Monday, 13 January 2014

Amalan jimat cermat, apa yang mungkin kita perlu ubah?

Salam

Semenjak dari hujung tahun 2013 lagi, sudah ramai yang mula berungut tentang kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan, bermula dengan isu minyak, tol, gula, brgan mentah, elektrik hinggalah harga makanan siap.. Rasanya saban hari hingga kini, isu ini masih banyak diperkatakan orang, tak kurang yang merungut dan bising hingga macam-macam lagi.

Ok, entri ini bukan untuk buat ulasan atau berdebat mengapa harga barangan semua naik.. tak perlulah nak komen pasal kerajaan atau kesalahan mana2 pihak di sini. Entri ini adalah ingin membincangkan bagaimanakah agaknya perlu kita lakukan demi mengharungi atau menangani isu kenaikan yang ada.. Dengan kata lain 'solution' atau 'suggestion' in action.. bukan cadangan dengan perkataan seperti 'terima jelah dah naik', 'kita pergi buat demontrasi', 'ini salah A, B, C..'.. yang kita nak bincangkan adalah apa mungkin penyelesaian jangka pendek atau mungkin pelan jangka panjang yang perlu/boleh kita lakukan.. mungkin berjaya, mungkin tidak.. tapi apasalahnya kita mencuba jika ia memberikan walaupun sedikit kesan pada kewangan kita..

1-Mulakan dengan masak makanan sendiri.. bawa bekal (ini sudah terbukti dimana-mana memang menjimatkan)
Rasanya cadangan ini mungkin kedengaran macam dah lapuk atau mungkin disertai dengan alasan 'tak pandai masak atau malas masak'. Tapi pengalaman aku membawa bekal selama 5 tahun semasa tinggal di UK dengan kos sara hidup yang terhad, kedai-kedai halal memang banyak tapi tak sanggup nak bayar hampir £5 untuk sekali makan. Selalunya aku memang akan bawa bekal untuk sarapan pagi dan juga tengahari. Amalan ini memang banyak membantu aku menjimatkan duit dan amalan yang sama pun pernah aku praktik kan semasa baru balik dulu.. hampir sebulan takde gaji dan ketika itu gaji yang ada pulak perlu dikumpul untuk membayar tunggakan hutang rumah dan juga kumpul duit utk settlekan cukai kereta.. dekat beberapa bulan juga aku masih kekal membawa bekal dari rumah.. dan sekali sekala jugalah makan di luar tak kerap mana pun.. Sebenarnya amalan membawa bekal ini lebih baik kerana kita akan punya masa 'privacy' untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri.. takperlu keluar time panas2 terik matahari.. sibuk nak cari parking kosong.. nak byr parking pulak.. kdg berebut dengan org kalau kedai tuh penuh dan sesak.. Inilah perasaan yang paling aku suka apabila makan bekalan yang dibawa sendiri.. kepuasan dan kesedapan makanan itu tidak ada tandingnya jika dibandingkan dengan makanan yang dibeli/dibungkus dari kedai.
So antara azam tahun baru ini.. back to basic.. akan mulakan kekerapan membawa bekal dari rumah untuk tahun ini InsyAllah..

2-Belanja bila perlu dan 'stop' beli benda yang dah memang ada stok di rumah..
Bagi wanita bekerjaya.. beli barangan peribadi adalah antara perkara yang sinonim bagi wanita.. ada sesetengahnya mengelarkannya.. 'reward pada diri sendiri'. Benar ini memang baik.. cuma apabila benda yang dah ada.. dan masih elok.. hanya kerana kita berkenan.. maka mata dan tangan pulak tak sabar-sabar nak membeli lagi.. This is so true about myself.. sebab aku jatuh dalam kategori begini.. hahaha... selalu bila jumpa benda yang berkenan.. hati susah sangat nak kata 'tak nak', 'jangan beli', 'brg kat rumah ada lagik'.. so sekarang ini every penny yang dibelanjakan perlu difikirkan semula apabila perlu membeli.. Jika sudah ada.. masih elok.. berhenti dari membeli.. dan jika susah sangat keluar terus dari kedai atau berlalu dari rak brgan tuh hahaha.. Think logic and reasonable than your desire...

3- Jimatkan penggunaan elektrik dan air.
Ini pun salah satu amalan yang perlu dibuat.. sebelum nie mungkin tak kisah nak buka tutup lampu.. kipas dan aircon.. sekarang nie kena buat penjimatan.. masalah paling utama adalah penggunaan aircon.. kekerapan penggunaannya boleh dikatakan setiap hari.. rasanya perlu buat setting timing untuk penggunaan aircon.. on utk beberapa jam.. dan off juga beberapa jam secara automatik.. dulu semasa di UK.. kaedah yang sama digunakan untuk pemasangan heater.. kat rumah dulu kami memang set pukul berapa heater akan on... dan pukul berapa heater akan tutup.. Ini juga membantu dalam menjimatkan penggunaan gas.. so the same way perlu dibuat.. Penggunaan air pun sama.. mungkin perlu ada rutin membasuh baju.. meaning tak basuh baju hari2.. kalau keluarga yang besar.. susah nak buat kaedah ini.. tapi apa salahnya kita cuba kurangkan penggunaan mesin basuh setiap hari.. ada kawan aku.. sehari membasuh hingga 4 5 kali.. hatta kain sehelai pun masuk mesin basuh terus basuh.. Rasanya kena mulakan rutin bila membasuh.. kaedah ini dari di UK lagi aku dah praktikkan.. basuh setiap 2 hari sekali..

4-Kurangkan travelling atau melepak sesaja 
Ada sesetengah orang cukup suka lepak di luar dan kadang-kadang berjalan-jalan di shopping kompleks.. kalau jarak dekat mungkin tak terasa sangat.. tetapi jika kerap sangat pun.. mesti terasa sebab perlu bayar tol, minyak kereta dan juga byr parking.. Mungkin lebih sesuai dari lepak di kedai makan.. mungkin sudah masanya untuk melepak sambil beriadah.. jogging.. berjalan keluarkan peluh.. ataupun berkebun di rumah sendiri atau bersihkan rumah sendiri.. More time untuk kesihatan badan dan pada masa yang sama mencantikkan/membersih persekitaran rumah..

5- Banyakkan aktiviti yang menggunakan tenaga sendiri atau menghasilkan sesuatu dengan sendiri 
Paling tidak.. basuh kereta.. tak perlulah hantar ke kedai.. tapi basuh kereta sendiri.. nak jimatkan air.. pastikan air ditakung dalam baldi dan digunakan berulangkali berbanding dengan menggunakan secara direct dari paip yang kadang2 lebih cenderung lebih membazir.. Selain itu sebarang kerja yang dulunya mungkin memerlukan kita upah orang (kecualilah kita memang tak tahu buat benda tuh.. atau takde masa) kita cubalah buat sendiri jek.. contoh mungkin jahit baju, tudung, mesin rumput, cat rumah, pagar dan macam-macam lagi aktiviti lain.. setidak-tidaknya kita juga boleh cuba untuk recycle brgan yg ada dan jadikan bahan baru yang lebih kreatif..

6- Jual barangan yang masih elok atau terpakai..
Ini juga merupakan salah satu azam baru tahun ini.. barangan yang dah ada kat rumah itu banyak terutama barangan yang dibawa dari UK dulu.. daripada di simpan.. lebih baik dijual kepada yang mungkin memerlukan... Benda nie dah lama juga bincang dengan beberapa rakan yang lain.. sebab rasanya ada sesetengah barangan tuh dah memang takkan dipakai lagi.. daripada kuali, periuk tefal.. hinggalah kepada pinggan mangkuk.. Manakala baju-baju yang terpakai dan baru (tak pernah pakai) mungkin boleh dijual pada charity.. di pekan aku tinggal nie takde kedai charity.. kalau ada memang baguslah untuk memudahkan kita recycle brgan begini..

7- Car pool atau berkongsi kereta.. atau menggunakan cc kereta yang lebih rendah
Bagi yang bekerja berulang-alik.. kalau dapat beberapa rakan yang menghala ke arah yang sama.. idea nie memang bijak.. tapi pada aku kurang praktikal sedikit sebab jarak rumah ke tempat kerja hanya 10km dan tiada tol.. kedua-dua kereta yang digunakan Alhamdullilah minyak isi RM30 dan RM50 tahan untuk seminggu penggunaan.. satu kereta cc 1.3 dan satu lagi 1.8 tetap dengan enjin komprosser.. isi RM50 masih boleh pergi balik untuk perjalanan menghampiri 200km.. Dulu pernah terfikir nak ambil kereta dengan cc lebih tinggi.. tapi memikirkan kos minyak yang lebih tinggi apabila perlu buat perjalanan, ditambah dengan jadual kerja aku yang boleh dikatakan agak kerap kerja diluar dan travelling.. maka 2 jenis kereta ini Alhamdullilah.. kurang sedikit bebanan minyak.. Jika ada pengangkutan awam yang selesa dan murah apa salahnya gunakannya berbanding membawa kereta sendiri.
Selain itu mungkin boleh kurangkan kekerapan singgah ke tempat2 tertentu berulang kali.. kalau dah plan nak beli barang.. setkan terus beli yang diperlukan tanpa perlu pergi ke tempat yang sama berulang kali.. Boleh juga cuba untuk tidak membawa kereta dengan laju sangat.. sebab kelajuan kereta yang lebih tinggi mengakibatkan penggunaan minyak yang lebih banyak.. Terutamanya bila memandu di lebuhraya.. kalau anda memecut 110 keatas.. baki minyak yang tinggal pastinya sedikit berbanding jika anda maintain bawa kereta 90-100km/j sahaja.. Apa perlahan sangat?? Ok.. mana lebih penting.. sampai cepat (kecuali kecemasan) tetapi kena tambah isi minyak.. atau sampai lambat sikit (beza 10-15minit) tapi baki minyak masih boleh digunakan ;) .. hahaha ini ckp dari pengalaman sendiri yang pernah bawa 145km/j tanpa henti sampai dapat surat saman lah.. ahaks ;)

8-Jalan ber Tol.. elakkan? atau guna jalan lain
Isu ini juga pernah dibincangkan.. sampailah ada orang upload.. ada sorang nie bawa kereta ikut jalan motor sebab nak elak tol.. Rasanya jika kenaikan harga tol berlaku.. rasanya aku kena guna alternatif ini.. mungkin masih boleh guna jalan bertol.. tapi mungkin menggunakan separuh jalan bertol dan separuh lagi jalan biasa.. Kalau biasa balik kampung aku akan menempuh 7 tol.. yup serius ada 7 tol yang aku lalu tiap kali balik kg.. dari nkve, guthrie, nkve balik dan sambung ke skve.. kali nie.. mungkin terpaksa ikut nkve direct ke bukit raja dan ikut jalan lama klang-banting.. walaupun sesak dan jam.. setidaknya kos tol banyak sangat boleh jimat.. sebab kenaikan tuh boleh dikatakan sekali ganda daripada kos yang aku bayar sekarang menggunakan 7 tol tersebut..terpaksalah nampaknya.. sesak sekejap je kat bandar klang.. once dapat masuk jln lama ke jln kebun.. ok dah :)

9- Berniaga..
Bab yang ini memang ada rancangan tapi belum lagi nak menceburkan diri.. walaupun ramai dah orang2 yang berikan cadangan ini untuk tambah pendapatan.. Banyak risikonya.. kecuali kalau pendapatan seperti ambil upah jahit.. buat nasi lemak.. atau benda-benda kecil yang lain.. however ini masih dianggap satu cadangan yang baik.. dan tak salah kalau mencuba hatta menjual buah-buahan atau goreng pisang di tepi jalan kan..

10-Buat simpanan walaupun sedikit
Setiap duit yang diperolehi.. perlu disimpan sedikit bakinya.. sama ada dalam tabung.. di bank atau mana-mana pelaburan.. tidak perlu banyak.. walaupun rm50 sebulan sekali pun.. kalau susah sangat nak menyimpan.. apakata buat potongan gaji terus ke tabung haji.. (aku plan nak buat utk tahun ini)
Kebiasaannya amalan menabung ini agak sukar di kalangan kita kerana kesempitan hidup dan mungkin sudah biasa berbelanja lebih.. Tahun ini juga nak mulakan tabungan di rumah.. simpan duit untuk kecemasan dan simpan walaupun sedikit dan walaupun sekadar duit siling.. Mungkin tak banyak.. tapi lama-lama jadi bukit jugakan ;)

11- Jual barangan kitar semula
Mana-mana barangan yang mungkin tidak digunakan lagi.. seperti besi-besi buruk, kotak-kotak lama, barangan lama..paper lama.. mungkin sudah sampai masa untuk dikitar semula.. rumah aku pun dah banyak benda-benda begini.. so mungkin inilah masanya untuk buang dan jual benda2 sebegitu.. mungkin nilai duit yang kita dapat tak banyak.. tapi setidak-tidaknya boleh dijadikan duit tabung..

12-Bercuti dengan budget murah..
Bagi mereka yang suka bercuti atau travelling, mungkin amalan bercuti dengan budget murah dan rendah menjadi salah satu alternatif. Jika dulu tak kisah nak duduk hotel 4 5 bintang.. kali ini apasalahnya kita berjimat sikit dengan memilih hotel budget yang masih selesa dengan harga lebih murah.. Begitu juga dengan kos-kos yang lain seperti makanan.. pengangkutan dan sebagainya.. Bercuti tapi membawa bekalan makanan dari rumah amat menjimatkan kerana kita boleh jimatkan belanja dan memudahkan kita mendapat makanan yang halal dan terjamin kebersihannya.. Aku dah lakukan ini dulu semasa travel ke eropah dan sememangnya banyak menjimatkan belanja.. bawa periuk nasi dan multicooker.. perjalanan ke mana-mana negara amat mudah.. dan perut lebih kenyang.. :)

13- Kerja sambilan.. 
Rasanya ini antara alternatif lain untuk menambah pendapatan.. mungkin ada di kalangan kita perlu buat kerja sambilan begini untuk menambah duit.. bagi yang masih ada kudrat dan tidak ada pilihan lain.. ini adalah yang ada.. Untuk aku pulak.. mungkin perlu tambah kerja-kerja untuk konsultan dan kerja-kerja luar.. Bermaksud kena tambah research group di kalangan sahabat-sahabat yang ada.. Mungkin jika ada yang minat menulis novel.. boleh cuba bakat jadi novelis.. menulis di majalah atau akhbar.. boleh cuba jadi agen jualan produk sambilan.. jadi dropship untuk jenama-jenama baru, jaga budak dan sebagainya..

14-Downgrade penggunaan internet atau pakej perkhidmatan yang tak diperlukan
Sesiapa yang mungkin melanggan internet dengan pakej yang tinggi tetapi menggunakannya dengan kadar yang rendah.. mungkin ini masanya untuk resubcribe ke pakej yang minima atau lebih rendah.. Dulu mungkin kita rasa kita heavy user tapi mungkin masuk tahun ini.. kita mula merancang untuk mengurangkan penggunaan internet di rumah.. apatah lagi jika penggunaannya terhad atau sikit sangat.. Jika penggunaan heavy pulak.. mungkin perlu ada satu rutin masa untuk menggunakan internet.. supaya proses untuk mencatu penggunaan ini dapat mengurangkan kos..  Ini juga termasuklah dengan penggunaan astro... sejak pakej astro dinaikkan beberapa bulan yang lepas.. aku dah mula memikirkan untuk downgrade pakej yang dilanggan sekarang.

15-Jika buat pinjaman, pastikan kita mampu bayar dan tidak membebankan
Untuk barangan yang harga tinggi seperti rumah dan kereta kadangkala kita tak punya pilihan selain berhutang.. tapi kita juga masih ada pilihan untuk memilih rumah yang sesuai dengan pendapatan kita.. buat pinjaman rumah dengan kadar yang kita mampu bayar dan tidak membebankan. Tidak membebankan ini bermakna kita masih ada baki daripada duit gaji untuk hidup selepas tolak hutang.. jangan terlalu ikut nafsu untuk memiliki rumah atau kereta yang mewah atau besar.. tetapi hakikatnya selepas tolak hutang.. duit yang tinggal sekadar cukup lepas bayar duit minyak dan tol jek.. perlu ada ruang baki yang membolehkan kita belanja untuk keluarga, keperluan harian dan juga sedikit duit semasa kecemasan. Jika ada yang membuat pinjaman peribadi.. pastikan juga ambil sekurang-kurangnya 10% untuk buat pelaburan sama ada di asb atau tabung haji atau mana-mana pelaburan lain.. jangan habiskan ke semua duit pinjaman tersebut.. tetapi laburlah sedikit.. setidak-tidaknya tidaklah duit pinjaman itu habis semua begitu sahaja..

16-Bayar dengan tunai, elakkan hutang
Amalan ini sebenarnya bagus untuk menggelakkan kita daripada berhutang dengan tempoh yang panjang. Sejak dari dulu.. kali pertama dan terakhir aku membeli barangan perabot rumah daripada court mammout adalah di awal perkahwinan.. masa tuh kami beli sofa.. bayaran ansuran.. biasalah masa baru kawin dulu.. gaji aku pun tak sampai 2k pun.. adalah lebih kurang 1500 jek masa tuh.. ditambah gaji pakwe kerja kilang masa tuh.. sebulan dalam 3k jek.. nak beli perabot cash mana ada duit.. so pernahlah beberapa kali tertunggak bayaran.. Tapi kami settle juga bayaran tuh.. sebab dah malas nak berhutang lagi.. sejak itu.. kami buat prinsip.. kalau nak beli barang apa-apa lepas nie.. bayar dengan tunai.. kalau tak mampu.. kami tak beli.. ada duit lebih..barulah beli apa yang diperlukan..

17-Jangan ikut trend orang.. atau beli apa yang orang lain beli
Ini kadang-kadang sudah jadi kebiasaan pada sesetengah orang.. pantang nampak orang beli itu.. kita pun sama juga.. kena tahan nafsu dan tanya perlu ke beli?? Kalau jawapannya tak perlu.. tak payahlah beli kan.. Biarlah kalau kita ketinggalan trend atau tak ikut perubahan teknologi.. itu semua tak penting di mata orang.. janji apa yang kita ada.. kita selesa dan kita tidak dibeban dengan hutang atau kesempitan duit

18-Menderma atau bayarlah zakat
Ini juga bagus dijadikan amalan.. menderma tidak semestinya waktu senang dan banyak duit.. walau dimasa kita kesempitan duit pun apasalahnya kita menderma.. kalau ada lebihan eloklah di bayar zakat.. selain daripada tolak gaji bayar cukai.. elok juga kita amalkan duit gaji yang bayar cukai tuh.. kita peruntukkan dengan membayar zakat.. ada keberkatan kat situ.. menderma pada saluran yang sah seeloknya atau kita yakini kemana duit itu akan dibelanjakan.. Dulu ada seorang rakan aku.. tiap kali masuk bulan ramadan dia akan bayar fitrah terus kepada beberapa orang miskin yang dia dah kenal pasti.. pernah sekali aku ikut dia ke rumah sahabat kawan aku itu.. memang daiflah rumah dia.. dan itu antara pengalaman yang terkesan di hati..

19- Bersederhanalah dalam kehidupan dan sentiasa berdoa
Ini merangkumi semua aspek kehidupan.. apa juga yang kita lakukan bersederhanalah dalam semua perkara.. secara zahir.. batin semuanya.. bukan sekadar aspek material yang boleh kita nampak.. tapi juga aspek rohani dan sikap.. bertindaklah dengan kesederhanaan.. dan melakukan ikut keperluan dan kemampuan.. Peringatan untuk diri sendiri juga... Sentiasa juga berdoa dan mengamalkan doa-doa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

20- Perubahan pada rutin harian dan mengurus rumah tangga dengan baik
Mungkin sudah sampai masanya.. kita perlu buat satu jadual rutin harian yang lebih sistematik dan teratur. Mungkin perlu buat jadual untuk masakan apa yang perlu dibuat. Aku ada jadual ini di rumah dibuat oleh pakwe :). Jadual membasuh baju, jadual bila perlu keluar belanja barang dapur dan jumlah yang perlu dibelanjakan. (Bila ada jadual memasak.. lebih mudah untuk kita buat budget barangan dapur). Malah plan/jadual untuk balik kampung, bercuti, berehat, makan diluar sepanjang tahun atau mengikut bulan boleh dicadangkan untuk disediakan. Ini setidak-tidaknya dapat mengawal aliran keluar duit dan membuat perancangan kewangan dengan lebih baik..

Ok cukuplah 20 tuh.. kalau ada sesiapa yang nak menambah dialu-alukan.. tapi tolong jangan jadikan entri ini pencetus untuk menyalahkan mana-mana pihak atau memberi komen yang tidak membina..

Ini adalah bekal 'baked potato with coleslaw' 
Antara bekal yang sering aku bawa dulu..

12 comments:

t.a.t.a said...

Kak, memang betul apa yang tulis tu semua. Itu adalah dari pandangan mata rakyat biasa macam kita ni. Itu semua adalah langkah-langkah yang sepatutnya kita buat dalam berjimat cermat. Walaupun setiap satu tu ada pro and con nya tapi itu semua bergantung pada diri sendiri macam mana nak olah kan.

Dalam banyak² tu saya tertarik pasal kawan akak yang baju sehelai pun nak basuh terus. Saya pun dulu macam dia. Itu satu perangai pelik saya.(Saya tak tahu apa nama disorder ini kalau ianya layak dipanggil disorder.)

Once saya dah habis satu loading baju dibasuh, tengok dalam bakul kotor ada lagi baju, kalau ada yang baru mandi, saya akan basuh terus baju tu. Sebab saya tak suka tengok ada baju dalam bakul once semua baju saya dah basuh. Saya nak bakul tu kosong aje.

Macam tu juga kalau basuh pinggan. Kalau sinki tu dah bersih, dah kosong, tup² ada sebiji cawan, saya akan basuh terus. Dulu kalau memasak saya akan ulang ke sinki dan stove untuk letak pinggan. Mmg akan hangit la lauk saya sebab once saya pi hantar pinggan ke sinki, saya akan stop dan basuh pinggan tu. Saya akan bersihkan sinki tu. Baru saya pergi balik ke stove.

Itu dulu. Sekarang kalau masak saya longgok dulu kat tepi dapur. Once dah siap masak semua baru hantar ke sinki dan basuh.

Basuh baju pun sama juga. Bila ada lagi yang kotor saya buat tak tahu aje. Saya cakap dalam hati, tak pe itu untuk loading seterusnya.

t.a.t.a said...

Wah! Panjang nya komen! Boleh buat satu entry loh. Hahaha.

zonaku said...

:)

rasa nk buat la no 1 tu... walaupun sejak balik kampung ni dapur kutinggalkan pada yang lebih arif :)

yang lain2 tu, rasanya ramai tahu tapi x buat.

sifat sendiri suka membazir, lepas tu bila barang naik.. rungutannya.... bingit!

macam make up tu... abiskan semua baru beli boleh x? ni nak la penuh kabinet ngan lipstik yang pakai sekali saja.....

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.ta

Betul tuh.. bab basuh pinggan pun sama kan.. akak selalu dah habis masak atau dekat2 nk habis baru start basuhsemua pinggan n periuk.. kadang akak takung dulu air dlm baldi.. bila nak sabun celup dulu dlm bekas air baru basuh guna sabun.. atleast tak membazir guna air tuh (sejak singki dapur baru xsiap2 lg nie.. terpaksalah guna kaedah cenggitu sebab basuh pinggan kat singki toilet)

yang lelain tuh mmg klu ada yg pandang -ve mmg akan kata xboleh.. susahlah.. tapi xcuba.. paling tidakpun buatlah sikit2 mana yg perlu kan

zonaku

ahhh yekan.. bab makeup pun camtukan.. dulu selalu gak.. kdg beli lebih kekonon nk wat stok.. tapi skrg x dah.. bila dah dekat nk habis.. baru p beli.. xdelah membazir :)

||alis|| said...

2014 telah dimulakan dengan menanam sayur di belakang dapur. biji benih yg murah dah bernas boleh dibeli melalui blog tanamsendiri.com. mmg berbaloi.

utk fb plak aku slow2 unlike page baju2. n like page2 tanam2 even luar negara punya page. cth nya food for free.. food in container. dll.

beat the inflasion thru gardening. tangan aku kira "panas" gak sebenarnya kak tp pedulik ah. jnji tanam. haha!

point2 yg best. aku dlm kategori sedang ditarbiah utk berjimat cermat sebenarnya. huahuahua..

last but not least.. sila berbudi pada tanah. anda pasti tidak akan menyesal. cuma tanam, siram dan tinggal.

aiwah!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Alis

Bagus tu. Berbudi pd tnh mmbuahkn hasil yg baik. Akak klu bab tnm pokok biasa pakwe akak yg rajin. Dia tnm serai gemuk2 seng je idup. Nie nk suruh dia tnm daun pndn n pokok limau lk. Seng nk msk.

Zmn sekk ren dulu akak biasa ambik sains pertanian. Best dulu mcm2 dpt. Skrg nm tnm tepi rumh dh pnuh ngn pokok buah. Pokok mata kucing pun dpn rumh je

t.a.t.a said...

Alis, sama la dengan aku. Pun join web tu jugak. Dari En. Is la aku dapat ilmu menanam sayur sendiri. Dah banyak jugak la sayur yang ditanam. Tapi laa ni macam dah xde mood aje. Tak cukup masa.

||alis|| said...

pokok buah sume ayah yg tanam. aku tanam pokok mulberi beli 5 keratan dri en is pon 5-5 gagal (sbb musim kering dan ada 2 hari takde rumah so pokok sume kering x disiram air)

sedang gigih nak tanam sayur. suka dengan moto "beat the inflation thru gardening" sebab smlm beli serai secekak rm3, ketumbar secekak hampir layu pon dekat rm4.

--"

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

berkebun mmg kena sabar dan rajin.. kalau malas.. tanam lalang jelah

alis

tapi kalau tanam sayur2an mmg jimat bnyk sebab mkn xabis.. boleh sedekah2 lg.. berbudi pada tanah kan ;)

Anonymous said...

Hari yang baik anda semua saya Puan Dora, yang sah bereputasi & syarikat bertauliah
 pinjaman Lender . Kami pinjaman wang kepada individu pada kadar 3%, yang memerlukan bantuan kewangan. Adakah anda mempunyai kredit yang tidak baik atau anda memerlukan wang untuk membayar bil? Kami mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa saya memberikan bantuan penerima Dipercayai sebagai
 kami akan senang untuk menawarkan pinjaman. Tiada pemeriksaan kredit , 100% Jaminan. Mel Syarikat kami
 adalah smithjamesdsolution@gmail.com pemohon willstart pembayaran balik pinjaman masa mana-mana syarikat dan dia / dia bersetuju , selepas pinjaman telah dipindahkan kepada dia / dia . Kegagalan untuk membayar balik pinjaman pada ini tarikh / tempoh yang dijangkakan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemohon itu melalui peguam kami dengan segera. Pemohon yang tidak dapat bertemu dengan
bayaran balik yang akan diberikan 1 tahun lebih sebagai tempoh sebelum tindakan undang-undang akan diambil.
Butir-butir : Peminjam perlu menyediakan salah satu daripada yang berikut: -A Lesen Pemandu , Satu pasport Antarabangsa , Atau Kad Pengenalan yang sah yang mempunyai nama / beliau . Anda dikehendaki untuk mengisi borang di bawah sebelum kita boleh meneruskan pinjaman anda.

 BORANG PERMOHONAN PINJAMAN :

Nama Pemohon : ...............
Alamat: ................
Bandar: .......................
Negeri : ........................
Negara: ....................
Jantina : ......................
Status Perkahwinan: ................
Umur: ..........................
Pekerjaan: ...................
Kadar pendapatan: ...................
Beritahu : ...........................
Nombor Pejabat: ................
Bimbit: .......................
Jumlah Diminta : ...............
Pinjaman Duration: ..................
Pinjaman Tujuan .....................


selepas
 mengemukakan Borang Permohonan Pinjaman, anda boleh mengharapkan
 jawapan awal kurang daripada 24 jam dan pembiayaan
 dalam 42-84 jam selepas menerima maklumat yang kita
 perlukan dari anda menghubungi email syarikat kami di westccostloan01@gmail.com


Salam
Dr smith

Unknown said...

Hello Am Puan, Morgan Debra Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan boleh dipercayai memberi pinjaman
atas terma yang jelas dan mudah difahami dan syarat pada kadar faedah 2%. dari
$ 12000 kepada $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. jika anda
memerlukan pinjaman apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda untuk menghubungi saya secara langsung
di: morgandebra1986@gmail.com
Tuhan memberkati Anda.
Yang benar,
Puan Morgan Debra
E-mel: morgandebra1986@gmail.com


Nota: Semua jawapan hendaklah dihantar kepada: morgandebra1986@gmail.com

Unknown said...

Hello
  Anda memerlukan pinjaman yang selesa untuk kepuasan anda?
  Kadar pinjaman tawaran @ 3% kadar faedah disediakan untuk tempatan berpatutan
dan peminjam antarabangsa.
  Kami disahkan, boleh dipercayai, boleh dipercayai, cekap, cepat
dinamik dan kita bekerjasama dengan pelanggan kami.
  Kami jangka panjang kredit lima puluh tahun maksimum
hubungi kami di (Xlcatlinloanfirm@gmail.com)


PERMOHONAN PINJAMAN
NAMA PERTAMA: ................................
JANTINA: .........................
STATUS AWAM: ...........................
ALAMAT: ................................
CITY / ZIP: .................
NEGARA: .................
UMUR: ............
JUMLAH DIPERLUKAN AS PINJAMAN: ..............
PINJAMAN TEMPOH: ...............
PENDAPATAN BULANAN: .............
PEKERJAAN: ............
TUJUAN PINJAMAN: ...........
nombor telefon yang sah: .............
FAX: ................
   MENGISI BORANG INI dan menghantar BACK TO (xlcatlinloanfirm@gmail.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...