Wednesday, 28 February 2018

Hari pertama di wad kecemasan dan hari kedua di wad wanita..

Assalamualaikum dan Salam Pagi Rabu

Recall how I started decided to send myself to the hospital on the day that I was warded..

Pagi sabtu itu, demam aku semakin teruk.. bangun berkali-kali ke tandas dan ke dapur berulang kali untuk minum air.. dan setiap kali itu juga aku akan muntah.. tapi yang keluar hanyalah air sahaja..entah berapa kali aku muntah pun aku tak kira.. rasanya lebih 10 kali kot.. petang itu akhirnya aku putuskan untuk ke hospital.. aku rasa badan aku ada yang tak kena.. pinggang mula berdenyut-denyut dan kepala pun ikut berdenyut sama..

Sekitar pukul 6 petang aku sampai ke bahagian kecemasan.. aku maklumkan aku dah demam lebih 5 hari dan pinggang aku sakit... bayar RM1 untuk pendaftaran.. dan dalam 5 minit nama aku dipanggil untuk mengambil tekanan darah... tekanan darah aku sekitar 137/80.. dan aku diminta untuk membuat ujian jantung.. risau dah masa nie.. ada yang tak kena dengan jantung aku ke... nurse yang diminta mengambil ujian jantung pun macam tak percaya aku ada serangan jantung.. (aku dah mula risau masa nie..huhu) syukur.. jantung normal... tapi doktor dah mula suruh aku buang air... masa ini badan aku berpeluh-peluh.. sampai jarum yang dimasukkan untuk mengambil darah tercabut semasa aku ke tempat xray... penuh darah memancut.. aku panik kejap masa nie..

Selepas cubaan kedua untuk mengambil air kencing gagal... akhirnya nurse ambil air kencing melalui tiub dan terlalu sedikit air kencing yang diambil... masa ini jarum dicucuk kali kedua di tangan kiri untuk mengambil ujian darah..

Selepas beberapa pemeriksaan.. doktor sahkan air kencing aku ada jangkitan kuman.. dan buah pinggang aku kering 200%.. doktor maklumkan aku mungkin ditahan ke wad.. hanya menunggu pengesahan doktor dari wad wanita datang untuk buat pemeriksaan pengesahan... ketika ini dah 2 botol air masuk dalam badan.. dan badan aku masih berpeluh-peluh tanpa henti.. tekanan darah mula normal sekitar 117/80..

Akhirnya doktor dari wad wanita datang.. seorang doktor india.. dia maklumkan aku perlu ditahan ke wad untuk masuk air kerana buah pinggang aku kering... Malam itu dalam pkl 11.10malam.. selama 5jam di wad kecemasan.. aku akhirnya di bawa ke wad wanita.. malam itu aku tidur dengan tidak selesa.. demam aku datang balik.. dengan bahang dari wad wanita yang hanya berkipas.. di wad kecemasan tadi ada penghawa dingin.. malam itu aku tidur dengan payah.. badan aku lemas sangat.. entah berapa kali juga aku bangun ke tandas dengan membawa air yang dicucuk di tangan.. sekitar pkl 3,30 pagi.. katil depan aku pula mula menerima pesakit.. seorang nenek yang dimasukkan ke wad sebab ada jangkitan kuman di paru-paru.. aku bertemu nenek ini di wad kecemasan tadi.. sejam sebelum aku dipindahkan ke wad wanita.. nenek itu baru tiba dengan keluarganya.. aku kembali tidur dengan payah malam itu.. setiap jam aku akan bangun ke tandas dengan payah..

Pagi Ahad itu aku bangun dengan badan yang masih lemah.. demam sedikit ok.. tapi badan memang tidak bermaya.. aku kurang mahu bercakap dengan jiran yang ada.. pagi itu aku upload gambar aku di wad wanita di facebook.. kecohlah pagi itu mendapat mesej dari rakan dan keluarga... tepat pukul 12.30tghri waktu melawat bermula.. jiran-jiran katil sebelah dan depan mula mendapat lawatan dari keluarga.. waktu ini demam aku bermula balik.. aku habiskan masa aku dengan tidur dan baring sahaja.. Petang itu aku juga terima lawatan dari 2 orang boss dan merangkap sahabat... semua terkejut aku masuk wad...aku pun tak sangka mereka sanggup datang melawat..

Petang demam aku semakin teruk.. aku akhirnya ambil keputusan untuk tidur sekejap walaupun waktu itu masih ada tetamu yang datang di katil jiran depan dan sebelah.. lena tidur aku amat terganggu.. menyumpah-yumpah juga waktu itu kerana amat tidak selesa ditambah dengan suasana hiruk pikuk mereka bergosip... pakwe pula datang petang sedikit.. itupun berkali-kali minta aku dipindahkan ke wad kelas pertama atau kedua.. aku suarakan rasa malas aku untuk berpindah katil.. sebab katil aku tuh dah ok.. cuma suasana hari minggu dan waktu melawat yang lebih panjang membuatkan aku rasa terganggu sangat-sangat..

Bila masuk waktu malam.. penjaga katil sebelah aku mula bertukar orang.. malam sebelumnya menantu yang menjaga.. kak G namanya.. Hari ahad itu pula cucunya yang menjaga (tukar shif).. orangnya amat peramah.. Ateh nama panggilan.. memang banyak mulut.. dan hari-hari aku menjadi lebih ceria dan happening sebab ada si Ateh ini.. di sinilah bermula kami jadi kawan baik..

Malam ahad itu.. mak dan adik-adik ku datang.. mereka terkejut mendapat tahu aku masuk ke wad sabtu itu selepas dimaklumkan dengan pakwe.. mulanya aku tidak mahu pakwe maklumkan dengan mak takut dia akan risau.. tapi malam itu mak datang melawat aku dengan wajah yang bimbang.. yelah aku tidak pernah mendapat sakit hingga perlu masuk ke wad... Aku masih dapat berbual dengan mak dengan tenang... tidak lama mereka melawat aku kerana mereka datang selepas waktu melawat..

Demam aku datang kembali.. suhu badan aku sekitar 38.8 dan aku mula rasa tak bertenaga kembali.. sempat juga berbual dengan Ateh walaupun aku sebenarnya masih tidak bertenaga.. aku tidur dan bangun setiap jam dan ke tandas... kali ini aku heret sekali tiang besi tempat menyangkut air yang dimasukkan.. malas dah nak cabut botol air kerana di tandas tidak ada tempat penyangkut yang sesuai.. kali ini darah aku dah mula bercampur dalam tiub air tersebut... lantaklah.. aku malas nak fikir sangat.. ditambah dengan badan yang masih tak bermaya...

Aku tidur sedikit lena walaupun bahang demam masih terasa dan seluruh badan masih sakit-sakit.. aku terjaga pukul 4.30 dikejutkan nurse untuk mengambil darah... dan disuntik ubat masuk ke dalam darah melalui tiub saluran air yang sedia ada di tangan aku..

bersambung...

1 comment:

She Is Farahain said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...