Thursday, 15 May 2014

Dari Kansai ke Osaka

 Harga tiket sehala ke Osaka dari Kansai Airport
1190yen

Perjalanan kami ke Osaka lebih kurang sejam lamanya.. tapi perjalanan sejam itu tidak terasa kerana kami sibuk berbual kisah lama dan bertanya khabar masing-masing..

Soalan kegemaran aku pada mereka berdua..

'When is your last time speaks in english?'...

dan jawapan pada soalan aku itu disambut dengan gelak ketawa terlebih dahulu dan diikuti dengan jawapan.. 'I think it was soooo long ago...' dari mereka berdua..

Kalau tak kerana pertemuan ini rasanya diorang berdua tuh bertahun tak cakap english kot.. Aku?? selalu juga.. sebab aku ada seorang pelajar india yang merupakan pelajar seliaan aku dan kami memang selalu komunikasi dalam bahasa itu..

Perjalanan sejam itu rasanya cukup untuk mantapkan sedikit sebanyak bahasa 'english' masing-masing yang dah berkarat... sebenarnya kalau duduk dalam train atau bas.. tidaklah digalakkan untuk bergelak ketawa dan buat bising.. tapi kami terlupa semua itu hinggakan pernah mendapat jelingan manja dan tajam daripada beberapa penumpang sekeliling kami.. Ironinya pulak.. disebabkan kanako berbahasa inggeris dengan kami.. maka dia selalu dipandang dan ditenung oleh orang jepun sendiri.. malah beberapa gadis jepun turut merenung muka kanako berkali-kali dengan riak kagum.. (ye aku suka memerhatikan orang hahaha).. malah insiden ini aku lihat berkali-kali terjadi setiap kali kami bertiga buka mulut berbual dalam bahasa inggeris..

Sempat jugalah aku rakamkan gambar sepanjang perjalanan walaupun hakikatnya tak peduli sangat apa yang ada sepanjang perjalanan tuh sebab sakan bersembang...  Akhirnya kami sampai juga ke Osaka.

Perancangan kami seterusnya adalah mencari 'coin locker' untuk menyimpan beg-beg besar kami dan memulakan jalan-jalan kami sekitar bandar Osaka. Kami temui 'coin locker' tersebut dan mengambil 2 loker yang sedikit besar, aku berkongsi loker dengan Kanako, manakala Nuch menyimpan 2 begnya yang besar (sempat kami usik dia.. beg yang besar tuh macam dia nak duduk jepun setahun.. ahaks).. tak silap aku harga bagi satu coin locker adalah 400yen.. jika tiada duit siling jangan risau.. ada mesin yang menerima duit kertas 1000yen dan menukarkannya kepada siling 100yen..

Sebelum meneruskan jalan-jalan kami.. kami putuskan untuk makan tengahari dulu.. Kanako bersungguh mahu kami mencuba makanan jepun.. dan akhirnya kami memilih kedai jepun yang menyediakan masakan sejuk dan panas..

Kedai makanan jepun yang kami pilih..
Sebelum kami masuk takde barisan langsung..
Bila kami keluar dah ada barisan orang yang menunggu di luar..

Hidangan tengahari masakan jepun yang pertama buat aku..
Mee Soba..
Ye aku makan pakai sudu dan garfu plastik yang dicilok dari Air Asia masa makan dalam flight paginya..
Syukur teringat nak cilok sudu garfu nie.. sebab kebanyakan cafe atau restoran hanya ada chopstik sahaja..

Kami juga dihidangkan dengan teh gandum.. rasanya tawar dan sedikit pahit... Hidangan yang Kanako pilih untuk aku adalah mee Soba (jenis sejuk).. dimakan bersama tempura udang.. wah sedap sungguh rasanya.. awal-awal lagi aku dah beritahu kanako yang aku tidak makan babi dan alkohol.. Alhamdullilah sepanjang trip nie.. Kanako sering jadi sumber rujuk untuk aku.. cuba ada sekali termakan kerepek wasabi.. yang aku ingat 100% takde bendasing.. rupanya ada minyak babi pulak.. dah makan.. redha jelah... nasib baik makan sikit je.. huhu :(

Selesai makan, kami mula ke tandas dulu. Sempat jugalah ambil gambar tandas diorang.. rasanya semua org tahu.. tandas di jepun kebanyakannya versi elektronik.. semasa di airport Kansai lagi dah excited giler guna tandas yang pakai picit-picit butang jek.. boleh adjust lagik water pressure.. temperature.. nak bidet macamana.. ada sound.. macam-macam lagi ler...

Gambar tandas pertama yang aku ambil..
Bersungguh nie ambik gambar..

Selepas melepaskan hajat dan freshen up.. kami sudah bersedia untuk meneroka bandar Osaka.. kami di sini tidak dapat lama kerana akan bergerak pula ke bandar Kyoto lewat petangnya.. Kami ambil pass satu hari dengan harga 800yen.. dengan pass ini kami boleh turun naik train dengan selesa dan bergaya ahaks..

Kami jalan-jalan di bandar Osaka.. Berjumpa jalan ini

Jalan Dotonbori
Merupakan jalan yang paling terkenal di Osaka yang mempunyai banyak deretan kedai makan, restoran, cafe dan berdekatan jalan ini juga kami singgah ke Daiso..

Ini merupakan lokasi utama tempat orang ambil gambar dan bersebelahan dengan Dōtonboribashi Bridge
Kebanyakan ada yang buat gaya cenggitu kalau ambil gambar :)
Latar belakang itu 'Glico' itu merupakan jenama japanese candy yang terkenal di Jepun
Semua orang jepun tahu gula-gula ini dari mereka kecil lagi.. kata kawan aku ler
Selain itu mereka juga ada Pocky (seperti pepero korea) kalau di UK/Europe lebih dikenali sebagai Mikado..

Jalan Dōtonbori adalah jalan yang terkenal di bandar Osaka.. banyak kedai yang menyediakan lampu neon yang besar-besar belaka.. Kalau malam hari pastinya jalan ini meriah ya amat... Imagine jelah sebab malamnya kami dah kat Kyoto..

Selepas jalan-jalan kat situ.. Kanako mengajak kami ke Osaka Tower yang dikenali sebagai Tsutenkaku Tower.. Ia merupakan tower yang ditaja oleh Hitachi.. dan merupakan antara bangunan yang tinggi di Osaka.. Senibina hampir menyerupai menara Eiffel.. tapi pada aku Tokyo Tower lebih hampir dan mirip dengan menara Eiffel di Paris..

Untuk ke menara ini.. kami melalui jalan-jalan kecil yang di kiri kanannya merupakan deretan kedai-kedai makan jepun.. dan juga terdapat 2 buah kedai yang menyediakan permainan catur jepun yang rata-rata pengunjungnya adalah orang-orang tua.. Klasik melihat suasana seperti ini.. Selain itu juga ada 1 kedai yang mempunyai susunan mangga kunci berbentuk Love..

Jalan kecil yang dipenuhi deretan kedai-kedai makan

Kedai main catur
Deretan mangga kunci berbentuk love

Tsutenkaku Tower Osaka

Aku lupa harga untuk naik ke menara ini.. Ini kerana Kanako bayar untuk kami.. puas kami hulurkan duit kami untuk membayar harga tiket tapi ditolak mentah-mentah oleh Kanako sekali lagi.. Rasanya harganya sekitar 600yen jika tak silap..

Semasa kami beratur untuk naik ke level atas sekali.. di hadapan kami ada sepasang suami isteri yang berumur turut beratur bersama kami.. Si lelaki bertanya pada Kanako banyak hal tentang aku.. mungkin sedikit pelik sebab melihat aku pakai tudung.. yang bestnya.. sebelum naik menara ada sesi bergambar jika kita nak.. pasangan ini meminta kami untuk bergambar dengan mereka.. Oklah.. kalau setakat bergambar kami ok jek.. tapi.. bila sampai masa nak ambil gambar tuh.. pasangan itu turut belikan kami sekali gambar tersebut.. kata lelaki itu.. khas untuk aku.. tapi kami dah ambil gambar siap2.. oh ya aku terlupa pulak nak scan gambar tuh.. (kena buat ler lepas update entri nie)


Dari atas menara ini kami boleh lihat hampir keseluruhan bandar Osaka.. tapi pada aku pemandangan bandar Tokyo lebih luas mata memandang..

Selepas puas mengambil gambar.. kami akhirnya turun ke tingkat bawah menara dan memutuskan untuk singgah di cafe untuk minum petang. Nuch pada ketika ini dah mula sakit kaki kerana kasut yang dipakainya bertumit tinggi sedikit.. Aku minta blended coffee.. yang ku sangkakan kopi ice blended.. tapi rupanya kopi panas.. uhuhu udahlah tekak perit dan rasa panas.. minum pulak air kopi panas.. redha jelah.. minum sambil tarik nafas... :)

Disepanjang tempat duduk kami diletakkan dengan stiker dari jenama Glico dan Pocky serta tandatangan beberapa artis jepun.. Kami pula ambil kesempatan untuk menulis nota buat diri masing-masing pada kertas whiteboard yang kami beli di Daiso tadi..

Nota buat diri masing-masing 

Selesai merehatkan kaki dan menghabiskan minuman kopi kami.. kami mula bergerak kembali ke stesen Osaka untuk mengambil train ke Kyoto.. Semasa menaiki train ke stesen Osaka.. aku ternampak gerabak untuk wanita.. (seperti gerabak wanita untuk komuter di Malaysia)... menurut kata kawan aku.. gerabak ini hanya berfungsi pada waktu sesak sahaja seperti awal pagi.. tapi pada waktu lain.. gerabak ini bebas digunakan oleh kaum lelaki...


Kami kembali ke stesen Osaka, ambil beg dan mula bergerak ke bandar Kyoto.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit sahaja..

Bila kami tiba di Kyoto.. menara Kyoto yang berwarna-warni menyambut kami... dan kami mengambil teksi untuk terus ke Hotel Toyoko-inn yang telah ditempah awal oleh Kanako.. Bilik kami luas dengan 2 katil double dan tentunya aku telah meminta untuk tidur dikatil single sendirian.. ahaks..

Menara Kyoto menyambut kami

Kami kemas-kemas beg lebih kurang dan keluar untuk makan malam.. Akhirnya kami jumpa kedai makan Indian yang halal.. Akulah yang paling gembira sekali sebab dapat menikmati ayam tikka masala dengan gembiranya.. kami turut diberikan roti nan percuma lagi.. rotinya besar sungguh.. aku pun xmampu habiskannya.. sadly.. itulah kedai indian yang pertama dan terakhir yang kami masuk sepanjang di Jepun..

Malam itu kami tidur dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.. Seolah tidak percaya kini kami berada di Jepun..

Bersambung




Tuesday, 13 May 2014

Selamat tinggal LCCT dan Selamat datang Kansai (KIX)

Salam

Tibalah hari yang dinanti-nantikan.. selepas asyik berangan dan rasa tak sabar nak ke bumi jepun.. Akhirnya tibalah pagi 1 Mei 2014.. Aku masih di rumah.. bersiap saat akhir sebelum memandu balik ke kampung dengan barangan yang sarat.. 2 beg baju aku.. dan beberapa plastik barangan kepunyaan Nuch..

Tiba di kampung sekitar 12.30tengahari.. sembang sikit-sikit dengan mak.. dan jam pun menunjukkan pukul 1petang.. Aku khabarkan pada mak aku nak gerak ke LCCT nak ambil kawan dari Thailand.. dan kemudian akan terus ke KL.. aku pesan dengan mak tak perlu masak apa-apa.. nanti kami makan di luar sahaja..

Aku tidak pernah memandu sendirian ke LCCT sebelum ini.. selalunya sama ada dihantar oleh pakwe atau keluarga sendiri.. memikirkan perlu memandu sendirian ke sana dan mencari parking di LCCT yang penuh sesak itu buat aku sedikit susah hati.. Risau andai takde parking.. mana pula nak cari tempat letak kereta.. Namun Alhamdullilah.. kerisauan aku itu hanya rasa hati jek.. syukur.. saat aku masuk ke tempat parking.. tidak lama aku dapat parking dipetak yang amat hampir dengan terminal ketibaan.. senyum sengih sekejap kerana jaraknya macam sekangkang kingkong jek ahakss..

Memandangkan aku terlupa nak on wifi dan berinternet.. aku terpaksa menunggu hampir 1jam 30minit kerana rupanya flight Nuch delay sejam di Surathani.. nasib baik juga jumpa rakan sekerja yang turut menunggu anak-menantunya dari Palembang.. kami sama-sama menunggu kerana flight masing-masing juga delay.... takdelah terasa masa berjalan lama sangat.. kerap juga aku ke papan ketibaan untuk melihat maklumat ketibaan.. setelah beberapa kali mundar mandir di depan pintu ketibaan.. akhirnya aku nampak muka rakan baik aku... kami berbual2 seketika dan sempat lagi ambik gambar doublefie hahaha... memandangkan rakan aku perlu menukar duit dari Thai Bhat ke Yen.. dan setelah melihat perbezaan kadar tukaran di LCCT sebanyak RM1.30.. maka aku putuskan kami tukar sahaja di KL.. kerugian yang bakal kami tanggung jika mahu juga tukar di LCCT adalah sebanyak RM130 seorang.. baik p tukar kat KL jek.. jumlah tuh tolak duit tol dan minyak pun masih ada baki lagi..

Akhirnya aku memandu ke Ampang park KL, tempat yang selalu aku pergi tiap kali mahu membuat tukaran duit.. ada juga rakan yang mencadangkan masjid india dan sekitar jalan TAR tapi mengenangkan jalan sekitar itu selalu jem.. dan ditambah dengarnya nak ada perhimpunan pasal GST kat dataran merdeka.. malas nak ambik risiko jem pulak... akhirnya kami sampai ke Ampang Park.. dan mendapat tukaran duit sebanyak 1000yen=RM32.20 sedangkan di LCCT ketika itu adalah 1000yen=RM33.50, jauh beza tuh kan.. Selepas makan di restoran ayam penyet.. (kawan aku sampai tak habis makan.. sebab banyak sangat katanya...) kami pun bergerak balik ke kampung aku.. kami sampai sekitar 7++petang dan mula mengemas barangan Nuch yang ditinggalkan pada aku.. selepas menimbang berat beg dan susun semula barangan yang hendak dibawa.. kami mandi dan bersiap-siap.. pakwe sampai sekitar pukul 9malam untuk menghantar kami ke LCCT.

Sampai ke LCCT, kami mula check in beg melalui kiosk.. print beg tag.. lekatkan pada beg yang kami bawa dan beratur ke kaunter. Disebabkan LCCT akan tutup dalam beberapa hari, banyak kedai yang dah mula lengang dan pemeriksaan beg juga tidak dijalankan.. selalunya kena check security terlebih dahulu.. kali ini kami lenggang jek masuk ke kaunter drop baggage..

Selesai check in, kami singgah makan dan minum ringan di McDonald.. itupun air berkarbonat tidak dijual sebab diorang dalam proses pindah.. maka kenalah tambah duit lagi semata-mata nak minum orange juice.. hahaha... lepas sembang dan check internet.. kami mula gerak naik ke departure hall dan menunggu untuk boarding ke Kansai..

Alhamdullilah penerbangan kami berjalan dengan lancar.. apatah lagi kami telah booked seat berdua yang terletak di hujung kapal terbang.. tak kisahlah janji duduk berdua daripada kena kongsi dengan orang lain.. dan ada privacy sikit..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bandar Kansai dari udara sebelum mendarat di Kansai International Airport (KIX)
 
Kami tiba di Kansai international airport sekitar pukul 8.00pagi.. lebih awal dari jadual 8.35am.. selepas mengambil beg.. tak sempat nak basuh muka dan gosok gigi sebab risaukan andai Kanako dah sampai.. kami terus keluar ke Arrival Hall.. urusan imigresen mudah.. kena pandang kamera dan pada masa yang sama kena letak dedua jari telunjuk pada pengimbas.. aku buat sekali alhamdullilah terus jadi.. ada orang lain berkali-kali tak lepas hahaha...

Bila sampai ke balai ketibaan.. tiada kelibat Kanako yang kami nampak.. kami putuskan untuk duduk di deretan kerusi yang disediakan manakala Nuch memaklumkan dia mahu ke tandas.. Tinggallah aku sendirian duduk di kerusi bersama beberapa buah beg..

Ketika aku hendak mengambil gambar papan tanda ini..

Tiba-tiba.....

Datang seorang perempuan dalam pertengahan umur menghampiri aku.. dan mula menyoal.. dia tanya aku datang dari mana dan dengan siapa.. hendak kemana.. tunggu siapa.. bagaimana boleh kenal dengan rakan dari Thailand dan Jepun.. dan akhirnya dia menunjukkan badge Polis dia pada aku.. entah apa yang dia rekodkan pada buku catatannya... selepas dapat maklumat passport dari kawan Thailand aku.. dan dia juga cuba menyemak maklumat penerbangan dari Tokyo Haneda.... tak dapat semak sebab talian internet dia slow.. dia akhirnya beredar dari situ.. mulanya aku sedikit terkejut juga.. tapi sebab dah pernah dengar kes kena soal macam nie daripada beberapa rakan dan blogger sebelum ini.. maka kurang sikit terkejutnya.. cuma begang pun ada masa tuh.. tah apa-apa tah... takkan tunggu sorang-sorang pun tak boleh.. nak soal bagaikan..

Akhirnya.. Kanako sampai juga.. ketika itu aku ke tandas... kami ambil masa seketika untuk mencuci muka dan mengosok gigi.. Nuch ambik peluang menukar baju kerana baju itu dia dah pakai seharian.. Aku pulak maintain pakai baju yang sama sebab malas nak tukar baju..

Selepas kami membersihkan diri.. maka kami pun bergerak ke stesen keretapi JRLine untuk mengambil train ke Osaka lebih kurang 1jam perjalanan dengan harga 1190yen.. Harga tiket kami dibayar oleh Kanako.. memandangkan duit kami semuanya 10000yen.. Kanako memaklumkan dia belanja kami sebab kami baru sangat sampai.. bersungguh kami nak bagi dia.. dia tetap menolak.. sebenarnya insiden begini banyak kali juga berlaku sepanjang trip kami di Kyoto dan terutamanya di Tokyo....

 Kaunter beli ticket JRLine

JRLine gate

Kami sambung perbualan kami dengan gelak ketawa menuju ke Osaka dari Kansai.. riuh rendah train yang kami naiki dengan suara kami itu...

Bersambung...

Monday, 12 May 2014

Kaki yang sakit dan wajah persis wanita jepun..

Salam

Alhamdullilah dah 3 hari kembali ke bumi tanah melayu.. aka malaysia.. Sampai ke KLIA2 seawal pukul 6.00pagi.. selepas mengambil 2 beg yang dimasukkan ke kabin.. pergi 2 beg.. balik 3 beg ahaks... berat yang 25kg diambil tuh betul-betul cukup2 je.. berbaki 300gram jek extra :)

Selepas menguruskan beg kawan baik aku Nuch ke Thailand.. akhirnya sekitar pukul 8.30pagi dia masuk ke International Departure.. dan sekitar pukul 9.00 pagi.. aku keluar dari KLIA2 menuju ke rumah mak..

Pukul 12 tengahari pulak.. dah bergerak ke Seremban untuk kenduri kawin anak sepupu pakwe.... maka selepas seminggu mendengar komunikasi dalam bahasa Jepun dan Inggeris.. sabtu tuh pulak kena tune telinga dengan slang nogori yang 100% pekatnya ahaks... makcik pakcik pakwe semua terkejut melihat aku tetiba muncul di kenduri kawin selepas begitu rancaknya kawan baik aku mengupload gambar percutian kami di Jepun.. (ye pakcik makcik aku skrg nie pun dah ada facebook.. masing-masing ingat aku tak balik lagik.. nak pulak baru landing dari jepun.. terus p kenduri kawin)

Alhamdullilah hari ini dah mula bekerja.. dan aku terlupa rupanya esok cuti hahaha.. maklumlah rasa macam dah lama cuti sakan.. sepatutnya ke Melaka esok selama 3 hari.. tapi adik kerani memaklumkan aku tak perlu pergi... melompat tinggi dalam hati.. sebab penat balik dari jepun pun tak selesai lagi.. yang utama tak perlu nak ganti kelas yang masih melambak perlu diganti nie

Kaki aku masih sakit giler.. bayangkan berjalan tanpa henti dari hari jumaat 2hb Mei.. hinggalah ke saat akhir nak berangkat balik 9hb Mei.. rasanya dah beratus km kami berjalan kaki.. naik bukit turun bukit.. naik turun tangga jangan ceritalah.. kaki memang sakit giler dan dah bengkak pun... semalam timbang berat dah hilang 4kg... apa taknya.. selain daripada berjalan kaki yang banyak giler.. rasanya.. hanya 4 kali sahaja kami makan tengahari sepenuhnya.. bakinya.. makan sambil jalan dengan kudapan sekadar alas perut.. giler sungguh diet kami... udahlah aku dan Nuch jenis perut asia yang perlukan nasi waktu tengahari.. terpaksalah terima juga dengan sekadar makan roti.. biskut.. sushi.. udon.. dan soba (mee sup).. makan malam pun begitu juga.. yang benar-benar kami makan malam penuh hanya 2 kali sahaja.. malam pertama- makan nasi dan roti nan di restoran india halal.. dan malam kedua akhir -makan di restoran Thai halal.. selebihnya kami memilih makan di bilik dengan berlaukkan telur rebus.. onigiri.. dan bubur nasi knor.. itulah makan malam aku selama 5 malam di Kyoto dan Tokyo..

Hingga hari ini sudah 2 orang mula menegur muka aku yang dah jadi persis macam wanita jepun hahaha.. kemarin semasa ke kenduri kawin juga ditegur orang.. hari ini sewaktu memberikan hadiah coklat kitkat teh hijau.. kawan baik aku pun menegur muka aku dah macam orang jepun juga... ahaks..

Banyak giler kenangan kami di sana.. trip kami ini trip ikut budget orang jepun.. walaupun kami pelancung.. tapi tourist guide kami 100 lokal jepun dan sebab itu trip pengangkutan kami ala-ala ikut budget lokal.. kalau nak ikut budget tourist mungkin kosnya lebih mahal.. ada rakan yang berjalan sekitar Tokyo mengambil pass 3 hari dengan harga 8000yen.. sedangkan kami berada di Tokyo selama 5 hari.. aku rasa budget kami lebih kurang 8000yen juga.. hanya 1 hari sahaja kami ambil pass sehari.. dan sehari lagi pulak pass sehari untuk JRLine.. bakinya.. kami beli tiket ikut destinasi yang perlu sekitar 160-360yen sahaja..

InsyAllah nanti akan aku tuliskan perjalanan terperinci trip ini.. banyak sangat benda yang berlaku dan kami lalui.. Indah dan seronok walaupun setiap malam kami bertiga terpaksa menyapu krim sakit otot di kaki...

Shopping? banyak juga yang kami beli.. terutama kosmetik, yukata, kimono, buku tentang memakai kimono dan souvenier... selain itu.. kami juga mendapat 4 benda percuma sepanjang di sana.. Sepasang geta (selipar yang dipakai sewaktu memakai kimono atau yukata), pewangi dalam bentuk bonjotan kain, sebuah buku tentang 'perang cyber' dalam bahasa jepun ditandatangan oleh penulisnya sendiri dan tisu-tisu kecil yang diberi percuma di sepanjang kaki lima.

Antara benda yang aku dapat percuma di Jepun (kecuali Kit kat tuh beli perisa teh)..

Buku cara-cara memakai kimono di beli di kedai buku Kunokuniya di Shinjuku
Buku ini disertakan bersama DVD dengan harga 1620yen= RM51.44sen

Beli sebagai kenang-kenangan sebab aku ada membeli Yukata dan Happi..


Thursday, 8 May 2014

Shibazakura dan gunung Fuji

Salam

Malam ini malam akhir kami bermalam di Tokyo. Esok separuh hari masih ada utk kami menjelajah beberapa tempat lagi.

InsyAllah ikut perancangan sekitar pkl 9 kami sudah tiba di Haneda untuk penerbangan pulang. Flight kami tengah malam esok.

Perjalanan ke gunung fuji sungguh indah mata memandang. Kebetulan kini ada festival bunga Shibazakura dengan berlatar belakangkan gunung fuji. Kami menghabiskn masa kami di sini, perancangan asal ke tasik motusuko terpaksa dibatalkan kerana festival ini lebih menarik ;)

InsyAllah esok sambung update lagi.

Gunung Fuji dan bunga Shibazakura 

Mount Fuji here we come

Salam

Waktu ini sudah pukul 6 pagi. Seawal 4.30 kami sudah bangun dan bersarapan pagi lebih awal. Perjalanan kami ke Mount Fuji bermula pagi ini di stesen bas di Shinjuku.

Semalam kami habiskan masa di sekitar bandar Tokyo ditemani abang sulung kanako. Semasa kami di Kyoto, abg kedua kanako pula menemani kami. Maka sempurnalah perkenalan kami dengan hampir semua ahli keluarga kanako, hanya ayahnya sahaja kami belum temui. Ibu kanako kami jumpa semasa lawatan kanako ke Thailand 2 tahun lepas.

Semalam juga kami naik ke menara Skytree. Kami turut makan malam di restoran Thai.

Oklah kami nak bergerak ke train station.

Monday, 5 May 2014

Tokyo kami datang..

Salam tengahari Isnin

Alhamdullilah. Kini sedang duduk di kerusi yang kami reserved menaiki keretapi laju shikansen dari Kyoto menuju ke Tokyo.

Kami ucapkan selamat tinggal pada Kyoto dan kini menanti untuk tiba ke Tokyo pula. Kanako lebih pakar dengan jalan sekitar Tokyo memandangkan dia belajar dan kerja di Tokyo.

Hujan mula turun di Kyoto seolah menangisi pemergian kami (walau hakikatnya mmg dah nk hujan). Syukur selama 3 hari kami di Kyoto hari panas dan amat sesuai untuk berjalan. Ketika berjalan memakai kimono dan baju kurung. Cuaca benar2 panas dan berangin.

Harapnya nanti hujan berhenti bila kam tiba di Tokyo. Belum sampai ke Tokyo, brg kami sudah bertambah dengan membeli coklat dan manisan yang berasaskan teh hijau yg begitu popular di Kyoto.

Lebih enak kami turut membeli bento sebagai bekal makan tengahari kami. Aku memilih bento yg berjenis sayuran dan mempunyai kotak dengan gambar wanita memakai kimono. Kenyang tak terkata dan mungkin boleh bertahan hingga malam hari. Sudah beberapa hari kami memilih makan malam di bilik sahaja memandangkan stok makanan kami masih banyak.

InsyAllah akan aku update lagi. Kali ini lebih mudah mendapat wifi percuma menggunakan mobile data dari telefon bimbit Kanako.

Till then.. got to go.. nak lelapkan mata sebentar.



Shinkasen Noromi 342 ke Tokyo..
Tokyo we are coming..

Salam dari Kyoto

Salam

InsyAllah esok akan gerak ke Tokyo. Malam ini malam terakhir di Kyoto. Sedih rasanya nak tinggalkan memori indah di Kyoto ini.

Hari in kami keluar berjalan di sekitar bandar Kyoto dengan memakai kimono yang disewa oleh rakan-rakan dan aku sendiri berbaju kurung kain cotton. Ramai makcik yg menegur fesyen baju aku tadi dan mendapat pandangan dua tiga kali daripada orang ramai.

Ini antara kenangan amat indah buat kami bertiga. Hampir setiap masa yang sesuai setiap hari kami update status di facebook sbb melibatkan 3 negara asal yg berbeza. Hingga ada juga manusia yg mengambil kesempatan komen bodoh tentang kawan aku tuh.

Oklah. Mahu berhenti untuk tidur rehat.

Bandar Osaka..
Penuh dengan papan iklan..
Tak berpeluang melihat cahaya warna warni waktu malam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...