Salam Petang Isnin
Alhamdullilah semalam selamat sampai dari Kuching.. Letih masih terasa walaupun badan dan kaki nie lenguh-lenguh sebab banyak berjalan dan bershopping sakan ahaks..
Hari ini aku akan mula bercerita tentang kisah kembara kami.. Uniknya sebab kembara nie time dekat nak pilihanraya hehehe.. dan yang paling utama inilah kali pertama untuk aku sekeluarga ke Sarawak.. Yang ikut trip nie selain pakwe tersayang.. Mak dan 2 orang adik aku.. Semuanya tak pernah sampai ke Sarawak.. so masing-masing semua looking forward ke sana..
Flight kami dari LCCT ke Kuching pkl 3.10ptg.. Kami tiba ke Kuching menghampiri 5.20ptg.. Sepatutnya aku plan nak pergi awal sikit.. tapi sebab masa mula2 booking tuh.. aku ingat nak kerja half day jek.. so petang tuh dah leh p airport.. tapi disebabkan berlaku perubahan perancangan dimana aku ajak mak dan adik aku.. so aku decide ambik cuti terus jek.. Lagipun aku book tiket utk mak dan adik aku lain2 booking.. sebab plan asal tak teringat nak ajak diorang sekali hehehe..
Masa nie dah naik flight boarding di Gate P9, naik flight di bay F84
Kami naik air asia.. lepas dah book Air Asia.. baru aku terjumpa pasal Malindo air.. yang mana kalau aku ambik flight tuh.. murah dekat RM200 dari yang aku bayar kat Air Asia... so kalau nak travel ke Kuching dan Kota Kinabalu.. boleh try compare harga dengan Malindo Air dulu... nanti selepas KLIA 2 siap.. Malindo Air akan tambah penerbangan diorang.. masa nie takdelah terhad pada Air Asia je.. lagi satu ada juga flight Indon ke Kuching- Lion Air.. murah juga tambang dia.. cuma kalau naik Lion Air.. flight adalah dari KLIA..
Masa nie tunggu turn nak take off
Disebabkan aku yang rancang perjalanan nie.. maka tempat tinggal.. kereta sewa semua aku uruskan selain daripada tiket flight.. dah lama tak buat kerja-kerja travel nie.. dulu masa di UK selalu buat benda2 nie.. sejak dah balik nie.. terpendam sekejap skill.. Alhamdullilah so far perjalanan semuanya ok... cuma ada 2 3 perkara yang akan aku review nanti ok..
Kami sampai di Kuching pkl 5.20ptg flight mendarat.. Selepas turun kapal terbang.. beratur ke imigresen, tunjuk IC (semua penduduk malaysia selain sarawak kena lalu kaunter pemeriksaan imirgresen).. masa nie pegawai tuh beritahu aku alamat aku masih alamat di UK.. hahaha.. terkejut juga.. sempat juga cakap.. Tak tahu pula alamat masih kat sana.. sebab untuk PRU13 dia beritahu alamat mengundi masih kat Selangor.. Senyum je pegawai tu.. Selepas sign kat slip imigresen tuh.. aku pun simpan slip tuh sebab nak balik ke KL nanti kena tunjuk slip tuh.. so aku pun kumpulkan semua slip pada 1 fail.. senang takdelah karang terhilang ke apa ke.. (hidup kena beringat hehehe).. dengarnya kalau terhilang slip tuh.. kena buat report kat balai polis.. satu hal ler pulak nanti..
Welcome to Kuching
Sungai Sarawak maybe?
Selepas itu.. ambil beg dan terus keluar ke balai ketibaan.. Telefon owner kereta sewa iaitu
Hanna.. Boleh call dia di no telefon : 012-8952003. Kami sewa Exora untuk 3 hari dapat dalam RM150 sahaja sehari.. tapi disebabkan kereta tuh nak kena hantar service & claim bumper.. esok tuh Hanna tukar dengan kereta Alza, kecik sikit dari Exora.. tapi kata pakwe.. bawak lagik sedap dari Exora hahaha.. :)
Kereta Alza yang kami sewa
Review kereta sewa Hanna:
So far bagus Owner nie.. ramai dah sewa kereta dengan dia.. dia hantar kereta kat airport.. balik pun dia ambik kat airport.. masa tukar kereta tuh pun dia hantar sampai ke rumah.. Aku takde complain apa-apa.. dia pun bagi GPS free.. kalau sesat tak tahu jalan boleh je call dia... tapi Alhamdullilah.. kami takdelah sesat mana pun.. so far perjalanan semua sampai destinasi.. lagipun pada aku tak susah mana travel dalam mesia yang kita boleh tanya tepi jalan je kalau sesat.. pengalaman travel berkereta masa di UK dulu banyak membantu.. selain adanya mobile internet.. bila tak jumpa jalan.. aku google jek.. on GPS kat hp.. cari nama jalan.. then aku suruh adik aku set kat GPS..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas dapat kereta tuh.. tunggu GPS detect.. masa bawak Exora, Hanna lupa bawak GPS.. tapi adik aku ada bawak GPS garmin dia.. so tunggu GPS dia roaming dulu.. yelah GPS tuh duk detect KL jek selama nie.. so once dah on.. kami terus ke Kota Samarahan..
Kenapa ke Kota Samarahan? Sebab aku menyewa Homestay kat situ.. Mulanya plan nak stay di sekitar Kuching.. tapi dah 2 3 homestay yang aku call penuh.. dan yang ada pun aku tak berkenan sangat... Bila aku beritahu dengan Hanna aku stay kat Kota Samarahan.. dia kata jauh.. next time kalau tak jumpa homestay boleh hubungi dia tanya.. sebab masa tuh dia kata ada homestay kat Matang (dekat dengan Medan Kubah Ria).. hanya RM130 je semalam dan lebih dekat dengan Bandar Kuching.. so kalau ada yang nak cari homestay.. selain tanya pasal kereta sewa kat Hanna boleh tanya dia juga pasal Homestay yang dia boleh rekomen..
Homestay yang aku sewa nie dikenali sebagai
Homestay Pak Long, di Taman Bestari 1 berhampiran dengan Petronas Desa Ilmu dan Taman Desa Ilmu (dari Kuching & airport, Homestay nie selepas UNIMAS).. kiranya banyak student UNIMAS suka lepak sini dan menyewa di sini.. jarak nak ke UNIMAS &UiTM pun tak jauh.. homestay nie tak jauh sangat dari airport Kuching.. oklah kalau nak balik nanti.. Pada aku Homestay Pak Long nie tak lah jauh mana sangat ke Bandar Kuching. jarak dalam 20km lebih je.. so not badlah.. lebih kurang jarak Shah Alam ke Klang jek.. cuma kat sini banyak sungguh roundabout.. dan semuanya besar-besar gak lah dan nama pun ada yang panjang-panjang hehehe.. tapi traffic taklah sesak macam KL atau Klang.. pemandu pun sopan santun jek..
Homestay Pak Long (gambar dari website)
Review tentang Homestay nie:
Aku ada mix feeling tentang homestay nie.. Ada yang Ok dan ada yang boleh diperbaiki..
Homestay nie corner lot.. berhadapan dengan dewan Futsal Golden Hawk.. so bila lewat petang dan malam.. banyak kereta parking depan rumah pada parking yang disediakan.. tak ganggu lalulintas pun.. kiranya kawasan nie sibuk sikit.. dan tak sunyi sangat.. Rumah nie 3 bilik.. 2 bilik katil double dan 1 blik single.. ada ruang tamu.. dapur memasak.. dan 2 bilik air.. Bilik aircon hanya 1 sahaja.. iaitu bilik master bedroom.. Keperluan asas rumah nie pada aku basic.. kalau nak masak tuh.. alatan yang ada pun basic jek.. Ada sudu garfu.. pinggan cawan.... kuali periuk pada keperluan yang basic.. bolehlah kalau nak masak yang simple2.. kami sempatlah masak nasi goreng.. bihun goreng.. buat sardin sandwich.. roti telur.. masak nasi.. cuma sudip nak mengoreng tuh dah tercabut dari pemegang ye.. kualiti pisau.. sudu garfu pun basic.. termasuklah dapur untuk memasak tuh..
Rumah nie agak panas.. macam aku yang tinggal di bilik master ada aircon..oklah.. tapi kesian kat mak aku dan adik.. sebab bilik diorang ada kipas je dan agak panas... adik aku sampai kena tidur kat lantai tak tahan panas.. mungkin kalau kat ruang tamu tuh ada aircon lagi bagus kot.. kebetulan cuaca kat Kuching nie memang panas sangat.. jalan sikit pun dah berpeluh-peluh.. Selain itu.. ada banyak semut kat rumah nie.. so hari pertama sampai dan masuk rumah.. aku dah nampak semut ala-ala macam kerengga dah menyerbu lantai bilik berhampiran bilik air.. risau juga kena gigit sebab aku nak solat.. sempatlah sapu dulu mana yang dapat.. dan malam tuh disebabkan kami nak keluar makan.. aku awal-awal dah pesan pada pakwe.. ingatkan nak beli ridsect.. Singki dalam bilik air master bedroom tak berfungsi pun.. sedikit menyukarkan nak bersihkan tangan dan muka.. namun ada disediakan baldi dengan gayung.. Rasanya yang ini tuan rumah elok perbaikilah.. Condition tilam.. bantal ok.. cuma tilam tuh macam tenggelam sikit bila duduk.. mungkin jenis camtu kot.. so far masih selesa nak tidur cuma terasa macam ada sedikit tak seimbang bila duduk tuh..
Kedudukan homestay nie.. strategik sebab dekat dengan Petronas senang nak isi minyak dan banyak kedai-kedai makan kat sini.. 2 malam tuh kami makan malam dekat dengan rumah jek.. menu oklah.. tapi tak banyak.. malam 1st kami makan tuh ramai orang singgah makan kat sini.. tapi malam 2nd tuh lenggang jek.. so oklah.. rasa makanan? Bolehlah.. nak kata sedap sangat biasa-biasa jek..
Homestay nie juga tak jauh nak ke Giant kat Tabuan Jaya.. 3 hari kami duk berulang alik ke Giant..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami sampai rumah tuh dah nak dekat pkl 7.00ptg, waktu maghrib masuk lebih kurang pkl 6.30.. selepas solat jamak.. dalam pkl 7.45 kami mula gerak keluar rumah.. Destinasi awal adalah ke Giant.. mula cari Tesco.. search GPS takde rekod.. bila aku google.. memang takde Tesco kat Kuching nie hehehe.. yang ada Giant.. so set GPS ke sana.. beli benda nak masak sarapan pagi esok dan bekal untuk pasar serikin sabtu.. beli Ridsect.. lepas tuh kami off ke Bandar Kuching sebab adik bongsu aku nak belanja makan seafood.. So antara destinasi yang kami decide nak pergi adalah TopSpot Seafood yang terletak di tengah Bandar Kuching, Tempat makan ini memang popular kat Kuching untuk penggemar Seafood.. ada banyak parking dan tempat makannya adalah di tingkat 6..
Kami sampai dah pkl 9.30malam.. masa nie orang banyak yang sudah makan.. so tempat duduk banyaklah... banyak gerai kat sini.. kalau mula-mula masuk.. gerai 1st tuh adalah Muslim Seafood.. ramai yang bertudung labuh.. berkopiah.. makan kat sini.. tapi sebab tak de tempat duduk kosong sangat.. aku mula gerak ke gerai lain.. sepanjang tuh.. kebanyakan pekedai itu akan offer kami duduk di gerai mereka.. kebanyakannya declare halal.. tapi pekedai tuh cina.. aku was-was.. ada juga muslim bertudung yang aku tengok makan kat gerai-gerai tuh.. tapi sejak balik dari UK nie sentimen aku terhadap kedai halal nie tinggi sikit.. kita ada pilihan kan.. lainlah kat luar negara tuh..
Kami pun jalan lagi.. akhirnya sampai ke gerai No 25 Bukit Mata Seafood.. antara gerai yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan mereka yang pernah datang ke Kuching.. so bila sampai tuh.. terus order makan dengan abang tukang order tuh.. siap boleh tanya pendapat lagi..
Gerai No 25 Bukit Mata Seafood
Yang aku order..
-Sayur midin masak belacan..
-ikan bawal masak 3 rasa
-ikan pari bakar
-asam pedas kepala ikan
-udang masak butter
-udang galah grill and bake..
Menu yang aku order
Air kami order kedai lain.. sebab style kat sini.. makan gerai lain.. minum gerai lain..
Alhamdullilah semua habis.. paling mendapat sambutan adalah sayur midin dan ikan bawal 3 rasa yang digoreng ranggup dan sedap.. sayur midin tuh adalah sayur pucuk paku.. mak dan pakwe cukup suka makan.. pakwe sebab org n9 kan popular masak lemak kuning pucuk paku ;)
Udang galah cheese dan grill aku order 3 ekor yang sedang2.. dibelah 2 dapatlah 6.. tapi 3 darinya aku yang makan sorang hahaha... bukan sebab aku giler kuasa.. idak.. idak.. mak dan 2 adik aku.. setakat makan 1 belah jek.. pakwe lak.. makan sikit terus pas kat aku..bakinya?? Aku yang makan sorang... ahaks.. memang sedap giler..dan aku pun siap beli udang galah fresh tapau bawak balik semenanjung tau..
Selain itu.. kami pun order umai ikan.. bahannya isi ikan mentah yang diperah dengan asam limau.. Harga RM15 sepinggan.. Kata mak aku.. macam rasa cencaluk.. bezanya ada isi ikan.. tapi masam manis masin sebijik macam cencaluk.. oklah.. buat rasa masam-masam penyedap mulut.. habis jugalah..
Selepas makan.. mak panggil waiter untuk bayar bil.. disebabkan adik aku yang nak belanje.. semuanya kena RM248.. ikutkan agak mahal sikitlah.. maybe sebab kami order udang galah tuh.. kalau yang biasa aku makan kat Jeram.. rasanya kecuali udang galah tuh.. boleh dapat murah dari tuh.. memandangkan adk aku nak belanja.. dan dia pun takat kerja sementara pembantu kedai.. kesian juga kena bayar mahal-mahal hehehe... so lepas tuh aku ajak pakwe cari Bank Islam..
Kenapa ke Bank Islam? sebab aku nak keluarkan duitlah.. lagi mau tanya hahahaha.. takkan nak bershopping lak kan.. hehehehe.. Lagipun aku memang sengaja tunggu ke Kuching baru nak bagi mak dan adik aku duit belanja harian yang memang dah aku peruntukkan setiap bulan.. bulan nie aku belum bagi kat mak.. sengaja tunggu ke Kuching.. boleh dia nak shopping... lagipun rasa kesian kat adik aku.. dia keluar dekat RM248.. so aku topup baliklah setengah.. ye aku memang kakak yang baik hehehe..
Selesai ke Bank Islam kami decide nak ronda-ronda di Bandar Kuching, set GPS ke waterfront.. kami parking kat situ.. pastu jalan-jalan sekitar situlah.. ada nampak beberapa buah bot yang bawak penumpang ke seberang sungai.. untuk pergi makan kat situ.. kami tak naik pun.. sekadar jalan-jalan ke situ je... Seberang tuh ada ditulis Astana.. Mulanya kami mencari jalan ke seberang sungai tuh.. tapi tak jumpa jalan ke situ.. pakwe buat kesimpulan takde jalan kot.. sebab kami dah pusing-pusing tak jumpa juga jalan.. tapi aku rasa ada... sebab aku ada baca orang pernah ke sana naik kereta dan lintas jambatan.. tapi sebab hari dah malam.. aku malas nak explore dan search google map.. aku decide takpe.. esok masih ada lagi... dan kami jumpa juga jalan ke situ.. nanti aku beritahu dalam entri seterusnya ye...
Sekitar Waterfront Kuching
Selesai ronda-ronda bandar kuching.. jumpalah kedai Kopi-O-corner yang popular tuh.. RJ ayam penyet yang disebut-sebut orang.. memang ramai orang makan kat kedai tuh.. kami lalu jelah sebab dah makan seafood tadi kan... Akhirnya kami pun balik ke rumah.. masing-masing pun merehatkan badan.. tidur dan bangun esoknya untuk perjalanan seterusnya...
Bersambung...
Hari ke 2 (Part 1)