Sudah hari khamis.. sekejap jek dekat nak hujung minggu dah nie.. Weekend nie takde plan.. ada kemungkinan ada rakan nak singgah ke rumah.. tahun nie tak buat open house.. close house jek.. sapa nak datang dipersilakan.. condition rumah masih penuh dengan kotak.. sejak balik hari tuh belum sempat lagi berkemas..penatlah.. balik kerja aku dah rasa tak larat..
Pernah tak kadang-kadang kita ke satu tempat awam, macam bank, pasaraya, pejabat pos atau mana-mana aje.. kita kadangkala ditegur oleh orang.. kadang orang tumpang tanya.. kadang orang saja sembang-sembang sebab nak hilangkan bosan menunggu.. dan untuk kes aku pulak.. ada orang menegur masa aku membelek bawang.. apa?? belek bawang hahaha.. ye ini kes cerita benar..
Insiden nie terjadi 2 kali... sebelum raya dan selepas raya.. di tempat yang sama.. pasaraya yang sama.. yang menegur juga bangsa yang sama.. isu perbincangan.. bawang dan raya.. hahaha..
Al-kisah ye... Kerana stok bawang besar dah tinggal sebijik.. maka misi ke pasaraya nie di set dengan membeli bawang antara dalam senarai (al-maklum aku p pasaraya nie hampir tiap-tiap hari balik dari kerja.. sebab dekat sangat dengan rumah dan ontway balik dari ofis.. akukan rajin masak sebab tuh p pasaraya tuh.. bukan sebab ada pakwe hensem tau).. Semasa membelek bawang nie.. ada seorang wanita berusia berbangsa india sedang memilih bawang.. so aku datang jugalah sebelah dia sambil memilih bawang besar kesukaan hatiku hahaha.. biasanya pilih yang masih elok kulit luar.. yang bersaiz sedang-sedang.. malangnya saiz bawang yang ada ketika itu besar2 penumbuk.. makcik yang sedang pilih bawang tuh menegur aku.. dia seolah membebel.. bawang semua besar-besar.. aku senyum angguk jelah.. dan sekadar mengiakan kata-kata dia.. tak lama.. suami makcik nie sampai pulak.. entah apa diorang sembang dalam bahasa tamil.. tetiba pakcik tuh pulak cakap dengan aku... 'Ini bawang kalau masuk 1 biji pun sudah cukup.. banyak besar..' Aku yang sedang khusyuk memilih bawang terkejut sikit hahaha.. bersungguh pakcik tuh bersembang dengan aku.. siap dia angkat sebiji bawang tuh bagi aku tengok.. masa nie nak komen balik pun macam takde idea hahaha.. sekali lagi aku iakan sahaja lah... tapi takdelah over excited bebenor...
Itu insiden sebelum raya... Baru-baru nie pulak.. 2hari lepas.. di tempat bawang yang sama... aku ditegur dengan orang makcik india juga yang sedang memilih bawang... aku pasti bukan orang yang sama.. sebab makcik kali nie lebih berusia sikit.. cuma sembang takde sangat pasal bawang tapi pasal raya.. dia tegur aku cakap.. sekejap dah habis raya seminggu kan... 'aikk (ckp dalam hati) aku yang beraya.. orang lain yang mengira hari ye' hehehe...
Selepas 2 insiden nie aku ada beberapa kemuskilan.. orang suka menegur aku sebab apa ek??
1- Sebab aku cun dan comel serta putih wakakakah.. maka membuatkan orang tak teragak-agak untuk melepaskan peluang beramah mesra dengan ku.. (hehehehe sila percaya ayat masuk lif tekan butang naik tingkat 12)
2- Senyumanku yang mungkin cukup menawan.. dari taknak cakap tetiba merasakan rugi kalau tak tegur hahaha..
3- fizikal aku yang sedap-sedap badan kadangkala mungkin menjadi penyebab kepada keramahan orang untuk menegur.. yelah orang badan sedap nie dari jauh sikit orang dah boleh nampak kan hahaha..
4- Adakah kerana aku memakai baju berwarna terang menyebabkan mereka merasakan aku lebih outstanding daripada bawang-bawang besar berwarna merah...
5- Untuk mengelakkan daripada pedih mata semasa proses memilih bawang.. baiklah bawak bertegur sapa.. kot kurang sikit pedih mata tuh (relevan ke nie hahaha)
6- Sudah bosan duk memilih bawang yang tak sudah-sudah dari tadi.. baiklah sembang mambang ada gak faedahnya
7- Muka aku muka peramah kot hahaha.. orang rasa macam aku nie mesra alam.. walaupun selalu juga aku cuma memasamkan muka yang memang dah cukup manis ini hahaha...
8- Mungkin berkat baca doa tengok cermin kot.. apa doa dia?? cuba google
9- Terima sajalah hakikat.. orang suka tengok ko kan.. lepas nie cecuba pakai niqab.. walaupun ku rasakan aku belum bersedia untuk itu..
Kalau ada sebab lain yang tidak dinyatakan.. bolehlah korang memberikan cadangan untuk aku pertimbangkan sebab musabab kenapa orang suka tegur aku..
Insiden orang suka tegur ini membuatkan aku teringat pada seorang pakcik jaga di bank islam tempat aku bekerja... Dulu bila ada urusan bank aku sering ke bank islam.. pakcik jaga nie.. memang ramah.. walhal aku tak kenal dia langsung pun.. tapi setiap kali aku ke bank.. dia mesti tegur aku.. kadang dari jauh dah siap ambilkan no untuk aku.. dia layan aku macam anak-anak dia.. kadang urusan dengan bank tak lama mana.. tapi sebab sembang dengan pakcik nie.. jadi lama pulak kat bank tuh.. pakcik nie pencen askar.. pernah juga dia ajak datang beraya ke rumah dia.. tapi aku tak pernah pergi pun.. pernah kjuga dia bising-bising.. bukan tak nak pergi.. tapi aku tak tahu rumah dia kat mana.. malas nak tanya beria alamat rumah dia.. karang kalau tak datang mesti dia hampa.. last aku jumpa pakcik nie sebelum aku ke UK tahun 2006 dulu.. sejak balik.. bila ke bank islam.. pakcik jaga dah tukar orang lain yang muda sikit.. takde dah sesi tegur menegur.. tapi kebanyakan staf lama kat bank islam tuh ada yang masih aku kenal.. dan ada juga yang aku selalu tegur juga.. Dulu pernah M tanya pada aku.. macamana aku kenal pakcik tuh.. sebab tiap kali p bank.. mesti pakcik tuh tegur.. Tapi sebab M dah lama kawan dengan aku.. dia tahu sangat yang orang suka sangat menegur aku hahaha... agaknya muka aku nie friendly kot..
Selain daripada itu.. satu insiden yang aku takleh lupa.. adalah.. bila ke stesen minyak.. aku ada 2 kereta yang sering aku bawak ke tempat kerja.. satu kereta yang berjenama sikit.. siapa yang baca blog masa awal-awal aku balik dulu tahulah aku pakai kereta apa.. dan 1 lagi kereta adalah kereta jenama malaysia.. proton wira yang aku masih guna walaupun dah 13tahun kereta tuh.. kereta pertama aku.. dapat kereta tuh pun 2 minggu lepas dapat lesen kereta ahakss..
Terjadilah al-kisah.. aku ke stesen minyak tuh bawak kereta wira.. stesen minyak BHP kat tempat aku nie best.. sebab kadang-kadang pekerja dia tolong isikan minyak.. kadang dia tengok kita dah habis bayar.. belum sempat kita sampai kereta dia dah tolong angkat pam dan pamkan minyak... entah bagaimana.. adik nie tegur aku.. (adik nie melayu bukan bangla.. apa motif aku bagitau nie ekk hahaha)
'Eh.. akak nie.. bukan ada kereta 1 lagi kan' Aku masa nie dah senyum-senyum hahaha... wahh adik nie perasan aku rupanya..
'Kereta apa tuh dik' aku buat-buat tanya hahaha.. sebenarnya malas nak declare aku pakai kereta apa... 'Kereta toyota ke kak'.. aku cepat-cepat menidakkan.. 'kereta apa ye.. tapi memang saya tahu akak pakai kereta lain juga'
'Betul ler tuh dik.. akak memang pakai kereta lain.. kereta nie sekali sekala je pakai' aku cakap sambil senyum-senyum.. hahaha.. sambil kembang mata.. ada juga yang perasan aku kan hahaha... aku suspek sebab berapa kerat sangat kat tempat aku yang pakai kereta satu lagi tuh.. dan pemandu dia pulak perempuan manis macam aku hahaha... perasan... sila percaya :)
Aku rasa benda nie biasakan.. kadangkala bila kita ke mana-mana pasti kalau time mood kita ok.. ada sahaja orang yang rajin menegur kita.. Aku ikut mood juga melayan.. kalau tak terkejar masa... dan dalam mood yang baik biasa aku melayan jek.. tapi kalau mood kurang baik dan penat.. biasa aku senyum dan iakan sahaja tanpa banyak cakap..
Pernah kena insiden macam nie?? Kalau kena tegur dengan orang yang memang niat baik oklah.. takut kena tegur dengan niat tak baik.. itu yang takutnya.. kan..
Beli concentrate perfume nie dengan harga RM6 sahaja..
M sebut Anna Sui dah bunyi 'Anna Suwii' sampai adik cashier tuh pun tergelak..
yelah suwii dalam bahasa cina bukan maksud mati ke??
Apa pun bau dia memang best..
Walhal masa kat UK Perfume Anna Sui nie ada dijual tapi tak pernah tergerak hati pulak nak beli..
Aku memang suka perfume.. stok dari UK pun masih byk dalam kotak..
8 comments:
akak..
banyak ko makan tapai raya ni...
hahaha
baru-baru ni pergi Aeon Bukit Tinggi. keluar kereta nak jalan masuk, lalu satu motor. tetiba je mamat hensem tu senyum kat aku. aku pun dgn manis nya balas la balik.
kau tengah pilih bawang, aku tengah tunggu orang parut kelapa pun boleh dibawak berborak. raya masak apa, berapa org nak makan, itu ini.
kes aku tersalah orang pulak. sebab ramai sangat orang aku jumpa, so kalau yg teriras tu mmg aku tegur. satu hari aku duduk dalam keta, nak tutup pintu dah ni, tetiba lalu seorang wanita yg kurasakan customer ku, lalu dgn excitednya aku tegur. dia pun hai balik. tapi bila ku ingat balik, eh siapa pulak tu. aa lantak la. buat dono sudah.
ini kisah lain pulak. satu hari tu aku pergi kedai sebelah ofis aku ni. staff depan called sebab dia nampak aku.
dia tanya, kau gi kedai mamak eh?
aku jawab, tak la. aku gi kedai sebelah kedai mamak tu. kau kat mana ni?
aku kat traffic ni. aku nampak kau.
huh. nampak sangat la badan aku ni besar. dari jauh kau dah nampak ya?
hahahaha
Kueh
Weihhh sejak balik dr uk.. sejemput tapai pun xpenh mkn tau. Akak suka tapai ubi.. mn nk carik nieh??
T.a.t.a
Yelahkan hidup kena sentiasa ceria. Wahh mamat hensem naik motor senyum.. wahh pesal tak minta no tepon ahaks pjg sikit siratulrahim.
Memg sllu lepak bkt tinggi ke
hahaha..
ni bukan tingkat 12.. dah tingkat 48 dah ni tingginya.. hahaha..
oklah.. aku agree la yang ke- 8 lapan sebab tu.. tapi bab berniqab, uish, kagum aku kalau ko dah ready.. (aku teringin jugak sebenarnya).. hihihi..
Tiny
hahaha.. lawak2 lepas raya sementara belum sibuk lagik nie..
Serius aku memang teringin juga tapi belum bersedia lagi.. lagipun dengan penampilan sekarang pun aku dah cukup selesa.. but who knows kan.. kalau dah sampai masanya.. insyAllah
jarang sangat. itu hari pergi pun baru first time. nak jumpa supplier.
Post a Comment