm at the wrong time and wrong place masa tu..

ye aku harap macamtu juga.. doa utk dia faham niat aku..

Thanks dear

t.a.t.a said...

dulu masa kecil bila cakap, huh tak nak kawan! kita akan rasa sedih. berhari-hari masam muka. bila dah dewasa cakap macam tu ada masa nya rasa macam bermanja² pulak (bluwek!)

laa ni budak gundut kat rumah tu dah suka sangat cakap tak nak kawan. risau jugak bila dia sekolah nanti dia cakap macam tu kat kawan dia.


bila bergaduh dengan seseorang yang kita jumpa hari-hari, aku akan rasa something yang berat sangat dalam hati. macam ada benda yang tak setel selagi kita tak clear kan the air.

8 tahun berkawan baru laa ni ke korang bergaduh?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

gaduh budak2 biasa sekejap jek.. tak nak kawan.. tapi kalau pandai pujuk.. kawan balik kan xde dendam

sebelum nie biasa gak selisih faham.. tapi jrg pjg smpi dkt nk seminggu mcm nie sampai call pun xnak angkat.. dulu kalau gaduh pun2 call ke sms tetap reply n call.. walaupun kena tahan telinga kena bebel.. kena marah.. but at the end settle.. no hurt feeling..

this time around pelik.. ntahlah.. mls nk fikir sbb bdn masih xok sangat.. tapi beban jiwa nie rasa berat sangat.. biasalah kan.. kalau kita sakit.. kalau ada benda yg ganggu perasaan.. rasa berat sangat..

t.a.t.a said...

agaknya dia pun tengah dalam keadaan macam kau. emosi dia tak stabil. bila hal kecil semua nya jadi besar. man man la. bagi masa. nanti okay la tu.insyaAllah.

Acik Erna said...

assalam lina..dah 8 tahun..lama dah tu..tak kan boleh merajuk sampai macam tu dan lama..ingat yang lapan tahun tu..hati akan tenang semula..sepatutnya dia buat macam tu..tak pe iina..in syaa alllah iina akan dapat kawan yang lebih baik

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Ya I know.. dia mungkin perlukan masa.. but yang call aku.. yang pujuk pun aku.. so what? kita bukan baru kenal.. aku kenal diri dia luar dalam.. hatta keluarga dia pun aku kenal.. susahkan.. bila ego sangat

Ya I hope time will be the solution.. but the things is.. I don;t have enough time to wait..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kak Erna

Itulah saya kata kak.. benda yg selama nie byk dan berganda saya buat utk dia.. tolong dia.. support dia.. takkan dia tak ingat.. atas sebab yang sedikit.. mmm

Harapnya begitulah.. saya jenis tak ramai kawan.. tapi berkawan lama dgn org yg mmg saya selesa..

Thanks ye kak

t.a.t.a said...

kalau aku berada di tempat kau, bahagian aku tanggungjawab aku untuk menjernihkan keadaan sudah selesai. seterusnya adalah langkah dia pulak. kalau dia nak terima aku semula as kawan aku terima, kalau tak, aku just move on.

yang susah nya aku ni kalau dah set tak nak kawan orang tu, suddently satu hari dia nak kawan balik aku akan jadi tawar hati. tak boleh nak balik macam biasa.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Itulah sebabnya.. aku mahu settlekan keadaan sementara hati aku masih belum keras..

Dia antara kawan yang memang baik.. tapi bila tergeliat hati sikit susahlah.. ego..

Aku takut aku doa yg xbaik.. sebab dah terfikir2 ke arah itu sebab marah.... sebab itu aku malas gaduh lama2.. benda lain byk lg nk fikir kan

t.a.t.a said...

Semoga yang terbaik berlaku pada kau. nanti kalau dah okay dengan dia, share dengan kitorang. nak juga tahu perkembangan pergaduhan kecil ini. hehe.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

Insyallah.. hopefully soon..

dan aku sengaja tulis di blog.. sebab dia selalu juga baca blog ini.. lagipun dah call xangkat.. sms pun xreply.. kan..

:) thanks dear

t.a.t.a said...

Owh, good idea la kau ni. hahahah. welcome dear.

||alis|| said...

bff sy lebih dri 5 org. alhamdulillah for that. sbb ada org nk jumpa 1 pon susah payah. nikan plak 5. selalu bersyukur.

dan 5.5 penah terasa hati. be it yg dh 17thn kenal. atau yg bru 5thn kenal.

yg 17thn kenal ada 2. dua-dua gado besar time skola. jenis bersurat balas. luahkan apa yg terbuku. setel. mybe sbb time tuh zaman2 form4 form5.. maka selisih faham setel ngan surat pon dh ok. walau amek masa.

the rest cuma selisih faham sikit2. and kami amalkan time will heal. dan benar, sebenarnya bukan kita saja fikirkan betapa sayangnya hubungan akrab tu.. pihak sana pon sama je terasa serba salah.

dan kajian (dak alis ni tak sudah2 dgn kajian) pasangan suami isteri yg 'sihat' perhubungannya ialah yg jenis setahun 2-3kali gado. sbb dlm gado tula boleh luahkan apa yg terbuku. maka the pain akibat simpan boleh ease sikit demi sikit. tidak lah ia mcm api dlm sekam.

percayalah, dan doa, selepas gelombang ini reda, kalian akan jadi lebih akrab. mcm saya dan bff2 saya :)

~mrs azmi~ said...

let the time decide.... memang sedih bila kita hilang kawan sebab hal2 remeh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

!alis!

Yup.. biasa ye memang biarkan masa yg decide.. but this time xleh nak tunggu sebab ada 2 plan yang telah dirancang dengan dia yg nak kena settle.. gaduh mcm nie susah sebab byk benda dah booking.. dah byr.. kalau nak cancel sebab benda remeh mcm tu rasa rugi sangat pulak..

InsyAllah.. bila gaduh tuh buat kita lebih faham orang lain ..

mrs Azmi

memang sayang kalau putus sebab benda yg remeh sebab benda yg lain lebih byk baik dari buruk..

Atuk said...

Bykkan berdoa dan bersabar,

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Atuk

Thanks ye insyAllah :)

||alis|| said...

owh. ada plan bersangkut yer. baiklah. alis doakan kalian segera berbaik. x elok pulak jika tak bertegur sapa sehingga lebih dri 3hari kan..

doakan la yg mana keras dilembutkan. yang mana keruh dijernihkan. yang mana kusut diperbetulkan semula. amin2..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

!alis!

Alhamdullilah dah ok dah.. petang tuh lepas tulis entri nie.. call n sms ok dah.. gone be by gone..

lepas tuh dia sendiri baca entri nie dan baca komen org2 kat sini.. tau nak senyum sendiri sengeh hahaha..

:)

t.a.t.a said...

lepas tu dia ada komen apa tak bila baca komen semua orang kat sini?

Anonymous said...

Life is simple kak. Hehehe. Akak ni mesti jenis sensitip ya amat and sayang kan orang sekeliling sangat2. Btw, saya selalu baca blog ni. Inspired. No worries, keadaan itu sebenarnya asama garam dalam hidup. Even, saya pun pernah kene pulau, pernah ditinggalkan macam tiu sahaja, pernah disisih sebab pelbagai perkara, walhal Allah jer tahu hati ini. Selau yakin, Ada something Allah nak bagi...(^___^)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Dia bc semua komen. Siap gelak2 jelah. I yg ckp ahh pdn muka

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Nurish

Thnks sbb sudi bc blog akak.

Asam garam hidup kn. Akak dr dulu agak selektif bila brkwn. Lg satu try juga tidak terlalu rapat sgt dgn seseorg but still kwn baik n support each other.

Zainur said...

Sabar kak. Saya pun ada sikit2 rasa macam akak rasa. Masa awal2 perkara macam ni sangat mengganggu kerja dan hidup saya sebab saya sangat menghargai persahabatan. Tapi bila dah org makin kita memujuk makin mereka menjauh akhirnya saya biarkan saja. Doa moga dilembutkan hati mereka. Sekurang2nya Allah masih bersama kita ;)Aamin..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Zainur

Thanks ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...