Alhamdullilah tahun 2014 dah pun tiba dan kini sudah mula bekerja kembali pada hari kedua. Azam baru dan semangat baru..
Bila diimbas kembali peristiwa tahun lepas banyak juga suka dan dukanya.. Pergerakan dan perkembangan perjalanan hidup dan kerjaya tahun 2013 pada aku ada turun naik tetapi lebih banyak yang mendatar. InsyAllah harapan dan doa aku tahun untuk tahun 2014 ini, lebih banyak kejayaan, kecemerlangan dan kesudahan baik berlaku.
Di penghujung tahun 2013, ada 2 cabaran besar yang telah aku lalui berkaitan kerjaya dan peribadi. Apa juga akan tetap teruskan hidup tak kira apa juga yang bakal terjadi, cabaran, gagal, susah, duka, sedih semuanya perlu dihadapi dengan tenang.. Itu lumrah hidup kan.. tidak sentiasanya indah.. dan tidak sentiasanya mudah.. Namun kita punya hak untuk mengatakan 'tidak', 'tak nak' pada sesuatu perkara atau pesepsi/kata orang yang kita tidak suka. Pokok pangkal jika kita 'tak suka', kita tetap ada hak untuk kata 'tak suka' atau mencari jalan untuk menghentikannya.
Insiden yang berlaku beberapa hari yang lepas mengingatkan aku pada ilmu yang pernah aku perolehi semasa mengikuti 1 kursus 'Assertive' semasa di UK.. Aku masih ingat kata-kata pensyarah aku itu..
'You always have the right to say 'No' to people who say bad things about you or to person who make you angry or uncomfortable. You always have the right to say 'No', 'Stop it', 'I don't want to listen to you'. or 'walk away' from people who make you unhappy, who make you angry and who make you uncomfortable. You don't have to let yourself to listen to harsh word, bad words or let people put their anger towards you.'
Bermula beberapa hari lepas, aku terpaksa memulakan tapisan komen semenjak masuk beberapa komen yang tidak aku perlukan dan aku tidak mahu baca. Jika ada dikalangan komen anda itu tidak aku publish mudah sahaja jawapannya, kerana aku 'tidak suka komen anda' dan 'aku tidak perlu komen tersebut'. Lebih ironiknya.. Aku tidak berminat hendak mengenali anda dan tak nak berkawan dengan anda. Pendek kata aku akan 'tong sampahkan' komen seperti itu. Jika tidak suka dengan apa yang aku tulis, jangan singgah lagi ke blog ini dan jangan tinggalkan komen anda kerana saya tidak berminat untuk membaca komen atau mengenali diri anda.
Selamat tahun baru semua.. Semoga tahun ini kita semua diberikan keberkatan rezeki, bertambah murah rezeki dan dipanjangkan jodoh masing-masing hingga ke syurga, bagi yang masih bujang moga dipertemukan jodoh yang baik-baik, diberikan kesihatan yang baik berpanjangan, bahagia dan bertambah ilmu dan amalan.
May we smile all the way until 2015.. InsyAllah
Bunga api di malam 1 Jan 2014 sekitar KL
13 comments:
Salam tahun baru kak. Aku tak rasa pun tahun sudah bertukar nombor. Sama aje aku rasa. Kalau orang tinggi ilmu bila baca yang aku kata tak rasa apa-apa bila bertukar waktu, aku adalah dalam golongan orang yang rugi, kan kak kan?
Apa pun selamat tahun baru kak. Aku buat entry pasal si annon di blog aku khas untuk blogger macam akak dengan Daddy Ziyyad, yang menjadi mangsa gangguan ANNON.
t.a.t.a
Samalah akak.. lagi pulak naik tahun 2014 nie student akak tgh ambik final exam.. paper akak esok.. so lg xrasa mcm awal tahun.. sebab tgh mood hjg semester n mood tanda kertas exam plu assignment yg melambak belum tanda nie..
Takpe.. setiap tahun cabaran lain2.. thn lepas akak kurg produktif.. graf akak mendatar jek.. kerjaya pun so-so jek..
Tahun nie insyAllah.. kena usaha lebih ;)
t.a.t.a
Akak dah baca entri ko tuh.. tuh yg terkejut sebab ko pun kena juga.. masa kena aritu mmg terkejut.. ada lagi rupanya org yg camtu yg komen seboleh ye nak tegakkan yang dia betul dan konon2 beri kebenaran lah.. sudahlah.. datang pun tak berani perkenalkan diri sembunyi guna anon.. lagi nak cakap macam bagus.. kalau berani perkenalkan diri.. jangan tulis komen pastu harap org nak terima komen macamtu bulat2 macam blog ini dia yang punya pulak..
sekarang nie akak allow yg register sahaja yang komen.. nak tengok berani tak nak tonjolkan diri jangan setakat pandai komen tapi penakut!!
kak
aku kadang suka juga mengkritik. dan boleh juga terima kritik. tapi kalau yg kritik tu anon yg 'sakit' aku pun takkan layan.
sebab tu dari mula lagi komen box aku kena bernama - sebab aku tahu aku mesti ada haters juga.
anon jenis ni memang penakut. kalau berani tak anon cenggitu
eh, 2 kali komen ker ni? kalau 2 padam satu...tq
Kueh
sorry dik.. memula akak ingat ko.. sebab nada awal mcm style ko tulis.. tapi bila baca terus.. makin pelik dan makin 'sakit'.. bila kita komen balik pandai pulak tak leh terima.. bila komen dia kena delete siap persoalkan pulak.. dia lupa ke?? dia komen kat blog sapa.. suka hati akak lah nak delete komen dia.. sebab akak tak suka!! that it's.. Aku tak suka komen engkau..
Memang penakut.. kalau berani komen dan berani nak tegakkan 'kebenaran' maka berani jugalah perkenalkan diri..
Tapi kan kak yang aku hairan. boleh dia marah kau balik sebab tak publish komen dia.
t.a.t.a
Ahhh samalah ler tuh.. masa akak delete komen dia... dia siap persoalkan... even masa akak tapis komen tuh pun dia hantar komen 'sakit'.. kebetulan komen 1st tuh dah publish sbb akak tak tapis.. tapi 2 komen kemudian tuh akak baca seimbas lalu.. tengok sekali tak baca detail pun.. dan terus tekan 'delete' hahaha.. pastu akak pun fikir.. delete jek terus komen yg dah publish tuh... boleh pulak dia persoalkan.. siap letak.. kalau 1 dan kalau 2..
Aihhh pening.. ko ingat ini blog ko ke? aku tak suka ko.. tak sukalah.. benda yang kita tak suka.. kita buang.. kalau simpan kan buang masa jek.. hahaha.. tak faham juga?? kesian..
memang mental ler..
kalau nk komen pelik2 tu... buka je la blog sendiri.. luahkan buah fikiran di laamn milik kita.....
apa tah pemikiran anon ni
zonaku
setuju sangat.. kalau nak komen atau tulis pasal pendapat sendiri tulis lah dalam blog sendiri.. tapi ini pakai anon.. cakap pasal kematangan.. cakap pasal berfikir.. tapi satu apa bukti yang dia sangat berfikir (paling komen pun blog) langsung takde.. setakat sembunyi dengan nama anon.. Sorrylah.. aku tak layan org yang mengaku hebat sebegini.. masuk bakul angkat sendiri..
Selama nie aku menulis sebab aku suka dan nak kongsi apa yg aku rasa.. kalau ko tak setuju dan tak suka.. tak perlulah nak komen macam pendapat tuh sahaja yang betul.. dan kita nie kena pulak terima pendapat dia.. kalau asalnya ko sendiri pun tak respek pendapat dan pandangan orang.. so why?? kita nak kena respek pandangan dia pulak??
Aku tak perlu komen dari org seperti ini..
Tolong! Jangan tong sampahkan komen saya walau ia tak membina :C
juliet
hahaha.. komen ko selalu juga membuat aku senyum sampai telinga.. gerenti top 3 punya :)
kak, sy ni bukan IT savvy, tapi boleh kan kalau kita nak trace anon ni via IP address diorg? etlis boleh tau dari mana? kadang dri feedjit pon boleh nmpak.
sy klu nk trace sapa2, mmg boleh. cuma tak tau dan tak mau amek tahu pon. dia tak suka, dia boleh pergi. tapi jgn bsikap kurang ajar di Tanah org.
sekian.
pssstt: n3 handmade halfmoon jgn luper ok! :P
alis
Blog lama dulu memang akak pasang tracker.. blog nie awal dulu malas nak psg.. skrg nie pun takat ada live feedjit jek.. org anon nie melambak kat internet.. berani tinggal komen tapi xberani guna id.. memang bacul bak kata tata..
Handmade half moon?? ohh nanti kalau akak p jakel dapat kain yg berkenan akak tunjuk entri ye insyAllah..
Post a Comment