Harga tiket sehala ke Osaka dari Kansai Airport
1190yen
Soalan kegemaran aku pada mereka berdua..
'When is your last time speaks in english?'...
dan jawapan pada soalan aku itu disambut dengan gelak ketawa terlebih dahulu dan diikuti dengan jawapan.. 'I think it was soooo long ago...' dari mereka berdua..
Kalau tak kerana pertemuan ini rasanya diorang berdua tuh bertahun tak cakap english kot.. Aku?? selalu juga.. sebab aku ada seorang pelajar india yang merupakan pelajar seliaan aku dan kami memang selalu komunikasi dalam bahasa itu..
Perjalanan sejam itu rasanya cukup untuk mantapkan sedikit sebanyak bahasa 'english' masing-masing yang dah berkarat... sebenarnya kalau duduk dalam train atau bas.. tidaklah digalakkan untuk bergelak ketawa dan buat bising.. tapi kami terlupa semua itu hinggakan pernah mendapat jelingan manja dan tajam daripada beberapa penumpang sekeliling kami.. Ironinya pulak.. disebabkan kanako berbahasa inggeris dengan kami.. maka dia selalu dipandang dan ditenung oleh orang jepun sendiri.. malah beberapa gadis jepun turut merenung muka kanako berkali-kali dengan riak kagum.. (ye aku suka memerhatikan orang hahaha).. malah insiden ini aku lihat berkali-kali terjadi setiap kali kami bertiga buka mulut berbual dalam bahasa inggeris..
Sempat jugalah aku rakamkan gambar sepanjang perjalanan walaupun hakikatnya tak peduli sangat apa yang ada sepanjang perjalanan tuh sebab sakan bersembang... Akhirnya kami sampai juga ke Osaka.
Perancangan kami seterusnya adalah mencari 'coin locker' untuk menyimpan beg-beg besar kami dan memulakan jalan-jalan kami sekitar bandar Osaka. Kami temui 'coin locker' tersebut dan mengambil 2 loker yang sedikit besar, aku berkongsi loker dengan Kanako, manakala Nuch menyimpan 2 begnya yang besar (sempat kami usik dia.. beg yang besar tuh macam dia nak duduk jepun setahun.. ahaks).. tak silap aku harga bagi satu coin locker adalah 400yen.. jika tiada duit siling jangan risau.. ada mesin yang menerima duit kertas 1000yen dan menukarkannya kepada siling 100yen..
Sebelum meneruskan jalan-jalan kami.. kami putuskan untuk makan tengahari dulu.. Kanako bersungguh mahu kami mencuba makanan jepun.. dan akhirnya kami memilih kedai jepun yang menyediakan masakan sejuk dan panas..
Kedai makanan jepun yang kami pilih..
Sebelum kami masuk takde barisan langsung..
Bila kami keluar dah ada barisan orang yang menunggu di luar..
Hidangan tengahari masakan jepun yang pertama buat aku..
Mee Soba..
Ye aku makan pakai sudu dan garfu plastik yang dicilok dari Air Asia masa makan dalam flight paginya..
Syukur teringat nak cilok sudu garfu nie.. sebab kebanyakan cafe atau restoran hanya ada chopstik sahaja..
Selesai makan, kami mula ke tandas dulu. Sempat jugalah ambil gambar tandas diorang.. rasanya semua org tahu.. tandas di jepun kebanyakannya versi elektronik.. semasa di airport Kansai lagi dah excited giler guna tandas yang pakai picit-picit butang jek.. boleh adjust lagik water pressure.. temperature.. nak bidet macamana.. ada sound.. macam-macam lagi ler...
Gambar tandas pertama yang aku ambil..
Bersungguh nie ambik gambar..
Kami jalan-jalan di bandar Osaka.. Berjumpa jalan ini
Jalan Dotonbori
Merupakan jalan yang paling terkenal di Osaka yang mempunyai banyak deretan kedai makan, restoran, cafe dan berdekatan jalan ini juga kami singgah ke Daiso..
Ini merupakan lokasi utama tempat orang ambil gambar dan bersebelahan dengan Dōtonboribashi Bridge
Kebanyakan ada yang buat gaya cenggitu kalau ambil gambar :)
Kebanyakan ada yang buat gaya cenggitu kalau ambil gambar :)
Latar belakang itu 'Glico' itu merupakan jenama japanese candy yang terkenal di Jepun
Semua orang jepun tahu gula-gula ini dari mereka kecil lagi.. kata kawan aku ler
Selain itu mereka juga ada Pocky (seperti pepero korea) kalau di UK/Europe lebih dikenali sebagai Mikado..
Jalan Dōtonbori adalah jalan yang terkenal di bandar Osaka.. banyak kedai yang menyediakan lampu neon yang besar-besar belaka.. Kalau malam hari pastinya jalan ini meriah ya amat... Imagine jelah sebab malamnya kami dah kat Kyoto..
Selepas jalan-jalan kat situ.. Kanako mengajak kami ke Osaka Tower yang dikenali sebagai Tsutenkaku Tower.. Ia merupakan tower yang ditaja oleh Hitachi.. dan merupakan antara bangunan yang tinggi di Osaka.. Senibina hampir menyerupai menara Eiffel.. tapi pada aku Tokyo Tower lebih hampir dan mirip dengan menara Eiffel di Paris..
Untuk ke menara ini.. kami melalui jalan-jalan kecil yang di kiri kanannya merupakan deretan kedai-kedai makan jepun.. dan juga terdapat 2 buah kedai yang menyediakan permainan catur jepun yang rata-rata pengunjungnya adalah orang-orang tua.. Klasik melihat suasana seperti ini.. Selain itu juga ada 1 kedai yang mempunyai susunan mangga kunci berbentuk Love..
Jalan kecil yang dipenuhi deretan kedai-kedai makan
Kedai main catur
Deretan mangga kunci berbentuk love
Tsutenkaku Tower Osaka
Aku lupa harga untuk naik ke menara ini.. Ini kerana Kanako bayar untuk kami.. puas kami hulurkan duit kami untuk membayar harga tiket tapi ditolak mentah-mentah oleh Kanako sekali lagi.. Rasanya harganya sekitar 600yen jika tak silap..Semasa kami beratur untuk naik ke level atas sekali.. di hadapan kami ada sepasang suami isteri yang berumur turut beratur bersama kami.. Si lelaki bertanya pada Kanako banyak hal tentang aku.. mungkin sedikit pelik sebab melihat aku pakai tudung.. yang bestnya.. sebelum naik menara ada sesi bergambar jika kita nak.. pasangan ini meminta kami untuk bergambar dengan mereka.. Oklah.. kalau setakat bergambar kami ok jek.. tapi.. bila sampai masa nak ambil gambar tuh.. pasangan itu turut belikan kami sekali gambar tersebut.. kata lelaki itu.. khas untuk aku.. tapi kami dah ambil gambar siap2.. oh ya aku terlupa pulak nak scan gambar tuh.. (kena buat ler lepas update entri nie)
Dari atas menara ini kami boleh lihat hampir keseluruhan bandar Osaka.. tapi pada aku pemandangan bandar Tokyo lebih luas mata memandang..
Selepas puas mengambil gambar.. kami akhirnya turun ke tingkat bawah menara dan memutuskan untuk singgah di cafe untuk minum petang. Nuch pada ketika ini dah mula sakit kaki kerana kasut yang dipakainya bertumit tinggi sedikit.. Aku minta blended coffee.. yang ku sangkakan kopi ice blended.. tapi rupanya kopi panas.. uhuhu udahlah tekak perit dan rasa panas.. minum pulak air kopi panas.. redha jelah.. minum sambil tarik nafas... :)
Disepanjang tempat duduk kami diletakkan dengan stiker dari jenama Glico dan Pocky serta tandatangan beberapa artis jepun.. Kami pula ambil kesempatan untuk menulis nota buat diri masing-masing pada kertas whiteboard yang kami beli di Daiso tadi..
Nota buat diri masing-masing
Kami kembali ke stesen Osaka, ambil beg dan mula bergerak ke bandar Kyoto.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit sahaja..
Bila kami tiba di Kyoto.. menara Kyoto yang berwarna-warni menyambut kami... dan kami mengambil teksi untuk terus ke Hotel Toyoko-inn yang telah ditempah awal oleh Kanako.. Bilik kami luas dengan 2 katil double dan tentunya aku telah meminta untuk tidur dikatil single sendirian.. ahaks..
Menara Kyoto menyambut kami
Malam itu kami tidur dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.. Seolah tidak percaya kini kami berada di Jepun..
Bersambung
6 comments:
seronoknya baca! aaaaa akak sampai je polis usha akak yer.. msa sy smpai kat epot baiyun gz.. tudia.. anjing besar budak dok usha kami. kata kwn yg keje kastam.. ikotkan law diorg.. jmpa je pengedar dadah, diorg tembak kat situ jugak. cuma malaysia diberi kelonggaran ats ats hubungan baik. itu yg budak UMS kena jail bertahun2 n buat rayuan (tp x silap sy dia kena hukum gantung jugak kan? al-fatihah utk dia)
menunggu n3 akak seterusnya. jeng3..
p/s: termakan kepek yg digoreng minyak babi tu mmg peringatan kan.. gulp.
Alis
Kes polis soal tuh byk gk org mesia kena. Byk gak blogger yg pnh report bnda yg sama. Tak sangka pulak kena soal.. uihh jwb jelah kan. Nasib polis perempuan
Kepek tuh confident je mkn nyaris nk beli. Bila kwn akak chck blik aihhh ada myk babi lak. Mknn diorg byk yg ada myk babi
Kak, saya tak tahu la kalau saya missed baca, tapi Kanako tu nama dia atau gelaran dia as in Kanako tu tourist guide.
Gambar awek tu Nuch atau Kanako?
tata
Kanako itu mmg nama dia..
Awek tuh Nuch
As salam, seronok baca citer perjalanan ke jepun. Akak akan ke jepun bulan 1 2016. Dah buat semua persediaan tapi masih kurang pasti bab transportation di bandar2 besar samada kanto pass Dan kansai pass berbaloi utk dibeli. Bila baca entry Adik yg kawan adik Kanako tu byk save duit utk transportation, rasa ingin tahu mcm mana dia buat. Kalau tidak menyusahkan akak ingin nasihat mengenai cara2 utk jimatkan kos pengangkutan di sana nnti.
Terima kasih dim.
As salam, seronok baca citer perjalanan ke jepun. Akak akan ke jepun bulan 1 2016. Dah buat semua persediaan tapi masih kurang pasti bab transportation di bandar2 besar samada kanto pass Dan kansai pass berbaloi utk dibeli. Bila baca entry Adik yg kawan adik Kanako tu byk save duit utk transportation, rasa ingin tahu mcm mana dia buat. Kalau tidak menyusahkan akak ingin nasihat mengenai cara2 utk jimatkan kos pengangkutan di sana nnti.
Terima kasih dim.
Post a Comment