Salam Malam Sabtu..
Salji dah lama mencair dek hujan lebat beberapa hari yang lalu.. tapi semalam menyaksikan hujan ribut taufan melanda.. beberapa kawasan terputus bekalan elektrik dan sebuah bas sekolah terbalik ditiup angin kencang.. semua sekolah dan juga university ditutup serta merta kerana risaukan keselamatan pelajar..
Yang best ye.. walaupun email dah terima kata university ditutup.. Aku pulak balik lewat hahaha.. maklumlah bila dah naik ke tingkat 12 tuh.. aku hanya akan keluar bila lewat petang.. itupun pukul 4.30 pakwe dah call suruh balik cepat sebab katanya bas dah tak banyak.. semua bas 2 tingkat diberhentikan perkhidmatan dan hanya bas 1 tingkat beroperasi menyebabkan bilangan bas yang ada juga berkurangan.. Nak tak nak aku kenalah balik sebab risau juga andai lewat sangat nanti bas takde.. dah lah kalau aku nak jalan kaki dari uni ke rumah ambil masa 50min.. itu masa musim panas.. kalau time sejuk2 camnie.. mau sejam lebih aku sampai rumah.. itupun semalam aku terpaksa ambil bas no 5 yang agak jauh sedikit dari hentian bas yang biasa aku tunggu..
Alhamdullilah hari ini life kembali seperti biasa.. Angin kencang dah berlalu... cuma hari ini suhu aku rasa jatuh bawah takat beku.. kenapa aku rasa begitu sebab kali ini amat terasa kebas muka kaki dan tangan.. muka rasa kebas sangat2 dalam masa beberapa saat sahaja.. Tapi aku masih boleh tahan lagik.. teringat masa suhu jatuh hingga -12 tahun lepas.. masa tuh rasa kulit kalau ditoreh pun tak keluar darah.. pedih.. merah dan hilang deria rasa...
Aku tak tahu nak kata bagaimana pula keadaan cuaca tahun ini.. adakah lebih teruk dari tahun lepas?? Nyatanya angin kencang semalam memang cukup dahsyat.. aku nyaris2 melayang ditiup angin semalam.. badan terasa bergerak ditolak angin seinci.. Seram seketika.. teringat pulak taufan yg biasa melanda tanah america.. kini tanah great britain pula mengalaminya.. yang ketara teruk kawasan scotland.. up north lebih2 teruk.. Syukur kami kat sini masih ok.. sebab masih dapat bekalan elektrik dan kehidupan tidak terganggu sangat..
2 minggu sahaja nak x'mas.. bermakna cuti panjang pun akan bermula tak lama lagik.. keje study pulak makin banyak.. keje minggu nie memang full sebab aku kena sediakan dokumen utk 3 domain besar dan 4 sub domain untuk setiap domain utama.. penat mencari dokumen untuk bidang information sciences, law dan music.. buat masa ini aku hanya buat analisa readability measures untuk bidang information sciences menggunakan 5 formula readability.. tengok result dah pening kepala.. keje baru siap 70%.. weekend nie kena proses data lagik.. Isnin kena present pulak..
Sekejap sahaja juga nak masuk tahun 2012 kan.. hanya 2 minggu lebih jek nak masuk tahun depan.. bermakna tak lama lagik genaplah aku berkelana diperantauan ini 5 tahun... paling lama.. dah masa untuk pulang pun.. mimpi2 panggilan pulang pun dah sampai... Mungkin sahaja Allah nak bagi aku peluang duduk di tempat orang lebih lama.. Rindu sudah tentu.. tapi pada aku.. rindu perkara-perkara di tanahair itu biasa.. dah ramai kawan-kawan baik aku balik.. semuanya punya cerita yang sama bila sahaja pulang ke sana.. kerinduan pada kehidupan kat sini sentiasa menjadi igauan dan ingatan.. Mungkin sebab hanya aku seorang sahaja yang masih setia belum mahu pulang.. sejak 3 4 bulan ini entah berapa banyak ungkapan rindu yang aku terima dari email.. sms.. facebook... Kadang sedang sibuk buat kerja.. sering sahaja masuk mesej2 itu.. Aku hanya mampu tersenyum sahaja.. dan aku faham hati-hati mereka yang rindu itu... Bukan aku tak rindu.. tapi hakikatnya aku di sini pun sebab perlu menyudahkan tanggungjawab dan tuntutan utama.. kalau nak tanya hati aku.. rasanya berkajang-kajang kertas putih depan belakang boleh aku tulis untuk aku luahkan apa yang terpendam di hati.. tapi buat masa ini.. aku terpaksa blok dan bekukan semua rasa-rasa itu dek kerna perlu fokus dan selesaikan tuntutan utama itu..
Tiap kali aku berjalan dalam sejuk dan gelapnya malam.. pasti sahaja ingatan aku singgah pada mereka semua yang aku tinggakan di tanahair.. terlalu banyak hati yang sedang rindu dan menunggu aku pulang.. tak sabar rasanya nak berjumpa dengan mereka semua.. tapi aku juga teringat pesanan seorang rakan baik.. "Ye.. hati memang kalau nak ikut semua rindu.. semua nak jumpa.. tapi nanti bila dah kita jumpa semua yang kita rindu.. dah tunaikan semua kehendak hati.. semua itu akan selesai camtu jek.. kelak nanti kita pula rasa menyesal sebab ada benda lain yang sepatutnya selesai tapi tidak diselesaikan.. Biarlah selesaikan dulu mana yang perlu.. hati-hati yang rindu itu biarlah dirindu.. kelak nanti rindu itu pasti terubat juga kan"
Ye aku akui hakikat kebenaran kata-kata kawan aku itu.. tidak sekali pun aku menidakkan.. dia juga merantau seperti aku.. sudah tentu sahaja dia faham apa yang aku rasa.. We are in quite similar boat.. just that the location and responsibilities are different..
p/s Sudah ada yang mengira hari untuk aku pulang.. Senyum jelah.. walaupun aku sendiri pun tak tahu bila agaknya tarikh pulang..
6 comments:
tempat jatuh lagi dikenang. skarang alis pon merantau, berhijrah, walau still dlm mesia, hehe.. cuma bila terasa nak balik kmpung, mmg balik, tapi jejak ke kmpg, dah teringat rantau. acaner tuh? pelik.
mana duduknya seluruh ahli keluarga.. situlah tempat yang paling kita rindui
xpe lah..jauh berjalan luas pandangan tp tempat sendiri mmg dirindu..
Alis
Biasalh hidup merantau tuh mmg camtu.. sebab hidup kat rantau tuh dah jadi rutin sehari-hari.. pagi petang malam.. kampung tuh kita jengah sekali sekala jek.. buat lepas rindu..
Mrs Azmi
Ye betul tuh.. tapi dalam usia camnie.. selain keluarga.. kita juga akan rindu dengan kawan2 rapat sebab diorg tuhlah rutin harian kita hampir setiap mggu..
Marina
;) jauh berjalan luas pandangan.. tapi kalau terlalu lama berjalan kena gak pulang ke pangkal jalan
agak betol disitu..
kadang kita rasa rindu pada semua..tetiba jumpa, jadi macam angin jerk...biasa...
'pakwe' itu rindu abadi.kehkeh.
kueh
Kueh
Hahahaha.. tuhlah.. tak jumpa kemain rindu.. dah jumpa cam takde apa2 jek hahahaha... camtu baik terus rindu-rinduan lah..
'pakwe' itu rindu sentiasa.. balik lambat pun dah dapat call.. tanya bila nak balik hahahaha...
Post a Comment