Aku mula berblog pada tahun 2007.. itupun sebab melihat blog seorang rakan yang sering berkongsi cerita tempat-tempat yang dia sering pergi dengan keluarganya.. teruja dengan cara dia bercerita aku mula rasa teruja nak try blogging juga.. dengan hajat untuk berkongsi kisah travel yang sama..
Bermulalah aku blogging sehari sebelum hari lahir aku.. Blog itu agak popular di kalangan rakan-rakan aku sebab nama yang aku gunakan turut memasukkan nama tempat dimana aku tinggal di UK.. mula aku banyak kongsi kisah aku berjalan.. tidak lama lepas itu.. ia mula jadi seperti diari.. aku mula teruja berkongsi rasa hati.. apa juga yang aku rasa tak puas hati.. peristiwa yang aku lalui.. semua aku cerita di situ..
Sekitar tahun 2008 tak silap aku.. aku pernah blogging pasal seorang sahabat aku nie.. aku ceritakan rasa kecewa aku tentang sikap dia.. itulah kesilapan pertama aku dalam blogging aku kira.. lanjutan dari situ aku mula mendapat serangan secara blog pula.. dia mula buat blog dan mengata aku.. siap dia attack semua blog kawan-kawan dan keluarga aku.. malah pernah mencaci cerna keluarga aku.. suami aku sekali.. masa nie memang kecoh satu malaysia kat tempat aku.. nama aku diperkatakan orang.. orang lain membaca penghinaan itu turut menangis bila menelefon aku.. menangis sebab penghinaan yang dia tulis melampau... hati aku masih keras masa tuh.. sedih memang sedih.. tapi aku masih bertahan..
Sejak itu aku mula slow down dalam menulis rasa hati aku di situ.. aku lebih selesa tulis kisah kembara.. kisah study aku.. kisah mana aku pergi.. dan kadangkala bercerita soal kenangan zaman silam.. Namun lama kelamaan.. aku berhenti menulis.. rasa teruja untuk membuat ayat-ayat jiwang terhenti.. Aku mula membuka blog baru dengan menggunakan nama samaran..
Blog ini sebenarnya adalah blog ke 4 yang aku menggunakan nama samaran berkenaan.. aku sering berpindah randah.. antara sebabnya aku tidak selesa di situ kerana ada yang sudah mula follow aku dan mengenali siapa aku.. Akhirnya aku sampailah ke sini.. Di sini aku rasa bebas.. walaupun ada sesetengah pembaca dan follower tahu siapa aku.. dan bagaimana rupa aku.. tapi setidak-tidaknya mereka itu kecil golongannya.. dan aku mula perlahankan aktiviti blogging aku di blog pertama itu.. Namun di sini juga aku tidak tahu berapa lama aku akan kekalkan alamat ini.. andai aku rasa identiti aku bakal dipopularkan.. biasanya aku akan cabut.. tutup blog dan pindahkan kandungan blog ke alamat yang lain.. Aku harap tidaklah sampai ke situ nanti.. tapi if it's happen... I won't hesitate to move...
Berbalik isu blog itu.. Sejak balik ke sini.. aku tukar nama blog tersebut.. dan kini.. blog itu lebih banyak menyepi..sayang sebenarnya sebab follower di situ ramai.. dan aku pasti ada yang mungkin sekali sekala menunggu buah tangan tulisan aku.. aku tidak lagi menulis seperti itu di situ.. dulu banyak aku kongsikan di situ.. kisah silam zaman sekolah.. rasa rindu aku bertahan di negara orang.. Bila membaca blook kueh bakar.. aku teringat suntingan blook aku sendiri yang aku dah buat separuh jalan.. entah dimana fail itu.. masa buat suntingan tuh banyak juga entri yang aku masukkan sebab masa itu.. zaman kegemilangan aku menulis.. kini entahlah.. mungkin sahaja aku akan sambung buat blook.. tunggulah aku siapkan Phd aku nie.. sebabnya aku memang sudah merancang untuk menulis kisah aku menyelesaikan phd aku yang kini sudah hampir 7thn..
Seronok sebenarnya menjadi anonymous.. kita tidak perlu menonjolkan diri.. cuma bila meletakkan gambar aku sedikit hati-hati.. bukan kerna aku tak lawa.. hahaha.. tidak.. tidak.. aku cuma comel dan cute.. tidaklah secomel nora danish atau lisa surihani.. hahaha.. tapi aku happy dengan apa yang aku ada.. orang suka melihat atau tidak aku tak kisah sangat.. Kalau kita cantik untuk orang buat apa.. cantiklah untuk diri sendiri dan orang yang kita cintai..
Aku tahu follower aku di sini tak ramai.. 24 orang.. Masa aku mula blog ini dulu follwer cuma 5 orang jek.. Alhamdullilah ada yang sudi dan setia menjadi pembaca.. itupun dah kira bersyukur sebab ada yang sudi follow.. tak pernah terfikir ada orang nak follow cerita aku yang kadangkala merapu meraban.. dan kadangkala panjang berjela.... Setidak-tidaknya aku dapat meluahkan apa yang aku rasa di sini.. itu sebab kenapa aku cipta nama diari T3PCute ini.. dulu aku bernama Tukang Cuci Cute.. kisah aku sebagai tukang cuci selama 4 tahun banyak aku kongsikan.. bangun seawal pkl 4.30pg.. keluar rumah pkl 5.15.. masuk kerja pkl 5.30 dan habis kerja pkl 9.30 sambung ke universiti hingga pkl 5ptg..
Kini.. aku kembali bercerita sedikit sebanyak tentang kesibukan aku... kadangkala aku terlupa blog ini seminggu dua.. pernah menghampiri sebulan dek sibuk sangat-sangat.. tetapi sesekali bila teringat atau ada sesuatu yang aku mahu kongsikan.. selalunya aku cuba ambil masa untuk menulis..
Setiap orang ada kisah mengapa mereka berblog... Di awal aku blogging aku jumpa ramai rakan blogger yang masih setia membaca kisah aku walaupun aku kini berblog di tempat lain dengan nama samaran.. aku rasa lebih invisible.. kini kisah di blog ini mula aku upgrade hahaha.. pada kisah tipikal tentang tempat makan yang sering atau pernah aku pergi.. dan kini kisah travelling mula aku jadikan salah satu entri untuk aku kongsikan..
Rating entri di blog ini aku perhatikan banyak yang singgah berkisar tentang kisah kecantikan.. kisah aku makan-makan di Pantai Jeram.. Kisah minyak zaitun.. yang juga popular kisah aku menguruskan kereta import yang aku bawa dari UK.. ini paling banyak mendapat pertanyaan no telefon agen yang menguruskan (harapnya no itu masih aktif lagi.. dan dia pun makin majulah business ye).... itulah yang menyebabkan aku letakkan no telefonnya di situ.. dan malas nak reply atau email kat diorg no telefon itu sebab aku mahu kekal anonymous..
Jika ada yang perasan.. aku juga sering uploadkan gambar-gambar yang aku ambil dalam setiap entri yang aku tulis kan.. aku suka ambil gambar... tapi aku tidak suka bergambar... dan aku juga suka berkongsi gambar.. setidak-tidaknya.. dari gambar yang aku ambil itu.. ada sesuatu yang mungkin boleh ditafsirkan oleh mereka yang melihatnya.. dapatlah melihatnya seperti mana aku inginkan anda melihatnya..
p/s Entri ini tercetus selepas membaca kisah 'aku dan blog' kueh bakar, post yang lama giler simpan dalam draf
Kesesakan jalan di KL
Hampir tiap bulan mesti wajib ke KL
Aku merinduimu KL..
:)
Aku merinduimu KL..
:)
12 comments:
esetengah pembaca dan follower tahu siapa aku.. dan bagaimana rupa aku.. tapi setidak-tidaknya mereka itu kecil golongannya. <----- sayala salah sorgnya tu..ehehehe
ku-cit
hahaha.. yelah ko memang salah sorangnya ;)
janganlah berhenti menulis, nanti aku rindu kamu :D
Juliet
kalau rindu.. moh kita lepak kampung baru :)
ye kak..
kelazatan anon tu sukar dinafikan...
just dont stop writing...and dont tukar2 blog lagi...ahaks
kueh
haha kita sama la. ini pun blog aku yang ke 4. selalu pindah randah. bila dah hilang mood nak blogging, berhenti jap. lepas tu sambung balik.
bab follower ni aku masih belum kisah sgt. mmg xde follower pun. hahaha. aku takut nanti bila dah ramai follower, aku jadi terikat. maksudnya aku kena sentiasa update blog, padahal aku berblog sebab suka-suka dan bila-bila masa je.
eh, ini Pantai Jeram yang di area Jeram, Kuala Selangor kah?
Kueh
Rasa insyAllah kekal kot.. tapi jika keadaan memaksa mungkin juga terjadi..
t.a.t.a
Aku takkisah sangat bilangan follower.. cuma bila ada yang add jadi follower teruja sekejap sebab ada yang sudi baca kisah aku.. tapi yelah kan.. bila dah ada follower beribu raban mesti kena update selalu kan... aku pun selalu malas gak update blog terutama time bz
Pantai jeram tuh memang kat jeram kuala selangor :)
betul, memang excited bila ada follower. tapi lepas tu macam ada fobia. eh okay ke post aku tu. macam tak best aje. hahaha. lepas tu memang kena bajet nak tulis apa.
memang pergi sana selalu ke?
t.a.t.a
aku bantai tulis jek.. bila dah taip tuh publish jek terus kecuali kalau benda yang aku menulis tuh serius sikit.. so kena tapis2 gak..
jarang.. pergi sebab nak p makan ikan bakar jek.. tapi ikutkan dah 4 kali pergi jugalah.. ada rasa macam nak p lg lepas raya nie.. aku suka sebab harga notbad.. dan boleh p jln santai2.. Nape? ko selalu p ke?
dah lama tak pergi, padahal dekat aje dengan rumah kakak aku. pun tak tahu apa perkembangan baru kat pantai tu.
Salam...
Done brblogwalking...
Done Follow...
http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/
Post a Comment