Alhamdullilah ramalan cuaca nyatanya tidak terjadi.. Salji tak turun.. tapi mungkin sahaja turun kat tempat lain.. Apa juga aku syukur.. Salji turun atau tidak pastinya ada hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya..
Semalam dapat email dari G.. Review yang aku tulis perlu ditambah lagi dan perlu buat kritik dan perbandingan pulak.. Emmm.. memang cuti nie takde gaya nak cuti sakan.. tambah pulak sekarang nie Internet amat limited kat rumah.. Ambil mobile broadband untuk beri peluang pada pakwe untuk surf laman web yang dia suka.. Terpaksalah sebab aku dah cukup pening kepala untuk uruskan benda-benda yang perlu ditamatkan sebelum balik nanti.. Tambah pula aku dah plan nak bagi G coklat.. tapi minggu nie dia sibuk.. so meeting cancel.. Nampaknya coklat nie kena simpan dulu di ofis dan bagi bila naik tahun baru nanti.. Coklat tuh expired bln 8 tahun depan so.. masih selamat lagi disimpan kat ofis untuk 2 mggu ni.. kalau simpan kat umah confirm habis.. ;)
Aku pulak dah janji dengan G nak submit extended version of the review dalam tempoh bercuti.. Maknanya selagi aku tak submit cuti aku bakal dihantui rasa bersalah huhuhu.. aku target if by this friday aku boleh submit review yang baru.. InsyAllah cuti nie boleh rehat sakan (tapi tgk gayanya takdelah tuh).. lagipun aku dah plan nak pack barang masuk kotak.. dan penuhkan 1 bilik tuh.. termasuklah buat label sekali...
Huru hara semalam.. Isnin aku ke kedai O2 untuk beli mobile broadband untuk pakej montly payment.. bila buat credit check tak lepas.. tensen betul!! katanya aku ye nama macam kena block.. dia tuh buat lagik dan kena block lagik.. aku tak puas hati terus p bank dan tanya kenapa jadi camtu.. bank cakap itu selalunya bukan masalah dari bank tapi dari kredit services... OK.. balik aku try lagik online order (yeah masa tuh internet masih ok lagik kat umah).. pun tak lepas juga bila masuk credit check.. last2 aku call O2 dan terus ambik pay and go mobile broadband.. tak sampai 5minit settle semua dan tak perlu nak bg bank detail pun sebab diorg ada record tuh semua..
Semalam.. Masa aku nak keluarkan duit dari ATM.. kad aku takleh pakai... bank block kad aku.. Tensen... terpaksalah menapak p bank pulak.. Bila pergi bank.. officer tuh check.. dia detect ada 3 transaksi dari o2 yang cuba capai ke akaun aku.. dan diorg ingatkan 'fraud' dan terus block kad aku.. Arghhhhhhhhhhh!!! tensen terus dengar.. Agaknya sebab itulah semalam tak lepas kredit check.. kad yang ada kat tangan aku tak leh pakai langsung.. dalam masa 3 hari kad baru akan dihantar ke rumah.. Mestilah aku tensen sebab itu semua bukan salah aku.. kalau diorg suspect fraud kenapa diorg tak call aku sendiri dan tanya pasal transaksi tuh.. ini terus sesuka hati jek block card... tak pasal2 aku kena tunggu kad baru pulak.. udahlah masa nak dekat x'mas nie masa kecemasan.. masa nielah delivery semua sangkut..masa nie jugalah urusan byk yg org nak settlekan... So maknanya.. hari boxing day aku takat window shopping jelah huhuhu.. kalau kad dapat awal.. oklah.. kalau lepas x'mas.. huhuhu... shopping mata jelah jawabnya..
Ada 3 benda yang kena tunggu yang belum sampai..
1- 4 set calendar 2012 (aku buat khusus untuk 3 org sahabat baik yang lain)
2- mobile broadband donggle
3- Card ATM baru
Ya Allah.. permudahkanlah semua urusan aku nie.. Pening dan berserabut kepala nak uruskan semua nie.. itu tak termasuk review yang belum sentuh apa langsung nie... nie nak buat sesi luah perasaan dulu.. lepas nie boleh sambung buat keje pulak..
Oh ya.. selepas aku rasa kelam kabut dan berserabut semalam... malam tadi aku mimpi... Mimpi ini mengingatkan aku pada 2 mimpi yang hampir sama yang pernah aku mimpi beberapa tahun lepas.. Mimpi pasal Air banjir...
Aku teringat ada pendapat yang memberikan tafsiran kalau kita mimpi melihat air banjir.. bermakna kita akan mendapat rezeki.. Tapi aku bukan sekadar tengok air banjir lagi.. tapi mimpi terpaksa mengharung air banjir yang besar.. Andai benar.. Aku harap biarlah ia satu perkhabaran gembira untuk sesuatu yang aku perjuangkan atau juga untuk sesuatu yang penting dalam hidup aku..
Beberapa tahun lepas juga aku mimpi pasal air.. ada 2 mimpi..
1- aku mimpi menaiki satu bot kecil bersama sahabat baik aku M.. kami mengharungi ombak laut yang besar tapi syukur sebab bot yang kami naiki itu dikemudikan secara sendiri dan yang bagusnya.. sebelum kami sampai ke pantai.. bot itu dengan sendirinya mengelak orang ramai yang sedang mandi manda di tepi pantai ketika itu.. Aku senyum sendiri bila terjaga dari tidur selepas mengalami mimpi itu.. Maknanya terlalu besar pada aku.. sebab aku dah tahu kat situ aku telah diberitahu akan cabaran utama yang perlu aku lalui dalam sesuatu yang aku perjuangkan.. dan kenapa aku dengan M.. sebab kini aku dan M mengalami dan melalui pengalaman yang sama.. sebab itu tiap kali aku email dia tentang perkhabaran aku di sini.. aku juga tidak pernah lupa mengingatkan dia supaya tidak terhenti menghabiskan perjuangan yang masih tinggal sikit tuh.. sebab aku tahu.. InsyAllah akhir nanti kami pasti akan selesaikan juga.. susah dan senang.. InsyAllah..
2- mimpi aku perlu mengharungi arus deras di sebuah sungai.. aku ingat yang aku terpaksa berenang mengharungi arus sungai yang deras tuh.. tapi syukur aku dapat naik ke tebing dengan selamat..
Bila bercerita pasal mimpi ini.. aku teringat M pernah beritahu aku.. yang kak R ada mimpi pasal aku.. kata dia.. dia mimpi bagaimana keadaan kehidupan aku di sini.. Aku senyum jelah... sebab dari dulu antara kami berempat.. Aku dan Kak R memang selalu sahaja mimpi alamat camnie.. Kata seorang adik pada aku.. orang berdarah Bugis nie.. memang selalu dapat alamat melalui mimpi.. Ye kot.. sebab pada aku... memang aku tak dapat nafikan.. banyak alamat dan cerita tentang seseorang atau sesuatu sering datang pada aku dalam bentuk mimpi.. Kalau Mak aku.. lagi dahsyat.. dia bukan takat boleh mimpi.. kadang bau dan rasa pun sampai kat dia.. ;)
Apa juga.. Aku selalu anggap mimpi2 yang indah itu sebagai hiburan buat aku melepaskan rasa bebanan dan tekanan.. Kadang kita termimpi sesuatu mungkin kerna sebelum tidur kita begitu asyik memikirkan perkara itu.. So bila tidur.. termimpi sekali.. tapi memanglah mimpi aku sejak beberapa bulan nie manjang jek pelik2.. mimpi jumpa putera rajalah.. mimpi air banjirlah.. mimpi balik malaysialah.. mimpi balik mengajarlah.. dan macam-macam mimpi lagi yang pelik.. Aku kalau bermimpi dan lepas itu kalau aku boleh ingat butiran mimpi itu secara terperinci.. biasanya mimpi itulah yang aku rasa ada makna.. kalau takat mimpi main2 biasanya aku takkan ingat langsung butiran mimpi itu.. macam mimpi air banjir semalam.. banyak peristiwa yang berlaku dalam mimpi itu.. ada beberapa orang yang aku kenal terlibat.. ada yang juga aku tak kenal.. Apa juga doa aku.. agar yang elok2 sahaja terjadi.. Andai yang tak elok.. Semoga Allah jauhkan dari terjadi.. dan semoga semua urusan juga dipermudahkan hendaknya kan..
Deretan kad x'mas terakhir yang diterima dari rakan sekerja..
Tapi.. mulai tahun depan aku pasti kena hantar 3 kad x'mas ke 3 buah negara
UK, Japan & Thailand
UK, Japan & Thailand
5 comments:
mimpi dalam mimpi penah?
keh keh
mimpi dalam mimpi penah?
keh keh
Kueh
mimpi dalam mimpi yang akak pernah tuh.. ada gak..
tapi..
pernah dgr lagu
dan pernah tgk movie
hahaha..
mimpi??
coming soon kot
;)
aku kak, mimpi sambung sambung penah la...
mula2 mimpi...lepas tu terjaga...tidor balik, sambung balik mimpi tadi..serius blur..
haha.
kueh
Kueh
Itu biasa hahahhaa
mimpi berepisod itu mmg asyik
;)
Post a Comment