Monday 19 December 2011

Kata weather forecast hari ini salji turun lagi..

Salam tengah malam Ahad dan Salam pagi Isnin

Jam menunjukkan pukul 12.02 ketika entri ini mula ditulis.. Tarikh baru sahaja berubah dari 18hb menjadi 19hb.. Malam ini aku tidur lewat.. hahaha.. selalunya waktu ini aku dah lena dibuai mimpi.. Malam nie apa mimpi tidur lewat pulak?/ Bukan apa aku dah set dateline aku untuk hantar email pada G malam ini juga review report yang aku duk pulun siapkan seminggu ini.. Tadi beberapa minit sebelum pkl 12 malam aku dah emailkan 17m/s review tuh.. nak tulis lagik aku dah tepu.. lagi pun aku tak berharap sangat nak buat review yang lengkap sebab itu hanyalah satu penjelasan ringkas tentang readability measurement yang aku gunakan semasa analisa data dokumen minggu lepas.. minggu nie aku nak kena test pula 3 readability measurement yang baru.. so aku rasa.. next task aku sepanjang cuti x'mas nie.. itulah tugasan utama aku..

Tadi masa aku menonton berita.. weather fortcast meramalkan beberapa kawasan sekitar scotland akan menerima salji lagi.. Bila aku jengah ke tingkap tadi.. takde langsung tanda-tanda salji akan turun.. tapi berdasarkan pengalaman aku yang lepas.. ia biasanya turun lewat malam sikit.. nanti pagi tau2 sahaja dah putih sana sini.. lagipun tak mustahil sebab suhu malam nie amat sejuk.. selalunya bila terasa sejuk sangat memang kebiasaannya kehadiran salji tuh hampir benar... Ada atau tidak salji esok.. Tunggu sahaja nanti aku bangun tidur untuk solat subuh pagi nanti.. Kalau ada.. esok kenalah pakai boots dan seluar terma.. wellington boots yang aku order pun tak sampai-sampai lagik.. pelik juga nie.. mungkin juga sebab keadaan cuaca yang tak menentukan menyebabkan penghantaran brg2 terganggu seketika..

Malam ini juga merupakan malam terakhir aku menggunakan broadband internet secara wireless di rumah.. Mulai esok.. telefon rumah dan juga broadband akan ditamatkan perkhidmatannya.. Aku terpaksa hentikan sebab broadband ini sewanya perlu dibayar 3 bulan 'in-advance' maknanya bil seterusnya akan sampai pada bln 3 tahun depan..  (lagipun aku dah plan untuk pulang masa tuh) ditambah pula kerana cukai perkhidmatan yang semakin tinggi peratusannya menyebabkan sewa untuk 3 bulan akan datang sahaja sudah mencecah £100.. Giler mahal.. itu sewa sahaja belum masuk penggunaan telefon dan juga internet.. untuk 3 bulan yang lepas bil itu dah nak £250.. gile.. sbulan aku guna phone dan internet dekat £85.. apa banyak sangat yang kena bayar nie.. lepas tuh belum guna lagik dia dah charge sewa 3 bln advance.. Akhirnya aku terpaksa buat keputusan end-up the service.. Memanglah sebenarnya menggunakan perkhidmatan BT (British Telecom) nie antara yang bagus dari segi speed broadband ye.. tapi juga sewanya gile mahal.. sebelum ini aku tahan kan jugalah guna BT nie sebab aku malas nak tukar line lain dan perlu pulak ikat kontrak minima setahun.. memandangkan kini kontrak aku dengan BT dah lama tamat.. so aku boleh terminate line tuh bila-bila sahaja..

Disebabkan itu.. maka esok aku kenalah pergi mencari mobile-broadband pulak.. kerana aku customer O2.. maka untuk mobile broadband aku hanya perlu bayar £10 sahaja sebulan.. yang lecehnya kalau nak guna internet kena take turn.. walaupun boleh buat wireless signal tapi aku tak pasti line ye ok atau tidak kat rumah.. internet kena ada juga.. sebab itu khusus untuk pakwe aku.. lagipun lepas nie aku akan lebih banyak buat kerja-kerja kat ofis jek termasuklah update blog.. tengoklah camna signal broadband itu esok.. susah sebenarnya bila take turn nie.. aku memang 'heavy user' kalau mula guna internet terutama bila perlu buat review atau analisa data.. byk dokumen yang aku kena access.. kalau takat pakwe tuh dia ye capaian semua takat tgk harga barang atau baca berita jek ;)

Oklah aku nak berhenti untuk tidur dan cuba untuk bangun awal untuk bersahur.. Esok aku nak berpuasa lagi.. InsyAllah...

5 comments:

sindiketsulit said...

dah tak lama lg la nak balik sini kan?

saya nak fridge magnet sekilo yer kak! kahkah!

ku-cit said...

agaknya pasni mesti da jarang update kan...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Wos

Sekilo? nnti akak timbg ok.. xcukup sekilo akak xbeli tau hahaha ;)

ku-cit

Sebelum nie akak byk update dari ofis.. kat rumah tuh jrg2 sgt.. klu ol kt umh pun biasa weekend jek ;)

kueh bakar said...

saya nak daun canada
kehkehkeh

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

rasanya akak bkn duk canada kan hahaha ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...